Instagram : @peejburhan

ops delete.

aku adalah hangin satu badan ni.
hangin ngan fb.
dah la semakin lama semakin ramai dalam list tu.
ok takda la ramai mana nak banding ngan orang lain kot.
tapi bagi aku dah cukup ramai n merimaskan la tu.
nak tengok update yang betul-betul kawan aku pun dah payah.

ok takpa. suka la.
orang nak add. kita approve je la.
if ada some of u yang add. tapi still pending.
adalah sebab dah la takda mutual friend. pastu takda sebarang message mengenalkan diri ke apa.
kadang-kadang aku tengok fb ni pun gila.
orang bagi message.
aku tengok kat web takda pun.
tapi tiba-tiba kat bb ada notification.
kau rasa kau dah baca semua.
tapi still ada icon tu.
terpaksa la scroll carik mana silapnya.
tiba-tiba terjumpa msg orang ke apa yang dah 2 minggu lepas ke apa.
eh semalam ada msg mamat omputih mana nak berkenalan.
katanya jangan jadikan warna kulit penghalang. gilo.

ok bukan nak cerita pasal tu.
semalam tengok kat feed.
ada la keluar feed tah manusia mana.
bukak la fb dia.
bila bukak yang boleh tengok wall je.
dah la bahasa kew lew yew jew aq an an an.
pic semua takleh click.
katanya hanya share ngan orang tertentu je.
nak je aku lempang sampai berpusing.
dah la kau yang add aku.
pastu nak hide bagai kan.
yang kelakar tu. macam ke life dia best sangat nak hide.
cibai ok.

aku takda hide apa ok.
dulu ada la jugak buat.
few years back la.
sekarang tak. malas aku.
bagi aku apa nak sorok.
lantak la.
if betul aku rasa taknak share.
so pic tu memang aku sorang je la boleh tengok.
biar semua tak boleh tengok.
baru la adil dan saksama.
kalau aku ustaz shauki ni. mesti aku adil terhadap ke semua isteri2 aku. heheheh.

satu lagi tag photo.
ada sesetengah orang bijak.
tag photo dia takleh tengok.
ye la. tag ni kan takleh kawal.
kadang-kadang orang tag pic horror.
nanti orang tengok abis la kan.
so xleh tengok.
tapi if rasanya budget lawa. baru dia masukkan dlm album dia.
tak pun pepandai la dia edit or crop supaya nampak lawa.
harus di puji kegigihan itu.
tapi yang kelakar. nak lari mana pun mutual friends kau.
so kau sebenarnya dah dapat tengok segala original pics tu. miahahaha.
some people ada perasaan insecurity yang tinggi kan.
aku pun ada x suka pics yang orang tag.
sebab macam haram sungguh ghupe aku. gergasi gorgon.
tapi nak remove tag rasa bangang pulak.
mcm kau xleh menerima diri sendiri kan.
so lantak situ.
ok memang la tak salah nak edit pic semua.
hak masing-masing kan.
tapi why delete/hide the original photos?

so ni aku menjalankan operasi mendelete manusia yang nak private sana sini ngan aku.
so far dah delete almost ten.
tak semestinya nak hide je.
ada yang kawan lama. tp bila jumpa aku kat luar dah dekat 5 kali.
tapi buat-buat tak nampak aku.
nampak kot buat-buat paling muka.
can GTH jugak.
lantak la nak sentap ke apa.
daripada aku yang sentap kan.
lagi pun fb aku bukan ada apa menarik pun.
nak stalk kat blog aku pun boleh.

ok sekian hangin satu badan untuk kali ini.
sesiapa yang dalam list aku before this.
sekarang tak.
takziah ku ucapkan.

11 Comments:

ezanoor said... [Reply to Comments]

jangan delete saya... nanti dah takde jiran sims... keh3

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

tapi mendelete tu kerja berat kan... huhuhu dapat sehari 10 org pon dah mcm nk buat kenduri kesyukuran dah =p

me suya said... [Reply to Comments]

me too.. kang susah nak g umah org kaya kat sims social tuu peej :P

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Jangan delete aunty sudah, orang lain lantak pi la depa.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku kena ke dlm ops ko ni?setahu aku aku x hide unless org tu aku dh add as friends...tp aku pn jarang dh upload pic kt fb, fb dh x best

yana halim said... [Reply to Comments]

tak termasuk dlm list untuk didelete oleh peej burhan. Alhamdulillah.... hehe. :P

sI tEDI said... [Reply to Comments]

wah wah wah..
peej layan Tahajud Cinta. hahahaha

yg nak dok hide2 tu bajet mcm pemes kalah selena Gomezlah!! heheheheh

a.k.a Myqza Ibrahim =))

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kalau aku ustaz shauki ni. mesti aku adil terhadap ke semua isteri2 aku. heheheh.

kau tak bagi aku sentap bab ustaz sauki tak bleh kah?


kau janganla delete aku, dah la jiran sims aku tak ramai, pastu kan aku manada hide-hide. aku mengamalkan dasar buka pintu.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

sib baik aku xde facebook :) x pasal2 ko terdelete aku skali

Lya Colours said... [Reply to Comments]

hurghh nasib saya x kene delete. hahaha
saya takde nak hide apa2 pon kecuali tag pic la. sebab anak2 sedara ni kang tanpa sedar suka suki muki dia je upload pic kita tak pakai tudung, pastu tag kat kita plak, hampeh btoi

Azza Azman said... [Reply to Comments]

azza tak suka yang yew kew mew aq an an an tu... macam mengong...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...