Instagram : @peejburhan

meremang segala bulu yang ada.

tadi ice n huda datang rumah.
elok lepas maghrib kita orang keluar.
plan nak ke klcc.
naik kereta noy.
sebab kereta ice penuh sebab dorang baru balik daripada ikea.

keluar rumah tengok gelap gulita.
lately ni tnb lambat bukak lampu jalan.
takpa la. keluar je.
sementara tunggu ice bukak segala lock kat kereta noy.
me n noy smoke kejap tepi kereta.

then gerak.
jalan mostly gelap je.
lambat bebenor bukak lampu.
sekali tak sampai few minutes noy jerit.

noy : OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cicakkkk. sumpah saya tak tipu.
me n huda : aaaaaaaaaaaaa. mana? mana??
noy : kat depan tu. kat depannn. depan kau pija. cicak besarrrrrrrrrr. i'm not kidding.
me : mana? mana?

sambil jenguk tengok depan.
aku terbayang cicak tu kat depan cermin tu.
kat selalu ada cicak la apa.

noy : pijaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! depan muka kau laaaa.
huda : uwaaaaaaaaaaaaaaa. manaaaaaaaaaa.

semua dah menggelupur.

noy : depan. kat seat depan kau. kat kepala ice tu.
ice : haaaaahhh? kau jangan noy.
noy : betulll. sumpahhhh. ni bukan cicak kecik tu. ni cicak besarrrrr gila.

semua dah menjerit-jerit.
suruh berhenti tepi.
aku memang dah rapat ke noy taknak pandang.
sebab noy kata depan aku.
aku terbayang dia melompat ke aku.

ice bawak laju. melampau.
carik tempat nak berhenti.
badan dah merapat ke steering.
sebab dia terbayang bila noy kata kat kepala dia tu.
betul-betul rapat. n terbayang besar biawak. pfffttt.
melampau ok biawak.

ikut aku rasa nak terjun daripada kereta.
biarlah berguling-guling kat jalan raya tu macam timun.
tapi nanti tak sempat kawin lak. hahahhaa

ice bawak laju n kona lipat semua.
kita orang berhenti kat area LRT putra.
semua menggelupur keluar kereta.
time tu takda siapa nampak lagi cicak tu except for noy.

so bila keluar.
amik torch light n suluh.
semua melompat-lompat.
ice tu penakut gak.
tapi boleh harap la untuk menghalau.
tapi half way.
sebab dia bukan berani pegang.
dia tolak pakai steering lock.
tapi sebab gelap.
tak tau ke mana menghilang cicak tu.


berkampung luar kereta trauma.
ada dua tiga orang la tanya kenapa? apa masalah.
ice cakap takda apa.
cea jaga macho.
ye la. tah2 orang ingat haiwan berbisa ke apa.
tapi sekali cicak je weyh. hehehe.
tapi stillllllllllllllllllllllllllllllllll.
yang cicak pun. apesal kau nak naik kereta hah?

n kan masa aku jenguk yang noy terjerit-jerit.
memang patut dia jerit.
sebab cicak tu memang inches away je daripada muka aku.
n sila tengok cicak tu besar mana.


noy kata masa dia nampak tu. dia kat bahagian head rest tu.
memang depan muka aku.
bila jerit.
dia naik kat belah atas. siap mencodak je kepala.
amboih.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
dah la ni bukan macam cicak rumah tu.
cicak rumah kan warna macam kuning2 light brown tu kan.
ni jenis macam dark brown.
n badan siap ada corak-corak.
selalu if aku siramkan pokok mama.
selalu nampak cicak ni kat dinding tembok dekat ngan area pokok-pokok tu.

i tweet about it.
ramai kata ntah-ntah cicak tokek.
if jual kayo.
tak kira la kayo tak kayo. takut hokey.
yang ice kata cicak tu lawa. boleh bela.
hek la.

sumpah lama gila kat situ.
even cicak tu dah hilang daripada pemandangan.
tapi dapat merasakan dia ada lagi dalam kereta tapi menyorok.
terrifying weyh.
rasa macam nak tinggalkan kereta itu dan berlari balik rumah.
gila drama.

so cancel pergi klcc.
aku kata aku rela naik lrt weyh dpd naik kereta.
tapi ice paksa gak naik.
sebab dia dah check bawak kerusi semua takda.

so lepak dekat area rumah je.
tempat makan yang ada carwash.
dengan harapan time vacuum tu pintu semua terbukak.
dia keluar.
or dia tersedut ke apa.
aku membayangkan cicak tu cuba melekatkan diri.
tapi pipi n badan dia semua bergegar-gegar sebab nak tersedut. hahahhaa.

perjalanan dpd situ ke tempat makan tu sangat la terasa lama.
aku n noy dok berhimpit bersila. huda pun.
then tak berani nak sandar ke apa.
mana tau dia ada kat sekeliling tu ke.

ice pun pecut melampau.
tapi perjalan yang 5-10 minit tu.
terasa macam nak pergi perlis jauhnya.
yang noy siap standby pegang magazine yang digulung n torch light.
tak aman betul rasa.

hopefully dah takda la cicak itu. tsk.
tapi ku rasakan dia masih ada.
help! help! help!

macam mana nak buat nak make sure dia keluar or mati ke apa heh?
anyone?

nota buntuit : esok siang kena check out la.

14 Comments:

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

pancing guna cicak betina.

or pancing guna lalat







macam terel plak aku. kehkehkeh! seb baik cicak tak naik atas kepala kau. seriously badan dia macam getah2 melekap sejuk-sejuk tau. aku penah kena cicak jatuh atas kepala! gila trauma!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hohoo, aunty pun pernah ada pengalaman macam tu menjerit jerit dalam kereta uncle tok sah cakaplah mengamuk ada ke dia cakap aunty macam orang kena sampuk padahal cicak kecik je eh mestilah kita takut. Bila dia dah fedup aunty jerit jerit dia cari tempat untuk berhenti malangnya cicak dah hilang entah kemana,terus dia membebel aunty buat dek je.

me suya said... [Reply to Comments]

kelakar sangat baca ni peej.. tp Suya wonder gak la.. what happen if bende ni jadi kat myself.. menggelupur la gamaknya~

cik chinta said... [Reply to Comments]

lerrrr...drama sunggoh

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

baca twit ko semalam hehe
ish kalau aku, jgnkan cicak, spider pon aku terasa cam merayap2 je kat tengkuk even dah halau keluar huhu mmg scary la tapi bab tergolek cam timun tu xbleh blah... ko mmg imaginasi menjulang, kan! haha

ceera said... [Reply to Comments]

hahahaha
tak pasal2 je, pasal cicak terus tak ke klcc.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku troma ok ade cicak biawak sume...aku pn byg cicak tu mcm biawak..tgh drive bahaya la tetb ade kan..ok x mau imagine lebih2 aku dh geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Aidah said... [Reply to Comments]

Akak pernah ada pengalaman cam tu. Cicak tu duduk kat macam air vent kat dash board tu tak nak keluar. So akak beli perangkap cicak cap ridsect tu dan letak dalam kereta semalaman. Esok pagi tu tengok dia dah terlekat kat gam pada trap tu. Lega rasa. Akak sangat2 takut dgn cicak ni.

Pinkwatch said... [Reply to Comments]

ko nmpk tak cicak tu kluar? klu x, aku rasa dia ade lagi kat dalam tu... aku pernah cicak masuk kereta.. menjerit2 gitu jugaklah.. tp menatang nie susah nak kluar.. hari tu ape aku buat, kan ade yg kertas perangkap lalat yg warna coklat, yg busuk bau mcm ikan kering tu kan... lepas tu dia bergam2 kan.. aku ambil kertas tu dan letak pada dash board kereta.. tak lama pon.. aku letak petang, esok paginya dah masuk perangkap cicak tu... aku rasa cicak tu cicak pokok.. kalau nak lagi cepat.. perangkap lalat tu ko bubuh kat dapur rumah, klu boleh tangkap lalat sekor dua lagi bagus sbb umpam cicak tu, dah ada lalat tu, ko letak perangkap tu dlm kete ut perangkap cicak pulak.,.. tp bear in mind, klu cicak tu lekat kat perangkap tu, dia takkan mati lagi, cuma dia keras kejung kt situ takleh gerak... so ape ko buat, ambik perangkap tu kasik kucing or buang dlm tong sampah or buang dlm longkang... hehehehehe... sekian, daripadapenggeli cicak tahapgaban...

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

Cicak nak ikut gi jalan2 tuu..klakar

DD said... [Reply to Comments]

OMG i feel you. terus rasa nak komen. Pernah sekali aku dgn kawan2 masuk keta nampak cicak brown mcm tu la kat parking lot 1U ke mana tah. Siap jerit amik baseball bat bagai. Orang siap tanya dah kenape, jawab slow je... "cicak bang". Tapi kitorang nampak cicak tu lari keluar keta lepas kena halau. Kalau tak, nak balik naik teksi.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

terbayang besar biawak. pfffttt.
melampau ok biawak.

LOL....

Hariq-Sha said... [Reply to Comments]

*terpaksa tahan gelak sebab boss ada kat ofis*

lawak betol lah korang. teringat masa skolah dulu, tengah lalu kat susur gajah nak ke kelas, skali tiba2 terasa ada benda jatuh atas kepala. pastuh dengan selamba, pergi lah pegang benda jatuh tuh nak tahu apa, skali cicakkkkkkkkkkkk!! yarabbi, dahlah awal pagi, sorang2 lagi kat skolah tuh, memang meraung2 macam kena sampuk.

i hate u cicaksssss!

HaNa NyoTa uHArA said... [Reply to Comments]

aku penah kene weyh..lagikla melampau..masa tu aku on da way nak pegi keje lalu jalan bandar tasik selatan..drive sensorang.. elok feeling feeling nyanyi layan lagu kat radio tetiba cicak besar ada kat stereng pandang muka aku, ntah dari mana datang nye.. aku jerit la mcm org gile..seb baik tak eksiden ke apa kan.. kusss semangat..!!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...