Instagram : @peejburhan

pengaruh iklan


random pic.
sebab masa ni aku tunggu noy check in untuk standby kuwait dia.
peneman setia.
pastu x abis2 cakap if aku dah kawin nanti siapa nak teman dia.
saje bagi kitew emo tau.

oh dan teruja tengok pic ni.
sebab masa ni aku tak pakai concealer, foundation or compact powder.
just pakai eyeliner, n untuk kening sikit. n blusher sahaja.
tabita uolls.
matiklah promosi tiba-tiba.

tapi serious berkesan untuk aku la.
orang lain tak tau. sebab lain orang lain kulit kan.
ada jugak few readers bagi feed back muka dorang dah getting better.
glad to hear that.

tapi of coz ada jugak few email, bbm, sms tanya macam-macam.
kan aku cakap. pakai ni seksa.
sebab memang pedih melampau.
n ada time mengelupas.
ada time merah n gatal-gatal.
aku pun freak out. ye la. ingat tak sesuai ke apa.
tapi noy suruh jugak pakai. dia kata memang macam tu.
nanti ok.
n dalam pamphlet pun ada tulis macam tu.

so gigihkan jugak.
Alhamdulillah ni dah 3 minggu lebih pakai.
dah takda sakit pedih semua tu.
if ada pun sangat mild n sekali sekala je.
mengelupas pun dah takda.
ada pun sikit n kejap-kejap je. :D
so semoga korang tabah ye.

oh n muka aku before this memang tak berapa prob.
tapi flawless tu jauh sekali la kan.
even now pun tak sangat.
tapi like i said. way better than before la.
so maybe certain orang amik masa lebih dpd 3 minggu kan.
tapi aku harap korang pun akan ok lepas ni.
Insyallah.

sesiapa yang email tu sorry aku tak reply lagi.
tunggu mak pulang ke malaysia la ye.

nway aku nak cerita lain sebenarnya.
get carried away pulak. miahhahahaha.

aku nak cerita pengaruh iklan kat aku.
eh tapi topik atas ni sesuai jugak la.
aku iklan muka aku.
korang terpengaruh. hehe.
eh tapi saya tadak tipu punya.
ni dpd pengalaman.

korang tengok tak iklan magnum?
gila babs.
ice-cream vanilla yang halus dan chocolate belgium yang ranggup. krupppp.
something like that la.
siap krup bunyi pompuan tu gigit chocolate tu.
menggila aku carik ok ice-cream tu.
selalu banyak je.

tapi 2-3 kali aku carik kat area umah aku takda ok.
petronas takda, 7-E takda, kkmart tu takda.
rasa nak terbalikkan peti ice-cream tu.
sekali teman noy standby kat klia tu ada jual situ.
apa lagi. harus beli.
walaupun time tu pukul 1 pagi n hujan lebat malam tu.


bila dapat kruppp kat chocolate tu rasa pueh hati betul.
hahahhaa buruk perangai.

yang bawah ni pun sama.
tak sure aku dah tepek belum.
maklumlah mak pelupa uolls.

ni time sibuk tengok drama Soffiya tu.
korang yang tengok perasan kot.
time iklan mesti ada iklan Mc Donald.

OMG. tertekan ok.
kemain iklan dia.
cara dorang susun burger.
melantun-lantun daging dia. bawah2 di cuci ke di potong.
n cheese pun kemain terloncat-loncat.
terus rasa nakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
padahal aku bukan suka.
sebab aku rasa bawang dia besar2 sangat.
selalu aku order double cheese burger je.
tapi sebab iklan tu.
aku beli ok quarter pounder. berkali2 pulak tu. ;p


memang sedapp.
makan sambil kesat air mata.
sebab kenikmatan tak terhingga.
matiklah hover kan. ;p

tu takpa.
pastu keluar lak iklan lain.
promotion baru pulak.
yang ada classic chicken mc deluxe ke apa.
then chicken mc bites.
siap cakap. disaluti aduhan rempah bla bla bla.
iklan terlampau.
hasilnya pentamak macam ni.


hahahahhaha.
memang tak abis mc bites tu.
aku rasa takda la sedap mana.
tapi ok la. boleh la makan.
tamak sangat.
mc bites tu esok sambung makan. ;p

nasib la aku kurang tengok tv.
kalau 24/7 tengok tv entah pengaruh iklan apa lagi la yang ganggu konsentrasi aku. 
sekarang ni ok.
sebab aku tak ikut drama baru after Soffiya tu.
so ok la. tak nampak apa-apa iklan.

korang macam mana?
korang pun ada ke terpengaruh macam ni?
iklan apa yang paling membuatkan korang rasa macam nakkk jugak dapatkan benda itu sekarang?



8 Comments:

lina said... [Reply to Comments]

saya pun terpengaruh ngan iklan2 itu. tapi yg quater pounder tu la tak menahan. sampi sekarang terbayang-bayang. pastu nikmat gila bila dapat kan?

~farah~ said... [Reply to Comments]

selalu terpengaruh iklan fast food..tak menahan betul kan. baru2 ni mkn pizza cheesy 7 dgn kfc double zinger tu iklan punye pasal...huhu

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Iklan kat tv kuranglah terpengaruh. Tp aku sangat cepat terpengaruh kalau org review tempat2 makan best semua kat blog, mesti aku melonjak2 nak pegi jugak. Haha

berry said... [Reply to Comments]

same juge senang terpengaruh..xkesah la iklan pape pon..lajuuu je nk try!!hampunnn...ahahahha

AziniMZ said... [Reply to Comments]

selalu la sgt..tgk iklan melelehair liur.. selalunya iklan mcD ngan maggie.. sedapppp je tgkkk

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Dulu aunty pernah pakai pencuci muka yang sama macam peeja pakai CITRA AYU punya sebab aunty kenal baik tokeh dia NONON yang berasal dari Indonesia tapi sekarang dah tak pakai lagi.

pepari said... [Reply to Comments]

hahahaha.. ingat saya sorang terpengaruh dgn iklan ice cream magnum tu... memang mencari sampai dapat lepas tgk iklan tu hehe.. so power kan derang nye TV ad..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...