#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

apa kau nak?

hari tu dok sembang-sembang ngan noy.

noy : pija. kalau kau la kan. kau kaya. apa yang kau nak?
me : nak macam mana?
noy : apa-apa la. paling kau nak?
me : saya? yang paling saya nak sekarang..saya nak laptop..macbook pro ke, then saya nak camera bagus. then saya main ipod touch kau, game best. so saya nak tu. then kalau dapat ipad2 pun best. haaaa, tu la.
noy : tu je? lain?
me : so far tu je la. saya takda la terasa nak tiba-tiba handbag ke apa. so far list saya tu je. why? kau nak apa?
noy : saya nak handbag. kasut. baju-baju. saya nak kereta best, rumah kondo saya sendiri, kau taknak ke?
me : hmmmm. buat masa ni tak fikir lagi.
noy : oh, lagi saya nak kawin. saya ada suami, ada anak. pastu saya happy. cukup la. i just wanna be happy.
me : oh ok. bagus.
noy : kau tak rasa macam tu ke? mesti seronok. macam kau nak kawin ni semua. takkan takda dream ke apa. tipu la perempuan takda.
me : entah. dulu ada la kot. sekarang ni dah tak fikir pasal dream ke apa kot.
noy : eeee.kau memang pelik la. kalau kaya nak tu aje.
me : hehehehe. aku suka gadget.

yeeee. korang selalu tak buat.
suka berangan. kalau kau kaya kau nak apa?
pastu mula la berangan itu ini.
tapi tiba-tiba aku nak tu aje kan. gilo.
noy lagi psycho. dia kata kalau aku taknak kereta, nanti jangan nak pinjam2 kereta dia.
e ehhh. over kan. belum kaya dah kedekut. hahahah.

pastu cakap pasal kawin minah tu berangan lagi.

noy : kalau la tiba2 kaya. kau xnak ke kawin hotel?
me : takmo. aku tak suka.
noy : tipu. takkan tak suka.
me : saya x suka la strict semua tu. saya suka macam open space. macam free n easy.
noy : ooo kalau macam kampung pengantin ke, felda villa ke, bora ombak ke kau x kisah la?
me : macam tu ok kot. aku x suka kalau nanti dalam hotel orang duduk pastu nak tengok aku masuk ke apa. nak sanding2. ish x suka la.
noy : mana boleh laaaa. kena la sanding.
me : korang ni suka paksa2 tau. saya tak suka. saya malu la.
noy : sekali je kot.
me : taknak fikir la. menakutkan saya je.

serious noy suka pressure.
aku relax je sesuka hati aku. katanya suka last minute kan.
dia yang sibuk tanya itu ini. ;p
kita go with the flow aje.
ada-ada. takda kita selesaikan yang wajib aje.
tu yang penting pun.

anyway. kalau dapat gadget2 tu best kan. *berangan jap*
tapi mama dah cakap awal2. dulang ialah sepersalinan.
kalau dia tengok ada gadget2 dia terbalikkan dulang tu.
eeeeeeeeee. mak sapa la tu kan.

hahaha. ok la.
tu je cerita untuk hari ini.
dah 2 hari ni mood tah apa2.
tweet tidak, blog pun ala-ala aje.
sebab aku sibuk ngan game kat fb n ipod noy. hiahaiahaiahaih.

sedar la sikit diri tu.

last weekend aku pergi rumah ib untuk kenduri kesyukuran anak kedua dia.
dia dapat baby girl.
aqiqah n cukur jambul dah buat kat rumah mak mertua dia.
so belah dia ni buat kesyukuran n marhaban pulak.

so harus pergi.
sebab masa anak pertama dia aku tak pergi.
ni dah masuk dua tak pergi jugak adalah keji.
dah la dia personally call semua kan.

bendanya pagi.
aku ngan nysya konon2 around 11 nak sampai la kan.
ye la tu.
sebab malam sebelum tu lepak ngan ice n huda.
then after tu aku ngan nysya lepak depan rumah aku sembang dalam kereta.
macam rancak je. terus aku ajak masuk pulak.
last2 sampai 4ish am sembang. hahaha.
pastu ada hati mau bangun pagi kan.
memang tak la.

so hari tu kita orang sampai kul 12. ;p
elok orang tengah makan. heheheh.
yang aku pulak around 10 tu papa call belikan nasi lemak la apa.
dah la nasi lemak tu first time aku jumpa ayam besar mengalahkan ayam kfc. macam 1/4 chicken nandos pulak.
nak abiskan pun macam dipaksa2 gitu.
so masa sampai rumah ib tu aku macam dah takleh masuk makanan dalam perut.

mula2 mengadap baby.
rasa2 tetamu dah gerak sikit.
kita orang pulak makan.
dorang la makan.
aku amik kuih2 aje. sebab katanya kenyang lagi. :D

:: nysya ::



then dok dalam melayan anak ib.
baby banyak tido.
tapi aku macam kesian tengok baby2 ni.
if ada majlis mesti dorang tak tenteram kan.
tido je orang kacau-kacau.
macam zara sofea hari tu pun sama.
dah la kecik lagi kan.



:: muhammad ash aryan ::

dah setahun 2 bulan.
baru dapat kaki orang cakap.
so gigih dia jalan ke sana ke sini. heheh.
tapi as usual aku ni mana reti nak layan. so tengok2 aje la.
dia datang aku keras.
paling tak tahan.

dia sibuk2 tu. sekali aku, "kakak tak tau la layan la."
"mesti dia kata kakak ni sombong kan? hahahha"

ib n nysya : kakak ke? bukan aunty?
me : hahahaha. oopppsss. sorry. tak sedar2 diri kan. fine aunty laaaaa.

pastu2 dah lama2 sikit ib tanya.

ib : ash aryan ni siapa? *tunjuk nysya*
ash aryan : ayahhh.
ib : haha bukan la. ni aunty nysya.
me : ye. tu aunty nysya. ni kak pija k. hahahhaa.

nak jugak perasan tu.
katanya aku jarang dikelilingi budak-budak kecik.
tu yang feeling 'kakak' tu kan. padahalllllll.....


:: soffie emelda ::

ni pulak 58 hari.
nak masuk 2 bulan dah.
orang suka bagi pakai cekak2 tu kan.
tah kenapa aku tak suka.
tapi rasanya dah boleh terima kot.
sebab dorang kata nak bezakan baby lelaki ngan perempuan.
yang kelakar. soffie ni dok la gerak sana sini.
so nanti cekak tu tutup mata dia.

ib : e ehhh. ni apa ni dah jadi robocop.

bengong.
pastu tunggu ziha.
ziha kata nak sampai kul 2.30pm.
boleh tahan lama la duduk kan.
dah la aku ala2 tak cukup tidur je.
sebab tiba2 dah lapar kembali.
ingat tunggu dia then makan sama-sama la.
sekali aku call around 2ish tu. dia tak keluar rumah pun lagi ok.
n rumah dia kat rawang.
nice.
jawabnya aku makan dulu je la.


sedapp. suka. sangat pedas.
sementara makan nysya layan anak ib.
ciri-ciri ibu mithali betul. hahahha.




group photo.
around 3 kita orang gerak.
ziha sampai 3.30pm kot. ke almost 4. hahaha.
kita orang dah selamat kat rumah pun.

tapi seronok pergi rumah ib ni.
sebab ib ni orang kedah.
mertus dia pulak penang.
so semua cakap utara aje. lawak.
aku tak reti. tau gelak2 aje.
nysya reti la jugak. sebab bapak dia penang.
kat rumah aku yang reti mama. sebab sedara mara belah arwah maktok semua utara.
maktok pun orang sungai petani kan.
aku kalau cakap orang kata macam orang siam.

fine. apa2 aje.
aku jadi orang 'kay ellll' je la
tapi aku reti cakap melaka sikit2. hehehe.
ok bye. tu je.
penutup sengal. ;p

terbaik.

semalam nampak video ni kat blog obefiend yang blogserius tu.
serious best gila.
ada la nak dekat 10 kali jugak la aku dengar.
dah la lagu best.
then video dia pun best je. i mean cara masuk semua.

dorang ni french kot. rasanya la. cara cakap n nama2 dorang.
cea ye ye je kan. sekali bukan. hahaha.
walaupun misainya kalah datuk K.
tapi serious best suara dia. :)

so nak share ngan korang pulak.
oh mula2 tu takda apa sangat.
tunggu sampai dia nyanyi at 1.30mins.



best kan?
semalam try download.
tapi version tu tak best. macam sedikit laju n muzik ganas sikit la.
ni version unplugged.

ok tu je.
bye. enjoy.



berderau jantung.

hari tu masa pergi rumah acu tiba-tiba dia tanya.

acu : kau minum aloevera?
me : haahh apa tu?

time tu aku terbayang aloevera pokok yang pernah mama tanam.
aku kecik2 suka kecik2 kopek. then gel2 tu aku gosok2 kat mana2. keji.
tak pun aloevera yang cream2 untuk sapu2 ni.

acu : ala aloevera. kadang2 kau beli air kotak ada aloevera kecik2 tu.
me : oooooohhh. tau kalau macam apple aloevera tu? minum.
acu : acu bagi kau yea. bagus la kau suka. tapi manis la. tambah air sikit ke apa. but very nice.
me : ok.

then acu masukkan dalam paper bag bagi aku.
aku tak check ke apa pun.
then aku sampai rumah tengok la apa tu.
tak pernah pulak minum aloevera semata. selalu apple ke apa pernah la kan.



then aku keluarkan je terus berderau jantung rasa.
siap meremang ok.
sebab aku terbaca ni.



terus aku terbayang cik ponti punya makanan aloevera ok.
terus aku takut ngan aloevera.
then bila baca sampai habis rupanyaaaa...



cehhh. pontianak, indonesia rupanya.
ye la. kan selalu orang cakap pontian, johor.
pontianak pun ada. tapi kat indon.
so ini la dia. dorang punya favourite drink kot.
hohohohoh. terus rasa bengong gila.
macam tah apa2 nak terbayang cik ponti minum aloevera pastu siap meremang bulu roma. hahahhaha

dalam tu ada pack kecik2. dalam lima pack la.
memang kena tambah air. kalau tak memang manis.
ala macam kita kalau makan nata de coco tu kan.
tak pun air buah dalam tin tu. kena tambah air kan. :)
like that la.

tapi selalu kita makan aloevera kecik2 halus kan.
ni tak. dia besar2.
besar sikit daripada nata de coco tu.




serious sedap ok aloevera tu.
air dia rasa biasa. rasa air gula la. perasa aloevera sikit la kot. tapi macam plain la.
tapiiiii aloevera tu sedap betul la.
hoh. sekejap tinggal sikit je.
harap-harap lepas ni acu hulur2 la lagi kan.
hoh suka.

tengok pic ni rasa macam nak turun bawah buat.
tapi dah pukul berapa ni. esok2 je la.
harap masih ada. tak silap tinggal 1-2 pack aje. tsk.

sini mesti takdak jual kan?
ke ada? ada sesiapa tau?

Sexy Saturday #3

share j.lo's latest single I'm Into You feat Lil Wayne.
sexy minah ni.
so jom feeling sexy




sexy n lawa je dia ni kan.
padahal dah 40+ kan. lucky bitch.
n lelaki dalam video clip ni apa cerita weyh?
tak boleh sexy lagi ke?
kalau aku pun akan 'im into you' ok. hahahhaa.


aku few days back baru je tanya noy.
tiba2 aku teringin nak rambut besar.
maksudnya rambut curly n besar macam singa.
macam beyonce suka buat tu.
sekali tengok dalam video ni j.lo pun buat.
lawaaaaaaaaa kan. me loike.
tapi noy tak bagi.
dia kata aku gila n buang tebiat.
dia kata takkan lawa.
tak sesuai ngan aku. nanti jadi macam 'mama bosan'. hahaha.

ala. tapi teringin. dapat try sekali jadi la kan.
kalau rasa2 tak lawa or tak sesuai. just chop it off la kan.
tapi apa2 pun kasi settle n lepas semua la.
kang tak pasal jadi runaway groom pulak. hiahaiah.

ok tu je.
sexy saturday lovely readers.
<3

segan. korang pun sama ke?

lately ni aku suka melepak kat statcounter.
aku dah masukkan benda tu lama.
tapi since ada NN punya analytics aku dah tak bukak statcounter aku.
so since NN pun dah takda. baru la aku ke statcounter balik.
nasib aku still ingat usename n password :D

seronok pulak.
sebab lagi details kan.
boleh tengok keyword pelik-pelik. fav aku ni.
then tengok link-link yang masuk blog aku.
ada yang direct link.
so dapat la baca if ada orang tulis kat aku. tengok orang komen.
biasa la. ada puji, ada mengeji. apa-apa aje.

tengok la graph itu ini.
korang datang daripada mana ke apa.
tengok korang dok korek-korek entry aku yang mana.
pic apa yang korang click n enlarge sebab nak perati betul-betul kot. hahaha.

pastu dah tak tau nak buat apa.
sementara nak tunggu energy game aku kat fb cukup,
aku pun start la click2 link blog2 yang aku tak pernah nampak.
menarik.
pastu aku pun rasa la nak drop komen.
semangat ni type panjang lebar.
pastu tiba-tiba aku backspace balik. then terus tutup blog tu.
tiba- tiba aku macam segan nak drop komen. bolehhhh?

rasa...

-what if orang tu cakap, 'eh kau ni siapa nak komen lebih2'
- rasa macam bengong aje. sebab kalau orang aku tak biasa. aku akan memperbodohkan diri sendiri ngan ayat tah apa-apa.

get it? get it?
pastu aku terfikir. maybe orang pun segan kot nak drop komen kat blog aku. hahah.
padan muka.
pastu tadi tweet2. ada la cakap yang memang dorang pun segan.
seeeeeeeeee. bukan aku sorang la kan.

tapi kan aku rasa twitter ni best la.
i mean merapatkan lagi hubungan la.
orang-orang aku tak biasa pun jadi macam dah kawan 10 tahun.
kalau sekali dah tweet2 tu. ada pulak layan. memang meriah la.
so kepada korang yang follow tweet aku tu.
menyampuk je. aku tak kisah. hahahah.
mula2 menyampuk. last2 tak pasal kita pulak galak bertweet nanti.
aku usually kalau sorang-sorang memang mengadap tweet je la.
if rasa2 korang tweet ngan aku. tapi aku sepi je.
mesti aku tengah keluar ke apa la. aku kalau keluar memang jarang la nak pegang hp ke apa.
kasi concentrate kat orang sekeliling aku la.
takmo jadi macam kat blog chics ni. CLICK HERE.
emo kan.

ok tu je.
tu je motip entry.
nak cakap aku segan nak komen kat blog korang.
andai kata next time aku dah kurang segan n drop komen n terover. sorry ye. hehehe.
oh mari la bergumbira tweet2. lagi syiok.
aku rajin sikit la reply tweet daripada reply komen kat blog. ;p

ok tu je bye.

p/s : fakkk. apesal aku rasa pelik-pelik ni. tiba2 aku rasa entry ni merepek dan hanya mahu menyimpan entry ni dalam draft aje. siapa yang bagi aku 'guna-guna' bagi aku begini pemalu hah? eh ke memang sifat natural aku? ;p

kalau dapat hari-hari pun takpa.

aku sekarang ketagihan each a cup ni.
dulu selalu aku beli bonbon. tu kat sg wang je ada.
bukan aku selalu pergi sana pun kan.
then keluar pulak cool blog. tapi aku pernah jumpa cool blog ni kat r&r seremban n sg wang je pun.
tapiiiii each a cup ni banyak franchise kan. sukaaaa.

so kalau pergi wangsa walk or jj au2 wajib nak.
i love em pearls.


aku suka chocolate oreo. wah nak best aje kan.
noy lak amik peach milk tea.

then makan kat teppanyaki.
nak ayam penyet. tapi malas nak drive ke wangsa walk.
ye kita orang memang pemalas kronik punya.
dekat macam tu pun femalashhh lah.
so ke jj au2 sudah.




salmon bestttt.
tapi aku rasa walaupun franchise yang sama tapi sg wang punya best lagi la.
sos dia macam lagi pedas.
then bawang putih goreng tu banyak gila dia bagi.
n sayur dia lagi best.
cea banyak cakap. padahal yang ni pun licin je aku bedal kan.


noy amik cuttle fish/sotong.
dia lak tak makan tauge. so sayur dia takda tauge.
tah apa2 kan. sedap la tauge.
dia tak makan tauge sebab dia geli dulu masa seolah ada projek sains buat tauge tu.
gila tah apa2 alasan dia kan.


hhaha gila selekeh.
masa tengah makan tu aku nampak la ada satu group ni jalan ramai-ramai.
tiba-tiba aku nampak few minah2 pakai tudung ni dok la kerumun n snap2 candid pic.
aku dah macam. eh apa ni?
ceh rupa-rupanya budak2 af tu. hahahha.
semangat mereka ok. ada lagi orang layan af kan.
aku tengok masa tirai hari tu je. lepas tu x tengok dah.

then nampak la adlin aman ramli orang amik-amik pic ngan dia la apa.
aku ngan noy tengok je la.

me : kita ni jenis tak eager nak amik pic ngan artis kan. hahaha.
noy : tengok la. if artis tu macam kawan-kawan kita jugak memang tak la saya nak amik tiba-tiba.
me : abis kalau lain-lain?
noy : amik. tapi tak semua la. kalau aku jumpa awie ke. jamal abdillah ke saya nak amik pic. lantak la. kau xnak?
me : entah. suka la. tapi takda la sampai nak amik gambar ke apa kot.
noy : eee rugi. saya masa kerja AA dulu ada jamal abdillah tu. segan jugak la nak ambik pic. pastu dia macam gatal-gatal sikit. so saya takut.
me : oooo. saya tak kot. saya lagi penyegan. nanti muka pelik-pelik aje.

hmmmmm.
ok if jumpa siapa yea aku nak amik pic sesama.
adakah aku obses ngan sesiapa sekarang.
ok ada la few. tapi mostly anak ikan kot.
zahiril adzim tu mcm comel. tapi kalau aku amik pic ngan dia mesti aku gergasi.
syamsul yusof geram jugak. tapi anak ikan. tak seswai.
haaaaa. remy ishak nak la. 
siap nak ajak dia buat videoclip bersama la. hahahahha. wah over sungguh kan.

kalau korang, korang ada peluang korang nak ngan siapa?
aku so far tu la teringat.
eh jap. shah jazzle tu pun sexy. tapi tu la budak gak kan. n player nak mampos.
silap2 dia taknak pun amik pic ngan aku.
ok korang punya pulak. artis dalam negara ye.
if luar aku punya tak cukup list uolss. :)



expose mistik - patah balik?

Hi, salam hari Jumaat. Hari ni nak share lagi story, boleh kan?

Copied from my blog

Malam semalam lepaking dengan classmate aku masa kat poli kt food court belakang jj AU2. Mula-mula borak-borak kosong, story pasal opis masing-masing, gosip-gosip pasal budak-budak kelas. Ntah macam mana termasuk tajuk mistik-mistik ni. Boleh eh borak pasal benda tu je sampai pukul 12 tgh malam. Pakcik tu dah kemas-kemas meja lain kitorang tak gerak lagi.

Tapi kawan aku ni memang ada ability untuk nampak benda-benda luar biasa ni. So, dia cerita la zaman-zaman dia kat Terendak. Cerita dia memang terbaik dari ladang la. Standard la kalau duduk asrama kan. Even aku dulu masa sekolah kat Muadzam masuk-masuk je terus kena kacau. Siap nak buat kawan pulak tu. Tu ok la kat Muadzam, kat ceruk hutan. Masa aku masuk poli Shah Alam sama jugak kena. Tu punca mulut roomate aku macam lahanat, habis kitorang satu bilik kena.

Berbalik pada kawan aku ni, semua story-story dia mmg tahap meremang bulu roma. Dia cerita masa kat Terendak (kalau dia kelentong aku tak tau la), dia ngan kawan dia curi2 smoke kat hujung blok. Sekali tengah sedap layan, tiba-tiba nampak Mr.P melintas. Dah agak-agak benda tu macam jauh je, masing2 bukak la mulut 'ko nampak apa yang aku nampak'. Dan yg paling best, benda tu dah kuar pagar boleh patah balik. Kawan aku boleh lak ckp agaknya dia perasan budak-budak ni tengah cakap pasal dia. Perh, boleh eh nak patah balik macam tu. Tapi diorang cool lagi, habiskan rokok dulu (sayang woo rokok kalau nak buang, susah kot nak dapat). Cool tak cool, menggigil jugakla tangan nak ngabiskan rokok tu. Diorang bangun slow-slow, mcm takde pape.

Tips dari kawan aku : kalau terserempak dengan makhluk ni, cuba setenang yang mungkin. Situation macam kena kejar anjing, kalau cabut confirm kena kejar kaw2.

Jalan balik ke bilik pun macam takde pape je. Tapi masa tu, dia cakap bau toksah cerita la, macam-macam bau ada. Sudahnya dah dekat-dekat bilik pakat bersepah sekor-sekor lari. Kalau aku, mau terkencing terberak kat situ jugak kan.

Lagi satu kes, pun pasal curi-curi smoke gak (tu la, buat salah kan dah kena). Dia ngan kawan-kawan hisap rokok kat lereng bukit dekat sekolah dia. Dia duduk paling atas dan paling last. So, dia dah kira siap-siap la brape orang ada. Pastu boleh pulak ada sorang kawan ni terlebih rajin nak kira balik. Budak-budak lain dah bising tak bagi kira. Tapi budak tu kira jugak. Katakan la masa tu diorang ada sepuluh orang, sekali yang tukang kira ni kira terlebih sorang, maknanya belakang kawan aku ada satu lagi. Apa lagi, kawan aku dah terdiam. Pelan2 dia tepuk member kt depan dia ajak blah dari situ. On the way balik ke bilik, yg tukang kira tadi boleh pulak nak konfius apsal tiba-tiba nak balik. Apa lagi, kawan aku cepuk kepala dia. Mujur kawan aku tu tak kena tepuk, kalau tak mau bergolek-golek dia sampai ke bawah (ni dia la yang cakap).
Sebab dia cakap kat sekolah dia ada history nya sendiri. Kononnya masa zaman super senior dia dulu ada kes ragging sampai budak yang kena ragging tu meninggal. Tapi diorang tak report dan tindakan bijak sorok mayat bawah katil. Sampailah cleaner yg jumpa sebab dah naik bau. Since that, ada beberapa bilik yang mmg tak dibukak langsung. Sahih atau tak cerita ni, wallahualam.

Teringat ustazah aku pernah cakap, "benda ni makhluk tuhan jugak, kalau awak takut dengan dia, silap-silap dia pun takut dengan awak sebab kita datang dari dunia yang berbeza".Janganlah terlalu takut dan jangan lah terlalu berani. Paling penting, yakin Allah itu ada dan Dialah yang Maha Berkuasa. Insyaallah takde pape.
............................................................................................

wsalam huda,

mesti la boleh share.
blog ni memang welcome siapa yang nak share cerita expose mistik ni.

ok tak suka cerita ni.
dah la area2 tu aku biasa sangat.
foodcourt belakang jj au2 tu tempat fav makan. kat krisik tu.
then ada pulak nama terendak.
terendak ni mrsm ke sekolah asrama terendak tu?
tapi cara2 ada hujung block la. lereng bukit la. macam asrama budak lelaki je.
dah la aku nak pergi sana nanti. nasib balik hari. kalau tido aku amik pil tidur terus.

paling tak tahan dah gerak boleh ptah balik tu la kan. motiffff???
pasal terlebih sorang tu memang selalu kan berlaku.
ye la dah la lepak tempat pelik2 n malam2.
memang seronok la dia join kan.

eh tiba2 aku teringat.
kan orang cakap kalau kita sembang2 pasal 'dorang', 'dorang' happy.
kalau kau perasan la. kadang2 bila cerita tu seram lebih.
tak pasal bulu kau meremang aje.
sebenarnya sebab apa eyh? sebab memang seram ke?
sebab memang 'dia' ada join sekali.
uwaaaaaaaaaaaaaaa. tiba-tiba tertakut.
tapi takut-takut pun aku suka nak dengar cerita-cerita orang ni. ;p

sampai orang dvd pun boleh tau.
aku kalau pilih cerita mesti cerita hantu, bunuh2 kejam, lepas tu baru komedi ke apa.
hehehehehehhe. tapi suka takat tu je ye.
sila la jangan nak kawan ngan aku ye. erk.

ok tu je.
salam malam jumaat.
kalau sesiapa nak share boleh email aku. email aku ada kat contact me kat tab blog aku ni.




sampai ke hari ni terbayang-bayang.

semalam mama kata dia nak pergi rumah acu n uncle akhil.
so dia ajak aku. aku macam malas nak pergi.
bukan sebab apa. nak bersiap tu malas.
siang tu noy ajak keluar pun aku tak kuasa nak ikut.

acu dah pindah rumah baru.
around 3 months back kot.
hari kedua dia masuk rumah dia dah ajak semua datang rumah.
tapi time tu yang pergi papa, mama n ayol aje.
aku tak pergi. sebab keluar kot. x sure aku.

then p.g pulak pergi sebab acu nak bagi tickets2 vip segala concert ke apa.
ada la aku tengok gambar dorang snap.
lawa laaaa. tapi tu la mama kata picture don't do justice. kena tengok sendiri.
acu pun dah berapa kali call cakap datang la rumah dia ke apa.
so bila mama n papa ajak semalam if aku tak pergi jugak sangat la keji.

so bila ikut semalam. sampai guard house aku dah macam. wahhh gempak.
then lalu kawasan tu. then masuk rumah terus rasa nak pitammmm.
sebab lawa terlampauuuuuu.
lawa sampai aku tergamam lalu segan nak snap2 pic ke apa. heheh.

ish serious sumpah lawa la. terkedu aku.
lepak kat gazebo smoke semua.
belakang tu siap ada sungai n all.
macam tak sangka kat kl ni pun ada scenery lawa macam tu.

then acu ajak aku tour rumah dia.
tunjuk semua. happy la.
pastu kita orang sama-sama sedih.
sebab terbayang kalau arwah maktok ada lagi mesti dia happy je.

lepas tu semantara acu, uncle akhil, papa n mama sembang2.
aku ngan anun cousin aku sembang-sembang time kita orang kecik-kecik.
anun ni sebaya aku. so masa membesar memang geng la sekali ngan ayol n p.g.
kita orang akan selalu kat rumah arwah atok n maktok.
adik dia nina, syamel n noy lak geng kecik-kecik. so maybe tak berapa ingat la.

memang lawak la.
macam-macam cerita zaman kecik-kecik la keluar.
dulu memang rapat la kita orang.
tapi dah besar-besar ni renggang sikit.
sebab dorang jenis pendiam sikit.
tapi semalam elok pulak bersembang bagai.

tapi serious rumah dia lawa.
hahahahaha. dah berapa kali cakap ni kan.
takpa nanti kalau acu buat majlis ke apa-apa aku snap la.
kalau tak mak segan uolls.
walaupun aku rasa acu tak kisah pun.
sebab masa P.G pergi gigih dia snap2. gilo.

oh itu aje.
saje nak recordkan dalam blog perasaan aku untuk hari ini.
so if baca2 balik nanti boleh la tau.
hari ni bila teringat je aku akan cakap, "lawaaanya rumah acu kan".
noy pun naik fed up. sebab dia x sampai lagi. hehehe. ;p

ok tu je. bye-bye.

surprise la sangat.

hahah hari minggu yang konon nak dating tapi x menjadi.
yang si dotdot around 11am call cakap dia nak jumpa.
aku kata petang-petang sikit la.
aku masih tido. hahaha. elok pulak dia layan.

then around 2ish dia call lagi.
dia kata nak jumpa.
aku kata datang la rumah. lepak kejap ke apa.
sebab noy pun ajak teman keluar petang tu.
so jumpa kejap pun jadi la kan.
dia kata aku nak pergi mana.
aku cakap klcc. dia kata jumpa sana la.
aku cakap jangan sebab aku lambat lagi.
aku mandi apa pun belum kan.

then dia call lagi around 3. tanya aku kat mana.
aku kata la baru abis mandi.
dia kata dia penat. nak tido.
aku cakap then it's ok la. balik je la. xyah jumpa.

dotdot : tapi nak jumpa.
me : if nak jumpa datang la. u kat mana tu?
dotdot : kat kedai makan area rumah.
me : hah? apesal riuh sangat. u kat mana sebenarnya.
dotdot : i kat rumah boss i. ada party anak dia. u pergi klcc pukul berapa ni?
me : kenapa?
dotdot : i gerak sekarang la. jumpa sana terus.
me : eh i lambat lagi la. bukan gerak sekarang la.
dotdot : berapa lama lagi?
me : nanti i gerak i call yea. so kita gerak sama-sama la. takda la u tunggu.
dotdot : ok.

then ok la. tapi ada la 50 kali dia call.

him : kat mana?
me : kat rumah. baru nak gerak. tengah smoke n sembang2 ngan mama kejap.
him : lamanya. dah dua jam i tunggu. dah tak tau nak buat apa dah.
me : u kat mana?
him : i kat klcc.
me : u buat apa? i dah kata nanti gerak i call kan.
him : i nak surprise. terkejut keee? tak terkejutnya punnn *gaya johan ejek eric leong*
me : haaaa. padan muka. siapa suruh. padan muka surprise sendiri.
him : surpriseee. terkejut sendirinya pun.

hahahhaa. bengong kan.
siapa suruh. nak surprise tak kena gaya.
end up jumpa kat klcc kejap aje.
sebab dia dah letih. dia mau balik n tido.
nice. mula-mula sentap gak la. drama tau.
tapi tiba2 terdapat duit belanja. hiahaiahaiahaiah.

so jalan-jalan ngan noy je la.
tujuan pergi sana sebab ada perempuan tu addicted benda ni.


so dia beli terus sedozen.
then terus ke nandos untuk makan.
tak lunch lagi. walaupun time tu dah 5ish pm.
dah la time nak gerak tu nampak kat dapur ada masak lemak rebung. fuhhhh.
tapi sebabkan dotdot dah sibuk tunggu. takkan tiba2 boleh nak makan bagai kan.
tak sempat.
so makan ini. noy nak nandos lagi.
so layan aje.


:: ceria lebih ::


sorang harimau. sorang polka dot. hahaha. nice.
then jalan-jalan sebab noy nak carik kasut or clutch untuk wedding kawan dia.
tapi warna yang dia carik tak jumpa.
pastu sesuka hati dia macam pergi top shop aku tengok dia pegang baju.
baju leopard jugak. tapi design lain.
dia memang gila leopard la. apa2 yang rupa tu mesti dia nak beli.

me : tu kau pegang apa tu? kau nak beli ke? bukan kau carik lain ke. apa ke baju pergi nya?
nonoy : oh tak boleh yeaaaa. *letak balik muka masam*

then jalan-jalan lagi.
pastu dia tak puas hati.

noy : ish takda la. saya tak suka la keluar tak shopping.
me : kau ni gila la. jalan je la.
noy : tak suka. eh kau taknak shopping ke pija? jom tengok baju untuk kau nak. kau kan takda baju sangat.
me : taknak la. saya takmo shopping. hari tu dah shopping baju kan.
noy : apa? polka dot ni? heheheheh. jom jom. kat mana ada baju besar-besar.
me : takda la. if ada pun x lawa. kan hari tu dah pergi dorothy perkins tu.
noy : tu parkson. isetan takda baju besar-besar?
me : ada la dulu. total woman, ms read.
noy : hah jommm. *tarik tangan aku paksa*

noy : haaaaa. ada saleeeee. *muka girang*

pastu kannnnnnnnnnnnn.
sampai kat total woman tu sale mostly 50%-70%
my oh my.
pastu kannnn baju dia macam lawa-lawaaaaaaaaaaa.
sebab sekarang ada total woman career n satu lagi casual.
casual boleh tahan lawa.
tak pasal aku menggila.
aku capai 2-3 untuk try.

tengah try2 tiba-tiba datang dan datang dan datang lagi baju.
si nonoy tu bawak bagi aku try.
pastu kannnnn. out of 10 yang aku try. aku rasa aku suka 8 kot. pitammmm!!!

noy : lawa pijaaa. serious lawaaaa. omg. amik yang ni. ok yang tu pun amik. yang tu pun lawa jugak.
me : ish banyaknya. semua saya suka je.
noy : amik la semua.

pompuan ni bab jadi syaiton menghasut memang terrarrrrr.

me : takmo banyak la.
noy : tapi kau takda bajuuuu.
me : ok la. saya budget tak lebih rm300
noy : hhahahaha.
me : kenapa?
noy : cea konon taknak. tapi budget rm300.

then try2 lagi.
patut yang betul-betul nak adalah 9-10 pasang.
tapi sebab sedar diri dan menarik napas dan sedar diri tak kaya mana.
so settle dengan 6 baju aje.
then kira-kira pakai calculator. total rm335 :/
argh lantak.


:: muka syaiton yang teruja berjaya menghasut orang. perempuan gilak. sebenarnya aku nak snap pic baju2 yang aku beli kat belakang tu. tapi dia menyibuk ::

:: gediks kejap sementara SA tu tulis bil ::


so pergi la bayar.
sekali mungkin salah kira. sebab ada yang 70% tapi aku ingat 50% aje.
then rupanya lebih daripada 3 item. ada lagi aditional 20% discount la apa.
total adalah rm212 sahaja ok!!!

whattt? kalau ku tahu aku amik je banyak2 tadi.
lari budget ni. hahahaha.

me : hoh x sampai rm300
noy : seeeee *angkat2 kening*
me : patut saya beli baju lagi 2 tu kan. amik ke tak?
noy : kau jangan nak over. dah ada 6 tu ok.
me : fineeeee.

omg. apakah telah berlaku.
baru je hari tu shopping online.
ni shopping lagi. fuhhhhhh.
yang mama lak aku tunjuk dia baju aku shopping.
dia kata cukup. tahun depan baru shopping lagi. hahahhahaha.

paling tak tahan.
masa noy tgh window shopping tu dotdot call.

him : kat mana?
me : kat klcc lagi.
him : tak balik lagi?
me : tak. teman noy nak shopping.
him : u tak shopping ke.
me : takkkkk. :( takda. takda duit.
him : tu i bagi tu.
me : mana boleh. tu simpan-simpan jimat.
him : ye lah.

sekaliiiiiiiiiiiiiiiii.
siapa yang over ni.

lepas tu lepak starbucks kejap.
gossip-gossip.
ye la tu. apa aje yang boleh gossip pun.
dah katanya sentiasa sama-sama. mostly gossip pun dah habis. ;p


hari tu aku mobile upload pic noy.
tiba2 ada reader komen kata belakang noy tu macam ada makhluk. menakutkan.
hahahaha. gelak sakan aku.
sebab aku kan pakai bold. quality pic mmg macam haram.
butttt. muka lelaki tu memang agak menakutkan.
sebab dia macam cengkuk ala2 tengkorak. pastu rambut gerbang2.
dalam pic tu lagi ketara scary la. heheheh.

ok itu aje sekian entry kali ni.
surprise tak jadi.
shopping yang macamkan banyak sangat duit.
tapi takpa la. serious puas hati la.
sebab puas hati kau dapat try, dapat rasa material n all.
entah la. best lagi shopping macam ni daripada online shopping kot.

oh kalau korang nak pergi.
total woman ni kat isetan klcc.
level bawah tu renovate. so dia pindah ke level 2 tak silap.
sampai bila sale aku tak sure. tapi sila la pergi.
sebab lawa n paling best adalah murah. :)

thank u all. [edited]

semalam saje bukak statcounter.
seronok pulak tiba-tiba.
sebab dah lama gila tak bukak.
statcounter lagi details. macam-macam la boleh tengok.

yang membuatkan tiba tulis entry ni sebab semalam tengah mengadap blog sendiri.
aku nampak entry lama ni. CLICK HERE.
3 tahun lepas tu. masa tu gembira abis la.
ye la sapa sangka blog merapu dan tak berinfomasi boleh ada 1000 UV kan.

then ni pulak amik amik semalam.
around 1ish am macam tu.



ok maybe to some of u takde la apa pun.
tapi i feel blessed. sebab mostly cerita aku balik-balik yang sama pun korang still nak baca :)
so tepek sini untuk jadi record dalam blog ni kan.
macam selalu aku kata. satu hari nanti aku dah tak blog ke.
tak pun dah takda siapa sudi baca ke.
boleh la aku eksyen kat anak aku ke, cucu ke. hahaha.
gila bengong.

so entry ni sebagai ucapan terima kasih la kepada readers semua.
korang terus je baca tanpa harapkan balasan ke apa.
eh ke korang ada harap apa2?
jangan la yea... *menyorok belakang langsir*

tapi mostly silent readers kan.
kenapa sepi yea?
jangan la takut. aku memang suka makan, tapi aku belum pernah rasa nak makan orang.
hahhaha. ok menakutkan kalau betul2 aku rasa nak makan korang.

eh tu je la.
merepek lebih ni.
ok bye.

edited : eh tiba2 nak tambah ni.
sambil tu boleh tanya pendapat korang.
aku ni dah blog pun dah masuk 5 years.
kadang2 tak tau nak tulis pasal apa.
apa kata korang bagi cadangan nak aku tulis pasal apa lebih?

terima kasih.
kerjasama anda amatlah dihargai.
wah gila skema bahasa.
ok bye.
ni bye betul2.

my bff

last week lepas settle briefing pasal speech aku tu.
noy amik aku.
dia memang ikut tapi dia shopping area bangsar tu carik dress untuk wedding kawan chinese dia.
settle je terus aku suruh amik aku.
sebab kita orang plan nak tengok wayang.

pergi gardens tengok kat signature. eh tu ke nama dia? betul la tu kan.
lepas beli tiket terus carik makan.
sebab aku x makan.
memang la dorang bawak aku kat dome bsc for lunch.
tapi aku minum aje. aku ni kalau nervous lebih makan pun x lalu.
hmmmmm. bagus tu kan. kena suruh orang nervouskan aku selalu la kan. heheh.

makan kat papparich gardens aje.


as usual aku akan order ini.
mihun kari. terbaik.
penuh dengan isi. aku sukaaaaaaaaaaaa.



air pulak aku akan amik ni.
pentamak kan. lantak.
tapi aku suka rasa dia. sebab dia laici pastu ada rasa limau tu kan.
pastu ada cincau2. oh suka.
ceh, aku ni apa aje yang tak suka kan. semua pun suka aje.
noy pulak dah makan nasi daun pisang nirwana earlier. so dia tak lapar sangat.



noy pulak amik otak-otak ni.
pastu kita orang terkejut. ingat salah order ke apa.
sebab usually takda la dorang serve ngan bekas dim sum tu semua kan.
rupanya memang dalam tu otak-otak. hahaha.
over sangat tau. mentang2 la gardens.



settle makan lepak starbucks pulak.
sebab nak boleh smoke. kat papparich gardens tak boleh.
eh memang ada ke gardens starbucks? ke baru bukak?
sebab selalu akan lepak yang belah midvalley tu.
but sini better la. sebab tak congested macam kat mid valley punya.
then tempat lagi bersih la.
sebab midvalley tu ramai sangat kot. tu yang dorang nak monitor pun payah.

tapi hari adalah amat panas.
gila berlengas lepak situ.
cepat-cepat je aku sedut air nak cepat abis sebab nak cepat-cepat gerak.
bengang je nonoy.
kata aku ni banyak ragam. 
whateverrrrr. *jeling*


:: gila berlengas kan. hahha. lantak. ::


pompuan ni boleh lagi ceria bagai.
mungkin sebab dia takda lemak tebal yang bikin panas.
fine.
then pergi tengok wayang.
boleh tak kita orang je dalam panggung tu. wtf.
kita orang tengok cerita priest 3d.
yang kawan noy kata scary la apa.
ishhhhh.


time ni boleh la sakan-sakan nak amik pic ke apa kan.
bila tutup lampu je gila scary.
maybe time tengok tu orang tengah kerja kot. tu yang sepi aje.
lepas cerita dah start dalam 20 minutes macam tu baru ada orang masuk.
ada dua pakcik cina dok depan.
then sorang pakcik ciba jugak kat belakang.
so total kita orang 5 orang je dalam tu. hahahaha.

takda la takut pun cerita tu.
sembab vampire dia macam alien ok. pelik bebenor.
tapi cerita dia best la.
dah la hero kacak. tapi aku suka second hero tu. cam gigandet. sexyyyy.
mata tu tak tahan. mata tu.
aku rasa thor lagi best kot.
tapi noy kata dia lagi suka cerita priest ni.
masing-masing la kan.

aku tak gemar sangat sebab banyak scene gelap kot.
aku suka tengok 3d sebab gempak kan.
tapi aku rimas sebab apa kehei nye spec dia kecik sangat ah?
tak selesa betul.
aku rasa tak puas tengok. terkelip-kelip mata aku.
dah la aku rabun. macam nak pening kepala.
so last-last aku pakai spec aku. then on top of that baru pakai spec 3d ni.
baru clear. tapi still tak best la.
bagi la spec 3d yang besar macam goggle nak snorkeling tu kan. baru best.

hahah. aku ni tak abis-abis ngan noy je kan.
abis tuuuu. nak ngan siapa lagi kan.
aku rasa walaupun adik dia la bff aku.
walaupun if gaduh rasa nak tumbuk muka dia.
tapi dia je la rajin layan aku ni. :D
so sila la redha untuk tengok muka dia je tak abis2 kat blog aku ni.

ok tu je. taaaa.

emo merepek.

lately ni pms melampau.
aku macam tiba2 emo sedih melampau.
mula2 rasa tak tau. lepas tu aku tau kenapa.
maybe sebab mengenangkan nanti akan kawin.
eventho if kawin aku tak rasa aku dok jauh mana pun.
tapi the thought yang aku kena move on.
aku akan jadi tanggungjawab suami nanti.

pastu terbayang nanti aku akan jumpa maybe sekali sekala.
entah macam mana nanti relationship aku ngan adik beradik.
ngan kawan-kawan.
sebab ramai sangat suka cakap, "dah kawin nanti lain. tak sama masa tgh single".
membuatkan aku takut.
memang semua takda masalah sekarang.
tapi bila terdengar2 ayat2 tu dpd orang ramai.
aku jadi macam, "ish what if dah kawin nanti mmg lain jadinya?"

then lately ramai sangat suka sangat tengok aku n noy rapat.
buatkan aku lagi sedih.
memang at times gaduh mcm nak gila.
tapi takkan lama la. nanti ok balik. tersengih2 balik.
korang pun tau kot. aku mana2 pun ngan dia je la pun.
tido sama, mandi sama2 kat bali pun pernah ok. hahaha.

tiba2 the thought yang menakutkan datang lagi.
lepas ni macam mana yea? akan tetap sama ke tak.
nanti bedmate aku dah bertukar.
nak holiday sama2 mesti dah xleh. nanti dah ada suami.
ish macam2 la fikir.

pendam je lama.
lepas tu cakap pasal kawin aku cakap la kat noy aku takut.
yang noy xleh terima. dia kata napa nak takut. patut seronok.
aku cakap aku sedih nanti nak kena pisah semua.
dah x macam kita dulu-dulu semua.
pastu dia marah. dia kata memang semua macam tu la.
peringkat hidup memang macam tu. kena lalui.
pastu aku gila. aku kata takmooooo. aku nak sama2 ngan semua orang.
gila emo psycho. hahahhaa.
sebab seriously. aku plan nak pindah tak jauh pun dpd sini. heheh.
entah. ape yang aku sedih sangat entah.

pastu cakap ngan dotdot pun aku sedih2.
dia tanya napa sedih. aku kata la macam mana if nanti dia tak kasi aku kawan ngan mama n noy ke apa.
dia gelak je. dia kata. kasi laaaaa.
hahahha. ye aku emo merepek.

sebab tu aku tak suka rasa attached ke apa ni.
sedih tak munasabah nanti jadinya.
paling rindu nak merepek-repek ngan noy la kan.
sebab kita orang ni ada je benda merepek akan buat.
contoh if la aku baru lepas beraks. tiba-tiba bau petai.
aku keluar terus nyanyi sambil menari berkepak-kepak.

me : bau petaii. hey bau petaiii. bau petaiii.. hey bau petaiiii.

automatic noy akan menari sama sama.
ahahhahaha bongok sangat ok.
apa aje la.
sebut nama lulu pun boleh menari.
pastu bila noy nampak aku menari.
mula la kejap lagu tu laju. so aku pun menari la laju2.
bila dia slow...aku pun automatic menari slow. hehehe.
lepas tu aku nangis.

noy : pija sooo clayjiii (crazy)
me : aku sedihhhhhh.
noy : why?
me : nanti aku nak menari ngan siaaapaaa *lagi teruk nangis*
noy : omg. kau ada dotdot kot.
me : yeahhh. heheheh. dia suka jugak layan aku menari kadang2. kalau lagu hp aku keluar ke apa, dia menari pelik2. x suka.
noy : :(
me : whyyy??
noy : kau atleast ada. saya dah takda orang nak layan saya menari. so sila bersyukur ok. takpa nanti kita menari bertiga pulak.
me : ye lah. ok

*kita orang sambung menari berkepak-kepak*

is this normal?
i mean rasa macam ni?
ke semua orang sebenarnya excited je nak kawin.
aku je pikir merepek sangat?
i just want to duduk bawak ketiak semua orang. i mean my family.
pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
ok fineee. tak bagi. suka la kan nak suruh mak pindahkan uolls.
whatever!!! *z snaps*

*berlalu pergi sambil menari kepak-kepak sorang-sorang*

nota buntuit : eh bukan entry ni patut emo ke. apesal tiba-tiba menari sakan?

watidis.

ok aku ni takda la amik tau sangat isu semasa.
hampeh sangat kan.
dulu rajin jugak la hari-hari baca newspaper. setiap helai aku akan baca.
then dah tak baca. jenguk-jenguk pun tak kuasa.
if rajin tengok la berita.
tapi tengok tv pun ada la seminggu sekali je. so tengok berita apatah lagi kan.
especially ngan berita politik memanjang. lagi la tak minat.

anyway, tapi aku tau jugak la perkembangan semasa.
daripada mana? daripada blog, fb and twitter.
baca status n tweet2 orang semua.
so aku tau jugak la apa berlaku kat sekeliling. tak banyak pun sikit la.

aku rasa korang pun mostly dah tau kot.
semalam kat twitter kecoh pasal meatballs IKEA tu.
ala yang menjadi kegemaran semua orang tu.
kononnya meatballs IKEA tu ada letak babi la apa.
aku tak sure. tapi itu la yang diperkatakan pun.
i was like. seriously? takkan kot. macam tak mungkin aje.
kononnya cafe IKEA tu tengah di tutup sebab buat upacara samak la apa. i'm not sure.
sebab katanya aku baca daripada twitter timeline aku je kan.

sorry la. tapi Malaysia ni apesal makin merepek-repek je aku rasa ni.
takleh sambut Valentine's aku faham la. daripada sekolah dulu aku dah difahamkan.
then baru-baru ni kecoh konon Mother's Day pun tak leh sambut.
tak sure sebab apa, tapi ada group ngan mengeluarkan fakta itu ini.
hello, mother's day kot.
memang la boleh cakap, hari2 pun boleh menyayangi ibu ke apa.
iyaaaaa, tapi tak sama.
ni macam special day kot. mak kau kot.
katanya pun syurga bawah tapak kaki ibu. tak logik betul.

tu satu la, then pasal poco-poco haram.
pun merepek. memang la ada dorang menari line dancing ke apa kat gereja.
so tak elok la apa.
tapi aku rasa takkan la orang kita pendek akal sangat.
tak dapat beza mana elok mana tak kan.
ridiculous.

then masa tweet tadi ada yang cakap pasal tak boleh jual nasi lemak kat sekolah.
sebab punca prestasi murid tak bagus n budak-budak x fokus.
ke sebab BMI la apa.
ok la. memang la makan nasi lemak ada sedikit mengantuk. tapi takda masalah kot.
masing-masing la. kalau dah dasar pemalas macam aku ni. n tak berapa nak cerdik. kau bagi aku makan salad pun aku ngantuk je.
plus aku kat mrsm dulu ada je nasi lemak.
siap kalau baik ngan makcik kantin, time rehat boleh beli sorok-sorok dpd tingkap belakang.
kawan2 aku semua cerdik n berjaya je.
dorang la. aku tak berapa cerdik la kan. heheheh.

ni meatballs IKEA pulak.
sedap kotttttt. i wanttttttttttttttttttt.
siap tadi ada senior aku kat mrsm terkejut tengok tweet aku.
sebab dia kata, supplier meatballs tu setahu dia kawan bapak dia.
ada kilang kat gombak. so tak mungkin haram.
unless contract dah bukan daripada kawan bapak dia tu la.

aku ada jugak tanya. maybe tak halal sebab tak sembelih punya lembu kot.
then someone cakap if dah samak tu maknanya melibatkan babi. ouh ok.
sambil tengah tweet-tweet tu aku makan auntie anne's punya pretzel.
beli the night before. alas perut makan.
walaupun makanan semalam tapi sedap bukan main.
terus aku tweet, " tengah makan auntie anne's pretzel. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa. eh kena check ni. ada babi ke takda."

ok la keji la joke macam tu kan.
tapi aku ngan noy n p.g suka main2.
kan orang selalu cakap babi ni sedap la apa la. entah.
macam ialah terpaling sedap di dunia.
so kalau kita orang makan apa-apa yang sedap. mesti akan cakap, " ni mesti ada babi ni..perisa babi. hahaha"
ok la maybe tak kelakar pada korang. tapi kelakar je kat aku.
sebab tutti frutti ke, famous amos ke, ayam penyet ke, tempoyak ke. semua nak cakap macam tu.
so macam lawak.
rasanya pasal meatball IKEA pun pernah main-main x silap.
cakap porkballs. hahahahhaha.
haaaaaaaaaaaaaaa, padan muka. memang kasi samak.

tapi aku tak sure la betul ke tak.
tapi dah ramai sangat cakap. ye la kot.
saje mau bincangkan topik yang sedang hangat di pasaran.

apa-apa pun pokok pangkal hati la.
kalau kau yakin n tak was-was telan je la.
sebab kadang yang ada tanda halal tak semestinya halal.
yang takda tanda tu tak semestinya tak halal pulak kan.

yang pasti semalam nampak ada orang tweet pepatah, "setakat lidah pun lagi tergigit, inikan pulak meatballs babi".
hahaha. funny.

hopefully nanti semua ok.
sebab tak kira. i want em ballssss. i mean meatballs.
ok tu je. bye.

wise

someone pernah email aku. dah lama jugak la.
one of my lovely reader.
tak sempat lagi nak ucap thanks kat dia.
email dia betul-betul membantu n sangat terkesan kat aku.
memang best la.
tapi ni paling favourite.
so nak share ngan korang ayat ni

" never argue with an idiot. They will drag you down to their level and beat you with their many years of experience. "


so kalau orang senyap bukan sebab orang takut.
sebab orang dont wanna go to ur level.
so high school ok. please.

untuk reader aku tu, thank u.
u know who u are. :D

then online aku nampak ni kat feed.





mula-mula aku tepek kat twitter.
then noy amik letak kat fb.
aku tak tau, aku tepek jugak kat fb.
then lepas tu P.G kata menarik. dia pun nak amik letak kat status dia.
merasa malam semalam anak-anak burhan semua status sama aje.

ok taaaa.
xoxo.

lebih kurang aje.

tengah aku dok2 ni tiba2 noy bersuara sibuk nak gossip la tu.
yang aku lak tengah online siap dengar lagu pakai earphone semua.
rimas kalau dia sepuluh kali panggil.

me : apa?
noy : ala kejap la. meh sini kejap. *bla bla bla* x lawa kan?
me : tak lawa la. tapi macam familiar.
noy : yeah?
me : a ah.
noy : tak lawa kan. ish Astagrafirullahalazimmmmm. tak baiknya aku. tapi betul kann? ke aku jahat?
me : ish tak baik la. takda la tak lawa. takleh cakap macam tu. semua tu ciptaan Allah. masing-masing la.
noy : ye lahhh...
me : tak baik la kan... tapiiiiiiii MAK LAGI CANTIK NOKKK!!!

hahahahhaa. motip.
gila takda pedoman punya orang.
baru insap menginsapi.
tiba-tiba cakap macam tu.
masalahnya cantik ke uolls? *lari2 sambil rambut ditiup angin membawa hati yang luka*

motip nak hati luka?

omg. this is so damn funny.

tadi blog hop ke page iz yahya.
tengok latest entry.
omg. lawak gila ok.

aku malas nak tepek sini youtube tu.
so korang ke blog dia check out ye. CLICK HERE
aku rasa macam gempak aje.

kena tgk video first dulu.
baru kau faham.
mula2 aku tengok tu aku dah rasa macam. apesal mamat ni over bebenor.
masuk berita la katakan.
sekali kauuu. haaaa terus popular.
then kau tengok video second tu ye.

ok happy watching. :)

online shopping.

stress hari tu membawa2.
so tak pasal-pasal aku teronline shopping hari tu.
amik terus 5 item.
tapi biasa-biasa punya aje.

sebab online shop tu ramai gila followers.
so memang macam goreng pisang panas la.
sekejap je lepas.
so kena cepat-cepat beli if nak.
sebab aku takda kesabaran.
so aku tengok kat label : available.
so pilih2 kat situ.
so last friday aku dapat la barang-barang itu :)




aku beli tank top ni.
bila aku pakai kecoh semacam.

noy : serious pija. apesal kau beli polka dot pulak ni.
me : why? biar laaaa.
noy : serious random gila. tak lawa ok. bulat bulat bulat. pastu kau pun bulat.

cibais gila kan mulut dia.
then aku turun. mama pun bersuara.

mama : ni apa polka dot ni. amboiii. bukan main lagi. kau sama ngan papa kau. dia pun suka polka dot dulu-dulu.
me : ishhh. apa masalahnya? salah ke polkadot?
mama : tak salah. tapi.....

entah la dorang ni. lantak.
janji aku happy.
tapi dah semua menegur terus aku rasa macam sekali je la aku pakai keluar.
lepas ni tak lagi kot. hahaha.

:: tapered pants yang x berapa nak tapered la bila aku pakai. hahaha. tapi better dpd legging la. :)  ::

:: motip tangan melentik? lempang diri sendiri ::


aku beli sheer top ni.
aku pun tak tau apa motif. dalam pic macam lawa.
tapi bila dah beli ni aku terfikir2. aku nak pakai apa underneath top ni tah.
takpa itu nanti kita fikirkan. :)

:: leggings yang tebal. bagus. me loike. ::



then beli clincher ni.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku tak view pic tu large.
so tengok daripada pic kecik aje. so tak nampak sangat design.
dia tulis ada studded. so aku rasa ok la kan.
sekali dapat terkejut sebab ada diamond2 pulak. pfffttt.
padan muka. suka shopping gopoh2 kan.
aku x suka batu2 ni. entah kenapa. 
tapi boleh la kot if nak pakai malam. 
so lantak dia di situ.

so kalau korang teringin nak online shopping untuk plus size.
boleh la ke blog ini ye.


ok la. murah2.
n ada jugak yang lawa2. tak tahan je masa mula-mula browse.

tapi kan aku rasa shopping kat store bebetul lagi better la.
sebab kau dapat try. rasa material n all.
so lagi puas hati n all.
ni aku rasa la.
tu nanti aku cerita lain entry.

selamat shopping. hari tu ramai tanya apa website dia kan.
ok tu je.
bye.