Instagram : @peejburhan

lets go random.

mesti akan datang penyakit ni.
dah nak sebati pulak.
penyakit malas.
haha takda la malas.
rasa nak blog tu ada.
tapi rasa macam block gila. macam tak tau nak cerita apa.
tahap kronik jugak.
sekarang mood nak snap picture pun dah hilang.
sebab tu lately if ada picture pun mostly dpd hp or ipod aje. erk.
so bila takda gambar. lagi la, segala apa pun tak ingat.
duduk depan pc, pastu mata terkelip-kelip.

few nights back, sembang ngan noy.
cerita pasal umur la apa.
tiba-tiba aku in shock. sebab tahun depan aku 29. fuuuuuuuuuhhhh.
macam tak sangka.
no wonder la makin lama, makin ramai yang panggil aku kakak or sis.
stress stress stress.
stress unnecessarily lagi.
emo sana sini.

dah la aku stress aku makan banyak.
tah tebiat apa.
orang susah hati tak lalu makan.
aku kalau susah hati, makan.
menggembirakan hati sendiri.
n as usual semua bebel kat aku. T___T
tinggi sungguh harapan mereka nak aku kurus time kawin.
hehehhehe. macam tak kenal pulak kan.
tah bila last aku kurus tah.
macam tak pernah berjaya pun.

then semalam aku terfikir.
if la aku blogging 10 tahun akan datang.
mesti nanti yang baru early 20's akan panggil aku auntie. erk.
what a scary thought.
hahahha. if la. tapi i doubt that.
entah kan.

anyway. tadi lily tweet kat aku.
dia kata dia pergi pasar petang semalam kat taman tun.
then dia beli air asam boi.
lepas tu kat gerai tu siap ada url blog aku.
so dia tanya memang betul ke aku punya.

aku dah macam. whattt? memang tak la. since when aku jual air asam boi kan.
kalau ye. mesti dah bersepah kat blog ni aku cerita.
if betul pun aku meniaga satu hari nanti. mesti aku jual air asam girl. heheh. ok tak lawak.
so aku reply. aku kata dia salah baca kot. macam tak mungkin je.
and apa kena mengena dia nak kena letak url aku kan.
then lily kata memang betul. dia tengok banyak kali sebab nak confirmkan.
dia kata kat logo air asam boi tu ada blog add aku.

i find it very scary pun ye.
kenapa eyh. selalu orang akan letak blog perniagaan dia la kan.
lily kata maybe dia nak promote blog aku.
stilllllllllllllll. macam pelik bebenar. nanti orang masuk blog ni.
takda kena mengena ngan air asam boi pun kan.
lily kata nanti if dia pergi lagi dia akan amik pic.
so ada tak antara ramai-ramai reader aku ni owner gerai air asam boi tu?
if yes. cakap la yea. email ke.
suspen je aku rasa.
kalau tu salah satu bentuk promo. thanks la yea. tapi still rasa pelik. heheh. *gelak cuak*

anyway. lately ni debaran jantung lain macam.
entah kenapa.
pasal air asam boi ni aku cuak.
pasal nak kawin aku cuak.
tengok dvd tengok ending lain macam sikit aku cuak.
sangat merepek.
in fact, tengah type ni pun aku berdebar semacam.
hmmmmmmm.

oh nysya ajak aku gi boot camp.
untuk menguruskan badan.
heheheheh. murni niat dia tu.
tapi dia cuti ni, dia ajak aku jogging pun memacam alasan aku bagi.
dasar almari.
baru exercise dalam rumah dah complain banyak.
ni nak boot camp. ada yang aku menangis, muntah n cirit terus.

ok cukuplah entry random untuk kali ni.
nanti if mood sampai.
n otak dah tak block lagi.
akan ku update lagi.
ta-ta.

7 Comments:

cahya indah said... [Reply to Comments]

untung kak Peej, free2 orang promote blog..hehe

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

dua bulan lps time aku selalu rajin g gym, mmg x pernh miss lah boot camp class tu. mmg penat siottttt. klu nk msk kelas tu, mmg JANGAN lah buat workout ke pape mcm treadmill 5 minit ke. nanti energy ko hilang time kelas ni. org sibuk lompat2, ko relax..sbb xd tenaga. ok lah tu peej , org promote blog ko. kot kot dia mmg peminat kau kan. manalah tahu.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

jangan asyik fikir nak kurus, percayalah aunty satu masa dulu sangat tension sebab semua orang bercakap aunty dah gemuk tapi yang bagus nya uncle sentiasa bagi komen positif je so lama lama aunty fikir betul apa yang uncle cakap tu aunty ikut sekarang alhamdulillah aunty relax je kalau orang cakap pasal gemuk ni.

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

memang scary lah bile pikir lg 10 thn org komen blog kita panggil auntie kn... Sentap ok! URL blog tu pn scary.. Tu secret admirer ke hape...

Kawan aku g tau boot camp tu! memang boleh muntah...

cik chinta said... [Reply to Comments]

ye r..dlu suka suki je pgl org kakak..konon2 panggilan sopanla.skg diri sindri kena pgl hakak..rase cam..aku nak selotape mulut ko kalo pgl aku gtu lg..sungguh tak sopan, aku tua sangat ke? panass..ekekek

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

uish nape ltk link ko?

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

auntie? scary ok! terasa mcm tua sgt tauuuuu...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...