i'm backkkk. hak hak hak.

ceh. cuti blog sebab beraya la sangat.
kejap aku dah muncul balik.
sangap. sementara tunggu energy sims social naik.
mengadap la blog. ;p

semalam noy ajak teman pergi cucuk duit n beli barang kat petronas.
sekali dia kata teringin nak sup2 la apa.
tau-tau ajak ke papparich.
nice. dah la comot tahap melampau.
lantak. janji makan kan.

sekali boleh la kat sana terjumpa @afiqmohamed *pitams*
dah la comot tahap terlampau kan. * lari laju2 menangis*
takpa. lepas tu papparich extra full.
takda seat langsung.
lama gak la berdiri macam beruks.
nasib lepas tu ada orang gerak.
tapi seat kat luar.
rasa lawak lak. sebab macam jauh bebenar rasa.
mula-mula aku duduk mengadap papparich la.
tapi noy suruh tukar. dia kata macam bahaya tepi jalan sangat kan.
ye kita orang kan trauma rempits ni.
mana tau nanti kena snatch ke apa.
so tukar.
dah ini permandangan aku.


cacat gila rasa.
macam aku berdua je ada kat situ.
macam tengah romantic dinner tak diganggu sesiapa. lawak.
tak pun rasa aku kesepian je.
sebab perempuan ni seperti biasa busy macam ni.


:: noy's ::

:: mak limah comot ::


:: cuba menu baru. glutinous rice with mushroom. not bad ::

:: fav ::

:: dim sum. super nice ::

then pack kan mama dom sum jugak.
gerak.
elok masuk simpang nak balik tengok jam.
ingat jam sebab orang nak balik kampung ke apa.
rupanya ada road block.
bagus. aku suka. kasi tahan rerempits.
semalam extra banyak kereta n rempits di sana sini.



agak slow la.
stuck situ almost 1/2 hour. :)
wokeyh tu je.
semalam lepak lupa bawak camera.
so pakai camera bb je.
so excuse the qualitas.
ta-ta.



Selamat Hari Raya uolls.


aku tengok last friday orang dah sibuk buat entry ucap selamat hari raya.
aku suka buat last day puasa.
baru feeling berapi-rapi semarak semangat nak raya tu.
kan? kan? kan?

aku tengok dunia blog pun dah semakin sepi.
every year pun memang macam tu.
membuatkan aku nak update blog pun malas je.
so tweet la ada ke sesiapa yang still layan blog.
kemain ramai jawab yes.

wah berkobar la nak update.
so semalam update entry berbuka tu.
cittt sepi je blog ni.
komen pun ala-ala je.
takda komunikasi 2 hala langsung.
terus rasa memang perlu abaikan je blog untuk ketika ini.

so tidak akan ada update daripada tuan blog sampai la dah raya sakan nanti.
oleh itu. saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
maaf zahir dan batin.
mana la tau ada yang tersinggung baca blog ni ke apa.
maaf la ye.
kalau rasa-rasa nak tersinggung lebih-lebih n taknak maafkan ke apa, "buat apa lagi kau kat sini? nyah kauuuu".
e eh emo lak.

ok semua. drive save balik kampung.
raya sakan. jangan makan sampai perut meletop ye.
oh aku dah raya start semalam. ;p
bila ku ingat puasa ku penuh tahun ini, sekali ia muncul.
sajew dengki taknak kitew puasa penuh tiew. haha.

ok bye.


berbuka session with my BB girls *z snaps*



this year takda pun session berbuka ke apa.
semua dah tak kuasa nak organize kot.
tolak sana sini. end up takda siapa nak buat.
whatever. i prefer berbuka kat rumah pun.

yang pasti tau-tau last thursday noy bagi tau, esok berbuka kat nirwana maju.
ok aje. berbuka ngan kawan-kawan aku, pedd, fa n syima.
bagi sesiapa yang baru kat blog aku ni.
dorang ni adalah kawan masa aku form 4 n form 5 kat BBGS.
ye kawan-kawan aku.
tapi dah kata aku ngan noy ni macam siamese twins.
so kawan aku pun dah jadi kawan dia.
kawan aku je. kawan dia kedekut nak kongsi ngan aku.
pfffttt.

tapi bagus kan. selalu dia yang rajin meng-gather kan kita orang.
aku ni memang hampeh punya kawan.
aku takda inisiatif punya orang.
ingat lagi pernah gaduh ngan pedd. dia kata aku tak pernah call dia, datang jumpa dia ke apa.
erk :/
aku memang macam tu doe.
sebab tu la mak tak ramai kawan. pemalas nak maintain tu. keji.

nway, so jumaat tu berbuka la luar.
konon aku n noy nak keluar awal la.
nak jalan-jalan shopping bagai kat bangsar dulu la.
takda makna. bangun pun dah pukul berapa.
online la, main game, siap apa semua. almost 5pm baru reti keluar.

jalan agak harem la jam kan.
katanya nak ke bangsar. macam tak biasa kan. ;p
dah la time orang balik kerja. friday pulak tu.
mana la nak tau. ingat ramai dah balik kampung ke apa.

:: traffic slow along jalan duta towards bangsar ::

sampai around 5.45pm macam tu.
nasib ada parking. pusing 2 kali je.
then terus ke nirwana book tempat.
luar semua dah fully book. so dapat seat dalam. lantak.
janji boleh makan kan.

then kita orang ke bangsar village 2.

noy : kau shopping la pija. banyak best.
me : saya takda apa nak shopping la.
noy : ala takkan takda langsung. ok jom masuk sini. mesti ada best. saya memang dah tak boleh shopping ok. me : ok.

so masuk la ke dorothy perkins la peacocks london la apa.
takda yang berkenan di hati ini.
and tak rasa nak shopping pun.
end up aku beli bisou cupcake n subang je. heheh.
tu je la pun aku ni kan. ;p

then syima sampai.
kita orang ajak teman nak threading jap.


sakit weyh minah ni buat.
like seriously. cepat sangat kot dia buat.
aku punya allergic pun jadi ngeri.
rentap-rentap ke apa tah.

me : sakit kan.
noy : tu la. sakit kan. aku rasa perempuan tu tak suka kita la.
me : gila ke. takda kena mengena. apesal pulak dia tiba-tiba tak suka.
noy : sebab dia buat ganas-ganas.

T_T

:: syima peneman ::

then sambung jalan-jalan lagi.
sebab tengok jam baru pukul 6.30pm.
takkan nak duduk kat kedai makan tu pulak kan.
yang aku tak abis-abis sakit kaki.
oh kaki aku adalah melecet ye.
sebab pakai kasut baru tu.
keras lagi kan.
so aku lipat kasut tu pakai. huduh bebenor.
so beli plaster la. tapi area tu takda langsung kerusi nak duduk ok. pffftt.
aku nak pakai plaster laaaaaaa.

syima : haaa masuk zara ni. mesti ada kerusi.

so masuk n pusing-pusing la aku carik kerusi. takda.
tiba-tiba aku pusing tengok noy carik baju.
wtf. bukan dia kata dia taknak shopping ke.


:: kaki kahsian ::


me : noy dah la tu. apa ni. kata nak carik kerusi untuk saya je. bukan kau taknak shopping ke.
noy : heheh. eh tak. baju ni saya nak lama dah. daripada dulu. tapi dulu mahal. ni dah murah. :D
me : hishhh.

then dia amik la baju tu. tapi dok lagi carik-carik.
then tiba-tiba sampai bahagian lain pulak.

me : ok baju tu kau dah nak lama. abis yang ni pulak?
syima : kannn.
noy : hehehhe. eleh korang ni. sibuk je.

bosan tunggu dia pilih.
ingat nak ajak syima pose kat cermin besar.

me : syima sini la. jom amik pic.
syima : eeee kau ni kenapa? muka macam tu sibuk nak ambik-ambik pic.
me : kenapa? *tengok cermin*

omg scary muka aku. merah gila kat kening n upper lips.
lepas tu penuh bintat-bintat gatal macam kena gigit nyamuk tu.

me : omg. scary nya. syimaaa. how could u not tell me. buruk gila kot. ish.


pic blur. bengong.
if amik proper mesti ketara. ;p

orang adalah super ramai.
kecoh situ.
penuh tempat.
kita orang berbuka ngan makan apalom n peria goreng tu.
air tak sampai.
after 5-10 minutes dapat lauk lengkap semua baru start makan.
aku syima n noy dulu je.
sebab pedd n fa still stuck kat jam. sian dorang.
nak dekat pukul 8pm baru sampai.
dah la sepuluh kali dorang tanya kawan kita orang akan sampai ke tak.
kalau tak dorang nak let go seats tu. kijam.








abis makan we went to starbucks for coffee, ciggy n gossip session.
tapi syima n fa tinggalkan kita orang sebab dorang window shopping.

:: wah muka noy beria. gossip apa tu uolls? teeeetttt.  ::


:: gambar terpaksa crop sebab aku je reti duk diam. pedd n syima macam sosok-sosok kelihatan. hahaha ::


pics from pedd's iphone...





me n noy.
sempat fa snap.
serious best.
kalau lepak ngan dorang mesti bengong-bengong n lawak je.
<3 them.
tapi tak puas lepak sebab 10ish dah kena gerak.
sebab noy ada standby kuwait. aku pun teman.
so kena la bergerak. pfffftt.
takpa raya nanti jumpa la.

diakhiri dengan pic kaki ku yang melecet selamat di plasterkan.
damn u kasut.
baik aku pakai selipar aje macam selalu. T_T



ok tu je. bye.
*z snaps*
dah la dorang kata aku buat z snaps macam penari kebudayaan. kong jaq.



dah start sikit-sikit.

lepas berbuka tadi bawak turun langsir lama.
then kasi iron langsir baru.
pastu gantung. wah. dah start semangat raya kan.

slow-slow nak start kemas.
so that malam raya takda la terkocoh-kocoh nak buat semua.
kang ada terlajak sampai pukul 3-4 pagi.
lepas tu hari raya bangun lambat.
nice.

so ni if siap awal ok la kan.
esok kemas lagi.
weekend maybe nak cat tembok depan semua. :)
la la la. dah terasa-rasa bahang nak raya.

kepenatan ni.
ni tengah tunggu turn nak mandi.
noy tu tadi taknak mandi. last minute baru reti.
kejap lagi nak kena teman dia for standby kuwait.
buhsannya la hai.
but what to do.

nanti la update lagi.
tak berinspirasi pulak penat-penat ni.
ta-ta.

kenapa la wujudnya manusia-manusia begini.

i don't know about u guys.
tapi aku banyak deal ngan persekitaran yang ada perempuan-perempuan durjana ni.
durjana seperti suka mengacau boyfriend/ tunang/ suami orang.
wtf is wrong with this kindda women la weyh. benci gila aku.

kalau dorang ni tak tau pasal lelaki-lelaki tu berstatus takpa la.
maybe dorang tu mangsa keadaan.
ni tak. terang-terang tau pun sanggup lagi.
sumpah benci gila ok.
rasa macam nak pergi tikam-tikam.

tak malunya manusia begini.
ada tu. dah tau laki tu dah ada steady gf.
berusaha kuat tahap kegedikan tu nak jugak laki tu.
sanggup tu kata, dia nak jadi fasha sandha rampai jejai daripada nora danish.
paling tak tahan. bila kau confront. dia kata mana ada.
sekadar kawan la apa.
kepala hotak kau.

ada yang orang tu dah jadi suami orang pun nak kacau jugak.
lelaki ni pulak tahap kesetiaan kau tau la. 10% ada la kot.
kalau kau dah terkangkang sebelah dia. tak tentu arah la.
bila kantoi biasa la, kelam kabut kata takda apa la.
memang biasanya macam tu. dia memang sayang je family dia.
tapi dah ada extra meal kan. apa salah balun jugak.
yang perempuan mula la keluarkan kata-kata yang konon dorang saling mencintai la apa.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa. aku type ni pun stress.

macam kes yang jejari runcing ngan KFCM tu.
mula-mula aku tak faham sangat.
apakah kekecohan ini.
memang at first aku ada tak puas hati pasal jejari runcing tulis-tulis kat fb tu ke apa.
then kakak dia tulis-tulis kat twitter.
aku takda la kenal dorang. tapi pernah jumpa sekali sebab dorang beli baju noy dulu.
infact kakak dia erin tu junior aku kat terendak.
n both baca blog aku. so daripada situ rasa kenal la.
anyway, aku tak berapa sokong cara bila gaduh maki-maki ke apa.
sebab siapa dah baca blog aku lama tau la.
masa aku break. mana ada aku burukkan individu itu ke apa.
sebab entah la. bagi aku benda tu personal.

so abis situ la.
then tiba-tiba KFCM tu putus tunang cara macam tu.
then tak mengaku player la. kata hubungan adik abang la.
sekali BAAAMMM. keluar kisah dia nak "adik angkat" dia tu.
tak suka ok.
perempuan tu satu hal la. geletis semacam je.
dah la budak lagi.
yang jejantan ni pun.
kenapa la hati kering sangat.
benci orang-orang yang lupa diri ni.
waktu kau takda apa-apa. siapa la di samping kau semua.
bukan nak mengungkit. tapi fikir la sikit kan.

kadang-kadang benda ni berlaku keliling aku je.
sama ada terdengar, terbaca or ternampak.
of coz aku tak masuk campur.
sebab kadang-kadang orang bercinta ni aku dah masak sangat perangai.
nanti tak pasal kau nak membantu. dia kata kau yang dengki nak pecah belah kan dorang.
tak pun aku tengok tuan diri relax. takkan aku nak masuk campur.

tapi seriously perempuan-perempuan.
dalam banyak-banyak lelaki kenapa la nak amik hak orang.
ok la. memang la boleh cakap. bukan hak sesiapa. tu hak Allah.
ye la. sebab kau yang nak merampas tu.
cuba kalau orang nak rampas kau punya. tau kau menggelupur.
kenapa tak cakap, "biarlah Allah hanya pinjamkan kasih sayang insan tu kepada ku sampai sini je. biar la orang lain pulak dapat kasih sayang dia". TEEEEEETTTTTT.
takkan kan.

memang la lelaki boleh kawin empat.
tapi aku rasa peratusan yang nak bermadu tu kurang.
mesti nanti dia suruh ceraikan isteri-isteri lain la apa.
and selalu situasi. dia jadi isteri ke 2 or 3 takpa.
cuba laki dia nak tambah lagi. haaaaaaaaaaa.
mula la tak tentu arah la apa.
padahal yang dia mula-mula tu kira adalah hasil tambahan tak perasan kan.

kadang-kadang nak cakap lebih-lebih pun susah.
sebab aku pun tak tau nasib aku macam mana.
aku harapkan yang terbaik je la kan.
but aku dapat rasakan aku bukan jenis yang sibuk nak feeling lebih kalau dah tau orang tu bf/ tunang/ laki orang la.
memang la kalau kau perasan. aura lelaki-lelaki yang 'hak orang' ni lain macam.
rasa macam. e ehhh hot nya kau. sexy nya kau.
keluar bubble-bubble berangan atas kepala kau.
then tiba-tiba bubble tu meletop sebab kau akan fikir, "Astagha, ish laki orang. erk".
get it. get it. get it.

u guys get my point kan?
aku pun tak tau apa aku type.
jiwa kacau tengok keadaan-keadaan begini, nak type pun tak tentu arah.
kalau korang baca ni. n mana la tau korang salah sorang daripada manusia-manusia begini.
hentikan lah. lempang diri sendiri laju-laju.
chiow.

p/s : tiba-tiba rasa nak tubuhkan team. kalau ada aduan bf/ tunang/ laki dorang kena kacau ngan third party. kita pergi belasah. hahahaha. boleh ke macam tu. cea macam aku berani n reti belasah orang puinnnn. ;p

share jugak la. tak kira.

**entry dah type pukul berapa pagi tah.
try update daripada bb tak berjaya. failure je.
then edit n try update through bb after sahur tadi.
pun tak berjaya. pelik. kenapa hah?
last aku send ke email. so copy paste daripada situ aje.
pfffttt.
btw, ni patutnya di post from bb after sahur macam tu la.
enjoice**



Aku nak update blog.
Noy marathon gossip girl new season pulak. Kemain berjam.
Mentang2 unifi.
Agaknya berderet dia download. T_T.

So kita kita update daripada bb je.
Tadi ada try update.
Tapi dia bg failure notification. Pftttt.
Mintak-mintak yang ni berjaya la kan.

Pic atas ni tadi aku twitpic kat twitter.
Ramai lak tanya.
Sebab aku cakap aku suka buat laser tu.
Puas hati.
So tak pasal jadi Q&A kat twitter aku.

Nway, Ok tak muka I?
Ok la mata panda tak dapat dibantu la.
Tapi kulit la.
Macam licin kan?
Tu tak pakai make up ke satu hapa ok.

Aku sebenarnya tak sabar nak share.
Tapi until now takda sebarang blog point untuk entry tu dpd advertiser.
Jenuh aku tanya.
Kang buat sesuka hati kang.

Sebab kan hari tu aku ada cerita aku buat laser treatment tu kan.
Aku dapat free. Complimentary.
So aku nak la share kegembiraan.
Ni sepi je.
Dorang tak nak ke aku promo kan?
Sia-sia bagi free.

But anyway, serious puas hati ok.
Dulu if keluar tak make up memang horror la.
Ok sekarang pun masih horror.
Tapi kurang la.
Ada la feeling ayu n halus mulus kulit.
So keluar tak pakai make up takda la rasa tak best/ rendah diri ke apa.
Ok sebenarnya tak halus sangat la.
Tapi boleh rasa difference dia tu.
Kulit aku way better than before la.
Katanya if buat 2-3 kali lagi nampak hasilnya.
Wah wah wah. Suka ok.
Membuatkan aku nak buat lagi.
Tapi tu la. Tak mampu. Takpa. Nak kawin nanti nak buat la. Tak kira. ;p

Ada yang tanya sakit tak?
Ini experience aku la kan.
Sakit pedih macam sunburn tu 3-4 jam je la. Lepas tu tak rasa apa.
Lepas 1-2 hari kau akan rasa muka kasar gila.
Sebab bekas2 laser tu.
Bergaris2 muka n ada bekas mcm kudis2 luka terbakar ke apa.
Sumpah bila pegang n tengok rasa scary je.
Aku ada pic. Tapi nanti aku share.
Muka kering la. Kena pakai banyak moisturizer.
After seminggu macam tu, semua tu hilang ok.
Pastu syok pegang muka sendiri sebab licin. Heheheh.

Itu baru sekali buat kan.
Oh suka.
Kan kan kan. Pic atas tu macam suci murni muka. ;p
Patut la orang ado2 or artis ni muka flawless kan.

Ok tu je. Nanti if dapat green light akan ku buat proper update pasal laser ni.
So segala pertanyaan mana buat? Berapa harga? Jenis laser ke apa tak dapat di layan ye.
Yang pasti memang puas hati.
;p

Ok tu je.
Bye.

oh-emm-geeeeeee!

hari ni mood aku agak tah apa-apa.
pms tak menentu. rasa nak emo n nangis aje.
aku perasan if noy kerja ke apa. aku kesepian.
mesti layan perasaan, pastu rasa macam tah apa-apa aje.
bodoh ok.

oh tadi check keywords.
nampak ada orang search nama ice.
terus bbm huda. ye la. siap nama penuh bagai.
mana tau ada kekasih lama search ke apa kan.
rupanya huda kata dia yang search.
nak tengok apa yang keluar.

memandangkan tak tau nak buat apa.
aku pun mula la google kekasih-kekasih lama.
wah kemain kekasih-kekasih kan. macam ramai sangat je.
check-check tengok takda apa.
pffffttt.. memang daripada dulu tak gemar internet dorang ni.
yang ada pun crush2 la. tu pun sentap tengok. sebab kacak sangat.
pastu dah kawin. erghhhh.
terus malas carik dah.

ni duduk lagi depan pc.
mood tengah emo gila.
nak buat apa tak tau.
nak tengok youtube pun tak tau nak tengok apa dah.
nigahiga dah abis tengok.
kevjumba pun semalam aku dah marathon. sampai kul 11 pagi ok. hebat.
lepas tu tak tau nak tengok apa dah.

dok main sims social pulak kat fb.
energy abis. buhsan. kena tunggu.
tiba-tiba terasa nak search kekasih lama kat fb pulak.
type nama penuh tak ada.
try type nama samaran dia.
tengah dok tengok-tengok. ada familiar face.
tapi ni account perempuan. surname pakai nama dia.
vah vah vah.

bukak pastu menyengih la aku.
hahahahhaa.
sebab akhirnya dapat tengokkkk!!!!
lama gila kot tak tau cerita.
last contact dia call aku kemain la verlagak.
time tu dah tunang. lepas break ngan aku. kenal pompuan baru, terus tunang.
fineeeee.
kemain cakap, "my fiancee like beyonce"
kononnya tunang dia tu pramugari bagai.
ye laaaa. kau je la best.

time tu rasa nak tikam-tikam je.
rasa macam fine. kau nak hot aje. *menangis dalam hujan. wah drama abis*
then tak tau cerita.
sampai la P.G terjumpa dia kat wedding.

P.G : aku nampak ****
me : serious? ngan wife dia?
P.G : a ah.
me : lawa? dia kata stewardess la apa.
P.G : tak lawa la.
me : maybe mengandung kot.
P.G : memang tak lawa. tah bukan taste aku la.
me : kira aku lagi lawa la?
P.G : apesal pulak. kau pun tak lawa. gemuk.
me : gemuk tapi manis.
P.G : malas aku layan kau.

abis situ.
awal tahun rasanya dapat tau kononnya dia nak masuk 3 anak.
wow. kelas kau maria.
apa-apa la kan.

so tadi jumpa adaaaaaaaaaa.
ok account private. tapi profile photo ada dia.
gambar satu fam kat avatar. hahahhahahahahaha.

lepas tu kan, kitew tengok lew pic wife diew.
tang manew yang beyonce tew? *pitam*
teruja pulak rasa.
tapi anak dia comel la pulak.
maybe sebab sekarang aku suka tengok pic bebudak kot. keh keh keh.

bagus.
atleast now i feel good about myself.
walaupun mak tak 'like beyonce' atau 'stewardess', n walaupun mak tombam. tapi mak rasa mak manis lagi.
wah matiklah angkat bakul kan. *lari berganti-ganti. nak pecut tak larat*
pastu kan. pastu kan.
kitew rasew dotdot kita lagi kacak. hahaha.
walaupun lagi tua daripada dia. dotdot kita rambut lebat.
yes. he's balding. tu la. persiakan lagi cinta aku. ewah ayat kan.

tiba-tiba rasa bersyukur kan.
walaupun masa putus cinta tertonggeng abis.
tapi akhirnya Allah bagi yang lebih baik.
kalau tak, tak dapat feeling khloe n lamar.
kena feeling kate middleton n prince william pulak.
bukan sebab royal ye. sebab balding. *brisk walk. dah tak larat nak lari*

wah tetiba ceria di malam hati. *lompat bintang*
jangan risau takda gempa bumi. mungkin hanya effect sebab aku lompat bintang.
la..la..laaaaa...

nota buntuit : rasa nak add je acc tu kasi stalk. tapi terlebih sudah. takpa. cukup. malam ni boleh tidur mimpi indah.



arrogant people.

tadi lepas sahur tak tau nak buat apa.
blog semua tak berupdate.
facebook pun takda apa.

so bukak youtube.
teringat nak tengok video nigahiga.
tau tak? tau tak?
aku start tengok few months back la.
terus marathon tengok semua youtube dia.
dia yang 2nd highest youtuber subscribers.
ada 4million plus.
gila banyak kan.

anyway. lawak gila video dia semua.
so antara yang terbaru aku tengok adalah mengenai arrogant people.
menyampah kan orang berlagak tak kena tempat ni.
rasa macam pliss la. ada aku kesah?
tapi macam dia cakap la. orang arrogant ni bukan sedar diri pun.
kau cakap la apa pun. dia ingat kau cakap pasal orang lain.
bak kata video ni, "because everybody loves me". FALSE!

anyway check out the video.
cara penyampaian dia lawak. suka aku.
so sila tengok.





anyway ada banyak video dia yang best-best.
kalau korang free n tak tau nak buat apa tengok la.
nanti if ingat aku share lain pulak.
tapi usually aku tak ingat la kan. ;p

anyway, shout out to arrogant people, "WE DON'T LIKE YOU!!!"



sakit pinggang.

semalam n hari ni busy menyiapkan hamper.
esok orang nak ambik.
eh bukan esok. kira pagi karang la.

penat ye.
sakit pinggang.
dah macam orang tua nak bangun duduk ke apa sakit.

mama : kenapa?
me : sakit pinggang.
mama : apa yang kau guna pun pinggang kau.
me : banyak la. nak angkat2 barang. buat hamper ni lagi. bongkok je.
mama : nanti kawin lagi banyak pakai pinggang. hihihihi.
me : *muka berkerut* euuuwww mother.
mama : betul la. hhihihih.

e eh. suka pulak dia. over tau.
mak sapa la ni.

settle buat hamper. terus nak call kekasih hati.
tak berjawab. dah tidur la kot.
tadi pagi-pagi dia pergi genting. malam baru balik.
ngan semua budak-budak tempat kerja dia. office trip la.
kelas pergi genting bulan puasa kan.
tadi call. dia kata dia main semua. rasa nak muntah.
nasib tak muntah. batal puasa terus.

me : sampai hati tak ajak i.
him : mana la tau u nak ikut. ingat u tak suka.
me : suka la. i suka kot naik rides semua.
him : tak cakap. kalau tak boleh ajak.
me : lain kali la. i pun tak boleh pergi. buat hamper.
him : ooo. tapi i beli kan u keychain strawberry.
me : *dalam hati - wtf! keychain?* ye ke. strawberry? *wow ceria dan manja tonasi*
him : a ah. satu je i beli. untuk u. u kan suka strawberry.
me : ye lah.
him : nanti i bagi k.

ok la. sweet la sebab ingat.
tapi keychain? nice. hahhaha.
since when aku suka strawberry ntah.
maybe sebab apa-apa pun aku suka jawab strawberry.

contoh :

him : sedap ke makan tadi.
me : sedap.
him : sedap macam mana?
me : like strawberry. heheh.

him : wangi ke tu?
me : wangi laaa. dah mandi la.
him : ye lah. wangi macam mana tu?
me : like strawberry.

hahha bengong kan.
nasib la kena layan aku kan macam ni kan.
tanya la apa pun. akan ku jawab strawberry je.

eh nak cerita apa lagi eyh?
blur tiba-tiba.
sakit pinggang pun ye.
nak main sims social still tak ok. T_T
dengar lagu kejap.
then kalau tak tau nak buat apa kita tidur ye.
lately sleep pattern adalah melampau.
pukul 9-10 pagi baru boleh lelap. nice.

ok tu je.
bye.



perlu lagi kah?

macam dah takda mood nak buat entry menu.
sebab basically semua makanan pun lebih kurang sama aje.
ada la aku snap pics 2 days back punya menu.
tak update pun.
tadi berbuka tak kuasa nak snap dah.
dah la dah dua hari buka bertiga je. ngan mama n papa je.

tadi dotdot datang.
ingat dia nak berbuka sama ke apa.
rupanya datang nak tengok aku je. pfffttt.
lepas tu dia balik. nice.
sentaphatimaknak.

ni online kejap.
ingat nak main sims social kat fb kejap.
sekali under maintenance pulak. shaitttt.
ni nak turun bawah.
nak buat hamper ngan mama. ada order masuk.
siap cepat. senang sikit kan.
kalau tak everytime papa nampak muka aku dia akan tanya, "bila nak siapkan hampers?". T_T

aku dah tambah few blogs kat list aku.
sebab aku tengok banyak blog kurang update.
sangap hoih.
so kena tambahkan list la. baru la rasa terhibur sikit.
malam-malam kang nak meronda sana sini lagi.
mana menarik kita kasi add.
menambah kenalan n feeling kita kenal orang tu bila dah baca blog dia lama kan.
keh keh.

ok tu je.
mau turun now.
ta-ta

keywords. kelas kau maria.

sangap.
dah settle sahur n all.
tadi tertidur few hours.
now tak mengantuk pulak.
so mengadap pc.
tengok takda siapa update blog. pfffttt.
tak tau nak browse apa dah.
so bukak la statcounter.

as usual kalau bukak aku suka tengok siapa yang masuk blog ni.
lagi satu aku suka tengok keywords.
so tadi bukak. macam-macam ada.

*click for larger view.


macam-macam ada kan.
rambut curl highlight pun ada orang search.
isu saman memang dah selalu sangat dapat.
apa lagi yang di cari-cari. dah abis pun kes tu.
tertinggal keretapi korang ni.
orang gembira pun ada orang search. heheh lawak kan.
tiba-tiba ada pulak keyword peej burhan blogger diva.
tak seswai ok. salah tempat ni.

paling best ada pulak search ' peej burhan dan emaknya merokok'.
haaaa. kelas kau maria.
lawak ok. begitu sekali perasaan ingin tahu sampai search kan.
nampak sangat orang baru kat blog aku kan.
sampai tu pun nak search.
tak payah susah-susah la haih.
memang satu keluarga pun.
ke nak kena letak pic kasi clear? ;p

anyway.
alang-alang tepek ni.
aku letak sekali keyword yang hari tu aku mention tu.
yang aku kata lawak tu.
aku print screen tapi tak buat entry.


hahahaha. lawak kan.
semangat dia search tu. macam ayat bercakap pulak.
nyot-nyot pun ada. hish. melampau tau.
blog aku keywords tetek-tetek ni dah biasa sampai.
sebab dulu aku pernah buat entry pasal ibu menyusu tu kan.
macam aku ala-ala trauma kalau tengok orang menyusu anak tapi tak pakai nursing cover.
dekat shopping complex selamba keluarkan tetek. tsk.
memang la bagus. natural gitu. tapi cover plisss. aku lak yang segan.

last week ada gak keywords 'tetek selambak'.
hhahaha. tu aku tak sempat print screen.
pun aku rasa lawak. boleh lak seacrh macam tu kan.


ok tu je.
ada yang pelik-pelik lagi aku tepek lagi nanti.
selamat berpuasa semua.
taaaa.



Ramadan 2011 - day 17

last wednesday somewhere around 6pm tiba-tiba papa call.
papa kata dia ngan mama kat jj au2 beli barang.
nak pergi pasar juadah tak boleh sebab hujan lebat sangat.
so dia suruh aku kumpulkan semua n join dorang kat jj.
bukak puasa sana.

ok je la. takda masalah.
so siap semua. aroung 6.40 tu bergerak la ke sana.
tak jauh pun kan.

sampai sana mama n papa takda. dia kata makan kat asam pedas.
sekali tengok adalah buffet. tsk.
aku tak suka buffet. sebab mesti rebut-rebut.
dah la tempat amik satu part aje. merasa memang kena hurung la.

dorang semua amik makanan. aku ngan noy duduk je.
rimas.
so ke each a cup. beli air sedap.
dah nak dekat azan baru kita orang amik.
time tu dah takda orang sangat.

ok la. pilihan lauk-lauk melayu semua.
banyak gak la. tapi sebabkan malas nak ulang banyak kali.
amik terus banyak-banyak.
konon tak reti makan campur kan.
malas punya pasal. hambik.



asam pedas pari.
paru sambal.
kambing bakar.
gulai kambing.
sambal udang petai.
kerabu tauge kerang.
sambal sotong.
apa lagi eyh. banyak la.

dia ada la roti jala apa segala bagai.
kuih muih semua.
manisan, bubur la apa.
tapi katanya malas n perut ketat. so makan ini je :D




takda ulan pun makan ke apa.
rugi amik buffet ye.
baik makan ala carte je kan.
tapi hari tu aku tengok semua kedai makan kat situ penuh.
agaknya takda pilihan so mama n papa ajak situ je.
apa-apa aje. janji makan kan.
oh makanan jugak not bad la.

session smoke.


:: amboih tayang gigi ke uolls?  ::


:: jahat kan dua-dua abang aku ni. susah benar nak suruh amik pic elok-elok ::

:: yours truly yang comot ::

ni pulak daripada bb noy.
sempat dia snap n mobile upload segala.
mengutuk lak tu.

:: smoking familia ::

:: two big siblings ::

:: two small siblings ::

those were her exact captions ok.
kejam kan.
eksyen mementang small kan.
nanti la aku slim jadi khloe k kan.
wahahha matiklah verangans kan.

oh khloe is my fav kardashian.
kalau tengok khloe n lamar mesti aku sengih-sengih je.

me : aku suka tengok dorang. mesti berangan macam aku.
noy : memang tak la kot. kau jangan perasan la.
me : ada la sikit.
noy : tak langsung ok. kalau kau nak berangan dotdot boleh la. tapi khloe tu hot gila. jauh panggang daripada api ok. kau banyak lemak.
me : whatever.

mama : mama kalau tengok dorang mesti teringat pija ngan dotdot.
me : haaaaaaaaa. kau dengar tu noy.
noy : memang tak laaaaaaaaaaa.
me : mama pun cakap ok. tak baik melawan cakap ibu. syurga di bawah tapak kaki ibu ok.
noy : eeeee. Ya Allah Ya Tohan ku bagi la kesedaran kat perempuan ni.
me : *jeling*

ala berangan.
suka hati la.
walaupun memang tak sama.
tapi suka laaaaaaaaaaaa.
nanti la aku kurus macam khloe.
hahahhahahaha. lagi 8 tahun pun belum tentu. *hantuk-hantuk kepala kat dinding*

ok tu je kisah berbuka n verangans tak hengat.
ok bye.



haaa.. tak buat kerja yea?

ni statcounter yang sempat aku print screen.
last week ngan this week.
ternyata bulan puasa ramai yang suka bertenggek baca blog.



ada yang sampai cecah UV 4k ok. hihihihi. *eh tiba2 gelak excited pulak*
ye la. sebab aku bukannya ada cerita hangat ke apa pun.
balik-balik tepek pic makanan je la kan.
kalau bulan-bulan lain. takda la meriah macam ni kan.

tu belum tepek keywords tu.
macam-macam ok.
ada yang sempat print screen. ada yang tak sempat.
yang sempat tu tiba-tiba malas pulak nak buat entry.
tapi lawak la benda-benda yang orang carik ni.

kat twitter sempat la aku gelak sakan.
twitter ni ibarat fast update la kan.
mana yang ringkas-ringkas share situ sudah kan.
tapi ni 2-3 hari ni pun aku macam tak mengadap twitter sangat.
sebab trackball bb aku buat hal.
aku nak tukar. tapi kawan aku punya kawan tu takda pulak.
26 baru balik. haiyoh lama lagi tu. aku dah sakit jiwa.
dia buat murah la. gagagaga.
tapi tu la lama bebenor.
tengok la. kronik sangat aku pergi je la.
jadi kerja nak tunggu kan.

oh anyway,
thanks kepada korang-korang yang rajin menjenguk blog ni every single day.
walaupun dah ala-ala tak tau nak cerita apa dah kan. ;p
ok tu. je. ta-ta.