Instagram : @peejburhan

inferiority complex

few weeks back.
mama ada pergi gath bloggers.
mostly yang lama-lama macam dia la.
tapi katanya ada gak yang muda-muda.

dia ada ajak aku.
tapi memang aku tak pergi la.
sebab tak kenal kan.

balik tu.

me : ramai ke pa?
papa : ramai. ada nak dekat seratus kot.
me : best ke?
papa : seronok. mama la seronok. ok. semua pun friendly. blogger baya-baya pija takda ke gath.
me : ada. tapi malas la nak pergi.
papa : kenapa? kau ni taknak bercampur. anti social.
me : tak la. sebab jauh sampai shah alam. noy pun taknak teman.
papa : pergi je la. papa rasa kau ni inferiority complex.
me : takkkkkkk.

hish.
tapi abis situ je la.
then tadi aku baca. blog mama.
seronok tengok dia rajin pergi wedding sana sini.
yang aku ni pulak lebih senang duduk dalam kepompong aku.
mama n papa ajak.
tapi aku taknak.
last weekend mama pergi wed salwa.
blog reader.
pembaca aku jugak. dulu selalu jugak komen.
n kadang-kadang kita orang ber-mail.
tapi takda la rapat.
so aku tak pergi wedding tu.

as usual papa balik bising.
dia kata salwa tanya kenapa aku tak datang la apa.
T____T

aku pun pelik kenapa macam ni.
macam pasal tabita ni kan.
semalam aku cakap ngan noy.

me : aku tak suka la buat ni sebenarnya.
noy : why?
me : tak. saya tak kisah. tapi saya stress time orang nak amik nanti.
noy : ye la. but why?
me : tah. saya rasa memang betul la. saya ada inferiority complex. macam tak suka kena jumpa orang. akan rasa saya buruk la apa semua. dah la kat rumah kat. takkan tetiba saya nak melaram pulak.
noy : kau tak suka. takpa la. lepas ni biar saya la yang pass.

serious tak tau kenapa.
tapi perasaan tu ada.
sebab tu if ada yang terjumpa kat luar.
yang tegur tu. aku macam hi balik je.
aku tak tau nak cakap apa. nak mesra macam mana.
rasa nak tikam diri ada.
and kadang-kadang ada yang tweet ke apa ke.
kata nampak aku. tapi nak tegur segan.
terus aku ucapkan terima kasih.
sebab kalau dorang segan. aku ni lagi la segan.
n adalah sangat benci berada dalam that awkward moment.

so semalam aku terfikir.
aku rasa memang aku ada la rasa inferiority complex tu.
orang cakap la apa pun.
tapi memang takleh pergi perasaan itu.

tapi baca description tu.
rasa lawak pun ada.
scary pun ada.
matiklah saiko katanya. hahahha.
tapi memang betul pun.

sebab tu.
ramai yang beria nak jumpa ke apa.
aku macam mengelak la apa.
kira aku berjumpa tu memang maknanya aku lawan la ngan perasaan tu.
tapi nak jumpa tu. tahap stress adalah paling tertinggi.
eeekkk. tah apa-apa.
but what to do. memang macam tu pun.
aku bukan sombong. tapi ntah la.
tapi if dah biasa. aku ok je.
nak mulakan tu yang sangat payah tu.

korang ada tak rasa macam ni?
ke aku memang saiko?
ke korang pun ada. tapi takda la se-kronik aku?

19 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ko pisces kan peeja? aku pon pisces..aku rasa pisces mmg cmtu la..

sebab aku pn rasa cmtu. kadang2 tu tkt spi berpeluh2 sejuk..hahahah!

Hannah Haykhall said... [Reply to Comments]

kak pija (waa, matikla pangil akak..halal ehh..hehehehe)

errmm, normal kot rasa perasaan tu. sometimes, rasa mcm something wrong somewhere or insecure dengan diri, padahal orang luar view kita ok je.

mcm kak pija, comel dan cantik je kita tengok..semua sempurna..serius ni..got nice family, siblings, close friends...and got dot dot dot and gonna marry soon...

maybe there's something holding you on deep down. kita rasa akak seorang yg fun, cuma untuk 'memulakan' a friendship/conversation mungkin akak susah nak mulakan bukan? tapi once dah rapat, you'll be very friendly...kan?

takpe, you are not alone okay...

Farrah Elysiae Azmi said... [Reply to Comments]

hye peej..honestly i do have the same exact feeling as you.its not that we are not friendly but we just dont know how to react well..

Ekin said... [Reply to Comments]

peej,

I used to like that long time ago tapi pelan2 cuba ubah. Saya tau awak bukan sombong, semua orang yg bace blog awak mesti x rasa awak sombong. Takpe.. jgn paksa diri utk berubah hanya sebab pressure dari orang lain. :)

cik chinta said... [Reply to Comments]

rupenye camtu. tapi bile baca penulisan cam mesra je orgnye..

shuweet said... [Reply to Comments]

hehehe...bila baca blog ko ni cam ko mesra alam...taktau lak ko pemalu sampai tahap ginih..hehe..memang sape kalau tak kenal tu kata ko sombong ar...tapi kalau jenis dah slalu tegur2 tu pe kata ko rajin2kan meyapa mana tau ilang lak penyakit inferiority complex tu ke..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

Kau memangggggg. Beku jeeeee. Ahetchooo peeja. Eh, bila nak lepak niiii. Nnti ko dah nak kawen. Sedih la beta. Hahahahaha

Tijah said... [Reply to Comments]

aku pun sama. biasa kalu ada blogger gathering mmg susah aku nak ikut. segan weh. tapi kalu saja nak jumpa2 2-3 kepala mak ok je.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku pun.






aku mesra2 dengan orang yang aku kenal2 rapat saja, yang baru baru kenal ni mesti aku ala-ala cuak, dah la tatau nak baca intonasi depa camna.

Hazey said... [Reply to Comments]

ala semua orang ada perasaan tu, bukan pelik pun, cam mana kita nak handle diri kita je.. mula-mula memang la penyegan, tapi lama2 mesra la.. jgn la pemalu sangat, nanti ko dah kawin lagi nak jumpa family-family mertuakan lagi tak kenal.. so anggapla alah bisa tegal biasa kata pepatah.. lama-lama okay la.. (i pun pemalu gak.. tapi mahu..)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ooo sebab tu lah aunty tak pelawa lagi peeja pergi makan2 sebab dah tau jawapan nya memang tak nak lah. Aunty ni peramah gila tak kesah apa pun orang nak cakap. Mama pun ada cakap dengan aunty kenapa tak pergi jamuan blogger2 tu tapi aunty tak ada blog macamana nak pergi, mama cakap dia teringin nak jumpa aunty, aunty pun mcam tu juga teringin nak jumpa kak Nani.

EcHa-aiShah-HeLicoNia ^-^ said... [Reply to Comments]

saya pown rase saye cm nk ke arah tu la kak....sbb rase rendah diri...FYI kite xkeja lg even da sethn grad bukan sbb malas or ape...cuma mak sakit strok then i'm the only daugther in the family so saya la yg amik alih tggjwb mak saya....nk keja pown kena cri yg dekat2 kt umh je n mse yg flexible....so ble da duk umh rase segan nk jumpe org,sbb takut kena tanya soalan ni 'da keja?'....i hate that qst...

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

kdg2 bkn sbb ko inferiority complex weh tp sbb mmg mls n x suke crowd2 camtu. eh? ke aku pon inferiority complex gak? huhu

ala xpe ko pk +ve je... nxt time if papa/mama ko ajak, try g skali :)

The Baking Fairies said... [Reply to Comments]

Hi Pija.. sian u ..sure rasa uncomfortable aritu masa i dtg amek Tabita..hee :) Tapi ok je, walaupon x sampai seminit.. I rasa u ok lagi..xde la awkward mana..hee.. Thanks again! :)

Jaja TWF

thenameisima said... [Reply to Comments]

OMG samela perasaan tu...at least kak peeja dh ade circle sendiri at least takdelah tak jumpe orang langsung...

saye ni mmg asal ade org ajak jumpe gathering ke terosss nervous...tak mau pegi bagi alasann..

selalu sangat avoid the feelings tapi mmg lah tahu aku ni ade inferiority complex yg superrr kronik...sigh, nangis T_T

Shahrizat said... [Reply to Comments]

saya pun macam tu tapi memang tak sekronik kamu..malahan lebih kronik lagi..hahaha...tapi sejak kena gi conference kat omputeh ni haa..kurang lah sikit. harapnya.

sherrina said... [Reply to Comments]

saya menyedarinya ketika dinner Jubli Perak MRSM Terendak tahun 2008. Masa tegur dan sembang, Peeja nampak aneh. Beza plak dgn karekter dalam blog :)

~nadyahoney~ said... [Reply to Comments]

kdg2 sy pun rasa cmtu..rasa rendah diri nak jumpa org sbb cm tgk org lain lagi cantik n berkeyakinan jer

shada said... [Reply to Comments]

hmm nampak macam ramai jer kot ada rasa yang sama..

n aku pun.. plus aku rela jer kalo orang cakap aku sombong.. siyesly aku sanggup.. sebab aku mesra sebenarnya, cuma tak reti nak start..

ada orang macam boleh jer just cakap/sembang to make conversation kan.. oh aku tak reti tu.. kadang rasa soalan tak relevan, tak pun akan rasa kepochi..

tp aku tak kisah, sebab once u know me, memang akan tau aku ni pembising orang nya.. hee.. tp ada komen kat atas ni cakap kau aneh, n aku rasa nak tergelak.. haha jangan obvious sangat la peeja..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...