Instagram : @peejburhan

great week. the best friday.

tah kenapa lately stress lebih.
aku pun tak sure apa yang aku stress.
ada je rasa tak kena.
aku rasa korang pun perasan.
aku macam tak update sangat dah.
mood tah ke mana.
if update pun mesti merepek-repek je.

ntah la.
lately ni rasa macam taknak share apa benda.
i mean tak nak share pasal diri aku.
even kadang-kadang if tweet or fb status yang aku rasa macam personal.
aku akan end up delete n tak jadi nak post.

tapi semalam aku baca blog kim kardashian.
wah matiklah tetiba masuk kim kan.
inspirasi n idola sangat la tu. hahahha.
pasal dia cerai tu.
dia tulis entry panjang lebar.
salah satu ayat dia.
dia kata orang dah mengikuti kisah dia banyak. macam-macam la.
so dia rasa tak adil bila dia tengah down macam tu.
dia macam nak larikan diri, taknak tunjuk ke apa.
tak boleh la.
eh apa yang aku nak cakap sebenarnya ni?

kira macam. aku rasa aku taknak share apa-apa dah.
ok memang la hak aku.
tapi macam tak fair pulak.
sedangkan ramai yang dah baca blog ni bertahun kan.
macam-macam cerita ada.
ada yang baru baca blog ni.
tapi sanggup khatam blog ni dalam macam 3 hari la apa.
tiba-tiba aku macam sesuka hati tiba-tiba nak membawa diri kan.
tak boleh la.
sebab bila aku happy. aku tau korang pun happy sama.
bila aku sedih. semua pun la tumpang sedih.
so gigihkan la jugak.
walaupun mcm aku cakap, lately ni merepek je entry aku.
korang baca je la yek.

tapi minggu ni.
macam banyak sangat benda menarik jadi.
lepas satu-satu.

aku start pakai nuffnang balik.
sebab setelah berbulan pakai innity.
aku give up.
sebab serious aku sebenarnya tak reti nak pakai innity.
memang tak user friendly.
and untuk orang yang tak berapa nak pandai i.t macam aku ni.
memang rasa lost je. ;p

so bila pakai nuffnang ni. hari-hari tersenyum lebar.
walaupun just dapat income daripada banner je.
tapi aku rasa memuaskan hati.
sebab aku rasa income daripada Nuffnang memang terbaik la.
bagi aku la. bagi orang lain aku tak tau la. harapnya sama la ye. :)
oh talking about Nuffnang. aku ada bagi dorang ticket.
tapi dah 2 weeks takda reply.
samada dorang tak tau nak jawab soalan aku, or dorang busy ngan blogger award yang akan datang.
or dorang memang taknak layan aku kot. hahahhaa.
sebab selalu if aku hantar ticket. within 1-2 days dah dapat reply.
hmmmmm.

oh n Alhamdulillah jugak.
dapat banyak iklan dpd readers. n jugak company ad lain.
ada yang aku terpaksa tolak sebab aku tak dapat attend event sebab ada hal.
ada yang terpaksa tolak sebab aku rasa macam tak sesuai nak amik ad tu.
paling tak tahan, ada dapat offer masuk mini games something macam amazing race tu.
siap masuk tv la. untuk axn la apa.
ish. aku tak reply lagi.
tapi of coz aku akan kata no la.
gila apa. aku baru turun naik tangga 5 kali dah semput macam aku masuk marathon.
ni nak feeling amazing race?
pastu masuk tv? i pemalu ok!
memang tak la derrrr nak masuk.

then ada dapat offer jugak pasal blogging job.
kan aku cakap aku ni pemalu bla bla bla.
kalau boleh memang taknak jumpa orang sangat la apa.
tapi noy selalu bising.
dia kata mana boleh. kalau dah ni kerja yang aku buat.
aku dapat income pun daripada sini. aku kena la jugak hadap.
buat la betul-betul. T___T
so aku dpt email ke event.
tengok tarikh rasa macam...arghhhhhh noy takda. dia kerja time tu.
siapa nak teman aku.
tapi tawaran menarik. sayangnya if aku tak pergi just sebab aku segan la, malu bagai.
so aku lawan gak. aku jawab je yes. kata aku akan ke sana.
haaaa ambil. lepas tu resah gelisah ok.
berpeluh sakan macam mana nanti aku kat situ.
mesti macam beruk keseorangan tak tau nak sembang apa ngan orang.
hahahhaa.
fuhhhh fuhhhhhh. harapnya semua akan ok nanti.

paling best adalah hari ini.
semalam aku tidur awal.
sebab dating ngan dotdot. oh he's been very lovely lately. sukaaaa.
aku suruh datang weekend. sebab aku memang tak rasa nak keluar ke apa.
tapi dia kata if nak datang tak boleh ke? dia nak jumpa.
takkan aku nak kata tak boleh kan. macam sesuatu pulak.
so kata ok je la.

pergi makan je. then konon nak tengok wayang.
tapi lepas makan aku ngantuk melampau. haha teruk betul.
aku cakap lain kali je la tengok wayang.
balik je dating. terus aku tidur.
tapi sebab tidur awal. pukul 3am terjaga. nice.
eh bila baca balik macam keji kan.
orang dating excited. tapi aku ngantuk.
padahal selama ni elok je tak tidur.
bitch.

so lepas bgn tu, mengadap la internet.
hati susah ni.
sebabnya kemungkinan untuk tak dapat tolong belikan tabita adalah sangat tinggi.
duit semua dah ambil dpd customer.
bukan apa. tak sanggup nak email cakap x dapat belikan.
boleh rasakan kekecewaan orang. mostly tak sabar.
dah la nanti kena tunggu lagi seminggu. :|
tidur around 7ish am. ke 8am.
rainy friday. sejuk je. rasa best.
tapi dah bersedia dalam otak nak email apa.

sekali noy kata ok.
takda masalah. rasa macam miracle la.
sebab serious memang sebelum ni tak pernah berlaku.
kalau dah x jadi tu. memang apa pun tak boleh la.
aku pun tidur dengan tenang.
pukul 10am noy kejut.
suruh aku tukar duit rupiah.
sebab memang tak tukar lagi.
ye la if tak jadi. nak kena email.
mana tau orang cancel. kang kena la pulangkan duit kan.

so bangun.
tak mandi tak apa. gosok gigi n basuh muka je.
ngan mamainya aku siap nak keluar tukar duit.
mamai takleh blah. aku pakai seluar pendek aku.
aku sarung handbag. pegang handphone.
nak keluar daripada bilik.
pastu tergelak sorang-sorang.
sebab motip nak keluar pakai seluar pendek ngan bra je.
lupa pakai baju. hahahhaa. bongok.

so pecut la ke jj au2. pergi la cucuk duit kat atm.
pastu gabra sebab limit nak cucuk duit tu rendah.
pastu aku macam blur tak tau nak set macam mana.
nasib lepas tu ok.
sebab takda orang pun.
if orang berderet nak cucuk duit.
mesti ada yang dah cucuk aku sebab apa ke lama sangat guna atm tu.

sebelah tu ada tempat tukar duit.
so cakap nak tukar sekian-sekian.
dah la banyak nak tukar tu. scary.
aku kan paranoid. ngan kes ragut sana sini.
then ada lebih few ringgit kena tambah utk dptkan amount yang aku nak.
orang tu kata tak payah bagi balance tu.
aku macam wah. bagus ni. jarang la dorang bagi.
dorang kan very berkira.
so terus rasa berbunga-bunga je.
agaknya aku first customer kot.
patutlah orang kata early bird ni bagus kan.
tapi aku ni selalunya ghost bird. macam mana itu?
ok tau la. owl. takda la aku bengong sangat tak tau.
saje buat direct translation. konon comel. ;p

balik rumah. bla bla.
rasa riang dan gembira.
sebab tak perlu bagi email kat eager customers tu semua. :)
then dapat email yang tak disangka.
which aku belum balas. nanti akan reply ye.
dapat email daripada silent reader yang katanya dah lama baca blog aku.
dia kata dia tau semua la pasal aku.
nak buat test kat dia pun boleh. wah over sangat kan. heheheh.
dia ada nak sponsor untuk wedding aku.
wah tak teruja kau.
harus la teruja.
takpa. akan dibincangkan lagi soon.

ingat lagi dalam sebulan lepas kot.
aku dok la meresah sana sini.
semua tak kena.
siap aku cakap kat dotdot, "tipu la. orang kata if nak kawin nanti murah rezeki. takda pun. tu semua ayat nak sedapkan hati je."
dia kata, sabar la. belum lagi. nanti mesti ada. dia akan datang dlm macam-macam bentuk.
aku macam tak kuasa nak layan.
tak membantu menenangkan hati aku pun.

but who would've thought after a month je.
macam-macam cara Allah bukakkan pintu rezeki. Subhanallah.
wah matiklah tiba-tiba hari jumaat ni mood muslimah sangat. hehehehhe.
over sangat.
kalau aku ni tak pemalu. mesti dah boleh jadi best actress.

ok. ni je bebelan untuk kali ini.
so far my friday have been really great. loving it.
i'm very grateful. terima kasih Tohan.
n weekend ni pun best.
sebab zeity n zara sofea akan spend aidiladha with us.
yeay seronoknya.

oh i miss my boo. ok tetiba.
ok tu je.
hope weekend korang pun best.
so alang-alang ni.
aku ucapkan sekali Selamat Hari Raya Aidiladha to all my lovely readers.
i love u all *lambai-lambai feeling miss world*

13 Comments:

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

betul peej, rezeki orang nak kahwin ni murah.

selamat hari raya jugak utk u sekeluarga. slmt menggomol lil popia

Liyana said... [Reply to Comments]

post ini buat saya teary eyed kenapa ah. i wish u the best kak peej :) u have the right nak simpan ape2 rahsia :) it doesnt matter coz i still luv reading ur blog :)

Lya Colours said... [Reply to Comments]

tuh la blog ni pon dah lama x cerita makan2
so terpaksa la recap label foods dgn eat out tu je. hihi

salam aidiladha =)

AziniMZ said... [Reply to Comments]

patot la aku pon mcm boring je nk bukak blog ko lately.. rupanya ko tgh tiada mood.. resah gelisah nk kawen kot ko ni.. hihi..

luvmum said... [Reply to Comments]

alhamdulillah rezeki peej..

selamat hari raya aidil adha utk peej sekeluarga

estee_8980 said... [Reply to Comments]

bagusnya ade sponsor...cam retis..ekekeke...
Selamat Hari Raya Aidiladha...

dedalie said... [Reply to Comments]

i luv you tooo!! hehehe alhamdulillah rezeki dtg. aku doakan bertambah2 lagi k..

cik gObu said... [Reply to Comments]

rezeki org nk kawen ni lain

insyallah kalo hati ikhlas semua
urusan akan dipermudahkan

wish u all the best

hope lepas kawen still blogging

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

I love u too peeja, aunty tak pernah bosan baca blog peeja pastu ceria2 tunjuk kat uncle apa bebelan peeja. Ada orang kata kalau kita menceria kan hidup orang hidup kita akan ceria juga, insyaallah.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Love u too babe! XOXO Semoga rezeki ko bertambah2. Amin :)

Hazrey said... [Reply to Comments]

peej, aku tak tau apsal kau merepek mengalah nora danish kehilangan jejai.

Apapun, aku tak pernah terlepas masuk blog kau untuk memain dengan burung twitter kau ni. Best doh pakai mouse. Kau pernah try? try ahh, penghilang stress. hahahahahaah

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

td kt TBS ...tgh beratur nk bli tiket lrt..mcm ternampak abg sis..ayol....
xtahu whether btol ke x..hihihi

cahya indah said... [Reply to Comments]

lambai kat Miss World Peeja..hehe. ambik gambar zara sofea letak banyak2 kat sini tau kak Peej

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...