#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

Update pendek2 ok ke xpe?

ok ni untuk org yg faham twitter.
X faham mesti korang akan rasa aku merepek2 x faham.

Anyway app twitter yg aku guna kt twitter dah tukar baru.
So oleh itu aku dah x boleh twitpic sebab acc twitter aku private.
Agak annoying la. Sbb aku suka je twitpic macam.

Aku punya app candid camera yg kat atas blog ni xleh guna dah.
Sbb kan acc aku yg lama tu kan picture upload dah limit.
Sbb tu la asyikkkk la pic air mata kucing tu.
X betulkan lg. Kena buat baru utk itu.

So memandangkan dua2 source tu dah xleh guna.
So aku rasa if aku nak tepek random pics.
Aku tepek je sini. N buat caption sikit aje.
Ok ke xpe?
Ke x ok?
Adakah annoying tgk aku update 10 kali sehari tp ada random pics n sikit je caption?
tp ni mcm blog aku. So mcm suka hati I la kannnn. ;p

Oh anyway. Pic atas tu adalah my lunch for the day.
Pukul 5 br lunch. Nice.
Masak kari ayam :) teringin.

Ok tu je. Taaaaaa.
Sent via BlackBerry from Maxis

Terganggu.

Tadi elok depan pc.
Jenguk2 kerja.
Then blog hop mana patut.
Tiba2 ter-fb hop pulak. ;p

Pastu edit2 pic.
Eh bukan edit. Watermark je.
Tiba2 sampai kat picture asam pedas makan kt melaka hari tu.
Huishhh. Lapar mencucuk2.
Ayam dah la br keluarkan dpd freezer.
Tah bila nak lembut :/

Dah set nak masak goreng2 n sambal aje.
Tiba terasa nak makan kari ayam la pulak. Hahah.
Eh nak masak apa ni. Xleh fikir pulak.
Mana satu nak tah.

Oh kesimpulan entry ni.
Elok nak update blog la nak buat kerja la, jadi terganggu sebab laparrrr.
Ok now what?!
Tsk :(
Sent via BlackBerry from Maxis

memori bersama dia.

print screen followers n tepek sini.



apa yang best kan?
satu sebab terharu la ramai sudi follow kan.
maybe to some of u rasa macam, "eleh baru 1k++ kecoh. aku punya lagi ramai kot."
hello. aku terharu la sebab bayangkan ada 1k mau follow blogger gemuks yang merepek asyik cerita pasal makanannnnnn aje. rasa nak sepak laju2. kan kan kan.
so orang sanggup baca this crappy blog adalah terharu tau. ;p

keduaaaaaaaa.
sebab nombor tu.
bila tengok rasa teruja je.
tu nombor kereta lama kita orang. JAS 1133
mazda 626. lama gila pakai kereta tu.
sampai tahun 2000 la pakai.
beli tahun 81. lamaaaa gila kan.

sapa dah baca blog aku lama pernah la kot terbaca aku cerita pasal kereta tu.
ngan asap banyak keluar. hitam2 pulak tu.
siap orang ejek tu kereta JAS - jabatan alam sekitar. keji.
dorang kata takyah panggil orang sembur nyamuk aedes.
kereta tu punya asap boleh bunuh nyamuk ok. hahaha.
ada pernah cakap timbang kati pun tak laku la kereta tu. keji.

tapi tu la kereta yang aku membesar dengan.
yang bawak aku ke sana ke mari.
yang tiap2 minggu bawak family aku visit aku kat melaka dulu.
yes. aku paksa parents aku visit aku everyweek kat asrama. keji kan.
setahun kot. masuk tahun kedua every two weeks la. ;p

e eh tiba2 cerita kereta kan.
sabtu korang buat apa ni?
aku tidooo aje. sebab umah ni gelap redup n sejuk aje.
so tido, bangun makan mihun. then after 1/2 hour tertido lagi.
bape jam tah. ni bangun makan mangga pulak.
pastu rasa ngantuk lagi okkkkk.
dpd tido balik. baik aku update blog kan.
pemalash lipash sangat.

eh ok la.
n thanks again sebab follow ini blog.
*lambai2 feeling miss word tp lelemaks tangan pun bergegar time lambai*

Rasa nak ketuk2 orang mcm ni.

Tadi pergi wangsa walk.
Pergi cucuk duit dulu kat atm.
Ada dua atm.
Kita org beratur yg belak kiri sebab ada 1 couple ni je.
Yang belah kanan tu ada 2 org time tu.

Omg!!!!! Punya la lama beratur.
Ada dekat 10 minutes kot.
Kau bayangkan line kanan tu ada dah dekat 5-6 orang settle.

Yang x tahan. Boleh mcm bercinta2 bergurau senda pulak.
Mata bercahaya2 minah tu.
Aku dah bising2. Ok xde la bising mana tp aku buat. "Eheeemmmm!!!".
Pastu ckp kinda kuat ngan noy, "gila lembab. Line sana dah ramai org settle".
Pastu aku suruh noy beratur line kanan.
Time tu line kanan ada 3 org kot.

Paling x tahan. Awek dia tau kot aku bengang.
Pastu awek dia gerak n tunggu jauh.
Pastu bf dia, 'ehh pergi mana tu. Sini la'.
Pastu gelak2 berchentaaaa.
Wtffffff!!!!
Oh aku sempat cakap tu jugak.
Baru dia settle.
By the time aku cucuk duit. Noy pun sama tgh cucuk kat atm sebelah. Bayangkan.

Serious tah apa dia buat.
Nak jadi atm attendant ke apa?
Ke nak feeling accountant ke apa main kira2 kat situ.
Aku faham la kau baru keluar gaji ke apa.
N maybe cucuk utk dua card maybe utk awek kau sekali ke apa.
Tp what took u so long man???!!!!
Beruk ke apa x reti guna atm.

Yang pasti dia aku nampak dia cucuk lebih dpd 4 kali kot.
Haiyohhhh.
Kenapa x fikir ah sebelum cucuk.
Macam aku selalu sebelum cucuk dah set kat kepala berapa nak.
Then if boleh tekan kat fast cash tu pilih situ aje.

E eh asal aku annoyed sangat entah.
Bukannya aku nak cepat or berkejar nak pergi somewhere ke apa.
Tapi tah. Mcm nyampah aje. Hampir menjadi gorilla kat situ.
Macam nak jerit ketuk2 dada ok.
Ewahhh ketuk dada uolls. Mentang mantoooppp kan. ;p hahahhaha.
Definitely PMS.
Salahkan PMS lagiiiiii. Padahal sendiri x penyabar kan. Kah kah kah.

Ok tu je rempanan (eh apa punya bahasa) untuk hari ini.
Happy weekend lovely readers. Xoxo

P/s : matiklah mmg sewel td merempan, tetiba gelak2. Tiba2 siap xoxo. ;p
Sent via BlackBerry from Maxis

valentine's

masa valentine's semua kecoh2 kan. tah apa2 tah.
aku takda perasaan.
sebab aku mmg dpd zaman mrsm dulu dah tak sambut.
sebab ustaz cakap tak elok la. sebab tu perayaan apa2 la.
tak ingat aku. tp time tu aku percaya n yakin ngan ustaz tu.
so sampai sekarang la tak sambut apa.

ada jugak dotdot cakap few days before valentines.
nak sambut apa. nak hadiah apa.
aku cakap je aku tak celebrate.
mesti dia gembira kan. saving duit. ;p
time tu kan sibuk berdebat apa2 la pasal valentines.
kecoh je kat twitter.
aku cakap senang. sapa nak sambut tu suka dia la.
dia bukan tak tau. dah merata cakap tak elok untuk muslim sambut bagai.
tapi dorang buat jugak. maknanya hati dah gelap la tu. abaikan.
masing2 ngan cara masing2 kan.
n as for me. everyday pun aku celebrate my love.
tak payah nak tunggu specific day ke apa.
tak kisah la sayang kat bf ke, mak bapak ke. adik beradik ke.
every second pun aku sayang. kan kan kan.

anyway, kan korang tau. anak buah aku lahir on that day.
so memang kecoh la.
sebab nak tengok pic la apa.
aku biasa2 la. ok excited. tapi terkawal.
yang psycho tu noy sorang aje.
dok harass ayol mintak pic la apa.
tak sabar2. gilo.
then dapat pic terus menggila.

mula2 tu ice ada call. dorang nak ke klcc.
so nak jumpa. ajak la join.
tapi noy malas keluar la apa.
dia tgk je pic Zara. terus dia kata nak keluar.
sebab nak beli barang baby. gila kan.
tapi mmg nak keluar sebab dia nak beli barang make up sekali.
so ke klcc la.

shopping2 dulu.
sebab ice n huda pun tengah makan tak silap.
so beli la make up noy. dapat voucher rm40 from parkson.
tu yang belikan barang baby. cukup2 je.
sebab??? sebab aku tahan noy. dia menggila. semua benda nak beli.
siap nampak bag pun terus,

"haaa ni bag baby zeity boleh pakai. eh takda warna pink. zeity suka pink"
"eh baju ni mesti comel dia pakai kan. eh topi"
"lawa jugak bedding set ni kan. nak beli tak?"

"noyyyyyyyyyyyyyy. kau ni kenapa? sikit2 dah la. baby cepat besar la. nanti dia dah besar beli lagi"

so amik ini aje.
takyah bayar sbb ada voucher tu. ngeeee.


lepas tu jumpa ice n huda.
ke mothercare pulak.
tau la barang2 sana comel2 kan.
lagi merepek minah tu.
nak beli baju over2. senang je aku cakap.

"yang kau nak lawa sangat ni. kau nak bawak dia pergi mana?"

aku cakap nanti2 je.
sebab baby tgh kecik kan.
aku rasa mcm membazir nak spend 200-300 untuk baju yang boleh pakai 3 bulan aje.
if 1-2 tahun ok sikit kot kan. boleh pakai byk kali n lama sikit.
kan? ke aku yang tak reti ah?

oh later ke dome.
sebab tak makan lagi. kelaparan.
aku teringin nak asam pedas.
so order tu.
tapi adalah kecewa. sebab tak pedassssssssssssss.
not like last time. sad.
aku masak lagi sedap.
dorang dah tukar chef kot. tsk.


:: my asam pedas ::

 :: ice punya. ayam masak kunyit. haha. ok nama dia ada tumeric2 la. tak tau aku ::

:: noy punya. ada spicy2 la apa ::




oh baju tu aku dah beli setahun kot.
tapi takleh pakai sebab boleh tahan perut macam burger la if pakai kan.
so mmg tergantung je la.
so hari tu try ok. la la la.
tapi kau tgk la tu. pakai PB ni tetek aku macam nak meletop.
masa snap ni pun noy cakap.

"apasal tetek kau macam nak meletop weyh? macam dapur aku tgk. wahahahah"

cipek. ice n huda gelak tak cover.
tapi memang. jadi segan kadang2.
tu satu. pastu sebab dia kan push up bagai.
kau tgk la tu. if duduk sikit lagi muka nak tersembam kat tetek sendiri.
wtf. tak sukaaaaaaaaaaaaaa.
lepas ni kena ada shawl kot. kasi coverline.

eh im not saying tak bagus ke apa.
serious aku suka la PB ni.
ramai compliment dah nampak kurus la apa. walaupun aku tak rasa apa pun.
tapi ada la perasan. if tak pakai PB pun. dah nampak bentuk badan dah start ikut bentuk PB tu. :)
lama2 pakai memang selesa.
tapi tu la. tetek macam nak meletop. hahahahahha.

ok la. aku suka melalut2 kan.
daripada cerita ni. jump sana. jump sini.
ok tu je.
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

darker do :)

dah lama x pergi saloon.
rambut pun dah macam harem kan.
so ajak noy. dia kata ok aje.
dia pun nak colur rambut.
so ke saloon kita.

before that aku dah tanya2 kat twitter.
adakah aku patut maintain macam colour sebelum ni with highlights ke?
or aku buat brunette je xde highlight ke apa.
ramai bote for brunette so brunette kita. :)

sampai je ramai pulak.
sebab dorang baru bukak kot.
seminggu lebih dorang tutup sebab dorg ni asal sarawak. harus la balik sana untuk CNY kan.
tu pun stylish kesukaan celine takda. still cuti sakan.
tak kisah. sapa2 pun ok aje. aku tak cerewet.

haha noy bengang aje. sebab dia dah dok lama gila kat kerusi.
aku lambat la.
tapi tiba2 dorang attend aku dulu.
noy dah bising2 kat twitter.
aku tau sangat. noy tu favourite owner saloon tu.
mesti owner tu yang nak attend noy.
owner tu time tu tgh buat org lain.
sekali betul. hahha. bengang je noy.

ikutkan malas je nak snap picture.
serious aku paling la dah tak blogger tegar sekarang ni.
tapi takpa la. snap aje.
ye la. aku ni kan asyik la update time keluar makan aje. hahha.
lain2 dah tak update.
so pergi saloon ni update je la kan. :)





nama budak ni aku tak tau la.
lupa nak tanya.
tapi dia dah hebat sekarang. kagums.
dulu ingat lagi masa mula2 dia kerja.
rasa nak terbakar kulit kepala aku kalau dia blow.
sebab lama sangat kot sembut part tu aje. haha. lawak.


aku suka blow curl.
teringin jugak nak blow straight.
tapi rambut aku ni wavy. kang tak sampai berapa jam confirm x straight dah.
so blow curl sudah.
tak best pulak blow curl. rambut aku nampal pendek.
padahal panjang dah sampai ke pinggang. ngeh.
pic tu dlm hp la pulak.
nanti if ingat aku nak tepek sini la.


hasilnya.. heheh.
ok x brunette sangat la.
aku tak pilih pun brunette tu.
aku tgk ada stylish tu nama summer. yang tgh blow rambut noy kat pic bawah ni.
macam lawa rambut dia.
so masa budak lelaki tu tanya nak colour apa.
aku cakap nak macam rambut summer tu. senang. :)



::eee. tau orang nak snap tiba2 nak senyum kan ::


:: harus lah nak snap sepuluh kali kan. feeling lebih. ::

so settle.
colour + 50% off for hair treatment spa = rm260 x silap.
suka kan.

then ke jj au2.
cehh sedeh gila. dah feeling2 lawa. tiba2 pergi jj je kan.
apa2 aje la yea.
pergi sana sebab mau makan.


:: dinner subway, subway club sandwich + bacon & starbucks, caramel coffee frap ::


:: oh noy pun color gelap. pentiruuu. eh dia tiru aku ke aku tiru dia eyh? tak sure ::



wah rambut so shining n lembuts. suka tau.
tapi kan kalau baru lepas pergi saloon mesti feeling macam lawa je kan.
noy siap sound, " pija tak payah buat muka macam kau lawa sangat boleh tak?"
erghhh. biar laaaaaaaaaaaaaaa.
e eh tiba2 rasa nak pergi saloon lagi la.
suka hair treatment spa tu.
sedap bau dia. melekat berhari2 walaupun aku dah shampoo lain.

cantik tak rambut kita?
ewah tiba2 gedik kan. sepak laju2 baru tau kan. ;p

Xmo parut pliss

Td buat sambal tumis ikan bilis.
So mau makan ngan lempeng.
Buat la lempeng.
Terlebih minyak.
Pusingkan lempeng.
Kelepek lempeng tu jatuh n percikkan minyak.
Bukan kena setitik dua. Amik kau banyak gila.
Area kat ibu jari tu semua kena sampai ke kelang tu. Tsk.

Dlm pic tu x nampak sgt kan.
Tp ni tgh merah menyala. Niceee.
Merah satu hal. Perit melampau.
Kena angin perit.
Gerak perit. Terlanggar apa2 mmg lg perit la kan.

Ni baru kena minyak kan.
Oh lupa nak cerita.
Hari tu jonet ada dtg.
Dia bg tau adik dia aisha.
Tengah goreng ikan. 2nd batch.
Masukkan je ikan. Tong gas dia meletop ok. Uwaaaa. Takut.
X tau kenapa. Tiba2 aje.
Nasib muka x kena. Tp terbakar la jugak bulu mata.
Tp dpd bawah ketiak sampai ke buku lali terbakar.
Teruk jugak la. Itu pun nasib baik dia pakai tank top n hot pants je.
If pakai baju n seluar bagai lg teruk la terbakar.

Ish aku baru kena minyak perit x menahan.
Ni kalau terbakar. Mesti sakit maksimum kan :/

Eh kena minyak mcm ni parut ke hah?
Ke nanti2 hilang?
Xmo parut plisss.
Tp if parut pun ok kot.
Nampak mcm rajin memasak kan.
Hahahh. Ye la tu. Nottttt.

Oh aku amik second pic tu.
Nampak clear kan. Bertampah menyalaaaa. Nice.


Sent via BlackBerry from Maxis

expose mistik : kerana tolong berubat

salam peeja
suka bc blog peejburhan..leh kata hari2 baca blog peeja n mama peeja tu..hehe..
biler dh hari2 bc..mst la teruja nk share gak expose mistik ni kan..
xtau la seram ke x bg u ols kan..tp biler ingt2 tu..mmg tegak gak la bulu roma ni..huhu
kisah 1

masa tahun 1998, k.ita dapat offer sambung blaja kt kolej legenda..kt langkawi..[now dh bkubur pun kolej tu], 
so, ada 1 mlm tu..kitorg standard la bebdk kolej/u/ipt ni kan..tdo lewat mlm..
pastu yg paling lewat tdo..ialah k.ita la..
sbb mata ni..mmg payah nak lelap pas kul 12mlm..
kebetulan masa tu kitorg katil double-decker..
katil ada 4..so, kitorg combinekan rapat2..
kekawan lain suma pakat tido bawah..k.ita x suka berhimpit2 walaupun dgn perempuan..agak rimas..haha..
so, k.ita pun selamba ah tdo sorg2 kat atas kan..
mata ni lum lg lena..dah ada benda dok main lompat2..haishhh..
muka mmg dah biasa ditekup ngan bantal sbb elak cahaya ..
so, mujur gak x nampak...kalo x pengsan kan..
tapi leh rasa...bgegar2..yg best tu..dia dah lompat2..tetiba dia stop n dok kat besi katil yg k.ita tdo tu..
mcm kita tdo, org dok tenung je muka kita..mesti terasa camtu kan..
ni bebetul..terasa 'badan' dia kat besi katil n dia dok tenung lama je kita..
mcm tau2 je kita x tdo lg tau!!arghhh...sangat tensen..
sampai k.ita dah bengang..xleh tdo nyer pasal plus dia dok tenung2..
[leh rasa 'org' tu ialah seorg budak..berdasarkan dia lompat2 td], 
k.ita ckp camni..'ko jgn kaco aku nak tdo boleh x setan??aku x kaco ko kan..'..
amazingnya pastu..terus leh lena..apa kabar antu tu pun xtau la..

kisah 2

ni kisah baru2 ni..thn 2010 aritu...
ada seorg kawan..dia sakit..kena buatan org..
sgt kesian..sbb org tu mmg nk wat dia smpai mati..
kebetulan ada makcik k.ita pandai ngubat..
so, sebagai kwn, xkan kita nak nengok je dia sakit kan..
so, bwk la jmpa makcik k.ita tu..
tp balik dr ngubat tu...mlm tu gak k.ita kena kaco..
n bterusan 3 mlm berturut2...
tapi mlm pertama tu yg sgt teruk..
masa tu dah tdo..tetiba..ada tangan dok usap2 muka...
bygkan..tangan tu..jari / kuku dia panjang2...
pastu dok usap2 muka kita..terasa ok kena pipi ni..
memula rasa mimpi..pastu baru sedar kena ganggu..
terus beranikan diri n tepis n ckp camni..'arghhhh'..
terus terjaga..ingatkan bebetul mimpi..
pastu nengok kat ujung bilik ada lembaga itam sedang berdiri n nengok je k.ita...
aiyoooo..terus pejam mata n bukak balik...ilang dah..giler ahhh

mlm ke2...k.ita terasa mcm ada org dok lompat2 lagi kat katil..
melangkah2 badan suami k.ita..
pastu dia dok ujung kepala..teruk betul la..
terus maki la ..'celaka btul la setan ni..org nak tido ko kaco naper??'..
terus ilang benda tu n dapat tdo smpai pagi..

mlm ke 3...ni mlm penghabisan..k.ita mimpi sakit mata...
so, nengok la kat cermin..sekali kt bahagian mata yg merah tu..ada berengga lalat [telo lalat]..
alahai..takut giler..terus terjaga xde terpisat2..
tp masa mmpi tu ada jugak benda tu mcm marah ngan k.ita..sbb tolong kawan tu..
hmm..biler bagitau ngan mcik..dia suh dtg mandi limau..
mmg benda tu marah giler la..sbb k.ita tolong kwn tu..
plus k.ita boleh juga nengok2kan org sket2...
tp mujur gak la sbb kawan tu biler berubat ngan org lain..k.ita x kena kaco dah..
sbb kwn tu kena cari org berubat yg sama negeri ngan benda yg dihantar..
hmmm..ntahla..tp mmg menakutkan betul la...
keji btul..kita nk tolong..kita pulak yg kena kan..
tapi xpela..yg penting benda tu berani usik2 je..xde la sampai nk memudaratkan diri kita gak kan..

kisah 3

ni x tau la kalo peeja n pembaca nak percaya ke x..
ni kisah berlaku pada akak k.ita..masa tu dia mcm kesesakan duit sgt..
pastu ada 1 mlm tu..dia mimpi arwah mak k.ita dtg...
arwah mak k.ita bagi dia note rm50 bergulung2...selit kat tgn dia..
esoknya..dia bgn..seluk poket..nengok2 ada duit tu ok..hahaha..percaya x/??
terus dia sms k.ita bgtau..
xpercaya x boleh..sbb ada bukti..hmm..ni org kata kebetulan la kan..sbb maybe arwah dpt merasakan yg akak k.ita masa tu tgh susah ke cmn ntah..
cukup dulu la kot...nnt kalo kisah mistik lg..k.ita emel lg blh?haha


..................................................................................................
wsalam kak ita,

thanks for the email n baca blog pija ngan mama :)
pija ni mmg penggemar cerita2 hantu ni.
so tahap ketakutan tak sama macam orang lain.
tapi penggemar cerita je yea. takmo la betul2.
kadang2 bila baca macam2 kisah orang. rasa macam. hhhmmm. mmg ada ke?
kalau akak tanya baca ni takut ke tak. mmg tak rasa apa.
tapi bayangkan kalau la betul2 ada kat situasi akak tu. haiyohhhh.
takmo la. silap2 terus tido takmo bangun2 dah.

pasal kisah last tu pernah jugak dengar.
tak pernah la jadi kat diri sendiri.
if pernah pun. time tu tgh susah sangat.
sekali tiba2 ada kawan yang bertahun tak jumpa call kata nak jumpa.
tetiba dia bg duit. dia kata dia mimpi. dalam mimpi tu kita tgh susah.
kuasa Allah kan. Wallahualam.

ok kak i.ta. kalau ada apa2 nak email lagi.
u're most welcome. :)

Asyik salahkan benda yg sama.

Hujan lebat.
Suka. Sebab sejuk.
Tapi hati pun rasa mcm tu.
Rasa nak nangis selebat hujan ni jugak.
No reason. Gila.

I think its PMS la.
Rasa emo. Sedih. Nak marah pun ada.
Wtf.
N as usual salahkan pms kan.
:(


Sent via BlackBerry from Maxis

betul seperti yang dijangkakan.

susah betul nak jumpa nysya lately.
sebab dia saat2 akhir nak abiskan masters dia.
so busy memanjang.
so cuti raya cina tu dia ada kat rumah.
n dia ajak lepak. harus on aje.

so kita orang ke papparich.
gossip sakan.
tapi takkan gossip je kan. harus la makan2 sekali. ;p
tapi kannnnnnnnn. mmg portion sikit la.
sangat la ketara.

kan aku pernah buat entry dulu.
dengan harga semua yang dah naik2 ni.
harga makanan pun naik.
kalau harga tak naik mesti portion dah tak sama.
tgk la pic2 ni ye.


:: otak2. sedih2 kan. masa sampai tu kita org terkedu gila ok. sepatutnya panjang lagi. ni tgk la kenit mcm mana kan. tsk. oh harga benda ni x silap aku rm5.80 ye ::


:: kuey teow. tah apa kena malam tu kuey teow ni takda tauge. wth. rasa tak lengkap betul. tp tetap la aku bedal sampai licin kan. ;p ::


oh noy n nysya order roti bakar susu tu.
siap susu ala2 nak taknak aje.
dorg kata macam tak rasa.
selalu kan ala2 nak meleleh aje.
aku siap nampak nysya dok korek2 sapu2 kat pinggan dia.

me : kau buat apa tu sya.
nysya : hahaha. aku nak susu tu. tapi takda pun. sedapkan hati sendiri aje.
noy : haha. kan. saya pun buat yang sama. takda. tak best langsung.



anyway.
semua pun dah mahal2 sekarang kan.
paling kelakar masa budget cakap takda tax untuk barang2 macam handbags la segala kosmetik kan.
bengong. benda2 tu bukan orang beli hari2 kan.
so takda effect pun.
patut2 benda2 keperluan ni monitor.
ni mahal tak tentu hala. bengong tau.

emosi di malam hari pulak.
mmg emosi.
noy ni kata mau pulang membawa makan tapau dpd wong solo untuk aku.
katanya tunggu sejam aje. tapi mak dah menunggu 3 jam nok. nak masuk 4 jam.
lapar yang rasa nak marah2 dah ni.
ok la. tu je. sebelum lebih membebel2 kan.
ta-ta

‎​~Costs of Pregnancy~

Ok mau share broadcast msg dpd bbm.
Copy paste je.

An 18 year old Italian girl tells her Mom that she has missed her period for 2 months.
Very worried, the mother goes to the drugstore and buys a pregnancy kit.
The test result shows that the girl is pregnant.
Shouting, cursing, crying, the mother says, 'who was the pig that did this to you? I want to know!'.
The girl picks up the phone and makes a call.  

Half an hour later, a Ferrari stops in front of their house.
A mature and distinguished man with gray hair and impeccably dressed in an Armani suit steps out of the Ferrari and enters the house.

He sits in the living room with the father, mother, and the girl and tells them:
'Good morning, your daughter has informed me of the problem.
I can't marry her because of my personal family situation but I'll take charge.  
I will pay all costs and provide for your daughter for the rest of her life.

Additionally, if a girl is born, I will bequeath a Ferrari, a beach house, 2 retail stores, a townhouse, a beachfront villa, and a $2,000,000 bank account.
If a boy is born, my legacy will be a couple of factories and a $4,000,000 bank account.
If twins, they will receive a factory and $2,000,000 each.

However, if there is a miscarriage, what do you suggest I do?'
At this point, the father, who had remained silent, places a hand firmly on the man's shoulder and tells him,
'You try again!'

ƪ(˘⌣˘)┐ƪ(˘⌣˘)ʃ┌(˘⌣˘)ʃ

Hahahhahahaha. Lawak kan.
Tp ye la. Kau gila. Melampau offer dia.
Silap2 if la aku jd mak budak tu.
Aku siap offer diri pulak. Bg I pregnant jugak plissss. Wahhh melampau.
Terus lelaki tu lari pecut kan. ;p x sanggop.

Ok tu je. Nite bitches.

Sent via BlackBerry from Maxis

beeee..beeeee...

haha. tajuk dia adalah lawak.
mesti korang tak faham kan.
tau dulu kan ada zman yang legging half tu. ada tulis2 kat bahagian bawah tu pakai diamond2.
so jonet ada la beli. tulis bebe.
macam biasa la kan.
tp jonet kan tombam. so bila pakai jadi stretch la kan.
so tulisan pun stretch. tu yang kita orang ejek dia, "eh tulisan tu jadi. beeee...beeeeee..."
haha bengang je dia.

ok bukan nak cerita pasal tu.
aku nak cerita pasal aku shopping apa kat plaza damas tu.
i've been asking around. nak beli apa untuk anak buah tu kan.
aku ingat nak beli bouncer/rocker tu.
so google2 la. boleh tahan mahai.
pastu ada macam2 jenis. tak tau aku nak pilih mana satu kan.
banyak menarik.

then biasa la. bising2 kat twitter tanya pendapat.
berbaloi ke aku beli rocker ni kan.
lama ke budak2 guna kan.
ramai kata tak lama la.
once budak dah pandai pusing or merangkak mmg takmo duduk kat situ dah.
alaaaa. takmo la macam tu kan.

tiba2 kakak degil suggest beli baby monitor :)
mcm menarik kan.
siap bg link semua n cakap mana nak beli.
so paling dekat mmg toys'r'us plaza damas.
tu yang pergi situ. :)


so ini la yang aku beli untuk Lil" Zara. :)
suka gila ayol, xeity n family dia semua.
ye la. umah dorang pun besar kan. so ada benda ni senang la kan.
paling best boleh guna lama kan.
kata la Zara dah besar pun.
dia tido. then kita takkan nak mengadap je kan.
harus la buat kerja2 lain ke apa.
ada benda ni. xyah risau. if la dia dah bangun tido ke apa.
nangis ke. panggil2 ke boleh dengar :D
wah suka.

as usual. aku sibuk beli. noy pun kelam kabut.
aku mmg niat la. anak buah pertama kan. ada duit sikit nak la beli something.
noy tu lain la. mana2 pergi mesti nak beli macam2 utk baby.
time tu zeity baru pregnant 3 months kot. dia dah belikan baju bagai.

kat toys'r'us tu takdak apa menarik.
so tanya la information ada tak kedai baby kat situ.
dia kata ada kedai bebehaus.
so dia pun beli la.
ikutkan tah apa2 lg dia nak beli.
aku kata bawak bersabar2 sikit.
nanti2 beli la lagi kan.
so dia beli ini dulu.





so over.
gila best jadi kenit tu.
macam2 dia dapat kan.
nak jadi baby jugak plissss.
eh tiba2 kan.
ok tu je. bye.

p/s : haha. entry aku penutup selalu anti-climax kan. lantakkkkkkk.

merempat di tepian.

kan hari tu umah aku buat ceiling cornice tu.
mmg merempat gila la.
tido tak tentu arah.
makan pun.
papa tension aje. haha.
lantak. kata survivor kan.
papa tu tah apa2 kan.
padahal dulu tentera kot. siap tido dalam lumpur la. hutan la.
relax aje. ni baru umah x tentu arah sikit emosi. ;p

oh kita orang beli nasi lemak city garden tu.
so harus la berkelah satu keluarga.
bentang tikar semua.
tapi suka aje. ;p




dah tak best macam dulu la kan.
aku bedal dua bungkus. haha.
ikutkan mau tambah aje. tapi nasib sedar diri kan. so tahan aje.
zaman dulu2 sekali makan, 4 bungkus aku sebat ok. melampau kan.
pastu lagi mau complain gemuks. ;p

oh beli sambal kerang. tak stone sgt la.
ikutkan nak sambal petai tu. takda pulak. tsk.


walaupun rumah tak tentu arah. pc kena ok.
kalau x boleh online semua boleh menggila.
so tolak la perabot kat celah mana pun.
tapi pc mesti boleh pakai la. make sure tu.





as usual P.G mesti takdak kan.
dia tu mmg mana reti nak duduk rumah lama2.
mama pernah sound dia, "kau ni pergi tukar nama, letak nama kau bin mamak. asyik lepak mamak aje. kau membesar ngan mamak tu".
hahha. so kalau la tetiba P.G ikut aktiviti keluarga. harus la kagum dan kenduri 3 hari 3 malam. keh keh.

still tak boleh lawan.

serious emosi since dorang robohkan hartamas square tu.
asyik la tertanya-tanya mana la peniaga2 tu pergi kan.
sebab makanan kat situ semua best-best kan?tsk.
ada waffle, kuey teow, wantan dry mee la, pizza la. ish macam2 la.

jadi kami adalah kempunan waffle sekian lama.
tak tau mau gi mana.
ok mmg la banyak je jual waffle.
tapi nak waffle yang ada pisang2 tu. ;p
so hari tu ke plaza damas nak beli barang sikit.
alang2 singgan aji don.
sebab ingat dulu ada reader aku kata aji don ada waffle.
gigih ni. dah la jakun tak tau kat mana aji don ni.
siap tanya information counter ok. haha.

so tiba.
wahhhh. tak pernah tau plaza damas ada area2 lepak kat aras atas ni. lawa n.
n macam best.
so order la.
oh konsep adalah macam hartamas square. self service.
nak makan apa kena bangun n pergi gerai2 tu order sendiri.
kecuali air la. ada budak datang tanya.






:: chocolate n banana waffle ::

ok la best la.
tapi tak samaaaaaaaaaaaaaaaaa.
hartamas square punya ada ice cream. ni punya takda. :(
ni pun maybe cara aku snap kot.
bila tgk life agak sedih. sbab pisang dia tu kenit2 aje.
macam pakai pisang emas lak aku tengok. haha.
dalam pic ni nampak besar kan.
anyway. noy as usual tak abis makan. aku yang kena ngap.
tapi aku pun tak dapat abiskan. kenyang.
sebabbbbbb???



miahahha.
tengok orang asyik la tweet2 pasal satay.
takleh jadi ni. mau satay.
nampak ada jual satay. maka order 14 cucuk.
ye dan makan sorang. hahah.
sebab noy x suka satay kan.

nanti nak pergi lagi la tempat ni.
macam best la.
banyak gak menarik2.
nanti cerita lagi k.
ta-ta

Selamat apa yea?

Cannot sleep.
Dah main game.
Main worm.
Tension sebab selalu main quick game je. Menang :)
Tapi bila main campaign. Payah betul nak lepas level. Bengangggg.
Rasa nak bunuh orang.
Ceh. Nak bunuh kelakatu pun terkulat2 nak bunuh orang konon. Hahah.

Ke twitter.
Twitter yg x best sbb ubertwitter suspended. Kena pakai twitter 4 bb. X suka.
Terus xde mood nak ngadap twitter.

Then tgk tv. Tah apa2 cerita.
Ni tgh tgk anaconda pulak.
Hadap je la kan.
Tgh golek2 kat tilam lulu join.
Pandai sangat.
Mau tido sama2 ke?
Geram kan tgk pic tu. ;p

Like kucing, like tuan.
So nak ucapkan selamat malam.
Eh ke dah boleh wish selamat pagi eh?
Apa2 aje la kan.
Ok ta-ta.
Sent via BlackBerry from Maxis

rindu sama mereka. sebab nak exercise perut.

ni lepak masa yang hujan sepanjang hari tu.
when was that ah?
2 weeks back kan?
sangap gila dok umah aje.
noy dah dok bising2. kata jom la lepak la apa.
nak lepak apa kalau berdua je kan.
so bbm sana sini. sekali pedd n fa kata ok.
so on.

lepak kat mont kiara.
fa lagi eksyen. orang cakap dtg umah kita orang dulu. pergi satu kereta senang kan.
takmo. dia kata plaza mont kiara lagi dekat la apa.
merasa dia sesat lamaaaaaaaaa gila ok. hhaa.
kita orang sempat makan semua sebab lapar.
plan mmg nak lepak2 for coffee je. tp alang2 lapar, so makan kat secret recipe dulu.


:: pedd yang tetibe feeling siti nurhaliza la pulak. tak suka. haha ::



:: aku makan tomyam. sedappp. tapi tak abis pun. entah kenapa :;


ada la after 30 hour ke 45mins baru fa sampai.
so dok kejap. paksa2 fa abiskan makanan kita orang.
then bergerak dok kat starbucks pulak.


:: nice. tp aku rasa secret recipe punya sedap lagi kot ::


:: noy's current obsession. green tea latte. ngeriiii ::


:: kau tgk la tu. tak suka kan. tapi serious best lepak. tapi nak berjumpa payah. busy je masing2 :: 



the whole starbucks order air panas.
aku sorang je order sejuk. miahahhaha.
padahal mmg sejuk melampau time tu.
tapi nak buat macam mana. aku tak reti la minum air panas2 ni.

serious rindu.
tah bila mau lepak lagi.
dorang adalah sengal. kalau lepak mesti gelak2 aje. ;p

ok tu je. mau masak la.
kelaparan.