Instagram : @peejburhan

macam nangka.

semalam aku terjatuh tangga.
bubb.bubbb.bubb macam nangka.
tau-tau dah terkangkang aje.
nasib jatuh kat tangga rumah.

semalam rushing nak pergi buat postage.
tangan kiri sarung handbag, ngan pegang bungkusan sampai berapa tah. bag plastik besar la sumbat semua.
then tangan kakak pegang bag sampah yang sekian lama nak buang memanjang lupa.
then ada pegang apa tah. memang banyak la.

turun la tangga.
lampu tangga memang dah lama fius.
tak berganti. takda sapa nak tukar. T___T
so dalam gelap melankah la turun.
aku ni memang if turun tangga kena pandang mata tangga semua tu.
tah kenapa. if tak pandang rasa lost balance la apa. tak reti.
bengong sungguh.

so semalam dah kata pegang banyak gila barang.
ngan ngan elak itu ini.
sebab tepi-tepi tangga tu memang penuh kasut2 la, tool box la segala.
so taknak plastik ni semua langgar bersepah, nanti aku malas nak kutip susun.
angkat tinggi2 barang la.
so kesimpulan aku memang tak nampak la tangga.
ingat ok la.
aku ingat dah sampai bawah.
rupanya ada lagi 2 mata tangga tak lepak.
tau-tau aku dah tergolek. terkangkang.
sebelah kaki still atas tangga. sebelah lagi kat bawah.

jatuh terduduk terus nampak papa kat ruang tamu.

papa : hahhahahahahahahaha. *sumpah kuat dia gelak*
me : papa niiiii. sakit la. bukan nak tolong.
papa : ye ke. meh sini.

papa datang macam nak tolong angkat aku.
helloooooooo. larat ke uolls?

me : tolong ambik barang-barang kat tangan pija ni.

aku ni dah tergolek tapi tangan menten ke atas.
taknak barang2 jatuh ke apa. syabas.

semalam sakit kejap je.
hincut sikit la.
after few minutes ok.
tak rasa apa. elok boleh berjalan-jalan semua la.

tapi start pagi tadi sakit.
memula terasa kat kaki la.
kaki kanan, jari kelingking n manis tu sakit gila.
takleh nak gerak kepak2 tu.
pastu try jingkit lagi la sakit.
dunno why.
lain takda apa pulak.

tapi ni malam ni.
nak duduk ke apa semua sakit.
try tekan-tekan.
tulang tongkeng adalah sakit sangat.
sebab terhentak semalam tu kot.
T_____T lambat betul effectnya tu.

papa lagi takleh blah.
aku ngadu kat mama.

me : tadi pija jatuh tangga.
mama : haaaaaaaaaaaaaaa *eksperasi memang terlampau*
me : jatuh sikit je. dalam berapa tangga la. tapi papa gelakkan pija ma.
mama : kau ni. hati-hati la lain kali. papa kau memang. selalu macam tu.
papa : apa pulak.
me : ye la. papa gelak melampau kot.
papa : papa terkejut. sebab bunyi kuat sangat. ingat kucing langgar ke apa. tiba2 nampak kau terduduk kat situ. kelakar. hihihihihih. bunyi macam kotak ke almari jatuh. hahahhahaha

thank u father.
T_________T
nasib belum kawin. kalau tak suruh suami urutkan bontot, eh lain macam pulak kaki.

15 Comments:

vagg-nini3posen.com said... [Reply to Comments]

hahahahahaha aku benci jatuh. tel u what, dr kecik smpai ke dh beso panjang, jatuh terduduk ke, terpelecok ke ape sume ni adalah sinonim dgn aku tau. maybe sebab gemuk, so slalu lose balance. menyampah.

dulu olh sbb slalu sgt jatuh terduduk, aku takut gile xleh beranak sbb makcik yg urut dulu prnah ckp mcm tu + aku penah baca kat majalah gak pasal jatuh2 ni.

hahaha boleh bygkan muka mama terkejut tu hahahaha

Che Sue said... [Reply to Comments]

"bunyi macam almari jatuh"
ohh klas betui papa ko ni pija..
hahahha..aku pun gelak sama ni..im cho chorrii..hiks!

A.I said... [Reply to Comments]

tak boleh blah la statement papa kau. gelak aku sorang2 pepagi buta ni!

cahya indah said... [Reply to Comments]

sian kak Peej..meh kita urutkan kaki meh..walaupun tak reti urut sebenanye. hehe

Shahrizat said... [Reply to Comments]

hahaha darling lah papa kamu tu pija. semoga cepat sembuh.

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

adeeiiiiiiii...hahahahha kejam papa kak peeja :)) .. arghhhh sy pnh gak jth tgga pastu otot kt ankle tu koyak hurmm seminggu xjln normal ;(

Rina277 said... [Reply to Comments]

Peej..ko jatuh dlm umah ok lagi..aku jatuh kat depan khalayak ramai ok..turun dr cabin ofis lama..lagi 2 mata tangga gak siap bwk kotak tp kecik jer la..dh la bawah tu bengkel n loading bay..bapak ramai kot jejantan tgh keje..segala mesin n alatan stop bila aku tertonggeng tu..mmg xde la bunyi org gelak..x brani kot..blkg aku tah la..yg best gegak gempita bunyi diorg jerit serentak..sungguh kenangan manis giteww..

Iz said... [Reply to Comments]

kahkahkah.. aku boleh imagine ko jatuh tapi tangan ke atas, taknak bagi barang jatuh. Syabas!!

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kira hang jarang jatuh gak la

aku ni jatuh/mencederakan diri sendiri secara purata ialah 2 kali sebulan.

paling minima ialah hiris jari sendiri time masak

paling pertengahan ialah terantuk tulang tongkeng kat bucu meja

paling maksima gelincir tersembam terkoyak kuku kaki.

comey kan kalau dah tua bangka pun duk buat jalan jatuh jalan jatuh camtu?

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pn jatuh2 ni sinonim dh..malah jatuh di khalayak rmi lglah sinonim...muka aku dh lali dh jatuh..lantak la nk gelak ke ape ke...

sbb tu aku kalau tgk org jatuh aku x gelak..aku akan react mcm x nampak apa2..sbb aku sll kena..miahah!

nape kalau jatuh nk kena gelak?adakah lawak tgk org jatuh.

tetb terbit lak soalan cmni..

nqr said... [Reply to Comments]

kucing langgar kotak? comel sangat ayat papa ko

supermommapots said... [Reply to Comments]

P Urut pija sebab ko sakit kat tulang tongkeng kan.. Akak pernah jatuh mcm tu masa ank dara.. Mmg sakit kat tulang tongkeng tu .. Pregnant lambat last2 jpa org pandai Urut die ckp urat kat situ bersimpul.. Azabb .. Pastu akak berjaya pregnant dgn jayanya.. Hehe

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Selalu kalau kita jatuh memang tak rasa sakit sangat nanti dah dua tiga hari baru rasa satu badan sakit sakit, apa lagi kalau badan kita ni jenis yang tegap.

pol said... [Reply to Comments]

haha...sy pun baru gak terjatuh dalam minngu...jalan sangat licin...nasib punggung duluan yg jatuh...skrg ni baru terasa sakit2 badan..masa mula2 jatuh bole gelak2 lagi..haha

fathen yaya said... [Reply to Comments]

ahahahaha...
comel je papa pija..
lucu la..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...