Instagram : @peejburhan

bagai pungguk rindukan bulan.

tadi siang dotdot ajak jumpa.
dah dia nak jumpa. takkan nak kata taknak kan.
on aje.

as usual makan ikut rasa tekak aku.
ayam penyet. heheh. lama tak makan.
harus mau.
puas hati sudah.

jumpa kejap. makan-makan.
then dia gerak.
malam noy ajak keluar.
memula dia ajak party kat sepang.
kosser dah uolls. dah tua-tua ni.
dah la earlier tu dotdot kemain call kata jangan keluar malam ni.
sebab ada gerhana bulan. so tak elok. T____T
apa kena mengena tah.

then noy kata taknak party.
jom pergi karaoke ke apa.
pun malas. sebab aku rasa bulan ni je aku karaoke dah 4-5 kali.
kemain kaya nak karaoke selalu kan.
dah la redbox tu cekik darah.

so dia keluar la.
aku sangap tak tau nak buat apa kat rumah.
padan muka.
mengadap game je la.
kejap dah bosan.
vacuum dah bawak naik dpd semalam.
tapi tak guna-guna pun lagi.
elok tersepok je.

then tengok orang tweet-tweet pasal gerhana bulan.
wah. ok jugak tu kan.
mula-mula tanya dorang. gerhana tu pukul berapa?
dorang kata dah start. sampai 1am macam tu.
eh kemain lama.
rupanya ikut tempat-tempat. tapi dalam jangkamasa tu la.

then cuba la jenguk daripada tingkap bilik.
mula-mula teruja nampak cahaya putih.
eh tapi ada 2-3 la pulak.
cittt. rupanya tu reflection lampu bilik ni. madafaka.
perati lagi bebetul. takda apa pun. pffffttt.

sedapkan hati.
takpa. bulan belah satu lagi kot. kat belakang.
sebab tu tak nampak.
sekali noy call kata dia tertinggal purse dalam handbag kerja.
suruh aku pass kan.
gigih turun nak pass tu, siap aku bawak camera n hp.
nak amik pic untuk blog.
n nak tweet la konon.

haram jaduuu. jangan kata gerhana bulan.
bulan pun tak nampak.
awan banyak la.
rasanya awan denggggkiiii.

takpa abaikan.
malas nak tengok dah. lantak la kau nak gerhana ke apa.
tapi tengok kat twitter la, fb la.
semua dok cakap pasal gerhana bulan, siap tepek pic la apa.
wah jealous ni.
nak tengok jugak.
alang-alang takda buat apa pun ni.

turun lagi bawak camera kejap ni.
memang bulan tetaplah tak kelihatan. herghhhhhhhhhhhh.
takpa la. redha je la.
baru sekarang macam mana rasa pungguk rindukan bulan.
ewahhhh. puitis sangat.

tapi kan.
perasan tak.
everytime ada gerhana bulan or matahari.
mesti akan keluar sekali la ayat cakap. fenomena yang jarang berlaku.
hanya puluh/ratus tahun sekali la apa la.

tapi kan.
tak silap aku la.
sepanjang 28 tahun aku hidup ni macam dah few times kan.
yang aku ingat masa aku darjah-darjah dulu pernah ada gerhana matahari.
kemain la bawak negetif filem tu. sebab takleh tengok direct katanya.
tapi kat malaysia sipi-sipi je pun.
takda la nampak apa. rasa biasa je.
tak silap time tu area latin america kot.
yang sampai jadi gelap kejap kan.
if tak silap la.
ke aku halusinasi? hahahhaa

then aku rasa lepas-lepas tu ada jugak kan.
segal gerhana bulan or matahari ni.
macam selalu je aku terbaca la apa.
ke takda?
ke sebenarnya itu adalah salah satu twilight saga, yang eclipse tu. miahhahahaha.

ok la.
tu je.
haaaa. korang takyah nak komen berlagak sangat korang dapat tengok gerhana bulan tu.
talk to the hand *jeling. tunjuk tapak tangan*

7 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Aku pn x leh tgk la sini hujan. :(

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

yeahh sy sedang melihat gerhana ni kak jgn jeles..ekekekeke.. yg dh dekat nak habis ni nampak indah gile ;''(

chuy4 said... [Reply to Comments]

keh keh.. gigih aku tolong p usha smalam utk ko.. jgn denkiiii okeh.. dia nak suh kamu tgk bersama hasben nanti.. baru la feeling2, "eh pertama kali tawww ai tgk gerhana bulan.. bersama yu plak tuw.... lomantik.. kekeke" - r-long suria

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty pun terlupa semalam gerhana bulan lagipun aunty dalam kereta dari Melaka nak balik KL.

G-HA said... [Reply to Comments]

GERHANA BULAN PENUH -

setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat2 mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat2 berlalu kerana jika Allah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat... itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat2 berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya.
jika org yg meninggal pd hari lain ada org talqinkan atau org bimbing kita tetapi tidak pd hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...so jangan lupa melakukan solat sunat gerhana dan mohon agar ia berlalu dgn cepat. tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jgn sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini...wallahualam...

ShirVen said... [Reply to Comments]

aku pun hampeh takda nampak apa pun. tak koser nak duk nunggu. sama cam kau, aku rasa banyak lerr benda yang gerhana2 ni. kejap bulan kejap matahari, tapi selalu kata beribu riban tahun baru ada.. aku konpius, or gerhana tu lain2 jenis kot? yg pasti aku tak kisah, kecuali lalu depan mata mungkin gak nak sibuk menengok :)

shuweet said... [Reply to Comments]

hahhaha..nak jeling tunjuk tapak tangan jugak sebab aku taktau langsung and tak tengok

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...