Instagram : @peejburhan

expose mistik : penghuni rumah

Hai peej, aku sebenarnye dah lama nak kongsi cite ni ngn ko tapi baru sekarang aku free.heheh
aku nak story pasal rumah sewa yang penah aku duduk.
entah ape la nasib aku asal mana aku duduk je pasti ade 'peminat' yang ikut.
dulu before nih aku menyewa dekat apt bandar tasik selatan yang betul-betul tepi highway MRR2 tu. 
ala apartment yang ade dulu kes limau bali ade bom tu. 
aku sewa kat situ la dulu.
dulu aku duduk dengan 2 orang kawan sekolah aku. 
tempat tu agak scary la tapi kitorang no choice so sewa je la kat situ.
hari pertama aku duduk ok lagi, bila masuk hari ke dua je 'dia' dah buat hal.

ade satu tengah malam tu tetibe kawan aku bilik sebelah sms aku
'ko main pintu bilik air ke?
aku jawab la 'ko gile ape aku tgh tido nih'
*diam+terkedu*
bilik air kitorang tu yang plastik zig-zag tu. 
so bile bukan akan ade bunyi la.
kawan aku dengar ade orang buka-tutup pintu tu banyak kali.
so esoknye semua buat bangang je la.

malam tu kitorang pegi makan, bila balik rumah je kitorang nampak ade sejadah kat depan hall.
kawan aku kata dia dah simpan dalam bilik dah.
*diam+terkedu*
dah lama2 kene kcau tu member aku 2 orang tu dah xtahan so diorang pun pindah tinggal la aku sorang. 
aku xboleh pindah sebab deposit aku masih ade.

lepas tu ade satu hari yang aku tak boleh lupa masa aku baru bangun tido.
aku on the phone dengan kakak aku and then tetibe pintu aku yang berkunci itu terbuka sendiri.
aku dah dapat agak dah tapi aku cool je.
kakak aku tanye bunyi ape tu pastu aku cakap pintu terbuka sendiri.
last2 dia yang takut lebih pastu suruh aku pindah kuar duduk dengan dia.

so masa aku nak pindah tu makcik depan umah tanye aku

makcik: nak pindah ke?
aku:  aah kak.
makcik: nape nak pindah?
aku: tak tahan kene kacau la kak.
makcik: rumah ni memang keras sikit, dulu orang yang sewa before nih pun kene kacau. banyak barang dia jatuh,pecah,tukar tempat tiap2 malam.
ooo patutla level aku duduk nih banyak yang kosong.cehh baru aku tau sebab ape makcik tu xpenah bukak pintu dia.
Kes 2
Sekarang aku tinggal dekat area bukit jalil. 
aku ingat aku boleh hidup aman la tanpa 'peminat' ku itu tapi rupanya aku silap!
masa aku baru masuk rumah tu aku nampak di sekeliling pintu aku ade dilekatkan beberapa keping duit syiling 50 sen. 
pelik aku tapi aku buat bodoh jela.

so malam pertama aku tido di ruang tamu sebab katil x beli lagi.
pastu aku dengar la ade bunyi guli jatuh la, orang tarik kerusi la and yang x boleh belah ade bunyi orang gelak! gila 3-4 pagi hangpa dok gelak apa?
bila esoknye aku naik tingkat atas kononnye nak bagi 'nasihat' jangan bising rupanya rumah atas rumah aku tu xde orang.
*diam+terkedu*

aku ni jenis suka balik lambat 1-2 pagi baru sampai umah.
ade satu masa tu time aku baru kua pintu lift tetibe aku terbau kemenyan. 
aku dah ketaq dah pastu masa nak buka kunci mangga, kunci aku leh pulak terjatuhhhhhhhhhhh. 
punya la aku maki hamun dalam hati. 
aku dapat rase ade bende tengah tengok aku.

dan yang paling hebat 3 bulan lepas kawan lama aku datang tumpang tido and bawak anak sedara dia sorang 2 tahun sorang lagi 3 tahun.
tengah kitorang tengok tv tu tetibe anak sedara dia yang 2 tahun tu bersuara,
"nenek, nenek, nenek nak pergi mane tu?"
aku punya la stress dalam hati aku cakap 'ade lagi benda nih'.
kawan aku pun dah cuak dia tanya la anak sedara dia, 'ko merepek ape nih,nenek mane?"
pastu budak tu tunjuk kat pintu masuk rumah aku
"tu nenek tu, dia nak keluar"
aku pun sebagai tuan rumah aku perlu handle situasi ni dengan cool lalu aku berkata
"ooo nenek tu kawan auntie, kalau nenek xpe auntie xkisah, jangan "atuk" (pocong) sudahhhhhhh.
-love for life-
 sekian terima kaseyyyyyy

-ones womans dreams-

9 Comments:

Tijah said... [Reply to Comments]

woooooooooo!!!!
"nenek" ngan "atok"...
dua2 aku takot...

Che Sue said... [Reply to Comments]

oh my gucci!! nampak nenek laa pulakkkk..kalo aku, dah gugur jantung time budak tu cakap kot..

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

punyalah selamba dia cakap "nenek takpa, jangan atok sudah"

kalau ler saya, confirm pengsan dah -_-" tambah2 ada budak dah describe. *imaginasi terlampau tinggi*

yana halim said... [Reply to Comments]

scary tak hengat nih. bunyi guli dgn tarik meja kerusi memang gangguan 'peminat' tu. Kalau ada dengar, takyah check kat rumah atas. Sebenarnya bunyi tu dlm rumah tu sendiri. Hishhh.....scary.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

fuhh scary. tapi berani jugak dia ni ye. boleh tinggal sorang pas kwn2 dia dah pindah tu. kalau saya lantak la pindah je jugak. x beraniiii

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

budak2 memang leh nampak kan..aiyooo seram weh

love for life said... [Reply to Comments]

oooo kalau terdengar bunyi tarik kerusi, guli jatuh tu memang bunyi dari dalam rumah ek? baru aku tawww

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ooo teringat aunty masa tidor kat strawberry park kat trengganu tengah tido sedap2 dengar orang alih alih kan meja dan kemas rumah bagai nak rak, so pergi tanya kat reception dia orang cakap tak ada sesiapa tido kat bilek tu terus kita orang check out takuuuut sangat.

shuweet said... [Reply to Comments]

perrgghh..gile la...takut nyer..kalau aku dah lama aku pindah..huhu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...