Instagram : @peejburhan

astro. cerita bergambar.

memandangkan still tak transfer lagi pics from camera.
kerana malas sepeti biasa.
so mari buat entry cerita bergambar yang daripada camera ye.
mostly aku dah tweet or letak kat facebook.
ada some je tak sebab daripada twitter noy.
so siapa yang follow aku kat twitter or kawan ngan aku kat facebook.
anggap je la entry ni astro ok.
sebab astro kan memanjang tunjuk siaran ulangan. ;p

pics adalah random sepanjang kat sana.
selama berapa hari tu.
susunan pun maybe tak betul.
tak ingat la.
takpa la kan.
hantam sajalah.


:: vain dalam kereta. ni otw nak ke klsentral. papa tolong hantar. :D  ::

:: dalam aerobus from klsentral to lcct ::

:: massage kaki, kepala, bahu, belakang. semua la ::

murah nak mampuih.
tapi tak ingat la berapa.
agak segan sebab yang urut ni lelaki.
anak ikan la tapi.
daripada lambok.
kemain sweet. aku sibuk nak tweet. dia sibuk nak sembang.
sebab time ni baru beli sim card simPATI.
amik sekali BIS. syiok.

tapi kesian bila sembang-sembang ni.
dorang tak abis-abis kata best kat malaysia.
gaji lumayan. kawan dorang ramai kerja sana.
so dorang rasa nak pergi jugak.
nak kerja kat kelapa sawit tu.

pastu dia tanya sana mesti gaji banyak.
aku kata la. takda la. sama aja.
kat indonesia pun mesti ada yang gaji banyak, ada yang tak.
so malaysia pun sama.
tapi bila pikir memang ye la kot.
sebab bayangkan urut ni tak sampai Rp100,000.
berapa je tu. dorang dah la pekerja je kan.
i mean berapa sangat la sorang dapat.
rasa macam sangat bersyukur. sebab aku ni lagi la.
tak kerja. duduk depan pc je. Alhamdulillah ada la duit masuk.
duk depan pc pun berapa lama sangat.
lainnya makan n terbongkang je.
dorang guna segala tenaga nak mengurut bagai kan.


:: view from balcony bilik ::

:: suka kolam dia. sangat cosy. tak ramai orang. redup. best. kita orang tah berapa kali swim tah. syiok ::

:: sibuk bau bunga kemboja. eh kemboja ke nama dia? ala yang frangipani tu. wangi melampau. setiap warna bau dia lain-lain. tiba-tiba feeling nak buat perfume sendiri. ceaaa ::




serious best pool dia.
tapi tu la banyak daun n bunga jatuh.
so agak tak best tang tu je la.
tapi orang dia sejam sekali mesti bersihkan. :)
aku suka pool warna ni. macam cantik.

:: selipar barew kitew. kat sana murah. kat KL pitam sikit harga dia ::

:: kat kelab malam. berpeluh sakan panas nak mampos. nanti akan cerita lebih lain entry ::

:: layan diri sorang-sorang kesepian. sebab noy n jonet dah masuk selimut. kejam tidur awal gilo ::




:: bb freaks. oh jonet dah beli bb jugak. kalau tak dia nak pakai i phone. kita orang paksa macam mana pun dia tak layan. herghhh. sampai la saat dia nak beli tapi iphone takda stock langsung. kena tunggu. miahhaha. nasib kesabaran dia nipis. so dia beli bold 4 je. yippaaa. ::

:: nasi campur. boleh tahan sedap ::

:: jonet feeling tribal ::



jonet jadi gila kat kedai ni.
aku nampak je aku dah macam. o ooo.
jonet datang je dpd belakang terus, "hahhhh?!"
masuk je muka senyum ke telinga.
u should see her face la.
dia suka gila benda-benda ni semua.
1 pasal jonet. dia sangattttt suka benda-benda tribal ni.
lagi nampak sakai lagi dia suka.
tak kisah la kita orang nak kutuk ke apa.
dia akan jawab, aku tak kisah la. aku suka. orang tak suka nasib la. aku rasa lawa je.
sebelum orang colour block. dia dah colour block sana sini.
siap impian dia nak ajak aku pergi latin america one day.
sebab nak pergi tempat-tempat orang asli la.
nak pergi tengok puak mayan la apa.
eeeee. takut. nanti aku di apocalypto. taknak.

banyak gila kot dia beli.
as is banyak gilaaaaaaaaa!!
kena bagi paperbag besar.
but tak sampai rm50 duit kita.
kat kl mmg takkan dapat la kan.
so if korang suka benda2 macam ni.
sila la pergi ye. memang boleh jadik gilo.

satu lagi dia suka adalah benda-benda red indian ni. apache.
dalam kereta dia ada dream catcher yang super large gantung kat rear mirror dia.
aku rasa menganggu je.
tapi dia suka. T___T
dia kata tu subang kereta dia. haha gila.

so jumpa kedai ni.
dah la jauhhhhhhhhhhh gila menapak.
pun dia menggila.
bersinar2 muka.
lamaaaaaaaaaaaaaa gila dok dalam kedai ni sebab dia rasa macam nak semua benda.
yang aku n noy sangap.
so kita orang try-try benda.
sempat snap yang ni.


nice kan.
tapi noy bukan apache la. sebab dia sepet. so dia apacheong.
then balik tu kawan aku nak.
last day tu aku memang nak beli.
masuk kedai 1st takda yang berkenan.
then boleh tak aku lupa nak masuk kedai 2nd.
sebab cuaca terlaluuuuuuuuuuu panas.
aku n noy jalan cepat-cepat nak pergi minimart beli air.
i feel bad. but memang tersangat lupa.
eeee. orang dah tua ni memang mudah lupa. pfffttt.


trip kali ni banyak naik teksi.
penat nak berjalan.
tak mahal pun. so if malas nak patah balik je terus tahan cab.
orang cab dia baik-baik.



:: alpukat yummm ::


early dinner kat ngurah rai airport.
gila makan polok-polok.
sebab time tu dah panggil untuk boarding.
tu la dasar kuat makan.
asal nampak kedai nak stop makan.
tau kelam kabut kan.
tapi makanan adalah super best.
so berbaloi.

ok ni je sikit-sikit cerita bergambar.
nanti akan but proper entry ye.
ta-ta.

12 Comments:

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

nice la beb entry ko ni..mak sokaaa...muka ko glowing glowing....cantekkk

rosealley said... [Reply to Comments]

hotel tu nampak sangat best!hotel apa tu??bestnya bercutiii

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

babe,

nanti cite skit psl hotel tu, location... contact no. etc..etc..boleh buat panduan kita bsama :) peej, makin cantik lah aku tgk ko!i loikeee....

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronok baca cerita jalan2 peeja, noy dan jonet terima kaseh lah share dengan pembaca kat blog ni.

ct said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
si cokelattte said... [Reply to Comments]

muka ko sangat licin okkay... cantek peej.. berbaloi ko tahan sakit kan... hebat seh!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ohh bestnya bercutiii.....

Nur farahiza said... [Reply to Comments]

ta saba , cepat cepat update , hehehehehehe :)

cahya indah said... [Reply to Comments]

macam best je pegi kedai jual barang tribal tu..boleh buat costume party kalau beli headgear yang macam noy pakai tu kan..hehe.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

ngahaha appacheong...erghh alpukat sgt best!! tp sini susah dpt ah...asyik xde stok je kalau gi ayam penyet...mencik

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

Homaiiii! Kau cakap polok-polok jugak?? Aku igt org kat kawasan kampung aku je cakap camtu. Cz aku banyak kali terlepas cakap ngn member2 semua sorg pun tak kan paham. Ok, ter excited lebih pulak. Hahaha

Miss Anne said... [Reply to Comments]

terujanya tengok gambar2 kat atas tu! bestnyaa..teringinnyaa aku..nak g bali!
bestnya hotel tu dgn swimming pool yang nmpak private dan org tak ramai.mmg feeling habis!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...