Instagram : @peejburhan

impian tercapai. wah impian ke?

lepas makan kat PHOP tu.
then beli durian pancake tu.
nampak ada flea market.
siapa baca blog aku dah lama mesti perasan.
dulu aku ada feeling kardashian pakai hair extension noy.
nak sangat benda tu.
tapi tak terpergi beli.
memang dah plan nak.

so hari tu nampak flea market tu rasa nak.
tapi noy dah tunggu kat red box.
aku kata takpa la lain kali.
time tu jonet je teman aku beli durian pancake tu.
sekali jonet kata takpa la.
check la kejap. alang-alang ada sini. bukan selalu ke the curve kan.
so ok la. hihihi. selamba jalan-jalan.
noy keseorangan kat redbox. merasa.

gerai tak banyak.
dapat rasakan takda punya la.
sebab noy beli tu dah lama kot.
ada la last year ke apa.
sekali pusing ada ok. weeeeeeeeeeeeee.
teruja.
terus kata nak.
dia kata amik lebih ada discount. weeee.
takda la discount byk pun.
tapi lantak. aku memang nak.
lepaskan rambut.
dia n jonet padankan colour.
aku tak tengok pun. sebab dorang acu kat belakang kan.
jonet kata ok. aku ok je la.

satu yang panjang untuk belakang rambut. ada 5 clip.
yang pendek 2 clip aku beli dua. untuk kiri n kanan.
so total rm90. weeeeeeeeeee.
aku beli sekali spray untuk clean n sikat dia. total rm118. ok la.
tapi if korang beli. tak perlu la.
sebab bila aku check out kat youtube.
sebenarnya kena pakai bristle brush ok.
mofo.
n boleh je cuci pakai shampoo rambut ni.
tp spray tu ok la. kira if malas nak cuci. pakai spray2 je la. gitu.


kat situ jugak melaram.
so merasa la kerja aku cam whore je malam tu.
orang sibuk nyanyi.
aku fefeeling jakun ngan rambut barew kitew. hewhewhew.
harap maklum.
katanya rambut baru.
harus la nak amik pic banyak-banyak kan.
so entry ni agak penuh muka aku.
susah ok nak amik pic.
sebab kau nak amik sendiri.
pastu nak feeling muka n rambut masuk semua. ;p
tu yang macam-macam rupa ada.


:: jonet yang buka menghiraukan orang pun ::



aku suka makanan kat the curve ni la.
sedap. lazat. n banyak choice.
oh bukan la kita orang naik tu terus makan ye.
buruk bebenor perangai padahal baru lepas makan kat PHOP kan.
time ni dah 10ish.
buffet abis kul 11.
so last minute baru kita orang amik.


perempuan gila tapi makan banyak gila ok.
banyak kan. tapi tetap slim. nyampah aku.
she has a demon in her. hahhaa.



aku suka sambal sotong dia.
sedap. aku suruh noy amikkan sotong tu je.
banyak-banyak. nak ratah.
dia amikkan memacam.
tak bertindak mengikut arahan betul.





terus rambut feeling tebal n extra panajng.
kemain aku upload pics kat facebook.
orang pepuji la apa.
padahalllll. bukan asli. heheheh.
mula-mula pakai ada la rasa tak selesa.
berat kan. sebab aku amik tu length panjang.
ada sekali tu siap pening pakai. sebab tekan kat kepala kan.
tapi suka. feeling abis.
tiap kali lalu cermin mesti nak check out diri sendiri.
matiklah pitam kan. hahahhahaha.

oh aku pakai ni.
aku keluar rambut aku tak buat apa.
so harus la tak nampak sama curl dia.
sebab tu serabai sikit.
tapi ada aku kisah ke kan. ;p

yang bawah ni cam whore pakai hp pulak.
merasa muka memanjang separuh tak nampak.
tapi takpa. tetap suka. :D




so itulah rahsianya.
takdanya aku rajin sangat nak jaga rambut.
rimas jugak.
rambut pun nipis je.
tapi ni je la solution yang sesuai untuk orang malas.

plus kau jangan la tertipu ngan artis hollywood yang rambut kemain lawa semua tu.
dorang pun sama pakai extension la.
aku banyak kali dah cakap. noy suka tak percaya.
aku tau la sebab katanya obses.
aku suka layan interview dorang la apa.
memang khloe kata dia pakai extension.
then ada time-time dalam rancangan dorang tu.
rambut dorang pony tail, pendek n tak tebal pun.
esp kourtney.

tapi dorang punya lagi best la kot
mahal punya ke apa.
tah2 memang rambut manusia. eeekk takut la macam tu kan.
yang aku pakai ni synthetic punya. :)

itu je la rahsianya pun.
oh ada yang mintak aku share cara nak buat rambut ala-ala macam ni.
aku nak buat tutorial memang la tak kuasa kan.
tapi korang boleh check out je kat youtube tu.
aku dulu suka tengok  channel itsjudytime
satu lagi ni aku baru jumpa baru2 ni. LuxyHair
memula rasa tak best tengok.
tapi sebab dia banyak share benda best. so aku suka.
try check out tu.
tapi aku ni rajin tengok je la.
nak apply kat diri sendiri malas.
style paling senang kita siput je uolls. weeeeeeee.

ok la tu je.
nanti-nanti update lagi.
bye.



9 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tipu ke tak tipu ke rambut ko pd aku cantek gak.

AkUfiZA™ said... [Reply to Comments]

Oiiiii malatop nok! I like ;-D

green apple said... [Reply to Comments]

aku kagum dgn kau, semua tempat kau try makan. Aku ni maskot mamak.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Tak kesah walaupun bukan rambut betul yang penting bila pakai rambut tu nampak sangat rambut peeja tebal dan cantik beralun, so teepah tertipu la ni ya.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

kelassss.. aku nak panggil ko peejkardashian.. muahaha.. seksi gitus...
eh terliur tgk food kat redbox tu.. penah makan buffet dia sekali jer.. sedap gils.

Nina said... [Reply to Comments]

yang kat hollywood tu memang rambut org pon. dulu pernah tgok dalam oprah. mostly export rambut ni dpt kat india. diorang kan ada ritual apa ntah,bernazar cukur rambut pastu donate kat temple. yang blonde2 tu tak ingatlah dpt dr mana. tp chris rock ada buat dokumentari pasal extension and weave ni.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Pergh!

Warna dia memang a bit brown gitu eh? Cantik oh!

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

aku mmg favourite kot tgk itsjudytime. klau tgk daily vlogs dia ngn laki dia best gila! hari2 mesti tgk. dah macam reality show.

honeyzz said... [Reply to Comments]

babe..u beli kat mana? i pusing2 kat street market kat tengah2 tu tak jumpe pon..huwaaaa...i want it too! :p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...