Instagram : @peejburhan

semua salah ice. tah apa-apa aku beli.

di sabtu yang indah.
around 3ish macam tu.

noy : apa cerita huda and ice yea? taknak lepak ke?
me : entah la. saya malas kacau. if dorang kat KL mesti akan bagi tau punya la.

sekali tak sampai few minutes hp aku bunyi.
tengok number ice.
wah terujanya.

me : olaaaaaaaaaaaaaa *penuh keceriaan.
ice : hi. oih cerianya.
me : suka la. aku n noy baru sebut-sebut ok.
ice : ye ke.
me : korang kat mana?
ice : aku kat cheras. huda kat hospital. bapak dia sakit.
me : oh ye ke.

*sembang2 details*

ice : aku nak mintak tolong kau ni.
me : hah. tolong apa? *suara kurang ceria*
ice : aku ada dinner kat kl convention center ni. aku nak park kereta kat rumah kau.
me : boleh je.
ice : lepas tu kau hantar aku. hihihihi.
me : kong ajo. ingat call nak ajak lepak ke apa. nak tinggalkan huda ngan kita orang ke apa.
ice : huda takda. dia jaga bapak dia.
me : fine. whatever.
ice : maknanya ok ke kau hantar aku?
me : hantar laaaaa! hello aku dah kawan ngan kau berapa belas tahun kot. macam keji gila if tiba2 aku tak boleh tolong kan. kau takda bagi aku pilihan kan. nak taknak aku kena hantar kan.
ice : hihihih. yeay... tapi if hantar maknanya kau kena ambik aku sekali time balik.
me : cibai la dah macam mak ayam aku hantar amik kau.
ice : hahahhaha. ok thank uuuuuu. jap lagi petang aku sampai.

hahahahha tapi betul la kan.
takkan aku nak jawab tak boleh.
bukan aku ada apa pun kan.
takpa. nanti la aku nak holiday mana-mana lagi.
aku park kat umah dia kat nilai.
biar dia hantar n jemput kita orang.
hahaha. matiklah nak balas dendam kan. ;p

alang-alang ke sana.
aku ingat nak lepak kat klcc je la.
sementara tunggu dia balik kan.
sebab malas nak patah balik ke apa.

omg!
tak suka ok.
sebab bahayanya klcc tu.
end up yang nak jalan-jalan n dok sesaja je.
end up shopping T_____T
sebab sale menggila kan.
tu pun noy paksa-paksa.
aku taknak apa ok.

noy : baik kau beli. murah kot. lawa gila. nanti menyesal. pergi try. pergi *tolak-tolak aku kat fitting room*

dah bila kau try harus la suka n nakkk!
end up terbeli barang. T___T
noy tu kau jangan tanya la.
yang konon nak beli satu baju je.
end up beli banyak gila. menakutkan.

oh mango sale melampau yang barang longgok2 kau rasa macam pasar.
n orang pun penuh.
so sila terjah.
hari tu aku dah tweet n paksa orang pergi.
hahahah. menyangkit perangai noy paksa orang shopping.

selesai kul 9 tu baru ingat makan.
pergi dome.
tu satu hal lagi.
nak tunggu waiter datang kemain lama.
ada sorang ni kita orang panggil 6 kali kot.
dia buat tak nampak.
if nampak pun dia buat tak tau je.
kong ajo gila.
pastu suruh kawan dia pergi.
kawan2 busy kot.
dia tercongok je.
muka pemalas betul. berkerut2 muka la apa.
aku n noy memang rasa nak sound je if dia datang.

tunggu 15 minit baru meja di clearkan.
then lagi 10 minit nak panggil orang untuk order. eeeeeeeeeeeee.
then budak tu datang.
bila dia sampai kita orang tak tersound ok.
sebab terkejut sangat.
kita orang expect dia jenis merempus or garang-garang n kerek la.
sebab cara gaya memang macam tu.
sekali bila dia amik order tu. suara dia kepit ok.
bukan kepit macam pompuan tu. tapi ala-ala sengau tu.

aku n noy terkedu.
so order je n biarkan dia pergi.
lepas tu tergelak.
then only we understand la kenapa dia malas.
dia taknak interact ngan orang kot.
maybe. ;p



feeling nak rambut tebal.
tapi pemalas nak set rambut sendiri.
merasa rambut sendiri tak curly. tapi hair extension curly.
so malam tu rambut aku half lurus, half curly. kau mampu? hahaha


lepas tu sangap.
ye la dah kata berdua je kan.
konon nak tunggu ice sampai balik.
memang tak la derrr.
balik. hahhaa.
sementara tunggu ice call suruh pick up.
spend masa sembang ngan mama.
then ngan p.g pulak. :D
terluang sikit masa.

hasil shopping.
tak banyak.
tapi hantuk-hantuk kepala jugak la kat dinding membayangkan duit terbang.



satu lagi.
tau tak pasal garret popcorn.
aku asyik la baca kat tweet orang kata sedap nak mampos la apa.
serious melampau description orang.
aku nak try tapi tak pernah berpeluang.
so hari tu beli la.
nak jugak. tak kira.
tapi katanya nak try. kemain tamak beli banyak.
nak tester tapi orang dorang busy kemain. so lantak.

aku nak crispy caramel medium tu je.
then dah sampai depan. rasa macam nak crispy caramel with macadamia pulak.
takpa. tu amik small kan.

so elok order small tu.
tiba-tiba untuk crispy caramel tu medium rm21.
dia kata tambah rm5 dapat large.
aku fikir macam. eh ok la tu. then large la.

amik kau total rm45 ye untuk pepopcorn je.
noy harus bebel. kata mahal la apa.
aku kata nak rasa.
noy kata rasa apa macam tu. tu melantak. hahahhaha.
a ah kan. ;p



sampai rumah makan.
takda la sedap melampauuuuuuuuuuuuuuuuuu.
takda la tak sedap. tapi takda la sedap. get it?
terkilan jugak la.
dah la time beli sebijik perangai pompuan gemuk yang tamak.
so padan muka.

beza dia sebab popcorn dia gemuk2 la.
n semua bersalut ngan caramel tu.
if kau beli yang biasa2 kan ada half tak kena caramel la ap. sikit je kena.
ni tak. semua kena.
siap pakej if makan selalu boleh kena diabetes sekali. hahha.

then aku tweet2 la merampus.
then ada kata dia memang la tak sedap mana.
tapi yang bestnya after 3-4 days makan. tetap sama rasa dia.
aku dah macam. wow. bagus.
aku dah la beli large kan.

plan memang nak simpan kat tupperware. sebab takut dia lemau.
tapi dah orang kata rasa sama. relax je la kan.
takda makna ok.
esok tu aku makan. lemauuuuuuuuuuuu.
tapi still boleh makan la. sebab dia penuh rasa caramel tu kan. urghhhh.
anyway. yang kecik tu ok. sebab seal dia macam bagus.
so takda la lemau.

itu je review kali ini.
akhir kata. idok le sedap mana.
ok tu je.
bye.

3 Comments:

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

popcorn rm45.. *pitam* kalau laki aku tau aku bli harus terima makian.. hahahah.. tp dah ko ckp biasa2 jer.. eloklah beli popcorn kat wayang jer.. sedap jugak.. hehe

FaznFaz said... [Reply to Comments]

agreed!!!! tertipu dgn garret n macaroon!!!! garret try yg singapore punya, biasa aje!!! manis melampau!!! xleh makan banyak!!! macaroon siap beli yg laduree (pesan kt adik ipar yg pegi paris) okey je laaa..... tp xder laa sampai suka melampau ke hapa!!! hehehhe!!!!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Lama aunty tak ke klcc, ingat nak beli baju untuk anak aunty shiqin kat MNG katanya sale gila-gila tapi dia pulak tak dapat balik sebab nak final 29hb Dec ni so nak pergi ronda2 dengan uncle jer lah sebab tak menahan tengok beg yang peeja tunjuk ni.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...