Instagram : @peejburhan

friend's keeper.

lat week macam tu.
tiba-tiba pedd call,
ajak lepak sama-sama. pergi klcc.
dia kata dia akan datang ambik.

tapi elok dia sampai kita orang tengah kat depan sembang ngan papa n mama.
mana nak tau dia sampai awal.
n ingat dia sorang. so tunggu je la kita orang siap kan.
rupanya dia datang ngan man friend dia.
so kita orang suruh pergi dulu.
later kita orang join.

matiklah mesti lama dia tunggu.
sebab kita orang ni kalau bersiap memang lama.
tah apa yang lama sangat tah.
padahal takda la sakan ke apa.

elok sampai kat dome. mencari-cari takda pun kelibat pedd.
call dia.
dia kata dia kat toilet. tapi man friend ada situ.
dia suruh duduk la dulu.
macam segan. tapi ah lantak la kan.

so tegur n duduk.
then dia tanya, "kenapa tak naik sekali tadi?"

noy jawab something aku tak dengar.
tapi aku jawab, " sebab kita orang belum mandi or siap ke apa pun tadi. kang lama pulak tunggu."
him : ooo. ok.

then tiba-tiba noy gelak kuat-kuat,

noy : hahahahhahahahahahhaa. *sambil pegang aku* omg dia tanya naik tu ke. tau saya jawab apa? saya kata, 'tak. kita orang dpt parking ni'. then saya dengar jawapan kau baru faham. patut dia buat muka pelik.
me : hahtak faham. kau ingat apa?
noy : saya ingat dia tanya kenapa tak naik sekali tu. saya ingat naik ngan pedd. so saya cakap la kita dpd parking. sebab pedd kan kat toilet. so tak sama. hahahaha. omggggggg. ok malu. then dengar jawapan kau baru make sense.

T_____T
belum apa-apa dah menunjukkan bimbo tak dapat di tolong.
pedd datang terus cerita kat pedd.
gelak sakan.
pedd kata takpa. dia dah sound awal-awal kat man friend dia tu pasal kita orang.
perangai masing-masing macam mana.



seronok gila sembang.
ada je la topik.
paling best try imbas kenangan bila last kita orang lepak luar.
mana ada. last masa bulan puasa tu kot.
lain semua kat rumah je.
tu luar. kalau kira bila last lepak klcc sama-sama.
lagi la takleh nak ingat bila.

paling lawak tengah sembang.

pedd : kalau farrina ada best tak?
me : ada apa?
pedd : ye la if lepak ni tiba-tiba farrina ada.
me n noy : best laaaaaa. lama tak jumpa dia jugak.
pedd : haaaaa kaaaaannn.
me : apa punya soalan tu.
pedd : takla. aku nak cakap best. tapi mana tau korang sebenarnya tak suka farrina ke apa.
noy : hhahhahaa. awak ni gila la.
me : tau xpe. tiba-tiba je.


as a fren pedd ni bagus la.
ok bukan dia je la.
semua la kawan-kawan aku.
aku ni paling la pemalas carik orang.
tapi macam pedd, jonet, ice ke.
mesti akan contact n tau-tau muncul je kat rumah.
tak kerana dorang silap-silap aku takda kawan kot.
anti social sungguh.
bukan anti social la. tapi malas keep in touch. elok lempang je kan. ;p

seronok mengimbas kenangan dulu.
dulu pedd pernah duduk rumah kita orang tah berapa bulan.
semua barang dia angkut letak kat bilik kita orang yang sekangkang kera tu.
tido la ramai-ramai.
tiap malam pergi hartamas sebab nak check out cute guys.
balik tak tidur.
tunggu sampai pagi. kumpul duit memasing.
pastu pagi-pagi beli nasi lemak.
hari-hari ok. gila.


walaupun aku besar.
dia n noy kenit je.
tapi aku selalu kena buli ngan dorang ok.
jahat gila dorang.
akan geletek aku sampai aku batuk-batuk rasa nak mati.
pastu katanya aku kan lelemaks sana sini.
dorang akan amik bedak letak celahan lemak. kasi kepit pastu bukak.
bila dapat bentuk butterfly suka. T_____T
ye aku kena mengadap dorang berdua ni tiap malam untuk berapa bulan tah.
pastu kena paksa bogel.
taknak layan lalu dibogelkan. omg. jahat gila dorang ni.
tapi tu la bila ingat bagi gelak balik.
at last dorang insaf.
sebab sibuk geletek aku. aku tergolek daripada katil himpap dorang.
padan muka.


pedd yang memang daripada dulu pantang nampak camera.
man friend dia bersikap pemalu hari tu.
senyap je main ngan hp.
ada kawan dia singgah lepak kejap.
sembang berdua je.
aku, noy n pedd sembang dah tak layan orang.
sekali kawan dia nak gerak.

me n noy : eh nak gerak dah?
him : a ah. ok. bye.
me : hahaha tah apa-apa. orang tu ada sini tak layan. bila orang tu nak gerak buat-buat terkejut.
noy : hahahhahaha. kan.


lepak until 6ish macam tu.
pedd gerak.
me n noy pergi makan kat nandos.
penuh gila.
dapat duduk meja tepi-tepi.
dah la gap antara meja dekat nak mampos.
bayangkan sambil makan terpaksa tadah telinga dengar conversation orang dating.
gap antara meja adalah 40cm je kot.

nampak sangat baru nak kenal-kenal.
speaking all the way. lelaki tu english ok la.
pompuan tu kelaut sikit.
aku ngan noy sikit2 isyarat mata bila ada moment2 rasa nak pitam.
aku tak sure laki tu orang apa.
muka boleh tahan. macam melayu pun ada.
pompuan tu memang melayu la. sebab phone dia few times bunyi dia jawab, cakap melayu.
tapi serious stress
sebab seksa bebenar dengar dorang sembang.
pompuan tu la macam seksa.
rupanya lelaki tu filipina. patut la speaking bagai.
hahaha. matiklah macam kak nam bebenar kan.
masalahnya sapa suruh susun meja dekat macam tu.
jadi macam kaknam paksa rela macam tu.

then sana-sini shopping benda tak berfaedah.
noy lagi over.
siap beli traveling pack ni.
untuk letak tabita dia.
dia kata nak angkut semua leceh n berat.
so ada benda ni senang.
tapi comel gila kan.


ok la tu je.
nak cerita apa lagi.
yang pasti rindu nak lepak pedd lagi, tapi next time nak ada fa n syima sekali.
weeee. mesti best.

ok bye.

4 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Aku adalah org yg sanggup beriya cr kwn. Gile pening kalau x jumpa kwn. Tp dah duduk jauh ni online je la.. Huhu

White Rose said... [Reply to Comments]

Aah peej, aku pon nak join cakap nando's sempittt. Yer nando's mmg sedap giler tapi skarang tempatnye dah makin sempit, tak selesa nak gosip2 kaknam.

CAYANG ALIN said... [Reply to Comments]

saya sama jer cam awak ppeej..cam kurang2 skit bab nak keep in touch ni..sebab tu kawan ngan mak kat rumah ja..huhu..sedehh..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Suka tengok pedd ni cantik dan pandai bergaya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...