Instagram : @peejburhan

micro blog.

aku rasa aku tau la salah satu punca why macam malas je nak update blog.
nak amik pic pun tak kuasa.
sebabnya addiction aku terhadap twitter masib kronik.
spend most of my time there.
ok tak sangat la.

tapi if nak cerita apa ke.
nak share pic ke apa.
mesti akan tuju situ. macam micro blogging dah kat twitter tu.
senang. type apa suka pastu tweet.
respon pun banyak dapat.
kalau kat blog ni nak transfer pic kat pc.
then nak upload dalam blog.
lepas tu nak kena type. lepas tu publish.
lepas tu bunyi cengkerik.
sebab orang tak kuasa komen.
lepas tu tuan blog malas reply.
heh.
atleast twitter tu tahap kemalasan reply tu tak kronik sangat la. ;p

so here are some of the pictures yang aku amik daripada twitter kasi upload sini.



berries.
ni aku RT daripada noy.
kita orang panggil berry je.
tak tau apa.
ingat blackberry ke apa.
tapi ada orang reply cakap tu mulberry.
mostly masam.
tapi hari tu adalah sangat manis.
sukaaaa. tu yang noy siap snap pic.
sedap gak. walaupun masa memula tu macam scary je nak makan.



pun RT dpd noy.
last week kot.
jutawan tabita katanya.
verangans. padahal semua tu duit orang yang kirim tolong belikan.
takpa la feeling sekali sekala kan.


kaseh yang tension aku tak layan dia.
dia lepak situ.
nak taknak. nak layan Soffiya kena tatap muka dia.
the day before lagi melampau.
dok tengah-tengah tv.
tapi takda lak pic tu kat twitter.
aku mobile upload ke fb je.
so takda la share sini ye.


this was last weekend.
KL di kala hari jumaat waktu orang balik kerja n hujan.
jam melampau.
sangat stress.
macam tak bergerak.
dah la semua tak sabar. so lampu dah merah ada lagi kereta tengah-tengah jalan.
padahal turn kita orang hijau. tak bergerak.
nasib nysya yang drive.
so aku kurang stress la. heh.

entry keluar tu pun aku tak update lagi kan.
pemalash betul.


noy yang terlebih rajin.
nak pergi threading tak pergi-pergi.
sendiri mau pluck pun malas.
kening dah macam hutan dah.
tiba-tiba noy rajin nak pluck kan. nice.
tapi sumpah sakit.
agaknya sebab orang buatkan kot.
yang kanan ni ok.
kiri half way je then aku suruh stop.
tak sanggup sakit.
baik aku buat sendiri. atleast kita dah ready time nak cabut tu kan.
tapi aku punya buat sendiri tu. sampai ke hari ni tak buat-buat.



menu larut malam.
super nyam.
time ni aku makan maggi tomyam ayam.
air sirap limau ais.
wah meriah habis kan.
gedik sangat.


ni pulak pic tadi ambik.
walaupun comot.
tapi teruja sebab dark circle dah tak ketara.
la la la.

siapa yang ada twitter.
follow la aku. tweet handle aku sama macam nama blog ni.
takda beza.
sebab aku kat sana meriah sikit la.
tak la sangat tapi ada la sikit-sikit.

eh tapi mostly merepek jugak tau.
macam kat blog ni.
takda yang berilmiah sangat tweet aku.
hari tu ada orang follow aku.
aku tweet sesuka hati aku ikut isu apa aku nak tweet la.
lepas tu dia tak puas hati apesal aku bother nak tweet pasal isu2 tu.
e ehhhh. suka hati la.
kata acc aku.
kalau tak suka unfollow la kan.
siapa paksa.
benda simple pun.

ok itu aje.
nanti ada pic lagi n if rajin aku share kat sini lagi.
tengok tak entry baru mama?
geram tengok. tak tahan.
yeay. tak sabar mau buli dia.

ok tu je.
ba- ba

nota kaki : baba bukan bapak orang. tp konon-konon bye-bye. konon comel la. haha. bengong.

11 Comments:

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

ok lah


ba-ba peeja.


:S

AkUfiZA™ said... [Reply to Comments]

Ok. Dah follow pun, heee ~
Nanti aku tweetpic gambar dompot jr ye, semakin nakal itu budak.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

peej,u nampak kurus la dlm pic tu heheh

syntheare said... [Reply to Comments]

peej, jgn mkn byk sgt berry tu....berry tu diorg sira ngan air gula. Kena tipu masa kt bandung ada beli berry ni sbb manis, sekali driver ckp org kat situ jual berry yg rendam ngan air gula, tu yg manis.....

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sedap nampak megi tu xD teringat beberapa hari lepas pergi camping, bfast megi pastu ada orang cirit-birit atas whaler, terus kena campak lauk buang air kat situ. moralnya jgn makan megi pagi2 time camping. lolx

Lina G. said... [Reply to Comments]

follow u kat ur blog n twitter :):):) btw,u rock my blog's world peej :):) keep up ya!

Puan Nad said... [Reply to Comments]

nak kirim tabita gak peej, nnt wat entry tabita yerk. tq.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Memang betul tu dark circle peeja teruk sangat, ada sekali tu peeja ada letak gambar yang ada dark circle yang sangat ketara tapi hari ni aunty tengok dah cantik dah bawah mata tu ini mesti sebab pakai tabita tu lah.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Memang betul tu dark circle peeja teruk sangat, ada sekali tu peeja ada letak gambar yang ada dark circle yang sangat ketara tapi hari ni aunty tengok dah cantik dah bawah mata tu ini mesti sebab pakai tabita tu lah.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

phewittttttttttttt..cantik!:) aku suka!

Iz said... [Reply to Comments]

ehhh nak follow peeja kat twitter lah. Cea konon baru nak follow. Padahal dah mengumpat macam-macam kat twitter kahkahkah.

readers peeja, jomlah follow i jugak, hahahahaha..

Sudahlah tu, ba-ba peeja. ba-ba

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...