Instagram : @peejburhan

sambutan menggalakkan

eh ramainya tanya pasal tabita ni kan.
so aku buat satu lagi entry la.
kasi lagi detail.

ok kita mulakan ngan pic noy ye.
semalam aku buat entry dia taknak layan.
aku nak la letak pic dia kan.
hari ni mood dia ok pulak.
so dia bagi permission letak pic dia.
aku letak.
mostly adalah personal pics dia.
memang tak share ngan sesapa.
sebab siapa tak stress muka teruk kan.
so korang tengok la sendiri ye.


muka tak make up.
tapi ni pic last year la.
try carik lain takda pulak.
pic ngan ceceh n arwah putih. tsk.
nampak kan acne scar banyak.

yang bawah ni pula dia baru email aku.
pic dpd hp dia.
bayangkan ni dah full make up ok.
tak dapat nak cover.


zaman yang dia sangat la stress.
sebab dia kata acne scar dia dah macam rupa jambang.
yang bawah ni pulak pic amik tadi.
amazing kan.
almost dah clear semua.
tinggal sikit je.
ni baru pakai sebulan lebih.


oh excuse the oily face.
sebab baru lepas cuci muka semua n apply day cream dia.

ramai email tanya macam-macam.
aku nak terangkan details pun tak reti.
sebab aku ni bukan pakar kecantikkan ke apa.
so aku google pasal tabita ni.
so tepek sekali la sini kan.

Tabita Skin Care TABITA Skin Care adalah produk kecantikan yang dapat mengatasi berbagai masalah kulit yang anda alami, seperti:
  • Menghilangkan jerawat
  • Meratakan lubang bekas jerawat
  • Menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah dan pigmentasi/ warna kulit tidak rata
  • Menghilangkan bekas jerawat
  • Memutihkan kulit
  • Memberbaiki kulit Kusam
  • Mencerahkan warna kulit
  • Mengecilkan pori-pori
  • Membuat kulit tampak bercahaya
  • Meremajakan kulit
  • Menegangkan kulit, sehingga anda terlihat lebih muda.
TABITA Skin Care menggunakan ekstrak pepaya sebagai bahan utamanya, ekstrak pepaya sudah sangat dikenali khasiatnya untuk mencerahkan kulit dan mengatasi pigmentasi serta menstabilkan keadaan kulit (yang berminyak jd normal, yang kering jadi normal) sehingga membuat produk skincare sesuai untuk semua jenis kulit dan semua jenis masalah kulit.
Selain ekstrak pepaya, juga mengandung vitamin A, C, dan E. Vitamin A dapat membantu untuk mengeringkan jerawat dan membuat jerwat enggan muncul lagi. Vitamin C sangat berguna untuk mencerahkan warna kulit secara alami, sehingga warna kulit tidak putih pucat, tetapi putih merona dengan sentuhan pink segar merona di pipi anda sehingga kecantikan anda terlihat semulajadi, tidak seperti menggunakan ubat-ubatan kulit lainnya dan tentunya tidak membuat ketergantungan. Tidak menggunakan bahan-bahan yang berbahaya seperti MERCURY dan HYDROQUINON yang saat ini banyak digunakan oleh produk-produk kecantikan. Zat berbahaya ini dapat menyebabkan ketergantungan bahkan KANSER KULIT. Perlu diketahui bahwa ciri dari ubat yang menggunakan MERCURY/ HYDROQUINON biasanya pada masa pemakaian, wajah akan menjadi merah dan dilarang untuk terkena sinar matahari langsung. Tetapi TABITA Skin Care tidak demikian, dengan bahan semulajadi yang diracik secara profesional. Semua Produk TABITA Skin Care sangat selesa tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk semua jenis kulit (NeutraL).

source : here


aku faham.
ada yang komen entah ada kandungan itu ini.
aku pun masa pakai rasa. ish ni asid ke apa ni.
tapi bila baca rasa ok.
n boleh gak orang kata.
alah, nak jual mesti la dia kata semua ok.
as for me, kalau benda tak bagus takkan ramai pakai.
ada reader aku yang kata dia pakai tabita ni dah 2 tahun.
ok aje.

tapi apa-apa pun masing-masing penerimaan kulit berlainan kan.
lain orang, lain kulitnya.
maybe ada orang pakai tak kena ke. Wallahualam.
so far aku n noy ok la.
tu yang share ngan readers tu.
sharing is caring.


regular set. new packaging.
yang aku n noy pakai tu packaging colour oren.
tak silap dalam market ada 2 je.
satu regular ni. 1 lagi exclusive.
kandungan sama. cuma beza botol je.
regular botol plastik. exclusive kaca. if tak silap la.
tapi yang regular kita orang pakai ni pun botol cream dia kaca.
tak faham aku.
dulu ada ekonomi pack. trial kot.
tapi noy kata agent tu kata dah takda.
if ada orang jual lagi pack tu maknanya tu stock lama.

yang aku tau harga market kat malaysia setelah di survey.
ada kata regular rm350. exclusive rm450.
tapi masa nak beli hari tu.
yang jumpa memanjang regular pun rm400+
bila mintak kurang. dia kata harga promosi rm380.
then noy kata la ada orang jual tak mahal macam tu.
siap kena sound ok. kata if nak yang murah tu, pergi la kat orang tu.
ewahhhhh.

n noy dapat beli akhirnya ngan harga yang tak mahal mencekik macam tu.
n since ramai email, message semua.
so decide untuk tolong la belikan.
tapi like i said earlier, tak boleh nak tolong banyak pun la.
ni pun noy bising. dia kata aku promote lebih, sekarang dia kena jadi courier. ;p

so sekarang ni ada waiting list. heheh.
untuk this week. memang dah full list.
next week kena susun ikut turutan. siapa dulu, dia akan di layan dulu la ye.
oh if nak. noy boleh dapatkan dengan agent. harga ialah rm300

if anything.
korang boleh personally email me.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : tabita.

satu lagi we dont do delivery tau.
if berminat self pick up to any venue near our place. :)

ok la tu.
itu sahaja buat masa ini.
sekian terima kasih.

edit : ok aku baru dapat reply email half je. banyak sangat pulak. so far for next week dah full. so far waiting list dah ada untuk 1 months akan dtg. if korang sanggup tunggu then only proceed with the email. if not try carik source lain k. sorry for the inconvenience. 


edit 2 : ok aku dah pening. mix up the date. remaining nanti aku reply. sorry again.


edit 3 : 10.00 am 20 oct 2011 - waiting list - CLOSED. will inform kalau bukak balik ok. thanks.




9 Comments:

Liyana said... [Reply to Comments]

me likey this entry.teringin sangaaaaat nak pakai but as for now i tgh use dalacin t and retin a.ni ubat for acne gak ni.penah jadik mcm kak noy yg bekas acne yg horror smpi hilang confidence level.g specialist every month tapi kopak gak ar tetiap bulan kan pas2 still kuar gak sikit2 jerawat sialan ni.hahaha

pastuh pegi farmasi guardian/watsons and beli retin a and dalacin t. dia cream and toner for acne.effect dia bagus gak ar.dia ratakan bekas jerawat.after seminggu terus lalalala lari anak atas awan~ heeeee

ni lepas kak peej dah promo tabita teringin gila lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh sebab tgk dpt hilangkan terus bekas jerawat kan.isk isk isk.thanx for the review kak peej.appreciate is so much. sila jadik agen lama sikit yer,manetau teringin gitu :D

FMT said... [Reply to Comments]

saya dah baca dua2 posting peej pasal tabita ni. Saya nak sangat beli. Sedihnya, saya takda di Malaysia. Saya dah tak larat nak try2 lagi product2. Dari yang murah sampai yang kat kaunter2. Semua dah try. Thanks peej share pasal product ni.

cik chinta said... [Reply to Comments]

saya nak masuk dalam list tu tau, saya da emel pon :)

~ SueHarriz ~ said... [Reply to Comments]

huaaa nk try jugakkkk..cmbest je kann

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wah dah boleh jadi penasihat kecantikan la. Aunty memang tak pernah ada masalah pada muka dari kechik sampai dah tua, tapi aunty suka tengok orang muda muda jaga kecantikan diri.

ceera said... [Reply to Comments]

muka aku dulu lagi teruk dari noy, serius!

Zue-rouge said... [Reply to Comments]

peeja, i'm your silent reader, and nak orderrrrrrrrrrr pleaseeeeee

boleh selit dlm wait list lagikah?

shuweet said... [Reply to Comments]

amaaaazzziiinngggggg.....

weirdwEEda said... [Reply to Comments]

sy nk share link seller tabita ni dgn yg lain bole?lepas baca entry peej yg lepas sy google n jmpe seller ni http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001187098184

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...