Instagram : @peejburhan

adik-adik. bulu-bulu.

tak sedar rupanya dah lama gilaaaaaaa aku tak update pasal kucing kan.
ingat lagi few months back aku asyik update pasal kucing.
mama kata aku ni macam takda cerita lain.
memang takda pun la.
tak tau nak cerita pasal apa.
macam some bloggers la.
if update blog memanjangggg cerita anak je kan.
sama la lebih kurang kan.
kucing ni ibarat anak la.
wah anak ke.
ok tipu. sebab aku n noy feeling kita orang kakak.
bahasakan diri ngan kucing pun kakak.
kakak sangatttt. *tangan didada, mata ke atas*

ramai dah stock tanya-tanya kenapa aku dah tak update pasal kucing.
bukan tak nak update.
tapi malas nak capai camera.
if ada pun usually aku snap pakai phone.
so twitpic or mobile upload kat fb je la pun.
so sapa yang tak follow tu. baca blog ni je.
so takda la nampak apa update kan.

so hari tu lepas konsert tu.
lepak kat bilik.
dorang ada. so kasi snap la pakai camera.

aku tak tau la budak-budak ni sayang kita orang lebih ke apa kan.
tapi asyik la mengikut kita orang.
if kita orang lepak bilik. berebut nak masuk.
paling tension lulu la.
dia jenis tak mengiau.
tapi dia suka cakar pintu.
nyilu ok. cakar non stop. kena la aku bangun bukak untuk dia.
tengah syok online. dia cakar nak keluar pulak.
then sikit lepas tu cakar nak masuk balik. rasa nak lepuk.
macam boss lak dia.
paling nyampah aku dah nak tidur.
tengah ala-ala nak start terbuai tu. dia start cakar nak keluar.
pastu berlari turun. nak makan or berak kot. entah.
kejap lepas tu nak masuk balik. arghhhhhhhhhhhhhhh.
aku tutup pintu rapat sebab ada a/c kan kat bilik.
kalau tak dia nak masuk. dia libas bontot dia kat pintu.
terbuka luas pintu.

kaseh ok sikit la.
dia takda la cakar pintu ke apa.
tapi kuat menjerit.
cara dia meow macam merayu-rayu depan pintu.
rasa kesian if dengar.

elok golek-golek dorang tu.
aku n noy turun je.
berebut semua nak turun tangga jugak.
taknak lepak sendiri kat bilik.
kita orang lepak bawah. dorang pun sibuk la kat bawah.
naik atas je. kejap lepas tu mula la aksi nak masuk join lepak bilik.
hish.

yoki n hannan memang kat cage depan.
2-2 tu nakal tak dapat di bantu dah.
sekali sekala lepaskan bagi dorang bersuka ria.
nanti malam pandai la dorang balik n lepak dalam cage masing-masing.


masih ngan hobby dia.
lepak kat tingkap stalk orang.
time ni aku panggil dia sebab nak snap pic dia.
pandai pulak pandang tu.


paling nakal.
aku tak tau la apa penyakit dia sekarang.
dia taknak berak kat pasir dia.
dia macam buat perangai.
kau dah buat dua bekas pun still dia taknak.
berak tu xpe lagi. senang nak bersihkan.
kadang-kadang dia kencing. arghhhhhhhhhh.
why ah?
ada siapa-siapa tau tak kenapa dia buat macam ni?

tapi dia ni muka sedih.
kau nak marah nanti tak sampai hati.
ngan mata yang ala-ala puss in boots tu. pffttt.



tengok la muka dia tu. muka kesian.
tapi bila tengok geram sangat rasa macam muka mintak tampar. hahaha
dia ni jugak agak hampeh.
kau panggil la macam mana. mampos dia buat tak tau je.
panggil lulu sekali 2 dah datang.
lepas tu tau-tau, kau nampak kaseh pun sebelah kau.
dia dengki kalau tiba-tiba orang layan lulu ke apa.
tah apa-apa perangai. orang panggil taknak datang.
pastu nak dengki.



:: paling sweet heart :;

:: santai sangat ::


:: perut tu kenapaaaaaaaa?? ::


:: tengok la tu. dok stalk lagi ::

meja tu takleh nak letak barang ok.
semua dorang tolak. sebab nak berebut tidur situ.
ada sekali tu sampai pecah bekas lilin.
so lantak. biar kosong je la. senang.
port dorang tu.


jam tu abaikan.
dah tamat riwayat. time ni sebenarnya dah 2-3 pagi kot.
jam tunjuk kul 7ish.
baru je puji-puji kata best jam tu. lama gila.
aku beli masa zaman belajar dulu.
kat ikea. 2004 rasanya.
lama gila kot tahan.
dah la senang. ada cangkuk. takyah nak susah-susah pukul paku.
gantung je mana suka.
sekali lepas tu tak gerak.
tukar la battery baru. ingat abis battery ke apa.
lepas 2 hari tak gerak. tsk.

hari tu aku ada tweet kata kita orang beli cologne spray untuk kucing.
wangi sangat. ramai tanya nama apa la apa.
aku tak ingat time tu.
janji nak tweet. lepas tu lupa.
so alang-alang ingat ni.
tepek sekali.


ini dia.
bawah rm30 rasanya.
amik bau baby powder. dia ada macam-macam bau.
tapi ni best.
serious wangi macam baby dorang. suka.
tapi tak tahan lama la. lepas 1-2 hari hilang la bau nya.
kata cologne je pun kan.
nak berterusan spray la EDP kan. ;p

macam aku, tak spray direct.
sebab dorang menggelupur.
so aku spray kat facial cotton.
letak kat tangan. pastu konon belai dorang.
so dorang pun feeling manja la.
padahal nak bagi wangi. sapu kat badan dorang.
memang best. lepas tu dorang lalu ke apa. bau baby je. :)

ni aku share video.
dah lama amik ni.
ada la 3 bulan dah kot.
tapi nak upload kat blog asyik error. nyampah.
so ni rajin so upload guna youtube.
nasib boleh.

yang bawah ni video lulu gedik.
panggil nama je kemain tergolek-golek.





yang bawah ni dorang sibuk main laser.
aku time tu nak kacau noy.
sekali dorang nampak menggelupur suka.
bagus. takyah susah payah beli mainan dorang tu.
memanjang hancur.










ok tu je.
rajin aku update lagi nanti.
ta-ta.


10 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku lak leka tgk kasih kejar laser tu..haha!

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

lulu?

suka cakar pintu??













hantu isabella???????????????

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hari tu masa pergi rumah peeja, anak aunty leka tengok kaseh ke siapa tidur macam manusia suka betul dia siap main main dengan kaseh lagi.

nor elyana said... [Reply to Comments]

peejaaaaa..helpppp..cute melampau lulu ngan kaseh ni...perasaan rindu kat kucing sendiri ni makin x leh dibendung2..sampai rasa nak nanges dah..khamis lepas sblm pindah balik mesia terpaksa let go si bulu2 kesayangan ke RSPCA..nangis mcm org gila dah sampai pening2 kepala..kalau dpt jumpa kucing peeja nih, peeja x ajak masuk rumah pun x pe..duduk dgn dorg kat luar 1 ari pon ok..huhuhu..kita pun bahasakan diri dgn kucing kakak juga..even dah ada anak, bahasakan diri dgn kucing tetap kakak..huhuhu...

peej said... [Reply to Comments]

buyui - semangat dia kan.

rara - sebab tu masa kau hantar expose mistik tu aku tak suka. sbb lulu suka cakar pintu.

aunty - lulu kot. sebab kaseh jenis tak manja. bukan suka orang belai ke apa. ikut mood dia.

elyana - sedihnya. kita orang pun hari tu mama kata nak hantar hannan n yoki gi spca. kejam. xpe. nanti i pindah i angkut semua. memang sedih kan if apa2 jadi kat kucing. nangis melampau.

Aidah said... [Reply to Comments]

Akak paling suka muka kesian kaseh tu. Akak rasa kaseh tu dilanda penyakit cemburu dalam keegoan gitew. Sebab tu dia kencing semua tu kan. Mungkin jugak sebab dia nak attention lebeh sikit kot sebelum peej jadi isteri orang. Hehehe.

cik ani said... [Reply to Comments]

eee GERAMNYA montelnya dia meniarap tuuuu.Apa hang bagi dia makan?SABAR la perangai kucing memang macam tu.Semakin dia besar makin macam2 peel dia buat. kalau yang jantan memang terlebih degilnya tapi kalau yg betina ok sikit.Satu saja akak nak pesan buat la mereka ni macam anak kecil kita itu aja.Jangan dok kasaq dengan depa.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

suka tengok lulu ngan kaseh kejar2 laser tu,suka betul diorang..cute
je..:)

Dils said... [Reply to Comments]

Comel gile. I played youtube tu time kucing gemok aku duk melingkar2 depan computer, terus die duduk tegak tengok youtube dengan khusyuk.

peej said... [Reply to Comments]

aidah - entah la. dah tak tau nak buat macam mana dah. harapnya tak berterusan la macam ni.

cik ani - dorang makan iams je. takda lain. tah kenapa montel. tu la. sebab tak berkasar la main naik lemak perangai tu. pfffttt.

anne - tu la. aktif je.

dils - haha. mesti dlm hati cakap. bila tuan aku nak main macam ni ngan aku ni.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...