Instagram : @peejburhan

lihat kulitku...

semalam aku ada tweet pasal skincare.
nak jawab semua kat tweet agak letih la.
n rasa tak puas kan.
so aku kata nanti akan buat entry.
sementara rajin ni buat je la kan.
kang lupa pulak.

ok mula-mula aku cerita macam mana stumble ngan skincare ni.
noy since 2 year ago ada acne prob.
tiba-tiba aje.
n adalah sangat horror.
dulu ada pic. tapi mostly dia dah buang sebab tak sanggup tengok.
serious penuh jerawat merah-merah semua tu ok.
kalau selalu iklan jerawat yang orang hitamkan mata ke apa tu kan.
ha macam tu la teruknya.
memang stress gila la dia.
ye la. daripada muka takda prob jadi macam tu kan.
dah la kerja dia mana boleh macam tu. tak pasal boleh kena grounded.

apa je dia tak guna. macam-macam ok.
semua suku je. sebab tak mujarab. ada yang bertambah teruk ye.
lepas tu dia pass la kat aku or mama.
body shop, eucerin, clinique, mark n spencer, sothys.
sothys tu siap pakej facial semua beribu.
last-last treatment yg ke empat budak tu suruh dia pergi skin specialist.
sebab dia kata prob noy ni dalaman kot.

ba bla.
so jumpa la doktor.
bagi la ubat segala. n doktor suruh pakai cleanser cetaphil ke apa nama tu.
sekali pergi almost 300+ la.
ok getting better.
then pergi jugak laser untuk acne scars tu.
sekali laser rm300+. dia pergi 3 kali kot.
ok la muka dia.
tapi still kadang-kadang muncul la jerawat merah 3-4 ketul.
acne scar pun ada few.

tengah lepak dengan kawan dia yang jija tu.
jijah tu tanya. noy pakai skincare apa.
noy cakap la bla bla bla.
dia kata try la tabita. indonesia punya.
dia kata budak AA semua pakai tu.
memang muka semua jadi lawa.
semangat dia tunjuk muka-muka crew budak AA punya muka before n after.
dia suruh try carik.

so balik tu google la.
nak check mana boleh dapat produk tu.
memang banyak.
tapi mostly rm400+
siap ada saloon few artis pun jual. tapi gila sampai rm600+ ok.
hoih.
sebab jija kata ada crew AA ni jual dalam rm300+
tapi tak tau pulak bila nak jumpa n all kan.
jadual bukan sama.

so noy tanya kawan dia yang kat indonesia.
tanya sana sini. n google semua.
so dapat la beli ngan harga yang tak berapa mahal.

so sama-sama la aku n noy pakai.
start pakai 2 hari sebelum raya.
aku pakai hari ke empat aku stop.
sebab time tu, orang tu salah bagi.
dia bagi 2 toner instead of 1 lagi cleanser tu.
so cleanser kita orang pakai cetaphil.
aku stop sebab muka aku macam naik gatal.

muka aku ni memang sensatif terlebih.
aku memang tak boleh la pencuci segala ni.
mesti akan naik macam gatal2 tu. selalu takda la banyak.
ni penuh muka. scary kot.
dah la mak nak kawin kan uolls.
aku stop je, elok ok dah xde gatal2.

noy teruskan pakai.
OMG. within 2 weeks jadi lawa gila ok.
semua orang yang jumpa akan tanya.
ni bukan exaggerate.
sebab siapa kenal memang tau la macam mana muka dia problem.
semua tanya pakai apa.
n bila cakap baru pakai 2 minggu orang macam tak percaya.

tapi biarkan la di situ.
sekarang ni kira dia dah pakai sebulan lebih la kan.
macam licin. jerawat memang dah takda dah.
acne scar rasanya ni tinggal 1-2 je kot.
sekarang make up dah tak perlu foundation pun.
pakai compact je cukup.
kemain pompuan tu.

ish takleh jadi ni.
jealous mak nok. nak flawless pleaseeee.
terus aku nak try jugak.
sebab mana tau kali ni ok.
sebab cleanser tabita dah ada.
mana tau hari tu aku x kena ngan cetaphil tu ke.

so aku pakai la.
day 3 tu ada la gatal sikit. tapi 2-3 ketul je.
tapi aku gigih jugak sambil fikir. ni mungkin dia tengah bertindak.
nak bunuh segala bakteria ke apa. wahhhhhhhhhhhhhhh.
tapi bila cuci malam tu. pakai night cream semua. ok balik.
sekarang Alhamdulillah ok.
dah sekarang tengok muka sendiri terkagum-kagum.
sebab aku baru pakai seminggu lebih.
ini hasilnya.


teruja kannnnnnnnnnnnnnn.
paling best last saturday pergi kenduri umah acu tu.
esoknya cousin aku tulis kat wall fb.
pakai skincare apa? sebab nampak kulit aku n noy glowing sangat.
wahhhhh. suka tu. noy memang la.
tapi aku yang baru seminggu lebih ni glowing?
*menari guyang buntuit*

aku muka takda la prob sangat.
tapi aku banyak open pores. n dark circle aku amat horror.
siapa follow tweet aku tau la.
sebab aku ni lepas subuh baru reti tidur kan.
so kalau takda dark circle tu memang hebat la.
paling teruk mata kiri.
sebab ada macam kesan melecet sebab aku suka gosok mata melampau.
so hitam lebih.
segala cream aku pakai takdanya hilang.

masa aku pergi laser hari tu.
dia tanya apa main concern aku.
aku kata dark circle je la. lain takda.
dia kata tu tak boleh buat apa.
tu sebab life style.
so dalam darah tu.
iyelah. mak redho uolls.

tapiiiiiiiiiiiiii. dengan tabita. iya berkurang ok.
before this kat situ macam kering. n siap rasa macam ada lapisan tebal.
macam gelap, kulit mati ke apa. entah.
so pakai tabita ni. lantak. aku sapu jugak cleanser n toner n cream kat bawah tu.
va va va. kurang. me loike.
belah kanan tu macam dah takda sangat kan?
kiri je la still ada sikit.
tapi takpa. harapnya nanti akan ok jugak. :D

oh ye. muka kat atas ni tak make up apa pun ye.
pic tengah bersantai n kagum ngan kulit sendiri maka vain kejap n tweet. ;p

tapi. i have to tell u la.
tabita ni seksa gila weyh pakai.
sebab dia macam akan bagi kulit mengelupas ke apa tu.
so memang perit n rasa macam ditikam-tikam bila pakai cleanser n toner tu.
bila dah apply day cream or night cream baru la legaaa n sambung bergembira.

kelakar pun ye.
sebab everytime kita orang abis cuci muka.
or tengah apply toner.
mesti akan.

me : Ya ALLAHHHHH! Ya ALLAHHHHH sakitnyaaaa. seksanyaaaaa.
noy : aaarggghhh. help. help. help.
me : it's burning. it's burning. *gaya budak exorcist*

pastu masing-masing gelak.

tapi memang best la.
buat masa ni aku n noy gigih la pakai.
padahal aku ni paling la pemalas nak apply segala benda ni.

so if korang ada masalah ke apa.
try la pakai tabita ni.
mana tau berkesan jugak ke.
seronok ok. sebab rasa kulit best.
so apa salah share ngan orang jugak kan.

aku kadang-kadang siap over.
if la ada cerita pasal orang itu ini problem kulit.
aku akan cakap kat noy. eh suruh la dia pakai tabita.
yang noy, ' taknak la. orang ego taknak tau. padahal dia tau kot dulu kulit saya macam mana. sekarang ok. dia ego. biarkan. plus kang kita lebih-lebih. orang offended pulak. sebab saya dulu if orang tanya-tanya, saya stress'.

cuba korang try carik kat area-area korang.
aku pun tak tau la mana. tapi try google.
mana tau ada ke kan. :)

ok selamat berkulit halus mulus.
oh suka.
ok bye.

23 Comments:

INTOLERABLY CHEAP said... [Reply to Comments]

Salam, i dh pakai tabita 2 yrs dh... The best skincare ever skII pun kalah... I pun ada jual rm350 the cheapest in town, salun fasha sandha pun ada jual but rm450...

Bukan siapa-siapa said... [Reply to Comments]

http://www.facebook.com/pages/Tabita-Skincares-Malaysia/125928260772180

MK said... [Reply to Comments]

tula...akak tgk semenjak 2 menjak ni noy makin lawa tau. akak ingat dia dah besar (matured)..hehehe rupanya ada rahsia..

A.I said... [Reply to Comments]

mampos mahai *______* tp menjadi uolls. canteks kulits..

!Nt4N said... [Reply to Comments]

omg..aku nak try..muka aku banyak pigmen2 hitam..laki aku bising..skrg tgh guna skII tapi da sebulan pakai takda beza sangat..mungkin cerah sikit je la..

kat mana ada jual??indon?jauhnya..kat malaysia takda ke??

farra8979 said... [Reply to Comments]

cam best jek.. tp mahal la...

Puan Nad said... [Reply to Comments]

nak jugak peejjjjjjjjjj. cantik lah

farrah said... [Reply to Comments]

selalunya produk2 macam ni memang kuat bahan kimianya :) but, whatever suits us better :)

love for life said... [Reply to Comments]

kawan kakak aku ade pakai, tapi mayb kulit dia sensitive muka dia merah macam kene salai.seminggu xkuar rumah

cahya indah said... [Reply to Comments]

lawa la kak Peej..kte baru je nak tanya mengelupas tak kulit kalau pakai product tu. sekali akak dah cerita kan. kalau tak mengelupas nak jugak try tabita ni..takut tang pedih nak gila tu.

cik chinta said... [Reply to Comments]

mmg tgh carik skincare ni..nk try r..peej tanak jual ke?

!! YaNa YassiN !! said... [Reply to Comments]

fuhh,... mmg chantek lah,... teringin tapi macam mahal lah pulok,.. :))

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

wahhh..flawless sungguh kulit ko peej, cantik berseri2 :)

p/s: no wonder aku tgk skg noy makin lawa...tabita punya keja rupanya ;)

Kasmawati Jaafar said... [Reply to Comments]

nak tanya, produk ni xde agen penggelupas kulit tu ke? hydroquinon yg bahaya tu? sbb mostly produk yang buat kulit menggelupas kan ada bhn tu. kalo xde, nak jugak try.

schazwany hameed said... [Reply to Comments]

oh my goddd! i pun teruja bila baca ni!!! i nakk jugakkk!!!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Ishhhhh...macam extraderm jer effect dia mama nengok, careful tau, read the contents..careful of the strong chemical, it can lead to skin cancer..

Hana Soffelia said... [Reply to Comments]

ololoo gebunya kulit Peej.. ^_^

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wah memang tulus mulus la muka peeja, glowing betul.

Tijah said... [Reply to Comments]

cantik nok. muka ko bersih. aku nak cari jugak ni. demi kecantikan segala pedih akan ku tahan. btw kat msia xde dealer ke ek?

b3nz said... [Reply to Comments]

wohhh ko pun pakai jugak brand ni. aritu akak aku baru promote suruh aku pakai. sebab masa lepak rumah dia aku tenguk muka dia cam gebu lain macam. yg kawan dia jual 600+. nangessss!
tp kalo dah terbukti kulit lawa, kena jugakla aku ikhtiar cukupkan ongkosnye. muka aku semakin kronik dah ni

ciciey said... [Reply to Comments]

hai u, i pakai tabita jugak.. almost 1 month plus plus dah guna.. so far kulit i memang ok.. jadi ramai yang tnya i n nak beli.. i amik dengan kawan i.. cuma skrang ni u tau x mane2 dealer yang boleh jual product tu kat i?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi dear. Masa u apply day/night cream hilang ke pedih tu? I ni dh hari 3 baru start rasa pedih before or after cuci pedih.. Normal ke eh? Risau tabita x ori je.. :(

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous

memang macam tu.
macam 1 hari ke 4 baru rasa semua tu.
untuk 1st 3 weeks memang akan pedih gilaaaaa, merah, gatal, peeling.
so memang ni time kena tabah sangat. beauty is pain.
lepas tu akan ok. tak rasa apa dah.

make sure jangan campur produk lain.
contoh tak tahan pedih pakai benda lain.
ada jerawat pakai produk lain.
muka kering pakai moisturiser lain ke. jangan yea.
n 1st 3 weeks ni jangan make up.
esp powder n foundation.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...