Instagram : @peejburhan

pre wed photo.

ye tajuk memang macam tu.
tapi bukan bermakna aku nak tayang pic pre wed aku ke apa.
sebab memang gila la kalau tiba-tiba aku ada buat benda-benda macam tu.

ramai kata aku gila.
maybe sebab impian kawin aku tak macam orang lain.
senang cerita aku takda la berimpian melampau.
macam orang lain. daripada kecik-kecik ke apa siap membayangkan wedding dorang macam mana.
well aku pernah ada mungkin satu masa dulu.
tapi sekarang dah takda.
sebab aku malas nak merepek sangat.
apa kau ingat kau khloe kardashian nak ada impian bagai.

aku orang biasa.
so aku jenis ikut flow.
macam orang. macam-macam nak.
tengok orang nak itu ini. dia pun nak. walaupun tak mampu.
sanggup ikat perut.
tak pun spend duit kepada kebendaan.
padahal yang utama or keperluan dia tak dapat nak tanggung.
pastu sanggup meminjam sana sini.
just for the sake nampak macam dia best.
well itu bukan aku.
takda duit buat cara takda duit kan.
ada aku kisah orang nak ngutuk ke apa.
janji aku sihat walafiat makan pakai cukup sudah.

lately ni nampak ramai sibuk buat pre wed photo la apa.
tadi ada aku tweet.
serious aku tak faham apa perlu semua itu?
n sekarang siap jadi trend.
semua orang nak buat.
perlu ke?
so aku tweet la tanya. budaya mana ni kan?

antara jawapan yang aku dapat.

- ikut budaya omputeh. sebab nak buat bridal shower. so guna pic tu. nak umumkan dorang nak kawin.

- ikut budaya cina. ni aku tau. sbb noy ada pergi wedding kwn dia. setiap tetamu dpt pic pre wed tu. kecik. macam size letak kat wallet gitu. aku macam. motipppppppp???? kalau aku bff ngan dia boleh la letak. stilll. motip aku nak letak pic dia ngan laki dia ke apa kan. hahaha. tu kawan. kau bayangkan kau pergi wed jiran kau. kau dpt pic tu. hahah. kan ke lawak tu. kau teman kawan kau ke wed kawan dia ke. lagi takda kena mengena.

- sebab kenangan. masa bercinta takda pic bersama. plus boleh feeling model.

- kawan photographer. ditawarkan secara free or dapat good deal.

well memang la hak masing-masing.
kalau rasa perlu. then buat.
cuma aku tak rasa mana perlu nya tu.

ok la. ada some aku tengok from pics ke apa la.
pic tu guna letak untuk banner la apa.
tak pun tayang kat depan dewan ke apa.
tempat orang nak sign kat guest book ke apa.
ok la.

tapi mostly guna untuk slide show.
pun boleh.
tapi dah banyak wedding aku pergi.
yang letak pic macam tu.
aku rasa awkward gila.
like seriously.
dah la kau kena mengadap slide show tu.
pastu some of the pics aku rasa macam tak appropriate langsung.
pose pepelik ke. sakan sangat.
aku yang bukan orang tua pun rasa macam segan je.
wonder macam mana pandangan orang yg berumur.
yang minded tak berapa nak open sangat ke.

then satu lagi pasal pre wed photos ni.
macam kelakar pun aku rasa ada.
sebab aku kesian gila tengok lelaki-lelaki yang dalam pics tu.
siap ada kena pegang payung warna warni, pegang bunga la pose.
ada yang pegang bear. ada yang pegang belon bagai.
tergolek-golek kat rumput. dicelah pokok intip-intip.
wtf!

soalan serious : memang lelaki tu mengidamkan ke pose ngan props itu semua? if buat kena bahan. so ni je la satu-satunya masa yang boleh buat. so yeahhhh. best gila rasa dia. ke sebab terpaksa akur ngan kehendak bakal isteri memasing?

like seriously.
kalau dotdot tetiba nak pose macam tu.
memang aku sepak laju-laju.
aku suka kau sebab kau manly n kau sexy.
jangan kacau fantasi aku boleh.
boleh menopause if tiba-tiba nak pose gaya tu.
gedik ok!

so if u ask me?
aku akan buat ke?
not in million years.
1 aku rasa pembaziran.
2nd. if orang bg free pun mak taknak uolls. sebab aku ni ada rupa ke reti nak pose-pose bagai ni?
memang tak reti ok.
apatah lagi pose ala-ala manja ngan props bagai.
memang tak la derrrrr. *gaya rempit*
3rd. sebab aku pemalu. ini bukan cobaan. ini betul-betul.

pasal slide show.
noy sibuk nak letak pic aku bercinta bagai ngan dot dot.
pic dpd kecik ke apa.
aku cakap jgn merepek boleh.
aku taknak pun slide show. aku tak suka.
malu ah. buat hape.
if ever aku ada slide show pun.
if berkaitan time nikah aku ok.
video time akad ke.
time nak start n lepas tu ke.
tu aku rasa sangat sweet n kelihatan sangat suci. ewahhhh.

few months back ada yang cakap dia nak sponsor banner untuk wed aku.
aku kata la untuk apa?
dia kata sekarang mmg semua kena ada banner.
letak kat dewan supaya orang tau tu wed siapa.
geli-geli aku membayangkan.
cannot picture myself kat banner bagai.
macam lawak pun ye.
ala tak perlu la.
if orang sampai. tengok ada memuka family aku ke apa.
dah betul la majlisnya tu.
kalau tersalah pun takpa la.
halalkan je la. ;p

ye. sebab tu aku tak macam orang lain.
orang suka ikut trend.
aku tak suka. sebab aku suka ikut kepala aku.
even fikir pasal pro photog pun aku takut.
semua sibuk tanya aku nak amik siapa.
aku kata perlu ke memahal n best2.
ala. muka aku n badan aku tetap macam ni.
mesti buruk je semua gambar.
tak lawa pun. aku taknak pun pose-pose ke apa.
malu la.
so tak kisah la.
kita ikut flow. nanti sampai masa pilih je mana suka.
sebab bab ni memang takda kata la.
mesti dorang akan make sure kena jugak ada.
kan.

aku ni macam main-main je kan.
tah malas stress.
sebab fikir macam mana pun. benda tetap sama.
janji selamat nikah sudah. tu je pun yang penting.
serious buat masa ni masih relax.
sebab bagi aku benda akan ok. tak yah risau.
Insyallah semua akan ok.
doa supaya majlis lancar je.

tapi yang pasti. memang aku takkan buat pre wed segala tu. kosser uolls.
so takkan ada la pic aku yang tiba-tiba pakai tema pepelik sebab feeling nak over the top.
tak nak sama macam orang lain kononnya. kreatip sangat. hahaha.
serious weyh. Insyallah u will spend the rest of your life with ur husband/wife.
amik la pic sepuas hati.
lagi memacam. kat bilik air, bilik, celahan apa kau nak? semua cakappppppppp je.
miahahahha.
e eh tapi macam takut je.
kang tetiba keluar peejdotdot.3gp *pitam*

ok la.
sekian bebelan hari ini.

p/s : takda sexy saturday. sebab awal muharram. *betulkan selendang*

21 Comments:

~z13L@D@L@Dy~ said... [Reply to Comments]

Setuju..tak payah pre-wed sbb masa bercinta banyak je ambik gmbr pakai hp sendiri...haha...then, dr bayar org utk gmbr baik buat baju kawin yg lebih glamour...hehe

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku kawen tak da pre pra potoshoot2 jadah, tak da pelamin, tak da slide show, tak ada payung macam2 warna, tak ada banner, tak ada slide. tak ada veil. tak ada persalinan tema2 jepun hindustani bagai

yes cuma satu outfit nikah, dan satu outfit lepas nikah dan sekuntum bunga rose besaq gedabak kat sanggul.


dan kawen tak dak buat loan-loan bagai. hantaran? 11,111.11. sebab? bday laki aku 11.11 tapi tak aci sebab bday dia, aku nak besday aku 30,048.40 dia tak mampu la plak. cis.

dan aku setuju ok bab laki kena golek2 posing. dah la laki aku muka serupa hero hindustan siap misai, sekali duk buat posing romantik pegang payung, mau sentot napsu! kahkah

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

and tambah lagi

outfit aku time nikah cuma baju kurung johor putih.

masa lepas nikah, baju kurung johor lace warna gold. tak kosser kebaya kebaya corset corset rambu ramba. sebab lepas sesi bergambar dgn camera henpon kawan-kawan ialah sesi beramah mesra dengan inlaws dan tolong sedara mara aku kemas rumah bersepah. siap singsing lengan baju kurung lagi duk bertinggung basuh pinggan. tadaknya aku nak feeling raja sehari suntuk. kahkah.

ada kawan aku, siap nikah sanding, terus angkut beg pegi langkawi, honeymoon. tinggal rumah bersepah. masa masuk kereta semua lambai-lambai. babi sungguh fikirku. kau ingat kau mat saleh kah?

cik chinta said... [Reply to Comments]

selamat tahun baru :) baiklah, akan kurangkn fantasy. tp mmg tade wat pre wed pon. dan takkan. pas kawen je bole

Mak Izz said... [Reply to Comments]

serupalah pendapat kita! sy kawen dulu pn xde pre-wed, xde pelamin, bj nikah sehelai, bj kawen sehelai, itu pun bj songket kurung pahang je. rs mcm membazir berabis RM byk2 utk majlis kenduri yg semuanya sewaan semata. walaupun org kata kawen sekali seumur hidup. duit aku, majlis aku, ikut suka aku lah kan. no regret!

kalo kocek penuh (tanpa loan) okla, blhla buat perkahwinan impian kalo teringin sgt. tp yg agak kureng, ukur baju di badan sendiri la. xyah ikut trend, xyah ikut apa org kata. nt pas kawen lg byk nk pakai duit. yg penting, nikah.

tp kan, mcm x setuju jgk lah photoshoot pre-wed ni. lg2 yg amik gmbr rapat2, peluk2 etc. LOM NIKAH LG OK!

Kujie said... [Reply to Comments]

samalah kak jie pun, rasa serabut nampak muka pengantin terlaluan cetak sana sini
sikit2 sudahlah..baru nampak sweetnya.
tu belum lagi letak kat tiang trapik lite..hehehe

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

hoh! aku ingat aku so rang je TAK SUKA bende membazir/buat dosa mcm nih..pre wedding photo shoot ok..i mean bukan dlm budaya kita pun (x nak ckp psl agama la kan..semua dah besar panjang) besederhana la..org pun x meluat tgk,x de lah org berdoa pelik2 kat korang..kalau nak buat photoshoot tuh utk tatapan berdua aku x tau la..tapi manusia mane nk buat utk tatapan sendiri..mesti ade niat nak menunjuk2 ye dak? jgn tipu..deep down mesti ade rs nak menunjuk kat org kan?

cahya indah said... [Reply to Comments]

agrees with this post, kak peej..kalau pre wed photos sopan2 takpe gak sebab belum nikah kan..ni pose sesuka hati, pastu tayang masa reception kat semua orang. not our culture, definitely.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

pre wed photos tu sebelum kawen HARAMMMM pegang2 ni..... [hahahahah!]

tp pendpt aku la..ni padangan aku sendr org lain aku tatau..yg banner tu la paling lawak..nak2 yg besar2 tu... pas kawen lepas tu banner tu wt campak mana? ade tu aku tgk wt gtg depan umah x nak matahari panas masuk porch lah..wt lapik meja kt luar umah la...hahaha! cm lawak lak muka sendr dibuat alas2 cmtu..

pd aku lah rasa...

aku rs kita ni [kaum aku la, melayu] dh byk sgt tiru pesen2 org2 lain..mcm cina, mat saleh semua dah... kawen tu actually ok je..tp pasal benda2 ni la wt bakal2 pengantin stres..x psl2 nk pikir pelamin nk gah la..official photog la ape la..

again ni ape aku rasalah...

Hannah Haykhall said... [Reply to Comments]

wow, kita sependapat la kak pija. even i'm not yet married. Insya Allah, no pre wed photo for my wedding soon.

kite pun pemalu jugak..ehehe..

apa-apa pun, sangat excited sebab akak nak kawin nanti. so happy for you..Insya Allah,everything gonna be just fine.

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

i sependapat dgn u..
dulu i kahwin biasa2 jer
baju untuk nikah
baju untuk bertandang
tak ada tema2
tak ada banner2
tak ada bersanding bagai.. koseee makkk...maluuuu wey...
apa yang mak bapak buat, kira ok
janji makanan sedap
orang akan kenang sampai bila2
majlis bertandang, i buat kat FRIM..
sewa dewan
makanan best sampai la ni orang dok cakap2
wlaupun i kahwin hanya takat 8 tahun jer... tak per...

Pinkwatch said... [Reply to Comments]

setuju.. membazir amalan syaiton... aku pon x paham mende ape nk besar2 kn sgt mende yg x sepatutnye... bukan wedding tu yg kita kejar, tp marriage tu yg penting.. berbeza dua tu., org zaman skrg sanggip berhutang kawin/wedding nak nampak hebat... syaiton nafsu semua tuh.. haishhh....

ceera said... [Reply to Comments]

banner tu ko buh nama ko ajer, selamat datang pun dah cukup. Macam banner aku dulu. sebab aku pun tak suka nak letak gambar kat banner ke bunting ke kang tak suprise pulak rupa pengantin, kahkahkah...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Setuju seratus peratus dengan pendapat peeja, kita ni bukan orang puteh nak berangan angan nak buat benda tu semua yang penting sekali nikah nya.

KILA said... [Reply to Comments]

Setuju ngan Peeja.. Duit kita suka hati kita nak buat cara apa..yang penting hidup selepas kahwin. macamana nak merancang dan membina bahagia. itu lagi penting.

tapi hati tetamu kena jaga juga. makanan mesti best!

p/s: selalu kutuk banner tayang muka pengantin yang pasang kat simpang jalan.

arLene said... [Reply to Comments]

peeja, aku nih jenis suka nau ikut orang tapi still ikut bajetla. motto aku pun "janji ada 1". tengok gambar pre wed orang, aku slalu tanya hubby, nanti buat gini nak? pastu aku pikir balik, gambar aku posing atas pelamin pun aku segan nak tengok, inikan pulak nak posing tepian pantai/bukit/sungai. anak pun dah nak masuk 2. tak payahlaa...

tapi kan. pro photog tuh aku nasihatkan ko amiklaa.. tapi suh photog tuh fokuskan kat environment wedding instead korang berdua jer yang posing. coz aku pun wat gitu n aku seronok tengok muka2 orang2 yang datang, sedara mara senyum2 happy2 masa kenduri aku...

si cokelattte said... [Reply to Comments]

stuju2... membazir.. bek duit tu beli perabot rumah lagi bagos.. org dulu2 tak letak bende tu kawen je... kekal je sampai sekarang.. kan elok sedang2 aje...

Iz said... [Reply to Comments]

nanti bolehlah aku google "Gambar gedik pre wedding peej burhan cas cun bersama dotdot"

salzahari said... [Reply to Comments]

bukan je membazir..DAH JATUH HARAM sbb belum muhrim pun, londeh sana sini pastu pegang sana situ berposing pastu bg semua org tgk?

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Sangat setuju !!!! Pre wed adalah tak perlu. Some of the pics sangat tak appropriate pun. Aku pernah tengok orang letak pic pre wed dekat banner dengan dekat kad kawen dia. Gambar laki duk dukung pempuan. Motip ?

sweethOneY said... [Reply to Comments]

one more thing, rasanya kalau kita taknak buat.. Tak patut jugak nak kutuk orang lain yang buat kan. Again ni pendapat masing-masing. Duit sendiri, majlis sendiri memang ikut sendirilah. Yang penting tu nikahhhh :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...