#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

fruitti penyet.

last saturday keluar makan.
tak makan seharian. mengadap pc la apa.
after maghrib baru rasa lapar.
yang noy teringin nak tutti fruitti.
so alang-alang makan luar je terus.
dah feeling macam orang puasa lak lapar dia tu.

ingat nak makan nasi dulu then baru la TF kan.
tapi noy kata nak TF dulu.
ye la. apa-apa aje la ye.
ikut je.


dappp.nyam nyam.
then ke wangsa walk pergi makan ayam penyet pulak.
sebab tamak. aku suruh noy order tauhu n tempe extra.

:: noy kebas sweater askar papa masa papa kat australia dulu. ::



sekali dapat ada telur pulak. weird.

noy : sapa nak makan telur tu? saya taknak.
me : kan. memandai bagi.
noy : mahal ni tau. rm4++
me : ye ke? saya tengok hari tu rm3+ je. dah naik yea?
noy : entah. tapi tadi memang saya tgk rm4+ la.


then time nak bayar.
aku tengok kat kaunter ada menu.
jenguk la kejap.

me : helo kau yang salah ok. kau tick telur, tauhu n tempe la. ni ada yang tempe n tauhu je. memang rm3. kau yang salah.
noy : hahaha ye ke? salah yea? lapau la. terketau-ketau nak tick tu.

bengong.
then berfikir nak belikan apa untuk papa n mama.
so belikan ini.
sebab tau mama suka.


perasan tak if nampak jeruk je mesti air liur bertakung kat mulut.
ni tengok pic ni pun sama.
masa ceduk-ceduk tu noy ceduk.
aku tukang,

me : haaa yang ni sikit. *telan air liur* haaa yang ni *telan air liur*. ish benci la. aku asyik telan air liur je.
noy : hahahaha. saya pun. benci gila.
me : tak coverline betul.

then beli tu.
singgah again ke TF beli untuk papa n mama.
aku suruh beli medium je. biar dorang kongsi.
tapi noy beli large terus.


:: gumbira dapat TF ::

:: ceceh yang penyibuk n biadap itu. suka duduk situ ::

papa tu tengah tunggu giliran.
papa ni paling la suka ice cream.
everytime kita orang pergi mc donalds pun. if tanya nak apa.
dia akan kata dia nak ice cream.

sekali mama makan 10 sudu je.
pass kat papa.
sampai licin ok dia makan. hamboih. suka tu.


hahhaa. ceria kemain muka.
ish tengok pic ni rasa nak lagi pulak TF ni.
ok bye. nak makan ah.
kang jadi episode feeling puasa lagi pulak.
taaaaaaaaaaaaa.



beautiful strangers.

ish tak boleh tidur pulak.
semalam around 10ish mengantuk.
tapi taknak tidur sebab tau sangat.
if tidur around 2am akan terjaga.
sekali memang tak sedar diri. tau-tau tertidur. n yes memang terjaga around 2am.
nice.

sekarang tak tau nak buat apa.
so tadi dok clearkan emails.
macam banyak sangat yang tak berdelete.
sambil-sambil tu tengok la emails.
pastu baca emails daripada readers.
terus rasa semangat n happy je.

few days back entah apa angin tiba-tiba rasa benci blog, dunia blog segala la.
tah apa-apa tah.
tapi korang pun dah lama baca blog aku kan.
biasa la tu. bila angin tu datang. memang sepi je la blog.
as usual bila sepi mula la orang tanya sana-sini.
aku tak reply pun.
sebab i just need a break kot.
rasa down semacam.

paling tak tahan mama la.
aku tengah makan kat meja makan, mama join.

mama : sexy saturday kau tu tak sexy la.
me : huh? (aku fikir yang dia rasa video clip tu sexy ke apa.)
mama : ye la. sebab ni dah tuesday. dah tak sesuai.
me : *rolling eyes* biarlah. malas nak update la. takda mood.
mama : lain kali buat la. sexy saturday until tuesday. hihihi.

e eh. kelakar sangat la tu.
still takda mood.
tapi seperti biasa la. dah ramai sangat tanya.
rasa tak best lak ignore. so buat la entry pendek kata takda hati tu.

nway. bukan nak cerita pasal tu.
nak cerita pasal email.
seronok baca.
who would've thought yang email dpd a complete stranger boleh bagi kau happy kan.
n paling best bila kau baca keikhlasan kat email-email tu.
takda adegan mengipas ke apa ke.
sebab aku ni pun siapa la nak dikipaskan.
tapi kalau kipas sebab sian tengok aku kuat peluh takpa. itu dialu-alukan. heheh.

ada yang suruh aku share email dorang.
tapi aku rasa tak perlu kot.
kang orang muntah darah pulak kan. ;p
tapi serious seronok.
sebab kadang-kadang kita berblog ni sebab sendiri seronok.
merepek je takda hala tujuan.
tapi tak sangka ada orang yang rasa terkesan ke apa ngan entry kita kan.

aku ni jenis tak reti sangat nak berkawan.
sebab tu la kau akan tengok aku balik-balik ngan orang yang sama je.
aku selesa macam tu.
tak pun last-last takda siapa sangat. aku akan ngan noy je la berdua.
tapi dalam pada tu. slow-slow aku buat kawan ngan some of readers aku.
rasa rapat n sayang pulak.
walaupun ada yang tak pernah jumpa pun.
tapi rasa rapat n macam dah kenal lama.
sebab dorang rajin berinteraksi kat fb, twitter n emails.
so kau dah rasa selesa kan.

so bila adanya korang-korang yang rajin bersuara ni.
tu yang bikin kasi semangat balik.
sebab blog ni kadang-kadang buhsan jugak.
yang menaip ni la buhsan.
baca tak buhsan.
aku tau la. sebab bila blogger-blogger kesukaan aku tak update.
aku rasa lost jugak. rasa macam, "eh kenapa dia tak update ni? dia ok ke tak?"
sampai rasa macam. eh dia ni block aku dpd baca blog dia ke.
eh boleh ke macam tu? heheheh.

apa-apa pun. thanks to all my beautiful strangers yang tak jemu-jemu baca blog ni.
yang dah bertahun pun kan.
n pada yang baru datang n baca pun la. thanks jugak.
hope semangat ni akan berterusan.
walaupun kadang-kadang akan down ke apa kan.
tapi if la ever blog ni berkubur satu hari nanti.
still, aku akan ingat kenangan ni. yang aku pernah ada blog n aku ada readers yang sweet-sweet.
Alhamdulillah.

ok tu je kot bebelan pija si burung hantu.
tiba-tiba mood jiwang pulak di pagi jumaat yang indah ni.
hehehhee. *gelak budget comel habis la tu*

expose mistik : gambar

ok hari ni expose mistik pic pulak ye.
sorry lambat.
sebab aku kena la mintak kebenaran tuan punya pic before share kan.
so dapat je kebenaran baru ok kan.

tapi identiti di rahsiakan la yea. :)
aku tengok pic ni dah lama. awal tahun hari tu.
sebab seronok tengok pic anak kawan aku ni. comel sangat.
tengah scroll pic ternampak pic bawah ni.
terus terperanjat.
then tengok ada ada few kawan-kawan dia komen.
lagi bertambah seram.

dorang bercuti kat cameron highlands tak salah aku.


korang nampak apa yang aku nampak tak?
n kawan aku tu pun tak dapat explain apa benda tu.
dorang pun tak perasan sebelum ni sampai la kawan dia komen pic ni.

erk bila aku tengok balik ni terus seram.
nampak macam bayang budak kecik perempuan kan.
rambut paras telinga macam tu.
n masa dorang pergi tu. memang takda pun la yang kira features macam tu.
memang takda budak baya tu ke apa.

if ada pun macam tak logik.
yang aku rasa lagi seram sebab tu nampak macam bayang-bayang kan.
tapi bayang-bayang apa yang gelap sangat macam tu.
plus if kau tengok.
'benda' tu macam in between tingkap n langsir.
if ikut logik. mesti akan nampak la kan.
if balik langsir baru la logik nampak bayang-bayang ke apa.

serious tak terjawab misteri ni.
memang expose mistik betul.
so tak boleh la guna tagline, ' jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.
sebab memang misteri sangat ni.

scary kan?
kroang rasa apa tu eyh?

kalau korang takda cerita nak share.
tapi ada pic yang korang sendiri rasa misteri. pun boleh share sini.
kalau cerita pun ok gak.
if nak share seperti biasa la kan.

email aku kat nurhafiza.burhanuddin@gmail.com.
title : EXPOSE MISTIK : ..........................................

aku Insyallah if ada cerita akan share segment ni every khamis malam jumaat. :)
selamat malam jumaat.

sian kat awok.

ok bersiaran kembali.
tapi bersiaran je terus nak kak nam.
boleh?
boleh la. kata blog aku kan.

semalam online tengok la pic artis yang kawin tajaan tu.
ye bak kata mama, "kita buat wedding biasa-biasa pun orang kutuk. kita buat grand pun orang kutuk. so lantak la".
ada je tak puas hati kan.
ye aku pun nak cakap-cakap la.
biasa la. katanya manusia kan. heheheheh.

saya rasa make up nikah dia menakutkan.
sebab dia kira ok la lawa kan.
tapi nama nikah jadi begitu.
tapi mekap reception kat kampung tu lawa.
tapi aku rasa baju laki dia n dia tak masuk.
dari segi colour la.
sebab laki pakai nampak macam peach. dia pulak macam pink.
tapi semalam cousin aku izza tu datang. so sembang-sembang.
dia kata ramai cakap macam tu.
tapi dia pergi wedding tu nampak ok je.
tak sure la sebab dia terlalu penat ke apa sebab perjalanan jauh.

lepas tu baru la aku di fahamkan izza tu.
"tu semua sendiri punya. yang tajaan tu adalah malam ni." which is semalam la.
yang tajaan juta-juta tu.
owh ok.
aku mana la tau. sebab masa tengok rasa macam biasa je kan.

so semalam pun tengok la update.
tengok je terus tanjat boboi.
sian pun ada.
sebab di taja. segala benda dipakaikannya pompuan itu.
ngan crown/tiara, subang besar gila, choker 4 lapis. ambilllll.
bak kata @qistinaCLNK, apa kau ingat kau miss angola. hehhehehe.

then ada 1 pic tu aku tengok dok bersempit ramai-ramai.
aku dah macam. ish kesiannya. mentang2 kena sponsor, abis semua model dia pun sibuk sanding.
then bila tengok pic yang clear kat tempat lain baru tau.
tu bridesmaid dia. pelakon2 jugak kan. kenal 1-2 muka.
orang nak bridesmaid. dia nak jugak.
tapi orang letak tepi. dia letak semua kat kerusi.
dah la pengantin tersepit-sepit.

yang buat aku ingat model mula-mula sebab nampak la kasut-kasut penuh pearl.
so maybe la nak tunjuk kan.
n pakai macam sexy kemain.
so aku fikir sebab sponsor. dia pun nak la tayang semua set yang ada ke apa.
mana la nak tau tu bridesmaid.

pastu tengok la gaun vera wang tu.
ok la lawa.
sebab tengok bahu tu penuh pearl kan. suka je.
sekali rupanya pendek atas lutut. T_T
apakah kegilaan ini?
then terfikir. oh kena la pendek.
sebab kang tak nampak lak kasut jimmy choo tu.

sian.
tak macam majlis kawin.
nampak macam dorang ni attend majlis rafflessia tu.
sebab kek pun tulis rafelessia tu.
slide show ke banner ke apa semua penuh ngan rafflessia tu.
ala macam selalu kalau kita tengok majlis rafflessia tu la.
semua hartis pakai pastu tayang sana sini.

tapi takpa la.
dia boleh kata.
janji aku merasa juta-juta. kau hado?
tapi tu la. kalau dah kena sponsor. terima je la segalanya kan.
macam dorang menumpang majlis pulak. tak macam pengantin.
tapi ok la. dorang dah feeling pengantin masa nikah n reception kat kampung hari tu kan.

but still.
serious sian sebab dia menjadi pokok krismas.
nway, i dont mind dia nak buat tema english pulak kat side sini.
but patutnya bride ngan bridesmaid should wear something more appropriate la kan.
rasa tak?
ke aku sorang je rasa macam ni?

*muka straight*

mood tak mari.
tiada hati.
buat masa ini.
nanti-nanti la ye.

xoxo

Sexy Saturday #8 - Papi

so pretty la this wamannnn.



uuuu sedapnye.

sorry few days tak update.
wah few days ke?
ntah rasa lama pulak. selalu memang mengadap je.
mood nak mengadap dunia blog tak mari la.
tu yang biarkan je pic dah ada kat draft.
tapi nak menaip entry malas je.

kisah open house last sunday.
anyway excuse my make up.
sebab foundation aku yang colour tan dah abis.
tsk.tsk.tsk. tak beli lagi.
yang ada adalah colour cerah.
bukan aku punya pun.
noy terbeli salah. dia rasa gomak sangat, so dia pass ke aku.
oooo. apa dia fikir if aku pakai tak gomak la?
gomak ok!!!!
masa make up n tengok kat cermin rasanya ok je.
amik pic je. ambil. gomak melampau.
lantakkkk ;p


:: miss gomak. ::

oh pergi ni rumah family friend.
kawan papa n mama time tentera dulu.
kita orang pulak kawan ngan anak dia.
so rapat. ada open house kita ikut. ;p
malas mau drive sendiri. so pergi ikut sekali ngan papa n mama.



pergi after asar.
sebab hujan lebat pulak.
ingat lepas zohor nak pergi.
sampai je attack laksa johor. nyam. ;p



ye aku n noy kelaparan.
so tak pandang kiri kanan makan terus.


papa cathing up with his ex-bosses. datuks.
lepas makan tu.
tengok meja makan clear.
aunty maz suruh makan.
menu lain pulak. silakannnn.


nasi beriyani.
dalca sayur.
kambing masak beryani.
ayam masak merah.
hamagaddddddddd!! ayam masak merah tu sedap melampau.
like seriously.
dia masak merah. ada la manis-manis tu. tapi pedas meletop.
terbaik wok.. haih teringat-teringat pulak.
cea aku apa aje yang tak teringat kan.
semua makanan aku ingat punya lah. ;p


papa yang kemain susah nak amik still pictures.
mesti bergerak-gerak je.
aku kan tak suka pakai flash.
so hasilnya mesti tah apa-apa je.

kita orang makan kat dalam.
kat luar pun ada khemah semua.
bagus jugak makan dalam.
ada a/c. ngeh ngeh ngeh.

oh hari tu jugak adalah birthday uncle zahir.
so upacara meniup lilin kat kek.



:: sembang-sembang ngan aunty maz ::

:: kominyo n me dadi ::



comel je baby ni.
aku amik pic papa n noy tu.
dia nampak flash.
terus dia pusing n pose ok.
sebab dia pantang nampak camera.
dia ingat semua orang nak amik pic dia. heheh.
tengok la tu. pose macam orang nak bersilat ok.

:: macam batu belah batu bertangkup dah ghupe aku. hahaha ::



:: me - ernie - noy - mama - aunty maz ::

tak lama pun kat sana.
around 6 macam tu dah gerak.
sebab mama tu bukan sihat nak lama-lama kat sana.

oh ni pulak pic daripada ernie.
alang-alang ada kat fb tu. kita kasi share sini ye. :)







ok sekian cerita untuk kali ini.
tengok pics makanan ni semua kelaparan la pulak kan.
yikes.

ok tu je.
ta-ta.

expose mistik : 3 beranak.


salam pija,selamat hari raya........

selama ni dok baca je, xpenh plak nk share cite...

sy ni asal dr kg diperak....tp dh stay kt cni since secondary lg. kiranya rumah kg sy brtahun jgk la kosong...sblm abg n mak pndh blk.

lupa nk bgth,rumah kt kg sy belakang adalah tanah perkuburan,nmpk batu nisan n pokok2 daun merah yg byk kt kubur tu...
kubur kg agak takut ckit psl gelap n sunyi...

ni kisah2 yg sll diorg dok ulang balik cite...

klau lama x berlaku accident kt spnjng jln kt umah,mst akn dgr 1 suara,bukan mengilai...bukan merintih tp sgt2 seram. mcm bershutan dr hujung jln cni ke hujung jln sna.
takutnye smpai nk gerakkn 1 btng jari pun x mampu...
& rsnya mkhluk ini la yg budak muda kg sll main gitar mlm2 nmpak berterbangan dr dpn rumah sya ke kwsn loji air (kg sy dekt dgn loji air). hmpir sebulan jgk diorg x melepak.
makhluk ni jga sll berdri disebalik pokok machang n pokok durian belanda depan umah sy...tmbhn klau ujan renyai2...

cume sejk msk tahun 2000 dh x pnh dgr lg cite psl ni...myb bnda ni dh lari kot...
mak sy kata benda ni tagih darah psl tu bl xde xcident die merayu2 menagis...merintih...

tp kan...btul agknye psl bl ade xcident, x kira la maut @ x....skranya mngsa x sedr diri...dekat buku lali mst ade kesn lubang kne korek...besr mcm 50 sen tu...
series sy mmg ade tgk sndr dpn mata...

ni plak cite psl umah atok sya...

rumah arwah tok saya jns rumah 2 tgkat yg papan & batu tu...
kt tgkat ats skali..mcm loteng adlh pd asalnya bilik smbyg...tp bilik ni la pling seram (sbb guna utk simpn brg je)
kt cni la tggl 1 family (makhluk ni punye fmily)...3 beranak...
ramai yg dh nmpak...tgh2 ktrg ddk...trnmpak byg budak brlari2 dlm umah...
& yg paling kecoh bila mkcik sy yg kuar dr rumah tu dilambai oleh mereka bertiga dr tgkap rumah.
pdhl rumh tu kosong psl tok2 sy p umah ank2..

blom lg,makcik sy yg tido dgn hantu bungkus dlm bilik...main tarik2 selimut 
yg disngkakan kakak sndr...pdhal kakak p tido umah org lain...
pg esok dpt tahu die tido dgn hantu bl tgk kakak blk umah subuh2 hari..


byk sgt cite2 kt kg saya ni......myb nxt time smbung lg psl ni pun dh pnjng.....


-Eizan-
.......................................................


wsalam eizan,


selamat hari raya to u too.
nanti-nanti sambung la cerita lagi yea.
rasa tak puas pulak baca.


if yang lain-lain nak share pun boleh.
rasanya korang dah tau kan nak buat apa.
ok tu je.
selamat malam jumaat.




isu telefon.

aku baca blog lilred.
yang entry maxis tu.

ok memula aku pakai BB memang aku amik BIS yang unlimited plan.
unlimited plan tu rm120.
untuk line pulak rm50.
so total adalah rm170 la.
selalu bil aku dalam rm180+
max pun rm220 macam tu la.
pakai la aku setahun lebih.
sampai la few months back bil aku almost rm300.
mahai weyh. mahai.
berpeluh membayar.

then masa aku bayar kat maxis jj wangsa maju.
budak cina tu suruh aku turunkan package aku.
dia kata amik yang 3gb cukup.
aku kata ok ke? aku taknak nanti aku guna over.
kang bil beratus.
sebab noy dulu pernah celcom salah.
dia amik unlimited plan. tapi dorang bagi yang 3gb je.
amik kau sebulan bil rm600.
bila dah salah bertekak-tekak baru dorang rebate.
dia takpa lah kayo.
aku kena rm600 mau tercungap kan.

tapi budak cina tu kata ok je.
sebab aku guna selalu tak lebih pun daripada 3gb.
so ok lah. kita down grade.
sambil-sambil tu dok la pokpek kat tweet.
then iz yahya cakap dia amik paling low.
500gb je.
sebab dia bukan guna sangat.
bil dia pun ok je.

aku tak berani nak low sangat.
sebab aku selalu gak guna internet kan.
dia kata boleh check kat bil if nak tau berapa kegunaan aku.
selalu gak aku telek bil aku.
tak nampak pulak celah mana nak check. T_T

so lantak la.
so far dah few months guna package baru ni.
bil aku dalam rm205.
hmmm. takda beza apa pun.

tu yang bila terbaca entry lilred.
yang dia kata nak tau usage boleh check kat phone je.
terus la check.
nak check tekan *136*9#

tau berapa kegunaan aku sepanjang 2 weeks ni?
0.21mb sahaja ok!!!
so maknanya memang kurang sangat la aku guna kan.
sebab ye la. if kat rumah usually aku guna unifi wifi.
laju sikit kan.
and bila keluar selalunya jarang la aku check hp memanjang.
kadang-kadang je la aku tweet.

internet pun if aku guna usually tweet, fb, n check komen blog.
baca email sikit-sikit.
segala baca blog, youtube ke apa memang aku tak bukak.
sebab aku tak puas la tengok kat hp.
mesti nak kena ada pc baru bukak or check.
so logik la kot tak banyak aku guna kan.

sekarang ni untuk 3gb adalah rm90.
so if tukar 500mb rm55 je.
banyak beza tu kan.

so rasanya perlu ke aku down grade lagi package aku?
aku bukan reti sangat benda-benda ni.
aku tau guna je.
btw, 0.21Mb tu maksudnya macam mana?
adakah bermakna aku guna tak sampai 1mb pun?
ke maksudnya aku dah guna 200+ Mb.
maaflah mak tak tau nok.

anyone?
mana tau sesiapa lebih arif ke apa.
kerja ngan company-company telefon ni.

oh satu lagi aku selalu dapat message dpd nombor something like 32335 macam tu. (x ingat the exact number. nak check malas) ;p
bila bukak error takleh retrieved la apa.
tapi bila sampai bil satu tu charge rm5 ok.
tak pasal sebulan makan duit aku rm30. babik.
so nak settlekan benda tu macam mana?
kena pergi maxis ke?
ke call aje.
aku pun tak tau apa benda tu.
aku tak pernah pun join apa2.
ye la. takdanya aku nak tetiba ON AWEK, ON CINTA ke apa benda semua tu kan.

somebody help me.
:)
*senyuman manis meminta bantuan*

open tekak n open perut.

last saturday ke open house rumah shawal.
plan ngan ice n huda nak pergi sama-sama.
tapi dorang ada engagement kawan nak attend pagi tu.
pukul 2.30pm baru dorang gerak daripada bangi.
aku kata ala mesti lambat. dah la lapar tak makan apa lagi.
sekali siap-siap pun dah sekian lama.
noy kata pergi sama je la.
sebab ice kata, daripada kajang ke tempat aku setengah jam dah sampai.
wokeyh.

tapi dah kata sabtu kan.
musim raya n orang kawin.
memang jam la jalan.
so ada la almost 4pm baru dorang sampai.
tsk. aku and noy dah lapar mengigil.
ok exaggerate tu, takda la gigil. tapi serious lapar ok.

so sementara takda buat apa ingat nak vain la kejap kat cermin.
sekali debob ni sibuk enter frame tau.

:: perut tu geram tu ::


noy : pija tak masuk langsung subang tu ngan baju tu.
me : takpa. sebab colour block ni.
noy : *rolling eyes*

hahaha. colour block la sangat.
tah apa-apa tah.

then huda bbm kata nak sampai dah.
aku and noy terus keluar tunggu siap-siap kat depan.
tapi dia punya nak sampai tu ada la 5 minit jugak la.
so orang sangat nak lupakan perasaan lapar.
harus la merepek-repek kat depan tu.





noy over kan siap make up hijau.

me : kau macam burung kenari.
noy : apa tu?
me : entah burung kenari warna hijau rasanya.
noy : kenapa tak lawa ke?
me : ok je. :)

ok i just googled burung kenari.
mostly is yellow. >_<
but ada hijau. tapi tak banyak.
dulu kita orang pernah ada bela burung tu.
warna hijau. muka ada kuning and merah sikit.
nama burung tu rejab. hahahha.
sebab dapat bulan rejab.



sampai je dorang terus cepat-cepat lari masuk kereta. haha.
buruk perangai.
sampai je rumah shawal.
salam-salam.

shawal : selamat hari raya. jemput masuk.
me : selamat hari raya. jemput makan boleh?
shawal : oh jemput-jemput.
noy : ok.

terus ceduk makanan, makan.
shawal suruh duduk dalam kat dining table.
sebab luar penuh time tu.
nice. nyaman. heheh.


:: laksa utara ::



nasi lemak.
amboih pija.
tak beragak kau ambik.
so nice la. me loike amik la over kan.
lepas tu baru tau kenyang tak boleh bangun kau. heheh.


hahaha.
shawal tengah explain kat keynett pasal bb bold baru dia.
katanya trackpad tu super sensitive.
kira tangan dia tak sentuh pun tapi bergerak-gerak.
kira kat screen nampak macam scroll. macam jump-jump.
keynett ni kerja ngan BB.
tapi pic ni lawak.
pacam shawal melambai-lambai pulak.


noy kong ajo.
dia suruh aku amik pic ngan ice n keynett.
aku dah bising.
aku macam, "dorang dah la dua-dua kecik. mesti nampak aku besar".
cea, 'nampak besar'. padahalllll. memang besar pun kan.
tu pun nasib keynett pergi dapur.
sebab dia nak basuh tangan.

then lepak depan sembang-sembang n gossip.
sambil kita orang menyakat noy itu ini.


:: keynett - ezade - shawal - ice ::




tak duduk lama la.
dalam 6 macam tu aku ajak gerak.
sebab katanya malam tu kan merisik tu.
so tolong apa patut la kat rumah.
takkan nak bersuka ria lagi kan.

sukanya open house kan.
makan best.
tapi tu la. lepas tu rasa nak hantuk kepala kat penimbang. muahahhaha.
syabas.

ok tu je cerita.
noy dah bising kat anak guna pc.
dia kata asyik aku je guna pc. ;p