Instagram : @peejburhan

sunway lagoon

noy tengah cuti.
dia ajak aku ke sana sini.
aku tak dapat nak ikut la.
sebab katanya nak kawin. mana boleh nak bersuka ria bercuti kan.
walaupun hati ini mau bercuti-cuti pantai. tsk.

sebab aku tak teman.
dia pun tak dapat la pergi. sian.
nak jugak berkepit ngan aku kenapa kan.
tiba-tiba dia kata jom pergi sunway lagoon.
malas la. tak kuasa aku. sebab time tu weekend.
then lenyap macam tu je la.

aku seperti biasa mana la reti tidur awal ke apa kan.
usually after subuh baru reti lelap.
tapi last monday langsung tak boleh lelap.
aku tengok pukul 10 macam tu dia bangun.
aku baru nak placing tidur la.
sekali dia ajak lagi pergi sunway.
siap please bagai.
aku dah la tak tidur ni.
dia kata takpa. dalam kereta tidur la.

so ok je la. muka seposen dia buat.
tapi dah katanya nak ke sunway.
terexcited la pulak. memang dalam kereta tak tidur pun. T_T.
ye la. sebab last aku pergi masa aku form 3 kot.
entah aku pun dah lupa.
boleh tahan dah berabad tu.

:: muka orang tak tidur 19 jam. ::

noy ada hati mau masuk semua park. RM75 ke RM80. lupa aku.
aku dah macam. sempat ke nak main semua.
takkan punya. nanti mesti penat. bukan kecik tempat ni.
nasib dia mendengar nasihat.
so amik 3 parks je. amusement, wet, wildlife park. RM60.
then pakai jam tu. RM10. tapi tu refundable la. kau pulangkan nanti dapat balik duit tu.

mula-mula ke amusement park.
masukkan bag dalam locker.
dah la mahal. rm5 sekali bukak je.
if nak simpan lagi. kena rm5 lagi.
so aku simpan je semua. so takda la pic ye.
so naik la segala benda tu. mengimbas kenangan lalu.
dulu naik segala benda tu rasa macam best gila je.
sekarang rasa macam biasa je. ceh.

aku dulu zaman kecik memang suka gila la naik semua rides ni.
1 benda aku akan naik 2-3 kali.
takda takut ke apa.
tapi dah tua ni. lain pulak.
kadar degupan jantung kencang lebih pulak.
serious yang rolles coaster train ke apa tu pun aku cuak.
sumpah terangkat bontot ok. rasa nak tercampak keluar aku rasa.
dah la scary lebih. sebab dulu kan pernah ada orang mati kan naik tu.
perempuan tu terkeluar daripada train tu ok.
tapi sekarang aku tengok train tu ada seat belt tu.
so ok kot. dulu takda.

naik log/balak tu pun aku suspen.
bukak suspen apa.
benda tu kan akan naik ke atas. tinggi ok.
siap bunyi ketak. ketak. ketak.
aku paranoid fikir what if benda tu stuck tetiba sebab tak dapat menampung berat badan aku ni.
pastu stuck dalam gua tu. takda siapa tau ke. eeeekk scary.
dah la ada second time naik tu.
dia macam bunyi ketak ketak ketak ketak.
dah 3 suku kat atas tu. tetiba macam tersangkut dalam few second.
tak suka. bunyi log tu macam seksa sangat nak angkut aku. hahahahha.

lepas tu nampak kapal. naik la kapal tu.
OMFG. sumpah lepas tu aku rasa nak muntah ok.
memang last la aku naik. takkan lagi.
dulu benda-benda tu bagi aku teruja.
ni bikin aku rasa jantung aku nak tercabut ada.

sorry memang takda picture la.
sebab semua dalam locker. jauh nun pulak tu.
and sebab ada games yang basah-basah kan.
ada yang berpusing bagai. siapa pulak nak pegang camera.
if pergi ngan ice mesti best.
sebab dia memang penakut.
so mostly dia takkan naik la.
boleh tolong amik pic n pegang barang. hahahhaa.
kijam kutuk kawan sendiri.
tapi serious masa pergi form 3 dulu.
dia memang tak main apa ok. naik yang mainan budak-budak je. pitams.

then ke wildlife park tu tengok binatang.
orang enjoy tengok. kita orang menggelupur.
sebab takut kot tiba-tiba ada burung, ayam ke apa macam ikut kita orang.
or datang dekat-dekat. ;p

around 2pm tu aku rasa nak pitam dah.
sebab ngantuk ok.
ngan rasa nak muntah lagi.
dengan penat berjalan lagi.

so kita orang ke wet park.
jauhnyaaaaaaaaaaaaaa nak amik locker. madafaka.
dulu ada locker belah dalam.
sekarang takda. semua kat entrance.
dah la berpusing dalam tu.
ngan carik tempat smoking.
penat tawaf. hujung baru ada.
settle smoke.
ke depan nak simpan barang dalam locker.
rupanya kat entrance ada smoking area ok. bengong.


pose kejap.
masa naik log tu. mamat jaga tu kong jaq ok.

mamat : wow besarnya love.
me : *dalam hati. babik lu* :)
mamat : love besar, macam betul-betul cinta n suka kan.
me : ye betul.
mamat : serious besar.

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
aku pun tak sure apesal aku beli design ni.
padahal banyak je lain.
sebab aku dah belikan dotdot, papa semua yang lawa-lawa.
konon taknak la design sama.
last2 aku amik ni.
what was i thinking? hahahaha.
noy cukup menyampah aku pakai shirt ni.
tapi hari tu kan dia pujuk aku pergi sunway lagoon.
so redha je la. miahahhahaa.

sewa pelampung.
yang single rm10 sewa. rm10 deposit. if pulangkan dpt la return.
if yang double rm15. deposit rm15 jugak.

ok la.
aku rasa buhsan kot.
sebab slide yang untuk waterfall keliling wet park tu dah tutup.
ada slide tinggi-tinggi tu.
aku tak naik.
sebab bukan takut. aku tak kuasa nak mendaki tangga-tangga tu.
dah macam tangga batu caves aku tengok.
sorry. memang tak la aku naik kan.

kerja adalah keliling waterfall tu la.
dulu best sebab ada flow. so kau baring je dia bergerak sendiri.
ni ada part tak bergerak. kena la tarik or tolak.
aku baru ingat nak bersantai n tidur je.
tapi takleh gak. sikit-sikit ada air terjun la. pancut sana sini.
masuk hidung air. T_T

then ke surf area tu.
jenuh dekat 30 minit tunggu.
ombak tak datang-datang. biadap.
dah la panas terik area tu.
air pun warm je.
last-last tak kuasa.

so makan.
marry bworn penuh.
so makan food court je.
nasi ayam rm15 tak silap.
biasa je.
dah la sos sambal pun takda.
dia bagi cili sos lingams ke apa je. bengong.
tapi kelaparang n main air kan.
so kebuluran. makan jugak la sampai abis.

then takda apa sangat.
bebalik pusing kat waterfall tu je la.
bosan gak la.
maybe if nanti zara sofea dah besar best kot.
melayang dia tempat bebudak ke kan.
orang dewasa macam kurang syiok je aku rasa.
aku rasa la.
maybe if ada suami nanti best sikit la kot.
boleh bercengkerama ke apa.

then mandi bla bla.
ramai jugak orang gilo.
noy siap nampak ada pompuan gendut berbogel kat changing area tu.
bogel telanjang bulat ok. T_T
aku nampak la few.
tapi takda la bogel abis.
tapi selamba la.
mostly adalah arab2 ni.
tebiat. idok le hot pun.
berlagak kau ye.
nasib aku gendut ok.
if aku hot. jangan kata kat changing area.
aku selamba bogel dalam sunway lagoon tu.
hahahhahahahahaha.
eh scary tu.




then ke mall bersebelahan.
aku pun tak sure tu apa.
sunway piramid baru ke?
tapi ada jusco. maybe jusco sunway. entah.


lepak kasi jam reda baru bergerak.
kadar tidak tidur pada masa itu adalah 29 jam. nice eyh.
tapi masuk kereta je terus aku terbongkang dalam kereta ok.
aku merasakan yang sampai rumah mesti aku terus tidur tak sedar diri.
sangkaan meleset. elok sampai rumah mata aku segar sudah.
apalah nasib.

ok tu je kot.
sunway lagoon biasa-biasa je la kot.
waterpark apa yang best eyh?

p/s : aku malas check typo. so pepandai la ye. ;p

9 Comments:

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

aku x pernah pegi sunway lagoon tau, lalu lalang pernah lah..tu pun dlm keta. maybe tggu anak aku besau skit baru aku pegi :) 29 jam x tido?? boleh tahan ko ek? kalau aku dah pengsan kot...btw, aku suka love besau tu..nice ;)

si cokelattte said... [Reply to Comments]

ahhahha.. gile bosan ko bercerita tuh,, aku dengar best je.. ke ko ngantok peej?? hahahah... sku hanya pecaye ko je.. sbb aku adalah pentakot tahap gaban.. aku tak suke tggi.. so aku mmg tak nak g sunway lagoon la.... aku tak penah g.. sbb tak sampai seru pon nak g.. lepas bace nih, lagi aku tak nk g.. ade gak aku terhumban dari benda tuh.. hahahah...babai peejj...

nUR_rOsALiNdA said... [Reply to Comments]

Baca enrty ni baru perasan..Aku pon dah lama tak gi Sunway...Apa la rupa Sunway skang ek

farra8979 said... [Reply to Comments]

owh x penah gak p sunway lagoon... masa dulu2 penah g sunway piramid je, tu pun skali..

cahya indah said... [Reply to Comments]

kte pun takut jugak kalau dengar bunyi ketak ketak ketak tu, macam asyik tanya 'okay ke tak ni?' kat dalam hati. rasa macam ada apa2 nak jadi je time kte naik rides tu.
hoh..yang kes orang jatuh dari ride tu dulu memang ingat smpai sekarang. tapi setakat ni takde la takut nak naik ke apa.

nak pegi la theme park, da lama sangat tak merasa adrenaline rush ni..hehe

nqr said... [Reply to Comments]

Nnt blk aku nak gi semula la lagoon

peej said... [Reply to Comments]

dylan - hahaha. besar sangat ok love tu. tapi takpa. menunjukkan i have a big heart kan. tak pernah pergi? ok la kot. if anak kau dah besar dorang seronok la kot main air. :)

rosalinda - takda beza sangat la. mostly games yang sama je. berkurang pun ye. cuma ada la few baru macam wildlife park tu, extreme, scream la apa. tu kena bayar extra.

farra - ok kot. entah la. tapi if nak merasa pergi tak salah. cuma tu la. quite mahal. bagi aku la.

cahya - kannn. pastu tengok pulak cerita final destination 3 kan pasal roller coaster tercampak la apa. scaryyyyyyyyyyyyy.

nqr - pergi la. bawak anak-anak kau. mesti meriah. if ada budak kecik best sikit kot.

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

bape fee dia eh skrg. kalau pompuan mengandungi bayi cam aku ni nak g sane ape je yg boleh dipermainkan?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hohoho sorry lah nak naik semua benda2 tu, lagi sekali tak akan, pengalaman masa umur 21 tahun masa duduk LA, US dulu pergi Disneyland naik roller coaster konon nak cuba sekali rasa nak tercabut nyawa tinggi Nya so sampai sekarang serik.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...