Instagram : @peejburhan

aku rasa noy idolakan aku.

sebelum start.
nak nasihatkan.
entry ni penuh ngan pic.
katanya berjam posisi sama je.
so hiburan hanyalah cam whore sahaja.

setelah berbulan tak ke saloon.
last aku pergi sebelum bulan puasa. gila lama kan.
rambut pun tahap horror.
ngan macam akar kayu nya.
ngan roots dah nak sejengkal. eeekkk.
ikutkan malas nak gi.
rasanya nanti nak kawin baru pergi.
then fikir balik. eh lama lagi tu.
tak sanggup tengok rambut macam kegilaan sangat.
so noy ajak tu. join aje.

tak ku sangka penuhhhh.
penuh as in semua seat occupied ok.
n dorang sampai terlari sana sini nak attend.
ye la nak chinese new year kan. semua nak buat rambut raya la.
kita orang je penyibuk situ. hahaha.
aku memang selesa gi saloon yang sama je.
dah bertahun kat situ.
dorang pun dah faham apa aku nak semua.
takda complain apa.

sampai pun dorang dah melambai-lambai semua.
bagus betul. but i'm not sure if they know my name la.
kenal muka kot. siap tanya mama semua.
sebab dah lama mama tak gi sana.
n seperti biasa. celine mesti akan attend aku.
yang brandon lak mesti nak buat noy.
best. sebab if pergi n tengok celine busy. rasa macam emo.
sebab nak dia.
tapi bagus. dia tak bagi orang kacau aku
tunggu dia settle. terus dia buat rambut aku. :D


before.
rambut roots dah tumbuh banyak.
aku siap singgah 7-E beli bekalan air n roti. over gila. hahah.
aku suruh celine trim rambut aku.
sebab panjang gila dah. panjang tu aku suka.
tapi aku tak tahan belah bawah semua dah ada simpul2.
bercabang ke apa takda. cuma nyampah simpul tu.
dah la bila kusut tu. rasa nak amik gunting, kasi cut sendiri.
kering sungguh dah.
so aku suruh trim. tapi jangan la sampai pendek.
n suruh layered kan balik.
ada la 5 inch jugak kot potong.
tapi bestnya celine ni. dia pandai potong n mendengar kata.
sebab tak nampak beza pun. :)

:: woof..woof ::


dah trim.
takda beza kan.
cuma macam nipis la rambut.
sebab layered kot. bukan sebab dah tua rambut kurang.
wah matiklah in denial kan. hahaha.
sebab orang suka bising kata rambut aku sikit.
whatevs.

aku selalu rasa kelakar if touch up roots ni.
sebab cara dia bahagikan rambut tu.
aku rasa dah rupa hush puppies dah.
macam hanj telinga panjang. miahhaha.


:: ini bukan percubaan nak buat kiut kembungkan pipi. sebab aku rasa lawak. rupa aku macam cendawan gergasi. hahaha ::

:: pic ni lawak. sebab muka noy macam pasrah dia macam singa millennium. hahahhaha. time ni dia buat highlights ::


aku xnak buat highlight.
memang la lawa. tp nanti rosak rambut.
plus nanti nak kawin. macam x sesuai nak over rambut.
so sebab tak highlights. rambut aku cepat siap.
1st time.
selalu noy mesti bengang tunggu aku sebab lamaaaaaaaa gila nak siap.
panjang sangat rambut.

 yeay dah siap.
suka kannnnnn.
kalau rambut hari-hari macam ni kan best.
memula tu aku freak out gak.
aku rasa rambut aku macam terang melampau atas tu.
sebab ye la lama kot dorang tinggalkan aku.
sebab ramai kat customer.
ingat dorang terlebih masa ke apa.
rupanya bila dah blow. elok je blend colour dia. :D


aku dah siap lamaaaaaaaa gila.
pompuan ni baru nak treatment. T______T
tu pun aku suruh stop la highlight tu.
ikutkan dia nak highlight dia warna macam strap handbag dia tu.
penatnya nak tunggu!!!

sementara tu.
apa lagi.
kita vain ye kawan-kawan.


aku suka celine blow.
curl dia lawa.
tapi dia suka blow leper.
if brandon lak jenis suka blow kembang.
tapi dah kata dah malam. apa jadah nak kembang kan.
ikut plan malam nak bawak mama keluar.
sekali ambil. lama gila.
bayangkan kita orang almost 5 hours kat situ.
sampai dorang kena tutup kedai lambat la.
padan muka kena OT. hahaha.


:: aku bagi dia camera suruh amik pic aku. dia amik pic sendiri. sabar je la ::


:: hahhaa. ni muka mintak tampar ::



kelas kan rambut nak raya cina.
vidal sassoon gila babs kot.
aku dah ngumpat-ngumpat ngan noy.
sebab gila kau rambut bob.

yang noy masa aku ngumpat dia marah.
dia kata dia tauuuu.
sebab masa memula tu orang saloon dah macam cakap-cakap gak.
dia suruh pakai color yang sesuai.
tapi dia ni nak ala-ala merah.
dalam pic tak nampak.
tp sebenarnya macam merah. kelas.
kenapa kita orang bahan?
sebab rambut ini kepunyaan mokcik umur 60 tahun   o_____O
haaaaaaaaaaaaa. kan.
mesti korang tak sangka kan.
daripada belakang cun gila kot. ;p

so aku amik pic curi-curi tu noy marah.
dia kata tak baik.
tah mak orang ke apa.
aku kata bukan nampak muka punnn.
dia kata what if orang kutuk aku kata gemuk pun nak feeling rambut kepuk-kepuk.
ah whateverrrrr.

oh if perati pic2 kat atas ada nampak la reflection aunty tu.
kat pic noy feeling mushroom tu pun ada. opppsss.

:: noy marah aku snap pic ::


:; dua orang mengerjakan rambut noy. sebab junior hair stylist tak reti blow curl ::


rambut banyak boleh la.
dulu aku pun macam tu.
tengok dah baya i nanti.
rambut pun ala-ala aje. sobs.

settle dah malam kot.
balik terus gegas ajak mama dinner.
tapi dia n papa malas.
dorang suruh tapau je.
ok je.
sebelum tu session verangans lagi.



then lepak suzi's.
makan steak.
bungkus untuk papa.
then beli yong tau foo untuk makan one family.
pergi sana tengok ada jija n adrian ngan kawan-kawan pilot dia.
so join table dorang je.
tak amik pic apa.
kelaparan n kepenatan sangat.





noy suruh amik pic rambut dia.
dia nak tengok.
over kan.

me : tiruuu. blow curl.
noy : kenapa pulak. dah rambut saya panjang. blow curl la.
me : ye la color sama. blow nak sama. kau idolakan saya yea?
noy : memang tak laaaaa. apehal lak.
me : yeeee! saja nak tiru. kau mesti kagum ngan aku. tu semua nak tiru. idola la tu.
noy : omg. ye laaaaaaa. saya memang idolakan kau. kalau boleh saya nak gemuk ikut kau jugak. best nyaaaaa *tangan didada, mata pandang atas*
me : *dalam hati. whateverrr. idolaaaa*

aku pernah bagi tau.
tapi takpa la.
maybe ada yang baru baca blog aku ke.

saloon aku ialah Upshot kat seksyen 2 wangsa maju.
kedai first sekali.
sederet 7-E.
kedai murah. tapi hasil puas hati sangat.
bagi aku la.

untuk trim - rm22
touch up roots - rm80
hair treatment 50% off - rm69

murah kann?
me loike.

ok tu je.
ta-ta byatches.

15 Comments:

miss nona said... [Reply to Comments]

murahnya hair treatment dia!!!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aah la hair treatment dia morahhh...

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

awak dua orang cantik..
suka tgk rambut korang..
huhuhu kulit pun cantik.
ala2 pelakon sinetron :D

mamasuri said... [Reply to Comments]

murah nyer...
tp aku nak beranak dah..
jgn mimpi nak buat treatment..
itu pun setahun sekali je buat..
cantik ahh rambut ko ngan noy tu..
gila jeles aku...

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

oih murah tu.. zaman penjimatan.. harus ke sana kalau nak buat apa2 kat rambut.. beserinyaaa la muka ko ngan noy nie.. jehles haku..haha, sabar fillanie, sabarrrr...

syrupmasin said... [Reply to Comments]

haha..style lah sempat snap pict lg tu :)

Tny said... [Reply to Comments]

Kelakar je ko kata Noy singa milennium! :D

BTW rmbut korang suberp-nice =)

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

uuuuuu, pasni aku nak try sana pulak la. Aku selalu pergi Miko yg kat seberang tu.

shuweet said... [Reply to Comments]

lawooo..aku rasa dah berkali2 aku tanya..katne ek salon yang korang g nih???

Atiqah MoHez said... [Reply to Comments]

ala..cantik nye rambut! nk jugak!! hihihi

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kamu dua dua sebenarnya mempunyai rambut yang cantik, panjang pun lebih kurang sama je, saya sangaaaaaat suker yeay.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

rambut panjang manyak cantik ma~
curly2 manyak hot ma~
colour rambut manyak gorgeous ma~
aunty buat rambut manyak merah mau manyak hot macam noy & kamu ma~
(loghat cino.hehe)

Nur Hafiza Rahsid said... [Reply to Comments]

apesal rambut aku susah nau nak panjang.jeles iols tengok rambut uols.

peej said... [Reply to Comments]

nona - dia akan dapat 50% discount kalau kita buat hair colouring ke apa semua. harga asal adalah rm140 mcm tu. tu hair spa by seah la. kalau treament pakai schwarzkopf rm80. if 50% lg murah la. :)

buyui - kannn. *angkat2 kening*

mrs sheikh - amboi over. takda la. biasa aje. ni macam over sebab katanya baru blk saloon. kalau tak jangan harap la.

mamasuri - aku dulu rajin la. sebulan sekali nak pergi. sekarang je malas. last aku gi last august ok. gila. nway, selamat dapat baby baru. semoga semua dipermudahkan.

filla - serious murah weyh. kalau kedia lain cekik darah kan. padahal bendanya sama je aku rasa. ye sila sabar. harapnya nanti impian jadi kenyataan. ;p

syrupmasin - haruslah. katanya apa lagi yang boleh buat kan.

tny - tp memang ada rupa tu kan?

aracy - oh tau. aku dah melekat sini. memang dah tak tukar lain. ada dah 3-4 tahun kot. suka. nanti try la.

shuweet - dan telah ku nyatakan jugak dalam entry ini. adakah tidak baca? dia kat wangsa maju seksyen 2. kat area belakang lrt putra wangsa maju itu.

atiqah - thank u. sila lah ke saloon berdekatan. :)

aunty - thank u.

anne - haha gilo. tapi aunty tu semangat rambut bob. which is so last few years. hahaha.

hafiza - omg. mine pun lambat ok. menderita nak tunggu panjang ni pun.

shuweet said... [Reply to Comments]

oh....terima kasih..aku ni kekadang baca tapi harap tak nampak...tu yang baca berkali2..hehehehe..layan kan saje la ye

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...