Instagram : @peejburhan

weeeee. tiba-tiba tumpang seronok.

ok aku sebenarnya kalau boleh taknak bercerita sangat pasal tabita.
sebab nanti orang kata macam dah takda cerita lain.
tapi bila pikir balik. eh suka hati aku la kan. blog aku. miahahaha.

ada yang tau, ada yang tak tau.
maybe korang terlepas pandang ke apa.
aku sekarang secara tak sengaja macam terjual tabita.
ramai nak kan. Alhamdulillah.

mula-mula aku saje-saje share sebab aku pakai rasa macam bagus.
kena la ngan muka aku n noy.
tiba-tiba ramai pulak private message kata nak jugak la apa.
ok la tak kisah. kita tolong mana yang boleh.

serious memula aku risau.
sebab ye la. kulit muka orang lain-lain kan.
tak semua orang sama.
benda skincare kot. takut la kan.
tapi if orang tu rasa nak cuba. tu atas risiko dia sendiri la kan.

orang kata ada mercury la ngan apa benda tah satu lagi tu.
gigih aku google ok mana tau ada.
elok siap aku dapat google list benda yang ada kandungan tu semua.
so far aku tak nampak lak tabita dalam tu.
n bila tanya orang yang claim kata ada tu.
boleh tak bagi aku mana dia baca. senyap pulak.

tak kisah la.
sebab bagus jugak.
sambil google tu. sambil tu aku dapat memacam tips pasal tabita ni la apa.
memula aku cakap kat noy itu ini.
dia malas layan. kata aku obses. kong ajo.
sekali bila ada prob. aku bg tau solution. berkesan.
baru la sengih2. cakap bagus kau ni pija.
tau xpe. *angkat-angkat kening*

mostly yang beli ni pun reader aku kan.
so salah satu tips.
if cleanser tu tiba-tiba picit takda apa keluar.
tak bermakna dah abis ye.
sebab cuaca kan sejuk. so dia jadi keras.
if keras macam mana nak keluar kan.
so solution ialah bukak heater paling panas tu.
penuhkan gayung ke apa. then rendam botol tu few minutes.
tak pun kau just macam pusing2 botol tu kat air panas yang mengalir tu. if malas nak rendam la.
lepas tu akan ok macam biasa. weeeee. try la.
sebab ada few reader tanya jugak. dia kata botol tu rosak la apa.
Insyallah tak rosak. tapi sebenarnya sebab cuaca kesejukan ini ye.
esp bila macam kita orang ni. siap bukak a/c bagai. mana tak beku benda tu.

ramai jugak email tanya macam-macam lepas beli tu.
aku nak nasihat lebih-lebih tak berani.
aku bukan pakar. aku pun pengguna je kot.
tapi mana boleh tolong aku tolong la. ikut tips or cara aku pakai la kan.
ramai jugak yang start pakai.
lepas few days dah rasa pedih tu.
kata tak sanggup la. rasa nak stop la.
terus aku bagi kata semangat. wah kalah boot camp ok.
ye la. aku pun selalu rasa macam tu.
tapi noy kata tahan. sabar.
n yes. memang ye. after 2 weeks dah takda pedih ke apa.
untuk aku la.
org lain aku tak tau.
tapi yang pasti. if tiba2 dia menggelupas balik. or tetiba jerawat muncul.
memang akan pedih kembali. nice.
tapi untuk 1-2 hari je la. then ok balik.

aku tak berani sebenarnya nak tanya feedback orang yang beli.
macam semangat sangat pulak.
tapi few yang beli kat aku. add kat bbm kan.
so bila tengok dorang upload pic baru.
tengok muka dorang berseri-seri je.
aku senyum-senyum seronok sorang-sorang. :D

antara pengguna terawal kakteh.
dia rajin update n tweet kat aku.
suka dia bila dia kata ramai kawan tegur muka dia nampak lawa.
tegang la apa. tapi dia kata kenapa. selama ni kendur ke kan? hahaha.

bila baca tu. terus aku n noy bagi mama 1 set. paksa dia pakai.
va va va. sekarang dah getting better.
dulu macam hitam2 muka banyak kulit kusam.
now dah licin.
then pigmentation pun belah kanan dah hilang terus. kiri je ada sikit lagi.
nak kata flawless melampau la kan.
sebab mama ada je freckles n all.
tapi way better dpd before la.

then ada family fren beli.
dia memang problem jerawat yang kronik jugak la.
hari tu datang.
tengok semua yang jerawat besar2 n warna merah or ungu semua tu dah takda.
sekarang just ada jerawat yang kecik-kecik macam pasir tu je.
ok la kan.
aku teruja je tengok. heheheheh.

tapi apa-apa pun bagi aku terpulang kat kulit masing-masing la kan.
tak semua sama kan.
plus fikir logik. if la tabita ni bagus sangat.
harus la international terus. takyah jenama lain dah. kan.

sebab ada jugak aku tanya school mate aku yang pakai tu.
aku kata macam mana?
dia kata dah start kilat n tegang ke apa muka.
tapi dia dah pakai 2 minggu takda langsung menggelupas.
hmmmm. kental betul kulit dia.
aku pun tak tau nak jawab.
so apa-apa pun depends kulit masing-masing la kan.

ni tadi tengah tidur ada call masuk nak pick up tabita.
coverline suara baik punya.
terus angkat. dia kata nak amik pukul 11.
dah kata mamai. aku kata ok je. aku kata 11 malam yea?
dia kata pagi. hahahaha. bengong. tengok jam baru pukul 10 rupanya. dasarrrr.
so dah amik tadi.
aku ngantuk sebenarnya ni. tapi sebelum tu saja nak blog hop.
sampai la ke blog sepet.
terus teruja lalu menaip entry ni. :D
dia tulis pasal tabita. CLICK HERE

mula-mula dia beli.
then next week tu beli lagi sebab bf dia qery nak.
lepas tu minggu satu lagi dia cakap nak lagi.
sebab untuk mak dia pulak.
comel sepet n qery ni.
sepet dah la suara lemah lembut gemalai. terkejut aku.
aku selalu bayangkan dia ganas-ganas.
macam ceera jugak.
rupanya sama je dorang ni semua. semua jenis lembut and ayu sangat ok.
yang qery pun lawak n sewel semacam je.

so yes. entry ni inspired lepas baca entry sepet tu la.
n yes. masa tengok pic dia tu. tersengih-sengih senyum sebab nampak cantik sangat. ;p
tu aku kata.
aku jenis tak tau sangat perkembangan dorang.
tak tau ok ke tak.
orang tak inform. takda la aku tau.
orang bagi tau. aku seronok n teruja mendengar.
takkan aku kepochi lebih nak tanya-tanya or mintak pic ke apa.
melampau sangat kan.
ni pun kebetulan blog hop n nampak entry sepet tu.
tu yang share kat sini. weeeeeeeeeeeeeee.

ok la. tu je.
nak tengok melodi.
nak tengok gossip panas dpd cousin aku @namasayaizza tu.
ta-ta.

8 Comments:

Puan Nad said... [Reply to Comments]

peeja, amik lagi tak order? saya percaya kat peeja je nak beli neh. lama dah usha. if amik order lg, i nak bank in neh.

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

heeeeeeee..memaang sama la kesannya..
mula2 pedih sikit, tapi kejap je..
lama2 terkopek,
tapi takpe sebab lepas tu cantik..haha!
tapi Qery pun tak kopek,
rasanya kulit dia bukan kulit mati kot,
tu yang tak kopek..
agaknye la..
emak pun muka dah merah2..
nanti kalau habis saya order lagi la..hiks!

kak su bidadari said... [Reply to Comments]

nak jugakkkkkk!
akakpun nak lawa cam kau peeja oiiii

misz sheyla said... [Reply to Comments]

kak peeja*tetibe gedik * wat la entry sikit cane rope sabun..berape rege seme...plisss

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty dulu2 pakai citra ayu sebab kenal baik dengan owner dia ibu Anisah@Nonon, sama je macam tabita ni bila pakai muka jadi pedih dan merah2 selama 2 minggu lepas tu dah ok masa pakai tu muka memang cantik sangat tapi lama2 aunty terasa Kulit muka aunty mula jadi nipis sebab boleh nampak urat2 muka lepastu terus berhenti pakai sebab rasa macam tak sesuai untuk aunty ialah muka memang jadi cantik tapi kulit pulak jadi nipis.

A.I said... [Reply to Comments]

tingin nk cantek gak..tpppppppppp $______$
err...2x bayar bleh tak? ngeeeeeeeee

Ms.Khayra said... [Reply to Comments]

nak k.peej!..nak kawen ngn muka cantik.plsssss..

ambik order lg x?..smpat x kalau nk order..huhu

farra8979 said... [Reply to Comments]

peeja, amik order lg x?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...