Instagram : @peejburhan

cerita kawin.

aku ni memanjang cerita kawin kan.
tapi if tengok blog macam takda progress apa-apa pun kan.
hahaha. sebab katanya minah last minit kan.

plan nak buat awal tahun.
sekali terpaksa tunda sebab kemungkinan tarikh aku nak buat tu noy takda.
yang noy sanggup kata xnak pergi kuwait.
mama marah.
mama kata mana boleh.
rezeki kau naik pangkat.
rezeki aku pulak kawin.
mana boleh tolak.
ada ke takda kena jugak jalan.
so sad.
taknak la kawin noy takda kan.
memang la mama ada cakap.
tu noy takda pergi kuwait.
if mati? abis tu taknak kawin.
kena teruskan jugak la.
mami so kejam.
ice n huda takda.
mak/pak mertua ayol pun takda sebab pergi umrah.

ok la. tapi tetap aku tunda ke hujung bulan.
plan asal la.
so sembang-sembang. ice n huda takda jugak.
sakan dorang ni. holiday sesajo.
tapi x mengapa. takkan nak tangguh lagi.
huda n ice la terkilan lebih.
sanggup kata nak balik dpd family holiday awal.
tapi aku kata jangan la kan.

akhirnya papa pergi booking tempat kawin.
plan asal kat rumah je.
tapi memikirkan penat dia tu melampau.
sebab bukan nya ada orang nak tolong kan.
balik-balik kita orang je uruskan nanti.
sebelum ni if ada majlis. aku la antara orang kuat.
part alih barang ke apa semua.
abis tu nanti macam mana?
kang patut sibuk bersiap.
aku kena stop sebab tolong alihkan itu ini.
baru la pelamin anganku musnah gitu. hahaha.
kesian pulak if nak suruh papa n mama uruskan ke apa.

so tukar plan B.
plan B nak buat felda villa.
setelah berfikir masak-masak.
aku kata tak perlu la.
sebabnya?
1 sebab boleh tak mama kata jemputan aku xleh lebih 50.
ok la rasa ramai kan.
sebenarnya tak cukup ok. sebab katanya kawin lambat.
so mostly kawan aku dah ada husband/wife.
takkan aku nak jemput, 'kau je ye. x boleh bawak spouse'.
keji gila. hahahahha.
ok lagi. masa sembang ngan papa lagi la.
papa, "kawan kau 6 orang je kan. tak sampai 10".
helllloooo. agak-agak la.
macam aku ni lonely sangat sampai takda kawan.
hahahahha.

lepas tu aku rasa x best sebab tempat tu kan garden.
takda a/c. berlengas nanti ketiak mak uolls.
aku dah la berpeluh macam kambing. heheh.
tak sanggup.
n kalau amik tu dapat sekali pelamin.
takut aku memikirkan pelamin tu.
tak mau sanding. segan.
walaupun dotdot kata nak sanding.
family aku n dia pun sibuk suruh sanding.
tah apa2 tah. dorang nak sanding sangat. suruh dorang je la kan. hahhahaha.

so aku kata. tukar venue lain la.
setelah 2 minggu aku tolak papa suruh booking.
memanjang tak pergi.
sebab ye la. papa pun busy bawak mama pergi hospital semua.
akhirnya semalam papa pergi.
seperti yang dijangka.
tarikh yang aku nak dah fully booked.
apa la nasibbbbbbbbbb.

so dia bagi few tarikh.
aku ingat nak amik awal la.
sudah tak tahin lagi. ewah. gatal nya kau. ;p
tapi papa n mama cakap amik tarikh lain.
so terpaksa la tunda sebulan lagi.
kwang kwang kwang.
tak pa. apa-apa aje la ye. ikut je.

tapi still tak boleh nak ajak ramai.
mak bukan artis nak ajak reramai.
setakat yang mampu la kan.
cuma maybe lebih la kan daripada buat kat felda villa tu. ;p

cuma plan lari la.
sebab aku plan nak cuti-cuti pantai bulan tu.
takleh la join.
sebab kang kawin ala-ala latin pulak. tan.
wah nak latin je. cakap je la dayang senandung kan. ;p

so dah ada tarikh ni.
baru rasa clear sikit.
plan nak ke jakarta beli barang kawin ngan papa, mama n noy.
buat baju ke, kad ke, goodies ke.
tapi tiba-tiba muncul pulak bella ni.
reader aku.
katanya dia nak sponsor baju nikah n baju kawin.
la la la.
rezeki. Alhamdulillah.
nanti akan meet up untuk bincang.

then tiba-tiba ada reader lain (tuan diri mintak xmo reveal)  pulak menyatakan hasrat dia nak sponsor something.
masa dia sms tu aku tak reply pun.
sebab serious aku tak reti.
ye la. nak apa?
then dia mention pulak kat tweet.
sms lagi.
aku kata bukan taknak reply. tapi aku segan.
siap bagi tau pulak nak dia sponsor apa.
macam-macam suggestion dia bagi.
pun aku tak reply.
terkedu. macam takut pun ye nak terima.
ye la. rasa macam. eh takpa ke amik ni?

siap aku tanya mama.
mama kata bagus la tu.
tu semua rezeki. Allah nak bagi.
terima. Allah bukak pintu hati orang tu nak sponsor.
well ok.
akhirnya aku email kakteh.
tu pun tergelak2 dia.
sebab aku email. tapi still in the end aku tak cakap nak apa.
last-last dia kata. ok dia akan sponsor kek 3@5 tingkat.
terpulang kat aku. tapi make sure ada pengantin atas kek tu. hahhaa
siap mms contoh.
comel. menyengih je aku.
syukur.

so tadi duduk ngan mama.
cerita macam-macam.
cakap kat dia tak perlu kot pergi jakarta semua tu.
sebab apa sangat nak carik pun.
baju Alhamdulillah dah ada sponsor.
setakat nak carik goodies n kad.
aku bukan nak mahal2 punya pun.
simple-simple je.
setakat tu. KL pun dapat.
mama kata ok. sebab duit hotel tu pun dah lepas duit tu.

so far itu je persiapan aku.
boleh? hahahhaa.
takpa. nanti aku nak dapatkan contact apa-apa lagi.
aku blog lagi yea. harap la korang dapat membantu.
ye pemalas nak google sendiri.
korang mesti ada banyak cadangan best-best.

ish. tiba-tiba cuak.
check list apa yang nak pun x amik tau.
paling la hampeh.
sebab aku looking forward lepas kawin je.
nak mulakan hidup sendiri semua.
macam best.
walau mula-mula bila fikir ada sedikit cuak. ;p
tapi bila fikir balik. macam syiok pulak. heheh.
dah la dotdot lately melampau feeling dia.
sikit-sikit datang rumah nak jumpa.
duduk x sampai 1/2 jam gerak.
dia kata janji dpt tgk muka.
ewaaahhh. romantis la konon. miahhahaha.

ok la itu aje.
nanti akan update lagi.
ta-ta bebeh.

18 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Ko la perantin plg sempoi aku pnh tgk. Kalau org lain dh mula "koyak kain" dh time ni. Means dh mula gelabah biawak cuak sume dh

linda said... [Reply to Comments]

eiii seronot peej nk kawen... aku senyum2 baca entry ni... gigih tu on9 bukak lappy dari baca gune BB.. kehkeh... semoga dipermudahkan ye ;)

AkUfiZA™ said... [Reply to Comments]

Peeja is getting married, yea yea aku suke je! Wah, aku lak yg over ! Eh, dompot jr pun mesti suke jugak tau, weee~

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

baca baca blog orang tengah best nak kawen ni ttiba aku pun rasa teringin nak kawen sekali lagi.

cik chinta said... [Reply to Comments]

eheheh...akhirnye reveal cite kawin.

Miss Anne said... [Reply to Comments]

hehe..bez nya nak kawen..
tringinnya rasa nak kawen jugak.

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

x sbr tunggu the day, then boleh tgk muka dot dot yg di sorok2 selama ni hehehe

Che Sue said... [Reply to Comments]

wahh dekat dah tu weh.. ko nk kawen dah ek pija? alaa aku jauh la pulak..sure best duduk depan ko time ko sanding peh tu sengih2! cuak tak? hahaha..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Boleh aunty sponsor satu barang hantaran iaitu satu puding/agar2 pelangi yang sangat cantik. Kalau sudi nanti bbm aunty ya. Aunty nak juga terlibat sebab aunty ada lah salah seorang pembaca setia blog ni sejak jadi pembaca senyap sampai sekarang.

KILA said... [Reply to Comments]

Buat persiapan betul2 peej. kang lepas majlis teringat2 pulak yang tak lengkap tu.. anyway..semoga semua persiapan lancar..

cahya indah said... [Reply to Comments]

wah dah dekat nak kawin la kak Peej..dah terdengar2 bunyi kompang dah ni..hehe

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

betulll.. busy gila dekat2 nak kawin.. lps 2,3 minggu baru rasa real life suami dan isteri.. haha.. itu lagi hebat.. pikir nak masak utk laki.. duduk rumah sendiri... heheh.. lagi syok!!!!!! *saja bakar line*

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah, rezeki bride to be :) aku doakan semuanya berjalan dgn lancar. *berbunga2 hati aku baca n3 ko ni...terasa mcm aku plak nak kawin LOL

the hun said... [Reply to Comments]

aku pun dulu kahwin tak nak sanding, tak nak kompang, tak nak itu, tak nak ini. "itu semua sarkis," aku cakap ngan mak aku. tapi, hari lansung, semua pun ada. sadis.

but then again, aku ingat lagi, masa aku kahwin tu, arwah mak ngah aku yang pujuk aku, buat semua2 tu. arwah cakap, "your wedding is not your wedding alone, your marriage is," maksudnya, majlis tu kita kena anggap bukan majlis kita saja, itu juga majlis mak ayah kita, sedara mara kita. give and take lebih kurang tu amat2 perlu.

so all the best, peeja. and always remember to have fun dan jangan stress.

Iz said... [Reply to Comments]

pija, sebagai detektif kau yang agak berjaya, aku pun nak sponsor jugak. Aku sponsor pisau untuk potong kek 5 tingkat kau. Pisau je yer.. Itu pun kalau kau sudi, kahkahkah

A.I said... [Reply to Comments]

wowwi!! musti memacam benda nk kene pikir. tp elok kalau kau ada check list tu. senang nk catit yg mana dah settle =)

adibah said... [Reply to Comments]

Tahniah pija. Relaks.. jangan cuak2.. hehe.. Akak masa kawen dulu pun, cuma ada sebulan je utk preparation.

CONS: memang rasa nak pitam, muntah, stress segala..

PROS: bila dah super bz nak prepare itu ini, tak sempat la nak gaduh ke, bertengkar ke, merajuk ke dgn the other half. takda masa utk semua tu..

pengalaman akak, buatlah checklist. tulis je dari sekecik2 bunga rampai sampai ke catering, pelamin segala..

good luck, peej. semoga dipermudahkan urusan, insyaAllah..

nqr said... [Reply to Comments]

lol izzy! nak sponsor pisau? berapa byk hantaran nak berbalas ni beb.. kalau sikit tu better beli benda yang boleh pakai pas kawen nanti.. berbaloi la kan.. alhamdulillah ada yang nak sponsor kek n baju kawen semua.. murah rezeki ko.. mcm ada komen soh buat check list tu.. mmg bagus sesangat.. hehehe.. kalau izzy dah sponsor pisau :p aku tengah pikir nak sponsor apa ek?? riben ikat pisau? hahaha.. aku bg adiah je la nnt ey.. nnt aku private message

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...