Instagram : @peejburhan

mood bertukar lagi.



wah mood bertukar lagi.
hari ni mood marah-marah or annoyed takda sangat.
tapi mood jiwang lebih.
dah la macam terlebih rajin nak blogging tiba-tiba.
tah apa-apa.
tapi nak update sangat pun orang tengah mood cuti-cuti kan.
sepi je pun.
wah macam la kalau tak cuti korang meriah kan.
tetap sepi malas komen. awassss.

nway, suka dengar lagu kat atas ni.
aku bukan penggemar twilight saga ke apa.
tapi takda la sampai tak pernah tengok ke apa.
pernah tengok sekali 2 la.
so breaking dawn ni aku tak tengok lagi.
nanti la beli dvd ke apa.
kosser nak semangat tengok movie sangat kan.

eh nak selingan kejap.
noy suka gila. dah la team edward.
aku n jonet suka jacob. yummy sikit. sikitttt? macam yummy banyak badan werewolf kan.
so hari tu naik kereta jonet tu.
keluar lagu ni kat radio. noy memuji2 la edward tu.
dia tanya la jonet team apa.
jonet kata la of coz la jacob.
sebab jonet ni obses red indian.
tengok la pergi bali pun dia menggila kat kedai apache.
kat kereta pun gantung big ass dream catcher kat rear mirror dia.

jonet : of coz la jacob. saya suka red indian la. nampak ni. nampak *tolak2 dream catcher dia*
noy : ah nyampah la. tak handsome. vampire la best. werewolf nak buat apa.
jonet : tough kot. edward tu nak buat apa. keding je. pucat macam tu.
me : kannn. omg. semua tak pakai baju. badan sedap.
noy : tapi kita orang boleh jalan laju.
jonet : what? kita? kita? sejak bila kau vampire ni?
noy : hahahaa. silap pulak. takpa la. kita la tu. sebab saya suka vampire.
jonet : perasan adik kau ni pija.
me : entah. tah apa-apa.
noy : whatever.

aku suka je vampire.
sebab aku suka tengok true blood tu kan. macam best.
tapi tah kenapa edward mak tak berkenan uolls.
kalau bapak edward tu ok la sikit kan. eh.

nway. sambung cerita.
dengar lagu ni mood jadi melayang.
dah la video clip kawin-kawin.
tiba-tiba aku sebak ok.
sebab omg. lagi few days je nak masuk tahun baru.
maknanya tak lama lagi aku pun nak kawin dah.
tak tau nak rasa apa.
rasa best pun ada.
rasa tak sabar nak kawin pun ada.
rasa tak nak kawin pun ada.
rasa seram pun ada.
macam-macam rasa la ada.

dah la satu hapa tak buat lagi ni.
relax kemain kan kita orang.
takpa january harus start. kalau tak elok sampai time kawin aku kejung pulak.
tu pun tadi dah message faressa.
aku suka tengok dia make up. simple tapi lawa sangat.
mula-mula ingat nak relax je.
tapi hari tu baca blog maria elena, cousin faressa.
dia promote faressa. terus cuak.
sebab popular kot maria elena tu.
semua nanti serbu faressa.
buatnya dia fully booked. menangis uolls.
hopefully dia available date tu. :D *angkat tangan berdoa*

huish tiba-tiba terasa banyaknya benda nak kena buat kan.
checklist pun aku tak buat lagi. syabas.
dah la dpd impian ku yang nak buat small n close wedding.
jadi lain macam.
guest list mama makin lama, makin berjela je. *gulp*

nway, tu je la.
just nak cakap malam ni mood dalam hati ada taman.
siap air terjun, ngan burung berkicauan ye.
wah matiklah over.
ok tu je. tata.

3 Comments:

Nina Faressa said... [Reply to Comments]

aww thanks peeja you're so sweet.. Forsure i will do your makeup! And don't worry, everything will fall into place but memang kena buat to do list. Good luck with the preparation, and don't stress so much!

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak Peej, kita sokong Noy..team Edward la best. kalau team werewolf nak Seth je. hehe.
kita pun boleh jalan laju plus lompat tinggi2. haha..abaikan mushy daydream statement tu.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja aunty dah tengok make-up Maria Elena yang faressa buat kan memang cantik dan nampak natural sangat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...