Instagram : @peejburhan

gila drama ke? drama gila?

lately ni rajin pulak aku layan drama.
tapi bukan kat tv.
aku sangat la jarang tengok tv.
selalu mengadap pc je.

hari tu kan aku layan nora elena.
sampai habis.
settle tu. then takda apa.

aku ni kalau tak mengadap pc.
mesti mengadap bb.
tengok twitter.
then nampak orang dok tweet pasal soffiya.
tapi biarkan je.
then esoknya orang tweet lagi.
aku pun bukak la tv3.
time tu dah halfway.
wah menarik cerita ni.

terus tengok kat tonton.com.my
rupanya baru 2 episode. bagus.
terus tengok.
menarik cerita dia.
pandai si tiz tu berlakon kan.
aku tau la dia tengah popular sekarang.
tapi memang tak pernah tengok langsung lakonan dia ke apa.
ni kira first time la.
patut la glamour. sebab memang menjadi betul dia berlakon aku rasa.
tapi ni cerita dia tengah slow kan. buhsan lak aku tengok.
hopefully lepas-lepas ni ok.
tapi dah alang-alang layan. tengok je la kan sampai habis.

lepas tu aku tengok sana-sini cerita pasal tahajjud cinta.
pun aku tak tengok.
sebab asyik la terlupa.
ingat nak layan la kat tonton.
sekali tiba-tiba nak tengok kena buy pulak.
sekali pedd bagi tau kata cerita akan free selama 30 hari je kat tonton.
then jadi premium. kalau nak murah beli 1 season terus.
what?? since when pulak ntah.
aku tengok nora elena hari tu ok je.
lagi dah lama berbulan.
maybe baru start kot kena bayar2 ni.

so aku kuburkan je la niat nak tengok cerita tu.
then malam sabtu macam sangap.
noy takda keluar ngan kawan-kawan dia.
aku tak kuasa ngan ikut.
aku dinner ngan ice n huda je.
then balik sangap.
tak tau nak online apa dah.
so bukak la malaymoviesfull.blogspot.com
tau kan link ni? aku pernah blog about it dulu.

aku agak bengong.
sebabnya selama ni aku tengok 1 page je. so abis aku ingat dah takda apa.
rupanya ada banyak page. macam-macam cerita ada. ;p
siap boleh search bagai. oh i like.
time aku bukak malam tu.
aku tengok kat main page tu ada masuk episode baru tahajjud cinta.
wah terus melompat gembira sebab nak tengok.

mula-mula tengok aku macam biasa je.
then lepas satu episode ke satu episode. terus addicted.
aku layan berjam.
rasanya sampai 5 episode kot.
sampai pukul 8pagi.
then ajak papa n mama breakfast.
balik tidur. then bangun terus marathon lagi.

omg. stress nya aku tengok cerita tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
sedih pun ye.
sedih mengenangkan nasib si seri(fauziah gous) tu.
dah la bf mati depan mata.
jumpa ustaz solah (remy ishak). baru nak bibit cinta tapi tak kesampaian pulak.
last2 kena paksa kawin ngan bapak ustaz solah tu, ustaz shauki(eman manan) jadi bini ke empatttttttt!!!!
seksa jiwa dan raga.
dah la ustaz tu pagi petang siang malam nak tala.

ok memang la cerita ni macam keagamaan.
n seri tu memang keagamaan. tapi gila baik doh dia ikut je.
ngan bapak dia yang taksub ngan ustaz shauki tu kau rasa nak sepak je bapak dia tu.
pastu dok ugut2 anak derhaka la.
yang ustaz shauki tu pun apehal la gatal bebenor.
tapi memang eman manan tu pandai berlakon kan.
dari dulu fam aku memang suka dia berlakon.
sebab mesti menjadi je. tak kira la watak apa kau bagi dia.

serious excited tengok cerita tu.
lain daripada typical drama melayu la.
tau la. erma fatima if buat cerita mesti best kan.
cerita yang bagi stress n geram meluap-luap tengok.
tak sabar aku nak tunggu episode seterusnya.
sebab tu aku malas ikut drama ni.
aku jenis suka tunggu cerita tu habis.
then tengok kat mana-mana.
so tak perlu la berdebar-debar tunggu.
boleh terus marathon je kan.
tapi agak sedih bila terbaca tweet erma fatima.
kata tinggal lagi dua episode je drama ni nak abis. total 13 episode je
sayang. cerita best macam ni. sikit pulak episode dia.
buat la 20+ episode ke apa kan.
apa-apa pun aku harap tolong la happy ending cerita ni.
sebab bila teringat cerita tu aku jadi stress ok.

oh n fauziah ghous tu pun pandai berlakon.
aku rasa watak dia berlakon ayu tu menjadi sangat.
sweet je.
n si fazura tu kenapa lawa bebenor eyh?
pakai tudung pun lawa sangat.

serious siapa tak pernah tengok.
sila la tengok cerita ni.
layan gila ok.
sofiyya tu pun boleh if nak tengok.
tapi episode awal-awal menarik.
lepas-lepas tu macam kurang. :)

p/s : kan best if dorang bawak masuk watak aku dalam tahajjud cinta tu. boleh aku tikam kepala ustaz shauki tu macam soffiya tikam bapak dia. miahahha. wah suka2. kau ingat kau hartis? ;p

19 Comments:

paNavia said... [Reply to Comments]

peej..
aku pun skang ni dok layan 2 drama tu je la.
since tv diconquer oleh anak2, mmg aku dok tgk kat tonton web je.
seriously, citer soffiya tu, sampai aku rasa nak tumbuk2 muka bapak dia kat skrin lappy ni.. boleh tak? ahaha.. emo gila layan.. tiz mmg best berlakon kan..

yg tahajjud cinta tu, syok woh layan ustaz sauki mensaiko org2 lain dgn ilmu agama dia. fazura sgt lawa kan.. cuma dia mcm kasar sket.. kalo dia ckp lagi lemah-lembut mesti lagi cair..

tak sabar nak tunggu episod baru kuar tiap2 minggu :P

ezanoor said... [Reply to Comments]

memang emo layan dua2 cite tu... hahaha... boleh stress...

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

akupun tgk soffiya klu menyempat sampai rmh awal. kalau x, tgk tonton. tp lambat lah sikit.since ko kata dh kena bayau ni, harus aku tgk laju2 lah kan. takpun tgk kat blog yg bagi tu. aku selalu layan movie je kat blog tu.drama x pernah lagi.keh keh

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

alaaaaa aku selalu termiss tahajjud cinta.. tapi dah ko kata best, aku nak kene marathon gak nie.. bila lah ada masa nak marathon..huhu.. tp aku penah tgk sekali je yg dia baru kawin sibuk nak ajak si poziah gous tu melayan napsu dia.. siap keluar fatwa2 mcm cibai..

Mrs.R @ Emi said... [Reply to Comments]

best kan Tahajjud Cinta..tp tu la, tgl 2episod jekk..apakahh ustaz shauki akan terkulai di tgn neelofa?kih3x

Lya Colours said... [Reply to Comments]

tahajud cinta mmg best! walaupun mula2 ada orang kondem pasal isu purdah, hah lantok kan. tgk je janji best.mmg berapi kepala la tgk si ustaz shauki tuh. sket2 main hadis.x dapat nak tala, kuar lagi hadis.dengan bapak seri yg gila taksub dgn ustaz tuh.hoih emo tgk cite tuh.

eh lagi 1, cerita kat tv3 gak. hari selasa. tajuk dia cinta elysa. fasha sandha dgn botak(juvana) berlakon.wpon x minat FS, tapi cite tuh best la. try la tgk.dia baru 3 episod kot

yana halim said... [Reply to Comments]

memang emo bila tengok 2 cerita nih. tapi tu laa...dah terjebak, kena tengok la sampai habis..

Mr. Z and Mrs. Z said... [Reply to Comments]

peej..

tahajjud cinta mmg best.ai mmg peminat drama2 melayu ni (dah tu mmg org melayu.perasan omputeh pon tetap layan cite melayu).chite tahajjud tu mmg ikut dr fes episod.so bayangkalan mcmne tahan geram bila tgk ustaz yg pkai alquran n hadis utk tundukkan org sekeliling nya.muka eman manan dalam tu mcm mintak kena LEMPANG je!!ikutkn hati..rasa nak kerat je die punya tuuuuttt..hahahaha

skang try layan chite cinta elisya selasa pukul 9 mlm.best gak tuh.muka botak yg kerek tu pon mcm nak kena lempang jer...

A.I said... [Reply to Comments]

Aku pon layan gak criter soffiya + tahajjuc cinta tu. aku tgk kt tonton je sbb kt umah selalu je x dpt nk tgk betol2. berebut ngan budak / bapak budak!

WaniGhani said... [Reply to Comments]

hoihhh aku skrg jaraangggg tgk drama melayu...tamil..tamil...tamil... =_=

Iz said... [Reply to Comments]

Aku lak tengok time kat opis. Memang tekanan perasaan back to back. Memula tekanan dgn Ustaz Shauki, pastu tekanan tengok Soffiya pulak. Ustaz Shauki tu memang dasar gila seks kan. Rasa nak hentak je dengan kasut

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Betul la peeja, geram dengan watak eman manan, ustaz yang tak puasa2 nak menala tapi dalam dunia realiti pun aunty Ada kawan yang kawin dengan ustaz bini datang bulan pun dia nak.

AziniMZ said... [Reply to Comments]

tiba2 je kan nak masukkan watak ko lam cite tu.. kalo masuk watak ko dr 13 episod jd 30 episod pulak.. hehehhe

shiela said... [Reply to Comments]

haha..kelaka la ko peej..boleh pulak ko nak tikam kepala ustaz shauki..tergelak aku..tp cite tu mmg geram gile tgk ustaz tu..

nor elyana said... [Reply to Comments]

peeja..aku x leh tgk tonton tau..seey..asal sini x leh ntah..sib baek ada malaymoviesfull tuh..mmg sgt2 membantu..aku pon baru tgk episod tahajjud cinta yg baru tuh semalam..sakit ati gila tgk ustaz shauki tuh kan..sian seri..sian gak kat solah..

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

OMGGG geli geleman ok si ustaz shauki tu..pastuh tak menahan asyik guna hadis la ayat al-Quran sbab tak dapat bini muda dia padahal ade 3 bini lain kot.. mmg tak adil betul.. poligami mcm ni la yg x patut.. x adil sungguh..kesian bini2 lain

soffiya tu pun bapak dia bodoh.. sanggup pk sampai mcm tu padahal doktor kot mampu je nak kawin lain.. haihhh scary la cita melayu skrg tapi makin lama makin mantop!

nqr said... [Reply to Comments]

yeayyy!ko terjebakkkk. hahahhaa.. eman manan ebrjaya buat aku benci giler babi dgn dia.. tetiba aku jadik suka tgk nealofa.lawo la plak bdk nih.. fazura powwwwnnnn.. lawo pakai tudungggg

thenameisima said... [Reply to Comments]

hey hey hey...
saye pon suke ok tengok cerite tahajjud cinta...
so every saturday night akan ade tweet berbaur stress benci ustaz shauki...

btw,i'm ur new reader...

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

fazura tu lawa kan....kak ie mmg peminat dia....suka tgk muka dia tu!!! harap2 pas nih dia selalu la pilih skrip drama yg bagus2, tk mcm masa mula2 jadi pelakon dulu....tk memilih langsung!! anyway, ramai yg komen citer tahajjud cita tu best, nmpk gaya bergilir2 la kak ie tgk drama korea dgn drama melayu.....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...