tadi ice n huda datang rumah.
elok lepas maghrib kita orang keluar.
plan nak ke klcc.
naik kereta noy.
sebab kereta ice penuh sebab dorang baru balik daripada ikea.
keluar rumah tengok gelap gulita.
lately ni tnb lambat bukak lampu jalan.
takpa la. keluar je.
sementara tunggu ice bukak segala lock kat kereta noy.
me n noy smoke kejap tepi kereta.
then gerak.
jalan mostly gelap je.
lambat bebenor bukak lampu.
sekali tak sampai few minutes noy jerit.
noy : OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cicakkkk. sumpah saya tak tipu.
me n huda : aaaaaaaaaaaaa. mana? mana??
noy : kat depan tu. kat depannn. depan kau pija. cicak besarrrrrrrrrr. i'm not kidding.
me : mana? mana?
sambil jenguk tengok depan.
aku terbayang cicak tu kat depan cermin tu.
kat selalu ada cicak la apa.
noy : pijaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! depan muka kau laaaa.
huda : uwaaaaaaaaaaaaaaa. manaaaaaaaaaa.
semua dah menggelupur.
noy : depan. kat seat depan kau. kat kepala ice tu.
ice : haaaaahhh? kau jangan noy.
noy : betulll. sumpahhhh. ni bukan cicak kecik tu. ni cicak besarrrrr gila.
semua dah menjerit-jerit.
suruh berhenti tepi.
aku memang dah rapat ke noy taknak pandang.
sebab noy kata depan aku.
aku terbayang dia melompat ke aku.
ice bawak laju. melampau.
carik tempat nak berhenti.
badan dah merapat ke steering.
sebab dia terbayang bila noy kata kat kepala dia tu.
betul-betul rapat. n terbayang besar biawak. pfffttt.
melampau ok biawak.
ikut aku rasa nak terjun daripada kereta.
biarlah berguling-guling kat jalan raya tu macam timun.
tapi nanti tak sempat kawin lak. hahahhaa
ice bawak laju n kona lipat semua.
kita orang berhenti kat area LRT putra.
semua menggelupur keluar kereta.
time tu takda siapa nampak lagi cicak tu except for noy.
so bila keluar.
amik torch light n suluh.
semua melompat-lompat.
ice tu penakut gak.
tapi boleh harap la untuk menghalau.
tapi half way.
sebab dia bukan berani pegang.
dia tolak pakai steering lock.
tapi sebab gelap.
tak tau ke mana menghilang cicak tu.
berkampung luar kereta trauma.
ada dua tiga orang la tanya kenapa? apa masalah.
ice cakap takda apa.
cea jaga macho.
ye la. tah2 orang ingat haiwan berbisa ke apa.
tapi sekali cicak je weyh. hehehe.
tapi stillllllllllllllllllllllllllllllllll.
yang cicak pun. apesal kau nak naik kereta hah?
n kan masa aku jenguk yang noy terjerit-jerit.
memang patut dia jerit.
sebab cicak tu memang inches away je daripada muka aku.
n sila tengok cicak tu besar mana.
noy kata masa dia nampak tu. dia kat bahagian head rest tu.
memang depan muka aku.
bila jerit.
dia naik kat belah atas. siap mencodak je kepala.
amboih.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
dah la ni bukan macam cicak rumah tu.
cicak rumah kan warna macam kuning2 light brown tu kan.
ni jenis macam dark brown.
n badan siap ada corak-corak.
selalu if aku siramkan pokok mama.
selalu nampak cicak ni kat dinding tembok dekat ngan area pokok-pokok tu.
i tweet about it.
ramai kata ntah-ntah cicak tokek.
if jual kayo.
tak kira la kayo tak kayo. takut hokey.
yang ice kata cicak tu lawa. boleh bela.
hek la.
sumpah lama gila kat situ.
even cicak tu dah hilang daripada pemandangan.
tapi dapat merasakan dia ada lagi dalam kereta tapi menyorok.
terrifying weyh.
rasa macam nak tinggalkan kereta itu dan berlari balik rumah.
gila drama.
so cancel pergi klcc.
aku kata aku rela naik lrt weyh dpd naik kereta.
tapi ice paksa gak naik.
sebab dia dah check bawak kerusi semua takda.
so lepak dekat area rumah je.
tempat makan yang ada carwash.
dengan harapan time vacuum tu pintu semua terbukak.
dia keluar.
or dia tersedut ke apa.
aku membayangkan cicak tu cuba melekatkan diri.
tapi pipi n badan dia semua bergegar-gegar sebab nak tersedut. hahahhaa.
perjalanan dpd situ ke tempat makan tu sangat la terasa lama.
aku n noy dok berhimpit bersila. huda pun.
then tak berani nak sandar ke apa.
mana tau dia ada kat sekeliling tu ke.
ice pun pecut melampau.
tapi perjalan yang 5-10 minit tu.
terasa macam nak pergi perlis jauhnya.
yang noy siap standby pegang magazine yang digulung n torch light.
tak aman betul rasa.
hopefully dah takda la cicak itu. tsk.
tapi ku rasakan dia masih ada.
help! help! help!
macam mana nak buat nak make sure dia keluar or mati ke apa heh?
anyone?
nota buntuit : esok siang kena check out la.