Instagram : @peejburhan

bali - day #6 - hari terakhir. sobs.

memandangkan last day.
aku, noy n jonet turun la untuk breakfast.
tapi tetaplah tak tau nak makan apa.
memang proper. kemain banyak n macam-macam ada.
tapi nasi!!!
n lauk-lauk la apa.
gila apa pepagi nak makan macam tu kan.
so ratah lauk mana patut je.
amik kentang la apa.
ada la cereal if nak.

kita orang flight pukul 7 tak silap.
so if nak gerak ke airport pun dalam pukul 5 macam tu.
plan checkout then secure bags.
lepas tu sambung shopping.
tapi kena check out kul 12 kan.
so balik mandi la apa.
if keluar balik confirm berlengas kembali.
so tanya kat front desk.
if check out lambat macam mana?
dorang kata boleh la check out pukul 6pm.
tapi kena bayar half harga bilik.
ok je la. bahagi 3 berapa je pun kan.

so boleh la bersuka ria sikit.
so shopping last minute.
jonet mission mencari extra bag.
katanya shopping menggila.

sambil-sambil tu noy pun tumpang shopping.
siap suruh cucuk duit aku.
sebab card dia xleh cucuk luar negara.
so pakai duit aku dulu.
later bayar sekali semua ngan duit bilik.
wokeyh. layankan je.
aku tak shopping apa sebab aku takda nak beli apa.
duit dah budget cukup2 untuk balik je ni.

:: cam whoring kat cermin ripcurl kejap. jonet dah dapat bag dia ::

kemain la dia kata dia nak bag ripcurl tu la apa.
pergi sana sini tak jumpa.
dia dah target nak yang tu.
ingat lawo bebenor la.
biasew jew. haha kong ajar.
matiklah kutuk taste jonet kan.


then jonet carik table runner untuk mak dia.
mak dia pesan.
nak jugak belikan untuk mama.
tapi yang style baru semua 1 size je.
sebab if beli nak beli untuk coffee table, dining table. ngan chest table ke apa.
takda.
yang ada size2 semua mama dah ada.
papa pernah belikan dulu. takmo la yang lebih kurang kan.
plus mama dah pesan pun jangan beli apa-apa.
dia taknak. tapi takkan la tak belikan apa-apa kan.
mesti kalau boleh nak jugak belikan sorang satu.

jalan sampai hujung.
nak patah balik pergi hujung 1 lagi malas.
so tahan teksi.
kasi pusing. murah je pun.
nak pergi kedai apache.
jonet nak beli apa tah.
yang aku nak belikan head gear untuk farrina.
kedai 1st takda choice.
then menapak pergi kedai 2nd.
tak sampai lagi situ.
aku ngan noy dah panas nak mati.
cepat-cepat lintas jalan nak pergi beli air kat mart.
jonet je yang pergi kedai tu.
elok relax minum air. smoke kejap.
berteduh bagai.
pastu gerak.
dah sampai hotel baru sedar aku tak belikan untuk fa benda tu.
tah apa-apa. tu la ketara dah tua. pelupa melampau.


sementara tunggu jonet berjalan beli barang untuk adik ipar dia.
aku n noy beristirehat je.
tengah duduk tu nampak pompuan pegang baby kecik lalu.
then belakang tu ikut budak kecik dalam 4 tahun macam tu kot.
hulur tangan minta sedekah.
noy nak abgi takda duit kecik.
so aku korek-korek ada pulak.
sementara tu.

noy : nama siapa?
girl : utt.
noy : siapa? tak dengar la.
girl : ketut

bagi duit dia gerak.
then noy semangat.

noy : comelnyaaaa.
me : comel. sian kan.
noy : hehehe.nama dia ketut. yang mak dia pegang tu mesti wayan balik.
me : hahaa. kan.



kat sana jalan super teruk.
nak berjalan pun seksa.
sebab tengah buat.
katanya dah setahun lebih.
tapi aku gi last year takda lagi.
ngan berdebu, berpasir. tetiba kaki tenggelam kat lecak. nice.
pastu if dorang tengah buat ke, stack batu2 ke.
kau kena la ke tengah jalan. or naik kat kedai ke.
penat weyh turun naik. longgar lutut.

dah la aku n noy ni pompuan lemah.
sesikit nak rehat la. teduh la apa.
aku la paling. ratu peluh bagai.
bebel2 je.
jonet tu la paling la cool.
dia x pernah mengeluh ke apa. bagus betul la.
dah la stamina kuat.
katanya askar kan.
oh sana nak taknak kena pakai sunglass.
sebab debu.
kekadang aku rimas gak. tapi bila bukak pedih mata masuk pasir ke apa.


tengok la jonet tu.
last minute pun shopping kemain.
kat sana ada satu kedai tu.
kedai tattoo tak silap. nama kedai shotonk.
so sepanjang sana. kita orang panggil jonet si shotonk.
sebab shopping n shotonk dedekat bunyi dia. sho sho. hahaha.
bengang je dia kita orang panggil dia tu.


:: gila kepochi ngan ghupe noy dalam pic ni. kak nam sangat ::



tempat wajib pergi.
sebab 1 dvd rm3 je.
pastu beli 5 free 1. best.
tapi aku tak beli apa pun.
sebab penat n malas nak pilih.
so jonet n noy la memborong.



hahah. cacat gila.
apa yang cuba aku lakukan pun tak tau la.
ngan kipas bagai. over sangat.
macam mak hayam dah ghupe.

then gerak ke hotel.
pergi spa kat hotel.
nak buat bertiga tapi dorang punya pekerja tengah hari ada 2 orang je.
so aku naik dulu mandi n packing semua.
noy n jonet je buat.
dorang dah naik baru aku turun buat.
aku massage kaki je pun.
malas nak amik package ke apa.
sebab time tu pun dah 2ish pm rasanya ke lebih. tak sure la.
n aku dah mandi.
tak nak la berminyak balik badan ke apa.
kaki takpa. sebab memang penat bershopping.

yang urut tu pompuan ngandung.
rasanya dah 8 bulan. dengar dia sembang.
tapi mak aiii. tenaga dia kuat gila.
terangkat-rangkat aku kena urut ngan dia.

tu pun dia siap urut shoulder n head semua.
sedap gila.
time dia selak n ikatkan rambut tu.

her : asli ya?
me : hah? apa yang asli?
her : rambutnya.
me : iya asli.
her : cantik.

dia ingat buakan asli.
motip bukan asli. mana lak nak datang kan.
aku bagi dia duit lebih. untuk baby dia.
sian tengok dah sarat tapi mengurut bagai.
penat kot urut orang kan.



kau tengok barang jonet.
orang dah abis packing dia baru nak pack.
kau tengok macam mana menggunung je brang-barang.
bag dah penuh tu ye harap maklum.
last-last kena duduk atas bag baru boleh zip.
tu pun hazab gila.
n yes. bag dua 2. tetap ada barang dia tumpang dalam bag kita orang.
dasar shotonk.

nampak jonet pakai ada baju tu.
rasa lawa pulak.
terus aku kata nak jugak.
yang dia pulak nampak seluar aku pakai kata nak.
so lepas dah check out n secure bag keluar balik ok!
tak pasal aku cucuk duit.
tapi tak banyak pun la.
aku cucuk Rp500,000 je.


if korang pakai maybank.
sila cucuk kat bank ni. bii.
tapi sebutan dia lain la.
tak ingat aku. dorang sebut i tu bunyi a tak silap. ke bunyi e.
macam tu la.
if cucuk sini takda la kena tolak duit.
sebab if not. cucuk luar negara kena tolak Rm12 setiap transaction.
so if cucuk sini takda tolak. :D



seluar cawat kontot. suka.
selesa nak mampuih.
tapi jonet nak beli takda dah. last aku beli. :D
n dapat baju yang aku nak ok la tu.
tapi sesambil aku shopping.
harus noy n jonet pun terjebak. tah apa-apa tah.
tu pun terpaksa gerak.
sebab memang pukul 4.45pm kena ke airport. takleh tangguh lagi.
kang ada yang tak balik malaysia kang.

check in semua.
bag jonet yang tarik tu je berat 20kg lebih. gila.
aku n noy punya dalam 10-12kg je.
bezanyaaa.

then masuk beli rokok bagai.
pergi kedai makan.
time tu pukul 6ish macam tu rasanya.
mula-mula gembira la.

:: pompuan2 jahat ::

:: gila muka macam belanga. ::


pun sewel.
aku nak buat aksi beruk sebab baju aku kan ada muka beruk.
tapi noy kata apa buruk bebenar.
so tak jadi.
elok coverline dia snap.


:: avacado juice. takda chocolate. pun sedap. refreshing ::

:: muka noy puas hati jonet rasa air strawberry dia ::

tapi gila lambat tempat ni hantar makanan.
aku dah cuak gila.
sebab flight pukul 7ish.
nak pukul 7 makanan aku tak sampai lagi.
bayangkan noy n jonet nak abis makan baru sampai makanan aku.
sedap nak mampos la.
tapi nak tercekik-cekik aku makan.
katanya dok polok2 masuk mulut. eeeeee tak suka.

elok abis terus bayar n bergegas nak masuk.
tetiba barisan panjang.
so smoke kejap.
dah la smoking room kat airport bali macam haram.
takda ventilation langsung.
memang bebetul pasang niat nak bunuh terus kot smokers semua ni.
gila babi.

then masuk dalam.
tetiba delay ok flight.
delay 30-40 minit. nice air asia.

naik flight terus tidur.
tak sedar apa.
terjaga tengok dorang dah jual merchandise dah.
so panggil.
n order maggi cup. semua makanan dah abis.

seksa flight kali ni.
sebab belakang aku ada makcik n pakcik cokia.
yang dok bersembang dpd naik flight sampai la landing.
memekak gila babi. serious suara dorang je dengar dalam flight tu ok.
lepas tu takpa.
duduk macam bangang.
lutut naik ke apa.
sepuluh kali hentak belakang kerusi aku. annoying aku.
tak makan saman lak tu.
kena sound pun tetap buat.
babikkkkkkkkkkkk.



balik ok takda apa.
cuma katanya almost 4 jam tak smoke kan.
keluar je gaduh.
sebab nak transfer barang yang dlm bag kita orang ke jonet.
n ada rokok kita orang kat bag jonet.
so aku kata transfer la sekarang.
takkan nak bukak bag kat luar tetengah orang.
yang noy marah suruh buat kat depan.
sebab dia kata sambil smoke la.
tah apa-apa.

then keluar.
lepas tu dia jalan laju-laju.
jonet tolak trolley.
aku ngan jonet.
meluru je dia.

me : eeee. jahat. bukan nak tunggu orang.
noy : cepat la. sana ada seat. duduk situ.

laju jalan.
elok ada kerusi cantum tu. untuk tiga.
terus noy duduk sampai tangan korek-korek bag.
aku mengadap dia.
tiba-tiba slow motion je. aku tengok dia makin lama makin kebelakang.

noy : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
me : noyyyyyyyyyyyyy.

terbaring ok kerusi tu ngan dia-dia sekali.
aku nak capai tak sempat.
dah la kuat dia jerit. semua tengok. lepas tu aku gelak melampau la.
lawak kot tengok muka dia.
dah la memula kemain laju jalan tak menyabar.
duduk terus tergolek. so funny.
yang jonet tak gelak langsung. sebab dia takut terhentak kepala.
concussion ke apa. eeee. doktor no fun.

serious funny.
rupanya kerusi tu belah noy duduk tu takda tiang.
keji orang yang letak macam tu.
pastu tarik kerusi tu ke tiang. sandarkan. boleh je duduk.
nampak sangat orang before ni kena.
tp dia nak mengenakan orang lain. dia letak tetengah tu.
noy kata nak buat balik.
then duduk dpd jauh amik video.
jahat gila. aku tak bagi.
plus ada masa lak kau nak tunggu amik video bagai.
time tu pun dah almost 12am kot.

ok. akhirnya abis entry bali.
kemain lama nak abiskan.
sampai sebulan. dasar pemalas la katakan.
rasa nak pergi lagi.
ramai-ramai.
tapi tahun depan aku dah tak single la.
kena bawak suami. heheheh.
ke suami kasi setahun sekali berjimba ngan kengkawan?
matiklah belum kawin dah derhaka nak kena panah petir kan.

ok la. tu je.
ta-ta byatches.

8 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

InshaAllah, pujuk lah en suami supaya dpt berjimba dgn kengkawan setahun sekali. Mama dpt berjimba seminggu sekali dgn kengkawan..hahahahah papa amat sport ketika muda2 dulu..
Alhamdulilah..

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

hahah..tebalik kebelakang aku tak leh bayangkan... nice trip lah peej.. tak saboooo aku nak gi..

Misz Jazzy said... [Reply to Comments]

Ye Peej btol kata Mama Peej tu, suami mesti paham niat kita berjimba dgn kawan2 sebab tau batas2 kita sebagai seorang isteri...hihihi tapi akk x penah pon berjimba ngan kwn2 tinggalkan suami lama2 selain karaoke tu adalah. lagipon dah jd isteri ni mmg x sampai ati nak tinggalkan suami sorang2 kat uma walaupon hubby bg greenlite je.

farah : m0mma HD said... [Reply to Comments]

hahaha.. tang noy jatuh kerusi tuh lawak...
pandai peeja karang citer...

mamasuri said... [Reply to Comments]

akhirnya abis gak entry ko ni peeja...mmg best jimba2 ngan kawan2 kan...hehee..jelos aku..

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Kalau bAb shopping aku sumpah jelas.. Bila lar nak pi nie.. beli ticket asyik cancle jer.. masa tak mengizinkan

Rina277 said... [Reply to Comments]

Haha..sakit perut gelak yg noy tergolek tu..Xde niat nk gelak pun tp dah cara ko citer mmg lawak kan..mmg x puas kan gi bali ni..tah apa yg best sgt pun xtau la..aku pun camtu..mula2 gi seminggu jer..pastu gi lagi amik cuti lama sikit..akhirnya takdir dpt pacar org sana terus..suke sgt gi bali kan..amek kaw bleh buat umah terus..huhu..

shuweet said... [Reply to Comments]

heheh..mudah2an suami ko taun depan izinkan berjimba ngan kawan2...sama cam aku...berjimba2 ngan kawan2 bwak somi skali..haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...