Instagram : @peejburhan

Bali - day #5 - tour.

penat melampau ni.
patut tidur. esok nak bangun awal.
baru lepas settle pack tabita untuk di post pagi karang.

konon nak relax duduk depan pc, smoke sambil blog hop ke apa.
tengok tak ramai update.
sama macam aku jugak la.
alang-alang aku dah watermark pic few days back.
update je la terus.

ingat nak buat part by part lagi.
tapi sumpah sampai bila tak abis entry bali aku ni nanti.
so lantak letak semua kat sini.
so entry ni agak panjang ye.
tak pun aku ringkas kan la.
tapi pic agak berderet la.

malam before tu call pak wayan.
supir yang sama bawak kita orang tour last year.
dah biasa kan.
ingat nak call orang lain.
tapi mahal. kita orang nak amik half day je kot.
tapi nak charge Rp 400,000
so call pak wayan. dia bagi Rp250,000 je ok.
tp kita orang bg dia Rp300k la masa nak balik tu.
sebab kesian weyh.

padahal tak tau pun nak pergi mana.
yang pasti jonet nak tengok kecak dance je dia kata.
so kita orang kata. lelain tak kisah la nak pergi mana pun.
actually aku n noy tak suka pun tour ni.
lagi suka free n easy. shopping lagi syiok kan.
tapi jonet, 1st time ke sana. dia nak kecak tu. kita layankan aje.

bangun pun dah pukul berapa.
seperti biasa tak sempat breakfast pun. hahah.
so keluar pergi cucuk duit n shopping n makan lunch.
janji pak wayan nak amik pukul 2pm.



internet kat situ free.
wifi pun ada.
tapi kat lobby tu ada 2 pc if nak guna boleh je.
tapi line dia idok la laju.
but boleh je guna if nak sangat.

so time tu jonet guna.
sebab dia nak tambah amik untuk check in bag.
padahal aku dah amik 20kg. so sesiapa nak letak la.
jonet shopping macam orang gila.
takut over. so dia kata baik beli je.
kang sampai airport time check in , charge dia mahal gila kan.
so tu tengah melayan dia la tu.





tujuan asal nak tunjuk ada ikan keli apa tah dalam tu.
besar nak mampos menakutkan ok.
ada besar peha aku kot.
ye. memang besar. sebab peha aku je dah besar anaconda.
kalau tergolek dalam tu mati terus.
tapi masa snap ni tak nampak la ikan tu. silau kemain.

:: nampak tak hujung tu. hah. situ la deretan club ke apa semua tu. weeeeeeee ::


malas makan nasi padang.
so dpd hotel ke arah kanan.
tak pernah ke area tu.
so check out apa ada.
takda kedai makan sangat.
banyak kedai.
kena jalan sampai hujung.
at last jumpa. teruja.
sebab nama kedai dia macam nama dotdot. heheh.

me : eh, macam namew bf kitew lew.
all : *rolling eyes*

:: gila selebet. panas weyhhhhhhh. ratu peluh terus ::


:: cantik kan lukisan kat belakang tu. tapi if memalam ni tenung takut kot. tetiba kelip mata ke apa. erk ::

:: gilo ::

:: sup kaki kambing. jonet punya. serious sedap melampau ::

:: gurami penyet, yang tak penyet pun ::

noy punya. pun sedapppp.
krupp krappp. garing.
n aku harus la order ayam penyettt.
all time favourite katanya. ;p


rasa sama mcm malaysia jugak.
tapi dorang takda tauhu n tempe.
n takda kerak2 tu.
n sambal pulak dorag sapu kat piring clay tu.
sedap menangis.


side order. kongsi-kongsi.
puas hati makan. sangat la suka. la la la.
then bergegas ke hotel balik.
tak sempat nak singgat mana-mana.
time tu dah 1pm macam tu.
nak balik mandi n siap semua.




elok sampai kat lobby.
dalam 1.20pm macam tu.
tengok pak wayan dah tunggu ok.
omg, cepat gila sampai.
kesian tunggu kita orang siap.
aroung 2pm baru turun.
rasa bersalah. tapi kita orang dah cakap pukul 2 kan.

tiba-tiba last minit dorang kata nak buat water sports.
dorang la.
aku tak join.
sebab aku adalah period time tu. nice.
memang la takda apa pun.
but helloooo. tak selesa kot.
taknak la.

sekali pak wayan kata tak boleh.
dia kata water sports if nak kena pagi.
petang air dah surut.
mana la tau.
dia kata semalam masa call tak bg tau.
if tau, dia akan cakap la time bila sesuai n all.
baiklah.
so pak wayan bawak la mana suka.
sebab kecak pun start petang.

so tiba-tiba dia bawak pergi garuda wisnu kencana tak silap tempat dia.
as usual. bukan tau nak buat apa pun situ.
selain amik pic T____T
ada la rides semua. segala sukan extreme ni.
tak sure if nak main kena bayar extra ke tak.
sebab time masuk dah bayar sorang Rp25,000 n untuk kereta Rp5,000 tak silap.
tapi katanya di beri masa 1jam je kat situ.
apa aje pun nak buat.
macam sempat pulak nak extreme bagai.




sebelum masuk sempat la tanya pak wayan.
tempat apa ni?
dia kata atas tu ada patung besar.
ok lets naik atas.
time tu panas mencucuk ok.
tak boleh blah punya.

:: muka stress kena naik tangga tinggi-tinggi. jonet semangat nak candid pulak ::


nampak kolam ni.
so prettyyyy.
tapi takda pun patung besarr tuuuu.


rupanya kena naik lagi.
whattttttt???!!!
ni dah feeling batu caves tahu?
tak nak la.
ngan panas, penat semua.
so kita orang kata, kau nak tengok jonet. kau pergi la.
aku n noy tunggu kat bawah je. heheheheh.
pengkeji gila kan.
baik takyah tour. ;p
so kita orang berehat n berteduh bawah pokok sambil cam whoring je la.

:: boleh tahan almari la kan. buruk bebenor. tapi ada tu kita tepek je la yek. ::





 hahahha.
noy amik pic macam tu.
aku pun getik nak jugak.
tapi hasilnya.
macam penyu je muka aku. tah apa-apa tah.

oh btw,
ni pic yang jonet amik masa dia naik atas tu.
lawa jugak kan.
agak dinda menyesal la tak naik.
tapi membayangkan panas n nak mendaki tangga tu. takpa la.






:: lawa kan ::



tau-tau turun bawah mau ini.
on the way up nampak.
tapi cakap, turun baru minum la.
so harussss.
nyamannya masa dapat ni. sukaaaaaaaaa.
then shopping tah apa-apa.
aku tak shopping.
dedua budak ni la gigih.

then tak tau ke mana.
jonet kat anak pergi batu bulan.
sebab few days earlier.
ada tanya pakcik2 teksi.
nak cari kain lace mana?
bali lace tu la.
dia kata batu bulan.
dorang tak sebut lace. dorang sebut tenun. kita orang ok je la.
so pak wayan kata ok. ke sana.
but if ke batu bulan. tak sempat nak tengok kecak dance kat uluwatu.
kena tengok area batu bulan. ok.
apa aje la ye.

yang pasti masuk van.
semua terbongkang tidur.
aku siap tenganga kot. penat gila.
bayangkan amik masa 2jam lebih ke sana.
sebab macet!!! macet adalah jam tahap hanjing.

sampai sana.
kedai pun mostly dah nak tutup.
sampai. takda pun lace tu.
tapi tenun memang banyak la.
ada memacam la.
aku tak minat pun.
as usual. noy n jonet beli memacam.
aku kepenatan. nak tengok pun tak kuasa.
tengok sikit-sikit. ada berkenan.
tapi kepenatan. nak decide pun takleh.
otak malas nak fikir.
end up aku amik 1 kain batik.
konon nak pakai ngak kebaya ke apa nanti.
masalahnya ada ke kebaya? takda pun.
masalahnya. cantik ke kau nok nak kebaya bagai.
tak padan almari. hahahhaa.
simpan je la dalam plastik batik tu. hahahh.

:: batu bulan ::

:: kebosanang tunggu orang shopping lew niew. eweewewew ::

then settle.
terus bergegas ke tempat kecak tu.
sampai lambat sikit la.
maybe 5 minutes late macam tu la.
tengok dah start menari.

ok apa aku boleh kata.
kalau dah teringin tu. pergi la.
atleast try sekali ke apa.
tapi kalau korang tak berapa reti appreciate art ke apa semua ni.
tak yah la pergi.
sebab aku berkerut2 dahi jugak tengok.
buhsan jugak la. hahahhahaa.
ngan nyamuk gigit2. mencibai.
dia ada la bagi kertas untuk refer jalan cerita tu.
tetaplah mak tak paham uolls.






cuma yang kagum.
dorang tak pakai alat muzik.
yang membunyikan muzik ke apa adalah suara-suara lelaki ramai-ramai tu.
memula kagum la.
lelama lemas pun ada.
sebab mostly akan cakap kecak kecak kecak kecak.
ada sorang pakcik ni. kerja dia laung. ung..ung..ung..ung.
dah macma angjing tersepit dalam gaung aku rasa.
rasa nak pergi tampar muka dia. hahahhaha.
matiklah emosi kan.



later ada bebudak kecik ni menari.
fine kagum sikit.
kekecik dah menari sakan terel.
later ada unggun api.
n lelaki berjalan2 kat bara n api tu. nice.



:: apa dah takda kerja lain ke? ::

tiket masuk tengok ni Rp80,000.
tak ramai pun. sebab jauh kot.
rasanya masa tu ada la tak sampai 30 orang  kot tengok.
kemain ramai cast dia. berapa aje la lepas bahagi2 kan.

:: amik pic ngan bebudak kecik n abang api berkati terbakor. hahahha ::



ok aku tak ingat la nama-nama watak tu.
lantak. amik pic sudeyh.
noy gelakkan pic ni.
sebab dia kata tangan aku tu kenapa.
that awkward moment. haha.
aku tak reti la pose-pose ni.
mesti macam tugu je.
mannequin pun lagi pose sakan dpd aku.


hahaha ni baru ok.
pun macam hape ghupenye.
mahap la ye. lengan tebal. nak kepit pun jenuh. kehhhh.

lepas tu patut pak wayan nak bawak ke tempat makan.
kita orang kata takyah la.
makan hotel je.
tak larat dah sebenarnya.
sempat la tidur kejap dalam keta tu.
sebab jam jugak.
tapi tak teruk macam masa datang la.


seeeeeeeeeeee.
betapa berlengasnya weyhhhh.
sampai hotel rasanya almost 9pm macam tu.

:: apa tusuk-tusuk? ::



:: muka mintak penampor ::

:: ayam lalapan. told u aku gila geng ayam penyet. sambal pedas meletop tu idaman kalbu ::

:: jonet punya ::

noy tak ingat dia makan apa.
tak silap ada tomyam bagai.
oh ni aku tepek video kecak dance tu.
tak amik banyak pun.


video

video

omg. baru kejap ni aku tengok balik.
u can hear that pakcik dok aung..aung..aung..aungg.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

3 Comments:

Zue-rouge said... [Reply to Comments]

homaigadd peej, i'm your silent reader, syok baca citer peej
tapi yang ni tak tahinn nak komen..sebab kelakar nak gelak ja..tak tau mana yang kelakar..tapi anda adalah sangat menghiburkan. terima kasih.

p/s: tabita is really works kan..i dah start seminggu ni..pedih terseksa nak meraung2 macam pakcik tu..aungg..aungg..aungg..

Shahrizat said... [Reply to Comments]

aung aung aung tu melekat kat kepala sepanjang hari la...adehhh

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wah wah kemain semua ya posing2 setiap hari, tarian kerchak tu menakutkan lah aunty tak pernah tengok live cuma tengok kat tv je.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...