Instagram : @peejburhan

cucuk tang sana. cucuk tang sini.

masa aku on the way pergi concert tu.
tiba-tiba ada reader bbm.
reader aku yang dah sekian lama katanya.
aku tau la. sebab dulu selalu nampak dia komen entries aku.

bbm je terus tanya, "peej aku nak tanya kau something ni. kau jangan sentap"
aku time tu darah naik ke kepala.
aku tak suka confrontation.
if pasal aku boleh lagi deal.
but if its regarding someone close to me.
aku akan pissed off. tak suka.

aku just jawab, "apanya?"
then dia kata, " kau ada cucuk-cucuk ye? ke buat apa2 kat muka kau. sebab serious muka kau lain sangat la sekarang"
something like that la ayat dia.
takleh recall exactly. sebab kejap ni aku check. chat tu dah hilang pulak.

terus aku gelak besar ok!
aku ingat soalan apa la sampai suspen aku dibuatnya.
then aku tweet sikit.
siap orang tanya apa jawapan aku.
so sini cerita terus senang.

aku jawab....
gila apa!
memang tak la cucuk.
ish aku ni kerja pun tak.
ada pulak duit aku nak cucuk bagai.
memang takda la.
yang perubahan antara aku dulu n sekarang just tabita je.
n no. ni bukan nak up or nak promo.
tapi itu la kebenarannya.
memang aku takda pakai apa benda lain ke apa ke pun.
itu je perubahan paling drastik yang aku buat kat diri aku la.
if nak banding dulu n sekarang.
aku selama ni memang tak amalkan pakai segala skincare.
yes i'm lazy like that.

something like that la aku reply.
then dia kata sebab muka aku sangat beza.
dia kata dia pun pakai tabita. tapi takda pun lain macam aku.
muka aku nampak bengkak semacam n elok terletak.

lagi la gelak.
bengkak apanya weyhhhhhhhhh!
tu bukan bengkak. tu lemakkkkkkkk!!!!
aku rasa maksud bengkak dia sebab tulang pipi ni kot.
ye la artis sekarang kan kau nampak kan banyak beza.
kau boleh nampak tiba-tiba dorang ni muka bengkak.
high cheek bone, dagu panyang. mata lain macam la. bibir la apa.

ok aku ni memang la lemak banyak.
tapi nasib la aku high cheek bone sikit.
ok takda la high. tapi ala-ala apple gitu la. *muntah*
tapi mmg family aku mostly ada.
korang pun dah baca blog aku lama kan.
if tengok pic. pipi mama, aku, noy n P.G sepesen je sama.
bagus jugak la. bayangkan aku takda pipi tu.
mesti muka aku bulat macam bola je. heheheh.
nak tidur sembam muka kat bantal pun tak boleh.
bergolek-golek je nanti.

tang terletak tu aku tak tau pulak la mana.
if ye la terletak. aku rasa sebab pic la.
hello pikir logik.
katanya amik pic sendiri. sendiri upload.
takkan la aku nak upload pic muka aku bersepah ke apa kan.
mesti nak yang budget lawa sikit baru upload.
wah lawa ke? konon la. konon. kata sendiri syok kan. ;p
korang takyah nak muntah or buat muka lak baca ayat ni. hahahha.
nak tengok betapa horror aku kat reality?
jumpa la aku live. terus nightmare korang.
tak pun time kawin nanti orang candid. mesti pic merepek semua keluar. herghhh.
boleh tak aku nak banned camera kat wedding aku?
feeling istana budaya sikit. hahaha.

penat aku explain ke dia.
dia terima je la jawapan aku.
walaupun dia kata dia tak puas hati.
haiyoh... tak dapat nak tolong.
sebab serious. memang aku takda buat apa.
korang pun dah baca lama kan blog aku.
usually if aku ada apa-apa mesti aku nak share.

serious aku pun pelik gak lately.
aku ni memang daripada dulu suka nak cam whore kan.
pastu mengada upload sana sini. dasarrrrrrr.
selama ni ok je biasa je.
tapi lately mesti ramaiiiiiiiiiiiii gila komen.
puji itu ini. ish aku nak type ni pun segan. mcm bagus2 pulak.
tau tak aku nak reply tu lagi terseksa?
sebab tu kadang2 orang komen aku biarkan je. taknak reply.
but since aku 'berazam' untuk reply semua komen.
kena la buat kan.

kau bayangkan kau dpt komen macam ni.

-lawanya kau sekarang.
-hottttttt
-seri pengantin
- gorgeous

kau nak reply apa?
paling2 aku boleh reply pun thank u.
Alhamdulillah.
biasa je la.
seri pengantin lak. aku kata maybe la kot. tp nanti lepas kawin tak berseri la.

ye la kan.
sebab poyo gila kot.
kalau aku memang lawa macam fazura ke takpa la jugak kan.
ni memang takkkkkkkkk.

siap ada sekali tu aku tengah snap pic aku sendiri. biasa la kan vain. ;p
mama nampak.

mama : asyik ambik gambar sendiri je. mentang-mentang orang puji cantik. jangan riak ye.

terus insaf.
tapi kejap je la. lepas few days cam whore balik. ;p
tapi serious aku takut sebenarnya.
sebab mama selalu pesan, "semua ni Allah pinjamkan je. If dia nak tarik, anytime boleh" :/
takut kan. tapi memang betul pun.

so menjawab soalan yang bbm aku tadi.
secara terperinci la.
aku rasa maybe korang rasa aku lain.
1st maybe la seri pengantin tu.
walaupun aku pun sendiri tak sure tang mana yang seri. stress ada la.
yang aku tau seri tahajjud cinta je. bini ke empat ustaz shauki.
yang pagi petang siang malam ustaz shauki nak tala. miahahhaha. oppssss.

yang lain aku rasa sebab lately tah apa tebiat.
aku rajin nak melawakan diri keluar. *lawa ke?*
selama ni aku kan malas.
sebab selama ni aku selalu pergi dekat-dekat kawasan rumah je.
kosser nak bersiap ke apa.
muka tak make up. pakai seluar katok aku. jalan.

so bila jauh sikit. rasa la nak dress up ke apa.
pun takda benda aku dress up pun.
semua baju aku ke apa dah masuk line bertahun. yang sama je aku ulang kan.

maybe la lain sikit sebab aku tukar frame spec kot.
tu muka nampak lain kan.
n lately i wear my hair down kot.
selama ni aku ikat siput je.
maybe sebab tu nampak beza kan.

lain daripada tu takda beza.
aku still make up gaya sama.
usually aku akan pakai utk kening, eyeliner, blusher. itu je.
tu memang wajib. lipstick if rajin.
beza sebab tabita kot. maybe la dia cerahkan muka aku.
selama ni kusam ke. maybe. i dont know.

tapi kan.
2 days ago kot.
aku layan pics kat facebook aku.
pics lama-lama aku.
n kadang-kadang aku click entry-entry lama aku.
omg. memang comot tahap melampau la kot.
takleh blah punya.
rasa nak hantuk-hantuk kepala sendiri kat dinding.

mama n noy membantu la.
sebab dorang kan sentiasa suruh bersiap elok.
tak bagi aku comot.
noy la paling garang.
sebab dia tau aku ni if ada bf je. mula la malas segala.
take things for granted. comot. apa bagai.
so dia marah. dia kata kena sentiasa cantik.
walaupunnnnnnnnn. tak cantik pun kan. ;p
kadang-kadang nak keluar. aku malas gila nak make up.

me : aku malas make up. lantak la.
noy : suka hati kau la. kau rasa kau cantik.
me : kenapa comot sangat ke?
noy : entah la. cuba tengok cermin.
me : T____T *duduk depan cermin terus make up*

tak pun if nak keluar.
aku pakai merepek.
dia sibuk bising.
kata buruk la apa.
siap suruh aku tukar baju la.
tukar seluar la.
macam nak pergi IB tu.

akhir kata.
no. aku tak cucuk tang sana. cucuk tang sini.
semuanya teknik make up n rajin nak gedik pakai itu ini je.
plus macam la aku mampu nak cucuk-cucuk.
hello masa aku kena sponsor buta-buta untuk laser tahun lepas tu pun.
kau tau 1 session bape hengget? rm700 ok! ke 800.
see aku pun dah lupa. tu laser tau. cucuk lagi mahal la kot.
of coz if nak buat kau nak tempat kelas kan.
takkan nak gi doktor celah lorong kan. mau ribu tu.

plus la. if nak cucuk.
baik aku cucuk tiba-tiba bibir angelina jolie. hahaha.
buat hidung terus. mancung abis.
buang lemak kat perut ke apa.
eh ni macam dah berangan pulak. ;p
aku tau la tak boleh. takda nya aku buat.
if tak dah lama aku jadi keej kardashian.
wah tetiba.

tapi last la before stop.
tips yang boleh korang amalkan ke apa la.
aku just nak cakap, "muka akak ni takda cucuk-cucuk. cuma kerap ambik wuduk"
wahhhhhhhhhh. kak nita sangat kan.
tak pun untuk cara murah mendapat kulit halus persis mengamalkan collagen, "makan la tempe".
hihihihihihih. mesti muka kau licin bak khir toyo.

ok tu je.
so dah. jangan nak speku mak ok.
mak tak sanggup jawab soalan bloggerazi korang ni tau.
ok bye. *z snaps* *flips hair* *catwalkbadakwalk*

15 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

kong ajo badakwalk. hahahaha.. gelak gelak aku baca..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ya saya pun baca gelak gelak nak mampus, mak pun nak ambik wudhu banyak2 biar muka Mak tegang, kelakar betul lah.

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply to Comments]

tp mmg betul pun ko makin cantik,myb sebab seri pengantin. lain kali ko jwb jek,hati bersih sbb tu muka makin cantik..waaaa

nok,ade ke org makan hati tgk ko makin cantik ni?opsss..

Miss Anne said... [Reply to Comments]

keej kardashian uolls.. ;)
mmg bgs lah tabita klau camtu kan..
sampai orang ingat pakai cucuk2 la apa,padahal its just tabita.hehe
erm.nway,nak tanya..
kalau sabah sarawak order u nak pos kan x?

missnadira said... [Reply to Comments]

haha..kelaka post ni..jenis yang lengthy tapi nak juga baca sampai habis..haha..btw tabitha tu ape ye?

Atiqah MoHez said... [Reply to Comments]

aku pun nak tegur gak..tp aku tegur dlm hati jela..haha..mmg nmpak makin lawa..seri pengantin..aku suke tgk org make an effort utk cantik..sbb bg aku kite cantikkan diri supaya kite pun rs yakin(yakin ye bukan riak..haha) dgn diri sendiri..ai like..kekeke

shuweet said... [Reply to Comments]

aku mampu gelak je baca entry nih...hahahhahahah

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

peeja,

tu yg aku tak sabar nak dapat Tabita aku next week ni ..ngeeeee...
Then, memang ko dah berseri sangat skrg! cantik.sorry to say, aku terinfflunce dengan lipstic colour red chilli ko tuh..ngeee..gi cari beb. nasib ada.hohoho

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kechantekan adalah hak milik setiap insannn *bunyi sengau sikit ujung2 tu.. :P

s a L o m a said... [Reply to Comments]

Eh serius bizibodi ok orang dh explain bagai tak puas hati lak.next time kau bagi jawapan 'berkat air semayang' je peej.dah la kasi saspen,dah penat explain,bole tak puas hati bagai?

s a L o m a said... [Reply to Comments]

Ok aku xbaca sampai habis sebab separuh jalan dah jadi emo org sibuk2,lalu terus komen.last2 jawapan air semayang kau sambil buat muka whatever adalah terbaik.good job.heheheheheh

peej said... [Reply to Comments]

nqr - sesuai sikit. takkan nak feeling catwalk kan.

aunty - kan. menarik sangat jawapan tu.

nemo - hahaha. gitu. jawab, hati yang bersih terpancar ke muka. poyo gila.

anne - tu la kan. pelik gak. sebab rasanya biasa je. boleh je post ke sabah sarawak. so far ok.

nadira - dah lama tak buat post macam ni. selalu bergambar je. sekali sekala ok gak. tabita tu skincare.

atiqah - kan. so if terjumpa orang pun takda la rasa nak menyorok bawah meja ke apa. part rasa confident sikit tu ye la. dah kurang la rasa segan nak jumpa orang ke apa. :)

shuweet - gelak lah.

dshk - ye ke. hahah. lawa kan lipstick tu. tp nak pakai selalu. kadang2 rasa gak segan tu. ;p

buyui - +1

saloma - hamboih marahnya. takpa la. biar la tanya direct kan. dpd spekulasi kan. as long as dia tanya tu pasal i. then ok la. if sibuk pasal yang lain-lain. tu ada rasa annoyed.

Mimie said... [Reply to Comments]

kak peej.. nak order tabita boleh?

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

oh ok.. patut lah ko beseri dari orang lain.. seri pengantin u olls.. *badakwalk* seksi okeh ;)

peej said... [Reply to Comments]

mimie - boleh tp email yea. thanks.

filla - seksi laaaa. gila tak seksi. hahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...