Instagram : @peejburhan

Bali - day #4 - tukar angin n shopping.

kita orang kan rajin merayap kat sana.
siang malam jalan sana sini.
bali ni selalu ada je orang bertenggek tepi-tepi jalan tu.
kena kacau tu selalu la.
sama ada tau kita orang malaysia, takpun mesti dorang ingat indon jugak.
tak pun dorang ingat kita orang dpd thailand or filipina.
ni mesti sebab noy la ni. muka dia kan rupa itu.
tak pasal semua kena.

tak pun kita orang sembang-sembang sambil jalan.
dorang dengar je tau ni mesti malaysia.
yang lawak tu.
orang kalau tau malaysian. or orang KL la.
mesti terus cara cakap jadi lain.
kalau korang biasa tengok cerita lawak mesti pernah dengar.
orang suka tekankan huruf E tu.
contoh : Ye. aku orang kay Elllleee.
wtf. memang orang kl cakap macam tu ke.

let say kita orang sembang.
dorang dengar. mula la.
-orang malaysia kE?
- nak pergi manE tuE?
- cantiknyE orang malaysiE
- duduk kat hotel manE?

banyak lagi la.
tapi biasanya mesti rasa nak gelak je.
tapi coverline la. dorang tu bukan boleh di layan.

nway, nak cerita lain sebenarnya.
terlajak pulak.
ok kita orang kan selalu merayap.
so noy terdengar ada orang tepi-tepi tu cakap, " oooohhh, ni yang selalu bertiga ni."
aku pulak pernah dengar, "ini yang semalam ni."
haruslah cuak kan. cho cekery.
tak suker.
tapi apa mau buat pun kan.

sampai la esok pagi tu.
aku n noy bangun nak pergi sarapan.
sekali amatlah mendukacitakan sarapan kat 14 roses tu.
takda order yang nak makan apa tu.
dia terus kena makan buffet yang ada.
dan pagi tu ada 2 je pilihan ok.
satu mihun soto, 1 lagi nasi ngan lauk apa tah.
memang pelik sangat.
kita orang amik mihun soto. mangkuk besar mangkuk mushroom soup tu.
kecik gila kot.
n thats it. takleh amik lain. tu je.
gila tak ikhlas bagi buffet breakfast. tak buffet langsung.
dah la pepagi makan tu. pelik bebenor rasa.
aku breakfast ngan noy je.
jonet taknak.
minah diet betul dia tu sekarang. hahah.

so balik je bilik.
dorang ajak swimming.
aku kata taknak.
aku kata jom tukar hotel nak.
carik yang arah ke club semua tu.
wah matiklah nak ke arah tu je.

so siap, terus mencari.
penat gila menapak.
ada la dekat sepuluh hotel masuk kot.
takda yang berkenan or menepati citarasa.
takpun memang full.

sampai la bebetul depan club yang kita orang selalu pergi.
saje je try.
then tanya harga ok.
then dorang bawak tengok kamarnya.
terus on je. kata nak masuk.
kita orang check out kat hotel lama then datang la.
dia kata ok.

terus swipe card untuk day 1 tu. miahahhaha.
sementara tu dapat welcome drink :)



sebab dia takut kata nak, tapi tak datang ke tak.
so bayar dulu untuk semalam.
lepas tu tahan teksi pusing blk ke hotel 14 roses.
haha malas sudah mau jalan. penat gila kot.
plus time tu dah 11ish.
check out kul 12. so kena bergegas.

mandi. packing semua.
lepak balcony smoke kejap.
elok kul 12 gerak.











eh tunggang terbalik lak pic.
lantak la.
so check out.
total untuk 2 malam ialah Rp1,133.000
Rp33,000 tu sebab pakai credit card.
ok aje. takda masalah.

masa check out tu.
orang tu tanya tukar mana.
kita orang jawab dekat kawasan club je.
motip nak bg tau dia kan.
sentap lettew.
sebab kalau tak kita orang nak duduk lama kan.

bukan apa.
dah la masa check in tu.
tanya. if duduk lama takda diskaun ke.
dorang gelak2kan. kata takda. fine.

padahal hotel second ni.
tau kita orang nak duduk dua malam je diskaun. nice.
so tahan teksi dan kesana.
memacam borang kena isi.
siap ada borang yang kita orang takkan complain kalau bising.
sebab depan club kan.
tada kisah punya. memang suka pun.

:: saikosis pompuan ni. suka buat muka pepelik ::




:: haaa. ni la picnya. yang noy buat muka pelik tu ::

:: channel tv pun banyak la. ala-ala astro la. yang kat 14 roses pun banyak. tp mostly rancangan indon. so macam tak faham sangat. ::




tempat ni nama hotel n spa, maxi - kuta.
kita orang amik family room terus.
puas hati.
sebab tambah-tambah extra bed bukan best pun.
so family room terus.
yang tak best tempat ni 1 je.
dia takda natural light. takda tingkap.
lampu pulak semua kuning. so ala-ala malap je.
tapi best la. aku suka je.

oh untuk family room harga asal Rp1,125,000
tapi sebab kita orang kat sana 2 malam.
so dapat diskaun. semalam just Rp1,000,000
yeay.

lepas letak bag semua.
turun makan kat cafe dia.
sumpah best.
sampai juling-juling mata tak tau nak order apa.
last aku amik ini.


:: jus alpukat - fish n chips ::

:: jonet's. ayam lalapan. macam ayam penyet sesikit la. noy lak makan bakso campur ::

semua pun sedap.
sukaaaaa.

:: pompuan yang dah tak kuasa layan aku asyik nak amik pic je ::


pompuan ni pulak susah nak amik pic dia.
takleh duduk senyap. mesti bergegar pic. macam papa.
if nak amik pic dia kena pakai flash baru ok.


then naik atas.
call pak ketut. bff jonet tu.
cakap kita orang nak jalan-jalan shopping.
so around 2ish dia datang.
bawak kita orang jalan-jalan.
memula ke krishna sebab jonet yang banyak nak shopping ni.
sebab dia first time kan.
so sebab tu banyak nak shopping, beli segala souvenir ke apa.
aku tak beli apa sangat.
cuma beli t-shirt bali yang quality elok sikit.
n few pants la.

aku ingat aku paling cepat shopping.
sekali aku paling last keluar.
tau-tau nampak jonet terjebak buat ni.



kena Rp60,000.
aku pun dorang cakap nak ke.
dulu ada la rasa nak.
tapi time tu takda mood.
so dia paksa macam mana pun taknak.
siap kata Rp40,000 je.
pun taknak. malas la kan.


then ke havaianas lagi.
jonet belikan adik dia pulak.
then kita orang suruh pak ketut tu bawak kita orang pergi semua factory outlet.
so pergi la segala ripcurl la apa semua tu.
semua tu kat area sunset road tu. if tak silap aku la.

banyak gila shoppinggggg.
sebab murah kot.
selalu if kedai biasa area legian tu harga dalam Rp300,000 - Rp500,000.
tapi kat factory outlet tu mostly dalam Rp200k ke bawah je. :D

lama jugak la shopping.
sampai 6ish pm.
tapi sana 6 lebih dah gelap semacam.
pergi ni pakai teksi kan.
so ikut meter.
total dalam Rp200k+
tapi kita orang bagi Rp300,000 terus.

last suruh dia stopkan kat kedai nasi padang tu.
then menapak balik bilik.
terbongkang kepenatan.

5 Comments:

Che Sue said... [Reply to Comments]

haih best toi baca citer Bali ko ni..aku mmg tingin giler nk pi..tunggu balik mesia aa nanti aku rujuk blog ko ni je..siap nk pakai teksi Pak Ketut bf jonet gak! hehehehe...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ko ckp psl E...kt org malaysia ckp tu aku pn br perasan..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

bestnya pergi bali!
XD

cacah said... [Reply to Comments]

bestnya~
tq for sharing~

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Walaupun macam2 yang terjadi kat sana, tapi bila tengok gambar kamu semua memang nampak enjoy sangat2 tu yang best.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...