Instagram : @peejburhan

new year's eve.

hi lovely readers.
lagi few minutes kita akan masuk tahun 2012.
rasa cepat je masa berlalu.
so before masuk tahun baru.
terasa nak type satu entry last untuk tahun 2011.

macam-macam drama rasanya tahun 2011 ni.
yang disekeliling aku la. bukan untuk aku je.
tapi persekitaran aku jugak.
putus. bercinta. tak jadi kawin. merisik.
kawan baru. kenalan baru.
pengalaman masuk mahkamah. yang akhirnya berpihak ke aku. Alhamdulillah.
masih malas nak kerja.
tapi Alhamdulillah jugak kerana dapat rezeki through blogging.
n few lagi side income.
n paling baru tiba-tiba blog ni masuk majalah pulak. :)

ada turun. ada naik.
tapi takda sedikit pun yang sesal.
semua pun mengajar aku menjadi lebih baik. Insyallah.
pengalaman yang tak dapat dilupakan.
yang baik aku jadikan tauladan.
yang tak baik aku jadikan sempadan.

rasa berdebar pulak nak mengadap tahun 2012 ni.
sebabnya in few months time, aku akan kawin.
macam mana la nanti agaknya kan. gagaggaa.
selama ni relax je takda buat persiapan apa pun except tempat dewan aje. boleh?
selalu cakap, takpa masuk tahun baru kita start.
hah rasakan. minggu depan je dah busy nak buat persiapan.

sebab aku relax. adalah dalam otak aku, aku nak wedding yang simple je.
takda nak grand-grand ke apa.
sesuai la ngan status aku yang bukak keroje pun kan.
simple je. janji nikah.
then buat reception jemput orang makan.
janji kawan-kawan dapat berkumpul berjumpa.
seronok n riang ria kat wedding sudah.
harap makanan adalah lazat n orang balik perut kenyang suka hati.
tu je pun kan.

tu yang rasa macam, "hmmm relax la. apa sangat nak buat."
eh lupa. ngan make up aku dah tempah.
lagi apa?
takpa. nanti aku memerlukan aku mintak bantuan korang kat blog yea.
tanya apa patut. sila bantu. :D

korang new year's eve buat apa ni?
aku takda kemana la.
semalam dah keluar celebrate birthday farrina.
tu nanti aku update.
so tadi noy ajak keluar.
rasa nak. tapi kemalasan pun ye.
dah tua ni. nak bersesak tak kuasa uolls.

plus takut esok terlajak perahu.
esok janji nak jumpa bella.
yang nak sponsor wedding dress tu.
nak ke butik kawannya tu.
ye la. nak kawin baju takda. gila apa.
so takleh lengah.
kalau aku ni badan top model takpa.
last minute takda baju boleh je ke mana-mana butik sewa ke apa.
aku ni extra ordinary. takda baju, ada yang aku kawin pakai kain batik n baju kedah je nanti. hahahha.

excited ni.
sebab 1st time nak jumpa ni. ;p
ajak dotdot teman. hahhaa. rasa lawak pulak kan.
i mean sama-sama pergi butik pengantin. miahahahha.
nak ajak noy teman. tapi dapat rasakan dia taknak ikut.
dia tu bukan boleh kejut. ada kena maki nanti.

oh last sebagai penutup.
just nak bagi tau.
apesal aaron aziz tu makin lama makin sexy ah?
tak menahin aku tengok la. rasa nak jilat peluk dia ketat-ketat taknak lepas.
wah motif nak peluk laki orang?
ah sapa suruh laki jadi pelakon kan. sexy pulak tu.
tu je. karang nak layan lagi la ombak rindu.
nak amik feel untuk tahun baru 2012. wahhh.

ok sebelum stop.
sekali lagi nak ucapkan selamt tahun baru untuk semua readers aku.
baik yang dah baca blog ni dpd 5 tahun dulu.
or yang baru start ikut blog ni.
thank u.
hope tahun 2012. aku akan bertambah rajin update blog ngan lebih meriah.
hope 2012 will be a better year for us.

xoxo,
peejburhan.

12 Comments:

cahya indah said... [Reply to Comments]

happy new year kak Peej :)

funny la..cer akak pakai kain batik dengan baju kedah betul2..lain dari yang lain. hehe.

aaron aziz memang kan..saja nak bagi kita feeling2 kat dia. haha

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

happy new year peeja!
im ur pembaca setia circa 2008 lagi hehe
walaupun tak penah jmpa by reading blog je rasa cam kenal rapat kan?

all the best for ur future undertakings
esp on ur wedding soon!
oh excitednya :D

Miss Anne said... [Reply to Comments]

happy new year peej!!!

or i should called u kak peej?
mana2 pun x kisah kan?hehe..
semoga rezeki datang mencurah..
dan sentiasa diberkati dan dirahmati.. :)

mmg betul tu,aaron aziz is getting sexierrrr..rrrr,,,

ShirVen said... [Reply to Comments]

epi new yr peeja

azwin nalisa said... [Reply to Comments]

hepi new year kak peej.
hepi sbb blog best ni masuk Intrend.
mmg simple tp ayat ikhlas.
sbb tu suka jenguk..teeeheeee.
hope 2012 ad byk entri yg best2 n mantap =) =)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

happy new year peeja! aku doakan moga 2012 membuatkan ko lebih happy dan sukses ya!

dari,

aku madu bang aaron . eh?

p/s: mcm mana la pelakon pompuan boleh tahin berlakon dgn bang aaron??haish!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Terus blogging Kak Peej!
Kahwin sila jemput.

XD

deasa said... [Reply to Comments]

happy new year peej!
harap semuanya dipermudahkan eh esp the wedding :)

p/s nape ada rasa camtu gak pasal aaron
ahahah

fomfuen emo said... [Reply to Comments]

Happy 2012 gojez... Moga tahun baru membawa segala yang dihajati. :)

~akak drama

shuweet said... [Reply to Comments]

Happy new year peej

liaamalia said... [Reply to Comments]

happy new year peej...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Selamat tahun baru peeja, semuga hidup bertambah ceria maklumlah tak lama lagi hidup berdua kan. Kalau ada apa apa yang boleh di bantu beritahu je aunty atau pun bbm ok janganlah malu malu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...