Instagram : @peejburhan

nasib tak rentung. tsk.

seharian tak sempat online.
semalam aku tidur after subuh.
around pukul berapa tah tiba-tiba bunyi ketuk pintu.

papa : pija. kau ada tutup internet tak? tak boleh online kat bawah.
me : takda la. mana ada off.

sambung tidur.
then noy bangun.

noy : pija. apesal tak boleh bukak semua ni? semua tak menyala.
me : kenapa pulak? aku online pagi tadi ok je.
noy : ni tak boleh.
me : terbakar kot belakang.

main plug adalah belakang noy punya 4 doors cupboard.
so kita orang gigih la tolak ke depan sikit.
berat gila ok. dah la baju minah tu sarat dalam tu.
alihkan sikit. noy jenguk.

noy : OMG. terbakar!!!! hitam rentung.
me : serious?

so turun bawah ngadu kat bawah.
terus mama suruh call electrician.

actually dah seminggu dua.
yang mama. sikit-sikit dia pergi belakang plug kat tv bawah.

mama : *hidu-hidu* bau terbakar la nak. risau mama.
me : ye ke. mana ada. hancing ada la. bau kucing?
mama : tak la. ni bau terbakar.

dia siap bising kat papa.
papa amik torch light check la apa.
takda apa.

then kadang-kadang aku online ada la bau terbakar.
aku ingat bau kipas yang dok tala kat muka tu.
sebab bila tutup elok pulak takda bau tu.
bau macam plastic terbakar macam tu.

dalam few days back pun macam tu.
P.G tengah online.
dia tak tahan bau tengit tu.
dia kata, ish bau apa ni?
yang aku. "tu kipas tu. entah la. kau tutup la. nanti tak bau".
berlarutan la. sampai la ke siang tadi.
rupanya ini yang terjadi.



scary kan.
even kok keong yang buat kerja tu pun dok geleng kepala.
dia kata berat sangat tu. tu yang sampai terbakar. T_T
selama ni tak perasan. rasa ok je.
bila dia cakap tu baru la kira.
boleh tak daripada main plug tu aku guna sampai 5 extension tu.
1 extension ada 3-4 plug.
ye la banyak kot guna.
bilik ni dah la ada dua je plug dinding.
satu lagi tu belakang pintu.
sebelah wardrobe.
nak guna untuk apa pun.
so semua guna yang tu je. then aku sambung-sambung extension tu.

pc pakai 3 plug termasuk sub woofer.
then unifi pakai 4 plug termasuk telefon.
kipas pakai 2.
hypp tv, dvd, lcd tv.
1 extension lagi untuk charge segala phone, gadget, hair dryer ke apa.
pitam.
memang berat la kot.

tapi memang takut la memikirkan.
sebab tadi alihkan almari.
almari pun dah hitam bekas terbakar. besar jugak la.
nasib almari.
bayangkan situ letak sofa ke apa. kena api tu.
elok mati terbakar dalam tidur je.

dah la tidur mampus.
ye la. mama kat bawah boleh bau terbakar.
aku n noy elok dok dalam bilik takda bau ke apa.
if bau pun fikir lain la apa. T___T

ni tengah kepenatan ni.
sebab ubah position bilik semua.
so ni lapang sikit la.
cara pakai extension pun dah ubah.
lantak la melintang ke apa.
janji tak kebakaran lagi sudah.

but Alhamdulliah semua ok.
nothing serious.
ish nasib tak jadi apa. Nauzubillah.

tadi noy mengadu nasib kat huda dalam BBM.
huda tanya aku ok ke?
nasib tak jadi apa-apa. nanti tanjat dotdot.
noy kata ok la. baru la kerisik.
T_T
kong jaq.

ok la. keletihan.
mau mandi.
lengas bermandi peluh n main habuk tadi kemas bilik ni.
penuh bulu kucing n habuk rokok. heh.
ta-ta.

10 Comments:

Amni said... [Reply to Comments]

bahayanya kak... Baru semalam ada kes kebakaran sebab ni kak.. 3 rumah kedai hangus kat area sy ni.. Rumah lately asyik putus elektrik.. Risau jugak ada plug yg problem.. Fuh! Memang scary!

peej said... [Reply to Comments]

tu la scary sangat. nasib takda apa jadi. kalau la terbakar time tengah tidur ke apa kan. Nauzubillah.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

uishhh mmg berat la mcm2 ha sambungan dia....mmg kan ade ckp satu suis x leh byk sgt pki brg letrik...alhamdulillah korg cpt perasan...

agaknya yg kesah terbakar bagai tu salah satu sebab mcm ni la ko erk..nauzubillah..

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kerisik???


hahahha!

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

scary! Alhamdullilah, nasib baik korang sefamily xde ape2.

si cokelattte said... [Reply to Comments]

bahaye la wei ko ni... adoi.. sila check sume plug2 yang korg sambung2... sume skali.. umah ko dahla ramai org.. netau ade yang tak bukak ke.. mcm laptop charger ke,,, hp charger ke.. sila check.. ade kes umah rentung bcoz charger laptop tak bukak2... sila check ye peej... pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku yang chumell.. hehehe =p

cahya indah said... [Reply to Comments]

ohh takut baca ni..nasib takde apa2 kak Peej, alhamdulillah. lepas ni semua main plug nak kena ada dalam view..

Hazey said... [Reply to Comments]

Sib baik cepat dapat tau, dah la u tengah 'darah manis'.. hati-hati, peringatan untuk semua juga.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Nasib tak jadi litar pintas, selalunya kalau terbakar dikawasan perumahan disebabkan litar pintas, syukur tak jadi apa2.

peej said... [Reply to Comments]

buyui - tu la kan. tsk. perasan apanya. sebab tak boleh on suis la. nak main pc. tu pun nasib dia terus mati terus. if keep on terbakar ke apa. tsk.

rara - amboih suka nampak.

dylan - kan. :|

cokelatte - tu la. terus trauma ok. semua aku tutup la apa. siap make sure plug dah tak tersorok la apa.

cahya - tu la. tu semalam kemas bilik semua alihkan perabot. :)

hazey - hahhaa. baiklah. kan i darah manis. mama kencing manis. banyak kemanisan dalam rumah ni.

sh rosidah - tu la kan. takut sangat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...