Instagram : @peejburhan

i-city? never again.

masa cuti hari tu.
ayol sibuk kata zeity nak pergi i-city.
kata ada rumah snow la apa.
aku ingat main-main. rupanya memang betul-betul nak.
aku memang tak kuasa.
sebab merata-rata aku baca kata i-city manusia ramai macam ulat tayik.
aku memang super rimas kalau tempat sesak ni.

tapi since ayol tak biasa area tu.
aku agak biasa la. sebab seksyen 7 tu kat gate belakang uitm.
noy pulak kata bila lagi nak lepak ngan zara sofea.
amik pic sama-sama banyak-banyak la apa.
so ok la. fine. ikut je.

sampai je dah sesak.
herghhh.

:: ye! nak masuk pun traffic jam ::


tengok la time kat pic tu.
dpd depan tu nak dapat parking n mula berjalan pun amik masa sampai 20 mins. nice.

so jalan-jalan la. takda amik pic apa sangat.
sibuk menuju ke rumah snow.
wokeyh.



dewasa ada mycard adalah rm25.
agak mahal.
aku tak ingat mines dulu macam mana.
masa aku form macam tu pernah pergi.
n bila pergi yang ni.
aku rasa yang kat mines dulu lagi best kemana-mana. :)
atau maybe time tu aku kecik kot.
harus a gembira kan.
dah besar ni keterujaan dia ke arah lain mungkin. ehem.

:: eee geram tengok kan. pandai dia intai balik tu sebab orang nak snap pic ::


sibuk pilih winter jacket.
ni free je. pilih mana suka or ada size.
kita orang tak pilih pun.
main amik je mana yang makcik tu bagi.
kosser pulak nak korek2 ke apa.

memula taknak pakaikan sofea apa-apa.
sebab dah bagi pakai sweater n glove.
tapi makcik tu pakaikan la.
sejuk dalam tu. nanti kesian dia sejuk.
tapi of coz takda size kan.
so makcik tu bagi paling kecik. kita orang balut je dia. heheh.

kita orang pakai slipper n sandal je.
so depan tu kena sewa kasut. rm10 sorang. mahal!
pastu kena beli stokin siap. pun mahal padahal tebal sikit je dpd pantyhose. cipek.
dah la kasut macam kasut kat pasar je aku tengok. hahaha.


masuk dalam. hoh memang sejuk.
jadi semua kelam kabut nak balut kenit tu betul-betul.
tapi memang payah la.
sebab baju tu besar.
then nak dokong dia kan.
of coz akan tergelongsor sana sini. haih.

:: time ni ok lagi ::

then masuk kawasan satu lagi tu.
wtffffff2 sejuk nak mampus.
seingat aku kat mines dulu takda macam ni.
dah la salji tebal.
pastu dorang pakai kipas gergasi tu sembur aircond ke apa.
aku yang tua bangka ni pun takleh bernapas.
ni pulak si kenit.
memang melalak je la dia.
kelam kabut semua.
dah la sejuk macam tu.
ngan gelabah dia nangis.
kita orang carik pintu keluar tak jumpa ok.
pergi la hujung sana. hujung sini.
dah la licin bagai. nak tergelincir tah berapa kali.






orang yang ramai.
rimas tapi bagus jugak.
sebab ada sekali tu aku nak tergelincir ada budak pakai tudung ni tahan aku.
selamat.
tapi mungkin budak tu tak selamat.
pasti lebam tangan dia cuba menyambut pompuan debab. hahaha



amik pic pun semua ala-ala tak sempat sangat.
sesambil carik jalan keluar tu je.
sebab agenda utama adalah keluar menyelamatkan si kenit.

ye kalau tengok timing kat camera.
duduk dalam tu 10 minit aje.
there goes rm100. nice eyh.
ye la. rm25 darap 4 orang kan.
semata-mata kerana kenit ini.


muka terkejut kenapa tiba-tiba kena bully masuk tempat sejuk. hahaha.
tengok la tu. sejuk terlampau sampai camera pun menggila.
camera pun berkabus kesejukan.




tapi if keluar boleh je nak masuk balik.
tapi sapa nak.
memang sejuk terlampau.
nak napas pun susah.
cukup la. 1st n last uolls.

:: muka bengang rasa nak tumbuk orang sebab buli dia ::


then berjalan carik tempat makan.
semua full!!!
takda seat langsung.
madafaka.
aku dah la nak terkenc jugak.
tak sanggup nak pergi toilet sebab dapat rasakan horrornya tu.
sumpah banyak gila orang kau rasa nak jerit sebab rimas.
kau boleh jumpa perbagai kaum dan jugak perbagai kategori umur orang.
daripada baby sampai ke atuk/nenek ada.
family trip sangat.

so decide untuk keluar n makan kat luar je.
so before that berhenti kejap la amik pic kat i-city ni.
kang tak amik apa jadah pulak kan.







fisheye effect.
zeity xnak sorang-sorang.
so kita sesama la ye.
tapi tak best.
tak lawak macam yang lain-lain. ;p


:: nak tweet lettew ::










noy sibuk nak suruh zara pandang camera.
last2 nampak bayang2 jari dia.
tah apa-apa.
macam zara nak kena abducted by alien pulak.

balik adalah paling seksa.
macam jilaka system parking dia.
bayangkan kita orang stuck situ sejam ok!!!!
stuck as in tak bergerak langsung.

punya la beribu kereta.
dia bukak satu je tempat kereta keluar.
dah la auto pay dia machine bersepah.
ada la 1 kat setiap sudut.
line panjangggggggggggggggggggggggg gila like super serious.



masa stuck tu ada lak belon upin ipin ni kat situ.
lawak pun ye.
macam dia menemani.
muka sengih macam cakap. jangan emo. senyum la. hahhaa

:: layan dia ngan ipod ::

selepas 10 minit baru upin ipin tu kat sebelah kita orang.
bayangkan lama macam mana.
later after 50 mins agaknya
ayol gi tanya la.
apesal lambat. tiket ni nak kena bayar mana.
ye kita orang tak bayar pun lagi.
sebab siapa nak weyh beratur panjang.
plus tak logik.
dia kata after 15mins bayar kena keluar kan.
ngan jam 1 jam apa jadah nak keluar nya.
tak valid tiket tu.

then makcik tu jawab.
takpa bayar sini.
saya pun baru jaga sini.
selama ni dia bukak 1 je ok. T______T
time tu baru la bukak 3-4 tempat utk keluar.
n bayar kat situ je.
bangang berganda.

memang tak la nak pergi lagi.
then nak carik tempat makan kat luar pun satu hal.
mostly kedai dah tutup.
nasib ada kfc 24 hours.
so kesitu je.





ok tengok pic ni aku lapar.
aku nak makan.
so dah la tu.

ok sebelum membuat entry penutup potong stim.
nasihat anda.
kalau tahap kesabaran nipis. takyah la pergi i-city tu.
sebab akan memaki sepanjang masa.
moody gila aku.
aku moody tak pasal orang lain jadi mangsa sebab aku bebel je.

ok tu je.
tata byatches.
i'm hungry.

18 Comments:

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

mmg betul pun peej,
1st and last la klu gi sana. Punya la ramai manusia....

Annasue'G said... [Reply to Comments]

time aku pegi dulu free lagi. org pon tak ramai..skrg tak hingin la nak pi dah. huh.

si cokelattte said... [Reply to Comments]

hahaha... nasib ko la peej.. dulu aku g time mase keje.. weekend2 ni mmg ramai n horror.. tapi untuk penagalaman je la.. pastu tak mo pi dah.. tak de pe pon.. lampu2 je byk.. huh!.. ^_^

Amni said... [Reply to Comments]

saya dah pegi.. pegi hari ahad.. tp dah sampai petang.. sampai malam.. malam tu tak ramai plak orangnya.. petang pegi main ice tu.. malam lepak kat luar.. hehehe.. tak tau napa haritu tak ramai plak orang nya.. tp memang takkan pegi lagi kot.. nak try kat mines plak..

WaniGhani said... [Reply to Comments]

peej..aku gi time 1st week raya kot...free and takda orang...kosong gilerr..kalau weekend biasa mmg xleh blah penuh...

Pn.Ibu said... [Reply to Comments]

xtahan g i-city walau dok shah alam...dah la ramai org,panas plk tu sbb bnyk lampu...xtahan lama2...

b3nz said... [Reply to Comments]

aku pergi masa raya puasa lepas. abang2 n akak yg dok johor sibuk nak bawak anak berjalan.ikut kan je la dah dorang beriya2. abg2 n akak aku tu xpelah, dorang jaga anak memasing. aku pulak bwk anak akak yg duduk subang tu... akak aku x ikut. anak dia 2 org, kazen2 dorang ada 4. bayangkan aku jaga 6 orang budak lelaki umur antara 5-11 tahun.

boleh jadi tarzan aku kat situ nak kontrol budak2 aktif. hergh!

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

aku suka la gambar zara yang noy dukung pastu dia jenguk gna baju hip hop..gerammmmm...gigit pipi kang

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

time kasih peeja upkan entry ni...MEMANG LA AKU X KAN PERGI KLU RMI CMNI..

nqr said... [Reply to Comments]

aper?? sejuk??? hah! dapat la ko merasa keadaan poland kan? hahahaha

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

kl nak pergi, pergi hari biasa, dan bukan cuti umum. umah aku sebelah i city tu je. time2 biasa orang pun takde,aku kerap je lepak makan situ. tp bila time cuti sekolah mcm ni, jgn arap la aku nk jejak kaki pun.hehe

pol said... [Reply to Comments]

masa pergi i-city 1st2 dlu snow house tah apa2... x sejuk....harga masuk pun mura jaa...pastu org pun x x ramai...tp masuk i-city pun g buat assignment bkn nak berjalan pun..haha.. tp dgr2 dorg cakap ada snow boleh mkn kan? da try makan ka?haha

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Ooooooohhh aku mmg tak suka i city sebab lampu2 dia tu buat aku peninggg

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, office kitaorang dekat dengan i-city pun sampai sekarang kita tak sampai situ lagi apa lagi dengan tahap kesabaran uncle yang nipis tu so tak payah cari penyakit kang tak pasal2 orang2 kat situ nampak adengan orang bergaduh laki bini free. Tapi yang best tu apalah yang dibuat si Upin Ipin kat situ kan.

kutak jinggong said... [Reply to Comments]

Salam. Naseb baik baca post ni. Baru ingat nak ajak my bf. Kalo pegi memang berdarah ar telinga kena maki coz my bf paling benci tempat sesak2 cmni. Thanks kak menyelamatkan diriku ini. Kui. .kui. .kui. .

Kujie said... [Reply to Comments]

tak pernah pegi....mula2 buka dulu dok tunggu date sesuai...tp skrg ni baca review ramai ckp teruk, mcm malas je nak jejak.

genting rm 20 gak kan?

aku bukan kotak said... [Reply to Comments]

tak sampai2 pun situ lagi walau dok kat shah alam..aperlah nasib, dari free sampai ke berbayor tak jejak kaki lagi..

hasrat di hati nak menjejak, tapi dok teringat pasal orang ramai dengan jam melampau, terus hasrat tu ku lontar jauh.. huhuhu..

Faerie_Princess said... [Reply to Comments]

warga shah alam yg tak penah jejak ke i-city.. teringin gak nk pegi tp mikirkan anak2 masih kecik.. mmg lupakan je la hasrat hati tu.. bukan mati pun tak jejak kaki ke sana. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...