Instagram : @peejburhan

heartless.

tadi lepas tengok soffiya
terus sambung tengok berita.
start je terus dorang bagi 2 berita yang menyayat hati.
salah satu adalah ini.
pasal kanak-kanak umur 3 tahun kena langgar.
lepas tu takda siapa tolong.
bayangkan 18 orang lalu lalang kat situ, nampak baby tu tapi buat tak tau aje.
sampai la ada makcik cleaner ni nampak n alihkan budak tu.
sedih gila ok.

sekarang budak tu koma.
ada kat hospital.
so aku carik kat youtube video ni.
sebab kat berita tadi kata tengah kecoh pasal benda ni kat youtube.





ni description dpd video tu.

Chinese Kid was hit by a car. Driver recognise that the kid was insured, but decided to continue his way and hit the kid again with his back wheel.
18 people pass the kid and do not care what happen. A further car is coming on the road and hit the kid once more.
After 10 minutes someone carry the kid out of the road and the mother of it is coming.
This happend in a busy street in Guangzhou Foshan (see the small shop around there. Shop owner and passing people did not care at all)
The father who talks explains what the driver of the car told him. All he asked was his bank account and how much compensation he want.

Incredible how heartless people can be here in China.

sedih sangatttttttt!
boleh je macam tu.
sesuka hati.
kenapa la kejam sangat kan.
aku if drive ada burung terbang rendah macam tak pergi tu pun aku macam stop ok.
ingat lagi abang jai yang ajar aku drive dulu siap marah aku.
dia kata jangan la brake. nanti burung tu terbang.
hello. kalau tak terbanggg?!

kesian kan tengok mak budak tu dalam video ni. :(
memang la orang boleh cakap. siapa suruh tak jaga anak.
kadang-kadang kita terlepas pandang.
mak dia tengah sibuk meniaga ke apa.

macam cousin aku kat kampung.
kampung aku ni betul-betul tepi jalan.
laju-laju ok kereta.
aku kalau nak keluar simpang tu pun seriau je.
kemalangan sepanjang jalan tu memang selalu la.
cousin aku kata ada sekali tu.
anak dia baru pandai jalan jugak.
tau-tau dah ada tepi jalan ok.
sebab dorang kat dapur ke apa.
n anak dia tu tengah tidur kat atas.
so memang tak fikir apa la.
dpd rumah nak ke jalan tu ada la dalam berapa puluh meter la.
nasib uncle aku nampak.
uncel aku ada kedai gunting rambut kat laman depan tu.
ish. dia kata lepas tu memang dorang selak pintu bahagian atas.
sebab if belah bawah pun budak-budak tu pandai bukak.

budak kan.
apa dorang tau. main jalan je. merayau-rayau.
sad kan video tu.
tsk.

then berita kedua pasal budak 16 tahun.
kat asrama. mengandung n beranak.
lepas tu dia kelar leher baby tu.
masa jumpa tu baby tu dah mati sebelah katil dorm dia.
what the fuck weyh.
kenapa ngan manusia-manusia ni?

sorry la.
aku tak tau sangat undang-undang ni.
if la budak-budak ni mengandung. then terberanak kan.
tak tau nak buat apa.
dia serahkan baby tu kat kebajikan ke.
bagi tau cikgu ke. what ever la.
apa tindakan yang dikenakan eyh?
masuk penjara ke?
tak kan. paling pun dorang masukkan pemulihan akhlak kan?

kejam weyh.
tau tak betapa ramainya orang yang nak anak tu.
orang yang takda rezeki ada anak sendiri.
macam mana dorang boleh tergamak nak bunuh baby tu?
minggu lepas ada pompuan tu campak baby daripada tingkat dua kan.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sedih la.

macam mana nak mengatasi masalah ni entah kan.
makin lama, makin menjadi-jadi pulak.
eh kes buang baby ni kat Malaysia je ke macam ni?
ke luar negara pun sama?
tapi aku tak pernah pulak came across pasal kes macam ni tapi jadi kat negara luar.

entah la kan.
kan dorang kata ada cadangan nak buat macam tempat khas.
if kau nak buang baby. letak situ.
dah buat ke? ke tak jadi? aku pun sekali sekala je tengok berita ni.
tapi ramai bantah kan.
cakap if buat pusat macam tu. makin selamba la bebudak ni main, ngandung pastu letak situ.
ok memang betul. macam menggalakkan pulak.
tapi come on, face it. dia tak buat pun pusat tu, memang banyak je sex bebas segala kan.
benda tetap jadi.
tetap ada kes buang anak sana sini.
at least ada pusat tu. takda la lagi news baby terbuang/bunuh sana sini.
kan? 

ish. menganggu emosi betul la.



23 Comments:

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Sedih aku tgk. Aku forward kan jer sebab tak sampai hati aku tgk baby kene lenyek gitu

Isykkk.. duk terbayang lagi ni.. baby tu hidup ke tak ek?
Sedangkan kuceng dah mati tengah jalan pun kita elak, kucen tengah nazak pun, kita berhenti kereta, amek dan alihkan ke tepi jalan..
Ini manusia.. adoi aiiii

Aku tak tgk berita tapi benda kes buang bayi ni macam bermusim jer..
Orang lain abes berpuluh ribu, menanges siang malam nak anak..
Yang dikelarnya tu apasal? Bengong dah laaa semua ni..

Aku rasa elok pasal pusat letak bayi tu..
bayi yang ada tu, boleh kasi orang adopt
Dari bayi tu semua kena sumbat dlm pam jamban, kena kelar, kena buang..

Haih.. sebak betul aku rasa...

Btw, muka bapak baby cina tu macam boleh jadik pelakon kan? Cam ada karisma gitu.. mai yok.. c.i.d !

linda said... [Reply to Comments]

Aku tau psl benda ni kecoh2 kat twitter ngn FB tp aku xde kekuatan nk tengok. Sedih pikir manusia skng ni macam ade masalah jiwa, xde perikemanusiaan langsung. Sedih!

.ieLah. said... [Reply to Comments]

nyesa tgk vids tu semalam sebab terbayang2 oke.tu pon stop da bila sampai part dia kena lenyek.tak sanggup nak tengok sampai habis. gila heartless sangat kan orang kat sana. :(


pastu yang ada baca komen2 orang cakap padan muka mak dia tu tak tau jaga anak,dah kena baru nak meraung.stok yang maki2. weh, boleh pulak nak cakap camtu kan. try la kau meniaga ke ape, jage budak sekali.tengok boleh keep eyes on the budak 24/7 ke tak. huhh


oh sedihhhh :(

yana halim said... [Reply to Comments]

naik trauma akak semalam tau peej. Diorang nih memang gila. Baik jadi binatang humban dalam zoo..

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

pagi ni hot fm buat hot chat topik ni... menangis aku sepanjang jln g opis... semalam pon tgk asyik ckp je kat adik aku sure budak tu melalak kan sure dia melalak kan sebab korang kalau takat beskal gelek kaki pon dah sakit kan ni kan pulak van, lori lak lg...

semua bangsa dah heartless dah skrg ni so melayu ke india ke cina ke iban ke bidayuh ke ape takyah la nak kutuk sape2. semalam kat twitter aku baca sorg melayu ni twit psl kes ni siap cakap cina bangang ke ape pastu ade org reply cakap melayu lg teruk bangsa buang bayi. alah dah sama je semua...

sedih weh macam terluka hati bila pk budak tu tanggung sakit berapa lama tu pastu nk tunggu rawatan la ape la lamanya dia derita kan :( lps berita tu, cerita yg bdk asrama kelar bby sampai terburai perut lak kat serawak. now, malaysian what do u wanna say to china?

A.I said... [Reply to Comments]

Smalam lg aku dh tgk kt FB video ni. memula nk wat entry kt blog, tp aku mcm takde daya nk tulis. sedih sesgt!!!! -______-"

aku betol2 x paham la ngan org2 spesis binatang ni. spechless!

!! YaNa YassiN !! said... [Reply to Comments]

mmg kejam,.. tapi ada dengar kat radio pagi tadi, kata nyer ada undang2 kat china yang kata,.. sesape yg tolong mangsa kemalangan , jika mangsa mati,.. si tolong akan kena saman. .. sebab tue kot semua tgk jaaa,... Undang2 pun kejam.

Fa-Tya said... [Reply to Comments]

tak sampai hati nak tengok video-video mcm ni. selalu memang tak tengok cos mesti pastu saya akan terbayang sampai setahun.

pasal kes buang baby yang out of wedlock tu, tak silap dulu ada yang fight mintak mandatory punishment. cos dikira sebagai membunuh kan.
but now tak pasti dah enforce ke belum. hopefully dah enforce la. tak aci orang lain membunuh and kena hukum bunuh, tapi diorang yang bunuh baby sendiri tak kena. setakat jail time je apa kelas.

sedih kak.
especially when it comes to babies.
apa la sangat yang diorang tahu kan.
:'(

nabebots said... [Reply to Comments]

xsanggup tgk video budak yg kene langgar tuh..ermmm

mamasuri said... [Reply to Comments]

seriusly aku takleh nak tgk video tu...walaupun hati aku ni hati batu..tp bab budak2 aku takleh blah...lebih2 aku pun ada anak kan...harap2 manusia skrang lebih prihatin....

farra8979 said... [Reply to Comments]

nape dorang sanggup buang/bunuh baby kan? baik bagi me adopt jek.. huhuhu..

Lya Colours said... [Reply to Comments]

peej nanti cuba baca kat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat

salah satunya, "Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah."

skrg ni, yg pelik, ramai kes buang2 bayi ni selalu sangat dari budak sekolah. dah seronok2, ngandung, senang2 campak,siap kelar? gila apa
dia tak fikir ke, kalau mak dia buat benda yg sama kat dia dulu, ada dia hidup sampai skrg? ok emo. huhu

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

masa aku tgk berita tu, aku tgh masak kat dapur eh. terus menangis kat dapur sebab sedih sgt tgk budak tu tidak dipedulikan oleh 18 org yg lalu lalang. lagi teruk bila van kedua tu selamba je langgar dia sekali lagi, lps tu nampak budak tu mcm tersentak kesakitan. sampai skrg aku still rasa sedih bila fikirkan hal tu.

masa kat tv3, dia kata budak tu koma kan? tp bila tgk kat youtube mlm td, kat link mana ntah.. kata budak tu dah passed away lps 2 hari koma.

love for life said... [Reply to Comments]

aku tertengok semalam video nih pastu trus xleh tido. babi bangang punya citizen. ishhh aku xleh trima benda ni...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Amni said... [Reply to Comments]

baca jer kat timeline twitter orang dok cerita pasal ni.. kat hot.fm pagi ni pon sama.. serius tak berani tengok kak.. ngeri... ya allah...

pasal budak tu yang termengandung tu kelar anak segala.. haihh.. macam2.. kt msia ni menjadi2 pulak..

estee_8980 said... [Reply to Comments]

semlm pas tgk kt youtube tu..mmg sebak pastu terus teringat kt anak... diaorg ni mmg xde perasaan...meh try lenyek diaorg ngan van ke lori tu tgk...mengedik dak...mmg dasar....terus aku emo...

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak Peej, kte pun tengok dua2 berita tu and kte letak kat blog jugak. tah apa2 manusia sekarang.

Budak yang kat China tu umur 2 tahun kan..ngeri tengok dia kena langgar. yang driver selamba buat dek je. bukan 2 kali..4 kali kena la..sebab tayar depan belakang. kejam laaa diorang ni.

budak perempuan 16 tahun yang kelar baby sendiri tu pun..macam orang tak betul. kalau tak nak, letak la kat baby hatch tu. kalau takut kena tangkap sesangat pun tak payah la nak jadi gila dok kelar2 bagai..

dunia..dunia

muna said... [Reply to Comments]

aritu aku baca kat blog sapa tah, ada dah tempat letak unwanted baby ni. macam locker siap automatik kunci pas letak. ada instruction semua kat situ. kalo tetiba ubah fikiran bleh tekan loceng kat tepi tu.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

betul la heaartless. kite kalau drive pun nampak burung2 kat tgh jalan boleh nak berenti tgk diorang selamat melintas ke tak. ayam pun sama.

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

ada satu video..kat china jugak tgh kat tempat lalu lalng ni..sorang awek pengsan..terus dtg sorang jantan ingat nak tolong..tp dia bukak baju ppuan tuh..terus dia sucks breast org tuh..babi tau...i x ingat tajuk dia kat youtube tp memang kat china..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ish tak sampai hati nak tengok anak cina tu dilenyek, tapimtertengok juga.

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

speechless!:(

aku x sanggup nak tgk video tu....

Secret Drifter said... [Reply to Comments]

pasal China tu gila.. katanya org China malas nak tolong sbb ada case ada org tua jatuh pastu ada budak muda tolong.. org tua tu pun marah budak muda tu sbb jatuhkan dia.. n then budak tu kena saman di makamah China.. pelik sedangkan budak tu xbersalah.. mungkin sbb incident ni org China xnak tolong org... tapi bodoh la sbb kena la tolong.. mcm dah berleluasa culture mcm ni... yg saya tau tahun 1997 masa my bro kat philipines, my SIL terjumpa budak cedera di depan mata... xde org nak tolong, n masa tu my SIL dgn 2 anak daranya yg masih kecil n of course kena la hati2 takut apa2 terjadi, tau la negara tu kan xbetul..

yg buang bayi ni gila la !!! tau x? org hitam dari afrika yg duk kacau negara kita ni.. seteruk2 mereka pun.. mereka xbunuh anak luar nikah mereka !!

*sbb coursemate aku dah lahir 2 anak luar nikah... xde pun dia bunuh, lebih syg ada la

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...