Instagram : @peejburhan

Bali - day #2 - ni baru la feeling bercuti.

so lepas dapat taxi depan pantai kuta tu.
terus suruh dia bawah ke adi dharma cottages kat legian street tu.
tempat yang tahun lepas aku duduk.
ye la. memang la sepanjang jalan tu ada macam-macam.
tapi tak tau nama. plus adi dharma dah tau apa nak expect.
so takda kejutan ke, trauma ke apa.
so kesana.

elok kesana. walk in je nak check in la.
sekali semua full. nice. terima kasih.
dia kata akan ada kosong after 23 november.
nak buat hape. time tu dah selamat pulang pun.

so takpa. tak perlu takut.
kita orang pergi hotel sebelah je.
tanya front desk dia.
kata ada tak bilik kosong for 3.
dia kata ada. weeeeee.
suruh tengok bilik. ok pueh hati.
on aje.

untuk bilik 3 orang tu Rp550,000 semalam.
ok la kan. bahagi 3 berapa sangat je. :)
*lompat tepuk2 kaki* cea macam boleh. heheh.
eh tapi if tetiba aku buat macam tu n boleh. scary kan. hahahha.

oh nama hotel dia 14 roses/ 14 mawar.
dual language la piulerrr.

:: katil sorang satu. ok la. tapi tak mesra alam la. kalau tak tidur rapat2. heheh ::

:: tempat duduk atau lebih best jadi tempat campak2 barang ;) ::

pintu belakang tu boleh bukak if nak jadi connecting room.
sebab sini takda family room.
tapi malam after tu agak annoyed.
ada ramai minah indon masuk kot.
sumpah memekak tetengah malam.
rasa nak tendang pintu tu suruh senyap.
tapi dasar kuat tidur. tau-tau aku dah lena pun.
lantak kau la kat sebelah.



toilet quite comfy.
tak best dia sebab shower dia air bersepah. tak feel mandi.
tapi kat tepi tu ada macam shower jugak yang boleh tarik2 tu.
air situ kuat.
so mandi duduk dalam bath tub. hahah.
n toilet takda paip tepi tu.
so kena tarik yang shower tu untuk lebih feeling beraks ke apa.


balcony mengadap kolam. tenang je. seronok duk sini.
smoke semua kat sini.
sebab dalam bilik tak boleh smoke.

jonet tak cukup tidur.
dia nak sambung tidur.
tapi tengok aku n noy nak swimming.
dia tak tahan terus nak join jugak. yeay.
so swim la kita.

best gila swimming pool dia.
sebab aku rasa hotel ni tak ramai sangat.
so takda orang sangat la.
pool dia pun macam terasing.
bukan kat laluan orang.
n banyak pokok-pokok kemboja n all.
so macam private sikit la.
redup semua la. syiok.
dalam pun ye. if berdiri tu air ada sejengkal lebih atas kepala kot.
untuk aku yang pendek dalam la. :)


so pretty eyh?
warna dia lawa.
redup semua la.
lepas tu tepi2 tu semua ada tempat berdiri la apa.
siap ada certain area ada tempat duduk.
me lovin' it.


hujung tu ada minah jepun rasanya.
hot je walaupun aku rasa umur dia dah late 30s.
dia berhari-hari ada situ.
tan kan badan je.
sambil baca buku.
takda la swim sangat.
sebab tenang kot.







swim 1-2 jam kot.
then mandi semua.
bersedia untuk keluar carik makan tengahari.
tak payah susah-susah pun.
sebab katanya dah familiar area tu.
so terus tuju ke kedai nasi padang kesukaan.
la la la.




malas nak berhidang.
so kita orang mintak nasi n pilih nak lauk apa terus.
semua makan lauk lebih kurang sama.

aku amik tempe goreng, daging dendeng, begedil, sambal ijo, n kuah sikit.
pun dah lazat terlampau. tgk ni terliur kembali.

senang la ada nasi padang ni.
dah la sedap terlampau. murah lak tu.
rasanya tah berapa kali makan situ.
siang malam makan.
siap orang-orang situ pun dah kenal.
tapi memula dorang ingat kita orang indon jugak la.
tapi bila tau malaysia terus cakap, "ooo malaysia. bola sepak kami kalah"
time tu SEA Games tu.
haha bukan amik tau pun. tapi dah dia cakap tu kita orang. woohooooo.
hahaha. bengong.


:: lapar bebenor ni. polok-polok ::




satu je tak best kedai ni.
sebab dia macam kecik.
macam takda ventilation aku rasa.
so rasa berkuap.
so if makan tu memang peluh sakan la.

kita orang pergi memang tak bawak baju banyak.
plan nak shopping sana.
tapi aku dua hari kot tak shopping.
tah takda yang berkenan.
so merasa la takda baju nak pakai ok.
ulang baju sama je.
dah la noy pulak bedak baju aku.
kong jaq gila.
dah la ngutuk baju aku besar. tapi pakai jugak.


perempuan yang konon, "saya pergi kali ni memang tak nak shopping apa. sebab dulu dah beli macam-macam".
rightttt. dia la orang pertama yang dok beli itu-ini.
tak tahan tah berapa kali cucuk duit.
siap tukar USD dia bagai.
dasar shopaholic.


jonet nak mencari selipar.
sebab dia datang pakai flat shoes.
melecet la nak berjalan.
so tengah jengok ripcurl punya selipar.

kita orang tak bagi.
sebab suruh beli havaianas.
selesa gila kot. dah la tahan lama.
akhirnya jonet terpengaruh.
kita orang paksa pakai BB. at last dia pakai.
ok tu pun sebab iphone takda stok la.
but whatever. janji sekarang dah boleh BBM. :)

pergi kedai yang last time kita orang beli havaianas,
sekali dah tak ada.
tapi budak tu kata kat sunset road ada kedai havaianas.
kita orang tanya. jalan kaki boleh ke?
wah nak jalan aje.
tapi dia kata naik teksi la. jalan jauh.
tu takpa. dah la memula tu satu hapa dorang cakap tak faham.
rupanya dorang cakap indon. T___T
ingat kita orang indon jugak.

so tahan teksi.
driver tu kata ok je.
sampai jalan tu rupanya jalan besar n panjang nak mampos.
lama jugak la tak jumpa.
tergelak-gelak layan pakcik driver tu.

teksi : hawaianas? apa itu?
us : selipar. jual selipar.
teksi : oh sepatu.
us : iya sepatu.
teksi : tak pernah dengar. hawai ada. tapi jual ole-ole bali.
us : a ah sepatu.
teksi : dikata ada di sunset road?
us : iya. katanya di sini.
teksi : tak pernah dengar. tak mengapa. kita cari ya.
noy : *bukak selipar* ini sepatunya begini.
teksi : *pegang selipar*
noy : eh jangan. sepatunya kotor.
teksi : oh tidak mengapa. ooohh ini ya? h-a-v-a...hawaianas.
us : bukan hawaii. havai.
teksi : iya-iya.

siap dia call kat radio tu.

teksi : boleh tau di mana havaianas? tetamunya bilang begitu. tak pernah dengar. hawaii ole-ole ada ya. tapi enggak jual sepatu.

serious lawak pakcik tu.
tapi sangat friendly. teruja je.
then jalan sikit memang nampak la kedai tu terpampang besar gila.
kalau tak nampak tu memang pendek umur la.
nak masuk je.

teksi : saya tunggu di sini ya. kerana di sini agak susah mendapat teksinya.
us : ok. terima kasih.


cea konon jonet je nak kan.
last-last kita orang pun terjebak. heheh.
jonet amik dua. lagi terlampau.
aku amik satu je la.
murah kot. i mean nak banding sini kan.
plus selipar aku yang lama tu dah nak masuk 2 years kot. :)



tapi tak banyak choice sangat la.
tak macam kat malaysia punya lagi fancy-fancy n cantik.
kedai pun nampak baru sangat.
nanti penuh la kot.
sebab besar kedai dia.


urgh pic berpusing.
jonet duduk depan.
so lagi mesra la layan sembang.
aku suka orang teksi sana.
mostly sangat baik. kau takda perasaan takut macam kalau kau naik teksi kat malaysia ni kan.



lepas tu terus balik ke hotel.
takda ke mana.
kasi hantar barang semua yang patut.

masa dalam teksi tu dah rasa lawak.
sebab tengok nama kat teksi tu.
tu aku nak tunjuk kat pic atas tu.
tapi terpusing pulak.
yang jonet boleh lagi tanya.

jonet : di bali memang ramai ye nama ketut?
pak ketut : iya ramai. nama wayan jugak ramai.
jonet : tu la. saya nampak banyak nama ketut.

time tu aku ngan noy sengih je.
bukan apa.
sebab kan hari tu lepak ngan kawan pinoy noy, cathy tu.
ketut dalam bahasa filipina is kongkek. hahaha.
yang kita macam terbayang kentut la.
ok rude gila gelak kan nama orang. but mmg kelakar kot.

then before gerak kita orang mintak name card dia.
supaya senang nak call if nak kemana-mana.
bila amik tu aku n noy lagi rasa nak gelak.
sebab nama dia ni.

:: ok berpusing lagi. mesti sebab amaran nak ngutuk bff jonet. awaaasss ::

I Ketut Tangki ok nama dia.
tak menangis kau.
lawak gila rasa.
lepas tu terus buat lawak je.
if sakit perut nak masuk tandas akan cakap, 'eh saya rasa nak ketut tangki la'
membayangkan akan terkentut dalam toilet bowl. T_____T

then later ada naik ngan teksi lain.
pun sweet jugak.
semangat pakcik tu.
siap buat gaya2 tarian kecak la.
sembang-sembang.
nama dia nengah @ wadi.

so dia cerita la.
kat bali ni anak pertama - wayan.
anak kedua - nengah @wadi
anak ketiga - norman (if im not mistaken.)
anak ke empat - ketut.

semua akan macam tu. yang berubah middle name je.
then anak ke lima wayan balik.
then anak ke enam wadi balik...
berulang la sampai ke berapa tu.
macam tu la cerita pakcik tu.
tipu dia. tipu la aku. :)


:: pose depan bilik ::






lepak di second balcony.
tempat menjemur pakaian. :)
bestnya kat sini sebab ada balcony ni.
jemur baju confirm kering.

then bersiap kembali sambung shopping n berurut bagai.
tapi urut takda pic ye.








last call before kembali pulang.
makan ice cream.
sedap sangat. me loike.

ok itu aje.
nanti sambung lain.
panjang bebenor dah entry ni.

p/s : sorry kalau bahasa indon aku salah. sebab aku bukan reti sangat. so aku tulis gaya aku la, yang aku ingat conversation itu. oh ada kucing kenit datang lepak rumah aku dah since kita orang kat bali. so kita orang namakan dia ketut. ehehhehehe.

7 Comments:

liaamalia said... [Reply to Comments]

peej aku pon g mkn nsi padang kat kdi yg sm..mmg best mkn kat c 2...rs mcm nk try sume lauk2 die

mamasuri said... [Reply to Comments]

seronok baca citer ko g jalan2 ni peeja...teringat aku masa zaman anak dara...ni dah ada anak..kendong anak ngan laki jer lah...hehehe...

Fathia-Z said... [Reply to Comments]

kaki jonet sangat sexy! tegap and kuat je nampak! sukaaa!!

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

tingat ngan ketut lam cita eat pray love hehe

tp mmg kelakar ketut tangki hahah

shuweet said... [Reply to Comments]

Flawless muka noy....aku suke dress die. Lawooo

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ketut tangki??what...

gila terbahak aku gelak spi keluar air mata wei..aish x baik tol...

*tahan gelak lg

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Terbaeklah Norman Peeja, aunty baca sampai sakit perut ok.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...