Instagram : @peejburhan

Bali - day #3 - laze around

day 3 takda apa aktiviti sangat.
still tak bangun untuk breakfast. semua malas.
so bangun terus menhadap swimming pool dia yang best tu.

best.
sebab tenang kan.
pastu bunga jatuh-jatuh.
kutip bunga. bau-bau.
pastu letak kat tepi telinga ke. letak kat rambut ke.
feeling sangat.




tempat spa dia.
open air.
malam tu kita orang pergi.
aku n noy buat body massage, scrub apa semua tu la. Rp160,000. murah gilo.
jonet buat hot oil massage n reflexology kot. Rp140,000.
pengalaman ngeri tahun lepas dah kurang rasa ngeri.
walaupun berbogel-bogel.
tapi atleast dia separate la kita orang.
n budak ni bagus. dia takda la uli-uli aidilfitri kat tetek ke perut aku feeling capathi ke apa.

cuma ngerinya.
dia macam pakai tirai tu je.
bila nak massage tutup tirai.
tepi tu bebudak mandi kolam kot. ada bising la.
walaupun dia bukak lagu spa ke apa tu. still dengar.
n area tu laluan orang berjalan jugak.
so macam terbayang-bayang. what if terselak ke apa.
matiklah orang nampak pompuan gemuk terdampar berbogelan kan.
n boss dorang lelaki.
so kadang-kadang dengar lelaki tu tanya-tanya pekerja dia.
rasa dekat je.
tak tau la dia sebalik tirai ke tak.
matiklah. malas fikir.

tapi memang syiok la.
tertidur aku kat situ.
tapi noy penyibuk.
masa scrub orang tu tinggalkan kejap.
dia sibuk kacau-kacau ajak sembang.
tak tenang langsung.





pompuan jepun itu masih lepak kat situ.
macam tak berjalan pulak dia.
menghabiskan masa kat situ dpd pagi sampai petang.
dia memang bercuti bebetul nak tenangkan fikiran kot.




then after swimming tu keluar.
tapi time tu tertinggal camera tu kan.
so takda la gambar ke apa.
ada pun daripada phone.
aku dah letak masa update hari tu kan.

malam sibuk spa tu.
then keluar pergi makan.
balik bilik. takda ke mana.
malam tu lepak bilik je tidur.
trauma kena kacau tu kan. hahaha. ;p

yang nak tidur pun payah sebab bilik sebelah bising gila.
orang indon la yang pasti.
semua perempuan. tah. dengar macam ramai je.
tapi dalam pada takleh tidur.
tau-tau check camera ada pic ni.

:: jonet busy main game ::


aku dah k.o. hahahhaa.
aku adalah kena tidur ada bantal peluk.
gila takleh tidur takda bantal peluk.
malas nak mintak extra pillow.
so biar berbantal lengan.
janji dapat peluk bantal. ;p


pompuan ni aku tak tau apa motif dia.
gila.

nanti sambung lagi ye.
ni nak membusykan diri.
ta-ta.

7 Comments:

Deqna said... [Reply to Comments]

memang berseri2 lah muka ko sekarang.. seri tabita dan seri bakal pengantin kot...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kena uli uli tu yang paling best bila ke indonesia, memang tangan dia orang berseni lah bab urut mengurut ni.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sama la ngn aku, tdo mesti nk ade bantal peluk..tp kepala mesti berbantal kalau mls nk byk citer mintak extra pillow aku akan cr benda janji leh peluk..haha

NaK CeRiTa ApA Ni...? said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
KiRaNa_K said... [Reply to Comments]

iye la peej.. muka ko berseri-seri skg.. mmg tabita ni bagus yek..?

*psl peluk bantal, haha.. aku pun sama..xde bantal kepala pun xpe..asal ade bantal nak dipeluk.. ^_^

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Tak boleh kan klo teringat pengalaman ngeri uli-uli aidilfitri ko tuuuuu

Tp massage mmg sangat bestttttttt. kalau murah lagi double besttt

Jack-O said... [Reply to Comments]

peej! ingat x your entry pasal pre wed photos in here? http://peejburhan.blogspot.com/search/label/weddings

now, look at this!
http://cikepal06.blogspot.com/2011/12/pre-wedding-photoshoot-perlu-ke.html
hmmph. macam lebih kurang aje? you x rasa macam more or less the same dengan your entry? copycat kewwww?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...