Instagram : @peejburhan

terkengkang-kengkang.

badan-badan ni sakit betul.
rasa macam nak urut je.
dulu selalu rasa tak faham kenapa la orang-orang tua ni nak kena urut bagai.
mengada betul.
lepas tu badan ada angin la apa.
mana datang angin.
ye la. muda. mana sedar diri kan.
sekarang rasa. baru la penyesalan kan.
sebab sendiri dah rasa sikit-sikit.

hari tu pergi sunway tu.
esoknya sakit-sakit.
betis sakit sebab penat berjalan and daki tangga segala kot.
dah feeling macam exercise pulak.
then bahu pun sakit.
not exactly bahu la. tapi macam belah depan area atas ketiak tu.
maybe sebab naik rides tu.
berpusing kepala ke bawah kaki ke atas.
weight yang terlebih muatan ni sangkut kat bahu.
tu yang sakit tu. rasakan.

then tak abis sakit tu.
kelmarin kan kemas bilik tu.
angkat sofa la. angkat chest table daripada bawah ke atas.
bukan perabot biasa-biasa. kau tau la macam mana berat segala jati or antik ni.
tercabut nyawa.

n esoknya aku jalan kengkang.
sebab kaki belah dalam tu.
kira daripada celah kelengkang sampai ke lutut tu sakit gila.
macam muscle pain tu.
wah muscle ke?
mungkin kena sebut lemak pain. then only sesuai. heheheh.
serious weyh. nak berdiri then duduk. or baring ke.
mesti macam orang tua. aduh aduh aduh. Ya Allahhhh sakitnyaaaaaaaa.
tapi sakit je lebih. lelemak still maintain.
kan best if sakit je maknanya dah turun 5-10kg ke kan. miahahhaha.

rasanya weekend nak ajak dotdot pergi massage la.
dah banyak kali dia ajak.
aku macam malas.
sebab aku ni kan trauma massage.
takut di bogelkan dan di uli-uli tetek, perut n bontot.
rasa macam digauli ok.
wah dan-dan guna gauli. tahajjud cinta sangat kan. ;p
tapi dotdot kata mana ada kena bukak baju. pakai la.
hmmmmmmmmm. ye ke. tak percayaaaaaaa.
tapi serious mau urut.
suruh noy dia takmo layan.
pijak2 pun ok la kan.
kalau dah kawin senang. boleh suruh dia je gauli urutkan.

12 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Kalo thai massage xde bukak baju, pakai uniform dia. Aku sukeee, maybe dotdot hang maksudkan urutan yg itewww kot. Mlm karang Tahajjud Cinta last episod eh? Penuh la TL aku nampaknye. Hihik.

farra8979 said... [Reply to Comments]

bukan kena pakai uniform dia ke? penah pegi kat tempat refleksologi skali dolu2. tapi sakit la pulak...

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

aku tau saket cane yg kangkang tu.
mak aku suro tuam dgn towel panas or botol mineral taruk air suam.

thai massage tak menggauli tet** ko la peej. xde makna nk bogel. ko suke je imagine lebih kan hahaha tp like seriously sedap n hilang lenguh la tapi kena thn sakit sikit (read: banyak)

Pnut said... [Reply to Comments]

ayat last tu i likeeee

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak Peej, jommm pegi urut. teringin jugak nak merasa orang urut yang kena tahan sakit ni..huhu. tetiba melaung sorang2 kat situ :p

Amni said... [Reply to Comments]

saya paling takut nak urut kak.. sebab sakit kot.. sekali jer pernah urutt.. rasa seksa jerr.. pergi massage kat spa? tak pernah lagi sebab tak de orang nak temankan.. huhu

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

dah kahwin sok, hilanglah segala sengal2 tu peej...;)tp sengal lain plak yg dtg...hahahaha

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Thai massage pakai baju dengan suar lahh. Kalau urut biasa tu, biasa pakai towel, tp nnt dia coverlah. takdenya dia biar ko terbogel2 gitu,. Hehehee

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku penah pi sekali spa bogel

memang best la dia gauli tetek wey! lepas tu tobat dah aku nak pi! kahkahkah!

demam tetek aku 2 minggu kena gauli!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, aunty suka massage orang kampung yang buat, kat spa tu untuk sedap bukan hilang sakit. Tapi kalau orang kampung urut memanglah kena bogel cuma pakai seluar dalam je sebab senang dia nak urut Dan sengkak perut.

nqr said... [Reply to Comments]

tradisional thai massage dia pakai baju

Tijah said... [Reply to Comments]

senak gua dengar ayat last tu. hiks

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...