#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

Bali - day #1 - Bali keee?

malas rasanya nak update.
tapi if tangguh-tangguh tah bilanya nak start kan.

process yang panjang.
amik pic dpd both camera.
paling tak tahan pic from camera jonet gila besar.
nak resize bagai. lebammm.
pastu nak watermark la apa la.

baru settle ni.
so mari start.

so kita orang pergi bali 6d5n.
tapi hari pertama tu waste macam tu je.
fuck.

flight petang.
but pepagi dah bangun siap semua.
pergi giant kejap beli apa yang boleh.
noy pulak sibuk nak cuci kereta bagai.
nak tinggal pun nak cuci. nice.

around 12.30 bergerak daripada rumah.
papa hantar ke kl sentral.
sampai terus ada bas. nice.


:: ceria dah duduk dalam aerobus ::

bas gerak 1ish macam tu.
sampai lebih kurang 1 jam lepas tu la.
elok nak sampai bbm dengan jonet.
dia kata dia baru gerak daripada rumah.
takpa. rumah dia dekat je kan.

so sementara tu me n noy duduk kat coffee bean.
aku tak lapar sangat.
sebab before keluar dah makan mama masak.
kemain sedap. nyam.


so dia amik iced chocolate besar. kongsi.
n paksa makan bagel sapu cream cheese. sedap dia kata.
pastu dia makan sikit. tak abis paksa aku abiskan. bagus.
dah la ngan ice chocolate.
mengantuk melampau lepas tu.




berlengas.
panas gila lcct tu.
coffee bean ke. starbucks ke. semua aircond ala-ala tak rasa. herghh.

jonet sampai kita orang lepak kat depan dulu.
hisap rokok. then baru nak check in.









ceria je masing-masing.
so masuk la dalam untuk check in.
flight kita orang 4ish pm macam tu.
elok sampai turn.
dia kata flight kita orang cancelled.
cancel ok! cancel!
dia kata takda dapat sms ke email ke.
takkkkkkkkkkk! hotak la.
so dia kata pergi service counter.
nanti dorang letak kita orang kat flight lain.

beratur lagi!!!
sampai situ.
dia kata kita orang naik next flight.
pukul 6.40pm macam tu.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
bayangkan time tu baru pukul 2 lebih.
memang lebam kot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
dah la lcct tu bukan ada tempat nak beristirehat.

so kita orang lepak starbucks.
tapi berapa lama sangat pun boleh duduk situ.
dah la takda smoking area ke apa.
abis air.
sambung lepak depan balik.
T______T

kerja amik pic je la ceriakan hati.
muntah la korang tengok pic kita orang je. hahah.



:: haha dorang tak ready. aku snap tak kira. ;p  ::


duduk depan tu until 5pm macam tu.
orang-orang taxi area tu pun dah kenal muka kita orang.
sebab everytime pun dorang tanya nak teksi pergi kl ke.
TAKKKK!!!

pastu elok nampak tony fernandes lalu tepi tu.
naik kereta peugeot dia. tengah cakap phone.
rasa nak tahan pastu cakap. kita orang insan terpinggir.
flight cancel.


then masuk dalam.
dah boleh check in.
dia bukak 4-5 counter untuk check in.
tapi tak specific.
dia tulis Indonesia je.
kau tengok macam mana rupa line dia.


rasa nak bunuh orang kan.
dah la barisan berlapis-lapis. 1 barisan jadi 3 ok. herghhh.


muka orang dah keletihan n speechless tak tau nak cakap apa.
tweet bebel-bebel je la pun.
pastu jonet pergi service counter.
tanya bebetul.
pun barisan panjang.
dia kata dia redah je terus ke depan.
dia askar boleh la kan. heheh.
sebab dia kata lama kot beratur. ngan barisan panjang.
dia tanya sekeliling.
ada yang baru nak beli tiket la apa.
tu dia kata dia ke depan terus. dia nak tanya je kan.

elok dia datang.
dia kata memang betul flight kita orang 6ish pm.
tapi counter bukak from 26-35.
yipaaaa. so 35 tu macam takda orang beratur sangat. yeay.
kalau kat screen yang bukak 26-30 je macam tu.
so ingat lelain tu bukan.



:: beratur sampai sempat ikan fishtail braid ::



ceria sebab dah nak check in.
tapi makcik depan tu kekecohan pulak.
indonesia. tapi kemain melaram.
bag dia berat nak mampuih.
kau tau la dorang tu segala benda nak bawak.
susu tepung anak je berpeket-peket ok.
pastu kena bayar excess tu dia takmo. bebel-bebel la apa.
what????! bayar je la.
orang nak check in ok.
dia drama gaduh lak ngan budak situ.

lepas settle. dia bayar gak.
nak gerak dia nak ngadu ngan kita orang.
nak carik geng la tu.
kosser nak layan. kita orang pun berlengas ok.
nak cepat2 je ni.



tunggu nak boarding.
jonet mengadu nasib kat mak dia.
time ni pun nyampah.
delay lagi 1/2 jam. syabas.

pastu ada minah indian ni jaga pintu untuk nak boarding ke apa.
macam psycho.
kita orang takda seat. so berdiri la tepi-tepi tu.
ada few orang siap beratur depan pintu tu.
dia nak hangin-hangin, "please seat! we will announce when ur turn is here"
eh suka hati la orang tu nak berdiri ke apa.
bukan depan muka dia pun.
tak kacau pun kan.

me : eee gila kuasa. tah apa-apa.
noy : tah. dia tau tak berapa lama orang tunggu.
me : kan. aku rasa dia feeling ni. tengok la gaya tu. siap rambut croissant bagai. mesti impian sebenar nak jadi crew. hahaha.
noy : hahaha. confirm.




naik je dapat seat paling belakang ok.
apa la nasib.
tak boleh recline seat.
menyenget tido masing-masing.
tu takpa.
sekali tony fernandes naik sama flight.
nak mesra rakyat pulak pergi kat setiap orang nak sembang.

takda makna.
kita orang terus buat-buat tidur.
taknak layan. kang amukan. paling tak pun tarik muka sentap kan.



nak buat tidur la sangat.
memang tertidur betul-betul ok.
hahahahhahahahaha. tak suka.
ye la. keletihan kot.

bangun je tengok dah tak lama nak landing.
terus getik bersiap bagai.
macamkan orang nak tengok pun. heheh.






by the time sampai n keluar semua dah 11ish pm.
nice kan.
tu la cerita bali day 1 ku.
kat bali ke?
tak!!!
kat lcct jew.

hahahha. ok la.
nanti sambung.
mak lapar uolls nak makan.
ta-ta.

kenapa kena tutup? why, why, why?

minggu lepas aku ngan noy ke jj au2.
nak beli barang-barang yang kehabisan.
sebelum tu pergi makan dulu.

adalah sangat emo.
sebab kedai-kedai makan kesukaan ku sudah bungkus.
bankrupt mungkin. tsk.

dah rasa pelik for the past 1 month.
sebab tiap kali pergi situ. nak makan teppanyaki.
tapi memangjang close.
pukul 9pm pergi, tutup!
pukul 8.30pm pergi pun dah tutup.
ada sekali tu baru macam pukul 8 macam tu pun tutup.
wtf. terkilan mak. mengidams ok.
aku ngan noy siap cakap lenkali mcm ni lagi kita call owner dia la.
mintak nombor. bebudak dia malas la tu.
takkan la baru pukul berapa bahan dah abis. agak-agak la.
last pergi hari tu memang tutup terus. uwaaaaaaaaaaa.

tu takpa.
then pergi ke kedai kesukaan kedua sakura kristal.
pun tutup bungkus ok. uwaaaaaaa.
why oh why.
last time pergi masa keluar ngan zeity n zara sofea tu.
nak makan situ.
tapi dia kata untuk bulan november yang ada menu western je.
hah? boleh lak macam tu.
so fikir akan macam biasa la lepas tu.
rupanya memang nak tutup terus kot.

aku tak sure la memang dedua ni tutup terus ke tak.
tapi apesal tak bukak kan.
then dalam kedai macam bersepah-sepah je.
pelik gila.
haiyoh.
dah takda apa sangat dah lepas ni.
harapnya yang lepas2 ni bukak kedai best2 jugak la ye.

so sebab takda kita orang makan kat black canyon.
1st time try.
menu dia banyak gila menarik.
tapi kita orang amik nasi n lauk-lauk.
sebab kelaparan.
n seminggu makan kat bali.
nak selesa malaysia.
ok tak malaysia sangat la. macam thai je. ;p

:: chocolate banana something. lupa lak ::

:: watermelon frost. ::

sedap. suka.
masa dia letak tu tembikai tu tergolek.
takpa la.
sekali dia amik pergi basuh n bagi balik. T____T
ceh, ingat nak bagi yang baru ke apa.

:: comel je nasi buat macam ni ::

:: tomyam ayam. sedappp. me loike ::

:: mix veggie seafood rasanya namanya. pun not bad. tp yang bijik2 hitam itu apa? ::

telur bungkuih.
ok ni manis.
tapi telan je la.
nak telur. sebab takda pulak telur lain, so order ini.

overall ok la.
takda sedap melampau.
takda la tak sedap langsung.
kira makan puas hati la jugak.

eh tgk pic menjadikan ku lapar. erk.
then balik tengah kat depan.
melayan kucing la apa.
tetiba noy kata langit terang gila.
padahal time tu dah 10ish.
paksa-paksa aku tengok. malas gila.
dia amik camera n snap.
terus rasa nak tengok.
tapi serious bahagian tu terang gila.
lelain gelap macam biasa.
dunno why. but serious pelik.
tapi lawo.




tak pasti sebab apa.
tapi if tengok betul-betul macam ada cahaya pelangi sikit kan.
ke bukan?

eh ok la. tu je.
mau turun makan. perut dicucuk-cucuk kelaparan.

p/s: ni auto publish entry. bukan baru type. nanti korang ingat kegilaan apa pepagi aku lapar pulak. bangun pun belum sebenarnya. hahah. ok bye.

Simple Sunday #2 - Mata Ikan

Malas nak cerita sangat.
so letak pic efek mata ikan (fisheye effect) yang di ambil daripada camera mama.
ada yang lawak.
ada yang comel.
dan bila part aku ada yang sangat horror.
ibu mengandung kalau boleh jangan tatap lama-lama ye.
hehheeh.












omg memang horror nak mampus.
gila ke letak pic macam ni?
alah lantak la kan.
takkan nak letak pic yang cas cantik je kan.
sekali sekala kena bagi sedar ni la ghupe kita.
ok tak sangat la. ni efek mata ikan.
if bebetul comei sikit kot. heheh.
nak jugakkkkk. ;p