Instagram : @peejburhan

expose mistik : kain putih


Kita kembali lagi dalam dalam segmen... Exposeeeeeee Mistik! Ececeh over pulak!
Lame kot aku tak expose siri2 serem manje kat ko kan Peej...
Maklum la kalau aku cite sekali, nnt amek dua tiga minggu gak aku nak melupakan penceritaan semula tu walaupun dah lama peristiwa sebenar berlaku.
Mak penakut, nak!

So this one baru je jadi hari Khamis (29 September 2011M) malam Jumaat (2 Zulkaedah 1432H) minggu lepas jam 8++ p.m.
Amek kau over kasik tarikh siap nak membuktikan baru berlaku.
Al-kesah rumah aku ni sebelahnya kubur cina yang mana kalau diGoogle Mapkan, kawasan jirat tu lebih besar dpd kawasan utk kedua-dua buah apartment yg ade kat situ.
Apartment aku ade 2 blok, yang lagi satu tu ade 3 blok kot.
So bayangkan la besar mana jirat kalau lebih besar dpd 5 blok apartment kan huhu.

Malam tu encik suami adelah balik lambat sebab ade kelas.
Sebelum habis office hour aku dah text ayah aku (yang tinggal dgn kitorg waktu weekdays je) cakap malas masak ape kate beli je kat pasar malam.
Sekali ayah cakap dia nak ajak kuar makan luar sebab nak belanja.
So lepas tgk Soffiya tu berdesup la kitorg keluar.

Parking lot aku ialah basement so selalunya kitorg turun ke level P2 pastu jalan sikit nak turun gi besement tu. Laluan tu kalau pandang kanan (waktu turun) atau kiri (waktu naik) adelah jirat dan pokok-pokok yang boleh disoal "kau tak reti nak tebang ke dahan dia???"
Pastu dahan dia tu kalau ko duduk kat parking P3 tu adelah separas je dgn kau.

Aku memang mengamalkan dasar pandang ke depan sewaktu berjalan atau memandu di waktu malam.
Maka aku pon jalan je menonong sambil cakap-cakap la dgn ayah aku sebab aku takot so kalau diam je cam sunyikan.
Siap makan tu kitorg pon balik.
Elok parking. Nak naik semula g P2 tu sekali aku terpandang...
Sekali lagi ye aku sebutkan, TERRRRRRRRpandang pokok tadi tu humangaih terjulur sehelai kain putih bertompok2 aku tak tahu la merah ke cokelat ke hape ke kan kaler dia kan tapi  kain tu dok statik je tak beralun-alun pon.
Biase kan kain yang terjuntai panjang kan gerak-gerak efek ditiup angin kan....
Terus je aku yg mengandung ni berlari-larian mendaki naik sebab terkejut.
Tapi aku takde cakap la pape kat ayah aku sebab kan orang pesan jangan tegur kan.
Ayah aku siap marah sebab aku lari hahaha...
Aku diamkan je sambil bertekad esok balik keje nak siasat!
Muahaha siasat la sangat...
Maksud aku nanti bila ade masa percuma waktu siang hari nanti aku akan mendongak semula ke pokok itu.

So keesokan harinya aku balik kerja sampai rumah around 545 p.m. camtu aku tgk la skali nampak ade lagi kain tu.
Terus aku g dekat-dekat nak nengok menatang ape.
Laaaaaaa skali kain cadar yg org buang da... HAMPEH!
Encik suami balik je aku terus cite konon-konon saspen la kan sekali dia kate "Eleh, kite parking moto bawah pokok tu kot tetiap hari...
Kite tau dah kamu je saspen lebih padehal memang hantu (read: cadar) tu duduk je kat situ sejak dulu"
pastu siap gelak-gelakkan aku huhu...
Ele takpe la gelak2 kan la tah-tah dia dulu waktu 1st time ternampak kain tu pon sure cam cuak-cuak lebih cam aku gak...

Tapi mengikut kata encik suami sejak 4 bulan dok kat situ (aku dah duduk situ setahun lebih dah kot) kawasan tu Alhamdulillah takde la ape sangat kat apartment aku walaupun sebijik lift yang ade pekerja Bangla tersepit lalu mati hancur lebur bulan Februari hari tu telah diarahkan tutup selama-lamanya oleh pihak kementerian...
Takde la roh bergentayanagan ke hape ke kan setakat ni mungkin sebab Bangla tu memang baik dan alim (aku kenal gak la sebab dia memang kerjanya sapu n cuci ruang belakang rumah aku & aku selalu kasik brg2 recycle suruh dia jual dulu). 
Motip tutup lift tu selama-lamanya aku tak pasti kenapa mungkin sebab darah yang bersemburan tu dorg tanak cuci ke ape tak tau la.
Waktu encik suami pagar rumah tu pon mudah je dia kata.
InsyaAllah la takde pape tapi kerja tuhan lepas-lepas ni kita tak tahu kan.
Maka berdoa je la kita diselamatkan walau di mana berada...

Hehe ko saspen tak Peej? Ala sorry la kalau buat ko saspen yer... Aku lg saspen waktu tu hehehe
yours truly;                      
             addelle
........................................................................................................

gila kau.
kalau aku nampak macam kau nampak pun akan takut kot.
macam apa tiba-tiba kan.

ish scarynya mati tersepit kat lift sampai hancur bagai.
macam mana boleh sampai macam tu.
apa dia buat?
me not loike. :/

sapa nak share cerita email ye.
korang pun dah tau kan.
selamat malam jumaat semua. :)

9 Comments:

Tijah said... [Reply to Comments]

sapa punya cerita ni? siriyes aku suka cara dia tulis.

Ribbon Clown said... [Reply to Comments]

aku paling suka cara dia ni cerita..:) share sket empunya diri nyer link..part bangla tu lagi seram seh..tersepit lif..

nway, umah ko lam sims sosial pun ade hantu peej..semalam aku namapk kat bilik air ko ;p

Mizz Coki said... [Reply to Comments]

menyesal aku masuk blog ko peej. dahla aku badan je besau tapi penakut siot. mata ni asik dok jeling tingkap HAHAHAHAHAHAAHH!!!!!

peej said... [Reply to Comments]

tijah - dia memang rajin share cerita. dulu pernah gak. tapi everytime share cerita hantu suka rahsiakan identiti. motif sangat. nanti aku tanya if dia bagi reveal k. :)

ribbon clown - kan. dulu punya cerita pun suspen kan. nanti if dia bagi aku share link dia yea. hah kat bilik air? kau biar benar. selalu hantu kat laman je. apesal dia masuk dlm rumah? scary tau.

coki - motif kau nak tengok tingkap? tak perlu ok. hahhahaha. aku pun takut lite-lite.

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

Bangla tu sebenarnya nak selamatkan sorang budak sebab mak bapak dia menonong je naik lift anak tertinggal waktu pintu lift dah nak tertutup. skali budak tu sempat masuk tapi dia yg tersepit. pintu tu tertutup & lift tu turun ke bawah. So family yg dalam lift tu (mak bapak budak yg diselamatkan tu) pengsan sebab yang tinggal kat dalam lift ialah kepala n tgn kanan bangla tu je. yg lain dah melorot turun kat celah pintu lift tu. makcik tu pon dgr citenye like pengsang bangun pengsan bangun la. Cite ni aku dgr dari jiran aku sbb dia kerani management apartment tu. siap nk tunjuk gambar bagai tapi ya ampun mak taknak! waktu tu ptg aku balik kerja tgk ade kete polis la rela la ambulan la bomba bagai kat basement parking tu. aku ingatkan kes2 ular sawa masuk ke ape ke kan haha. but it's like kehilangan jugak la (mcm sedara lak dgn bangla tu hahaha) sbb dia mmg rajin bersihkan apartment kitorang dulu. now pekerja baru hampeh seminggu sekali je sapu! choiii

Rina277 said... [Reply to Comments]

Pelik lak aiii..bkn klu lift nk tutup tp ada benda halang maka dia akan bukak balik ker..mmg scary la apartment ni..kat mana la tu ekk..kene gugel nie..

A.I said... [Reply to Comments]

sama la ngan aku. bikin saspen. tp bagla mati tersepit tu agak mengerikan la...

trus teringat psl cerita adik aku, si iena ms dia gi kursus haritu. dia TERpandang something yg putih x gerak2 atas bumbung bangunan. dia punye takut smp keras x boleh nk gerak. bila kwn2 dia pandang blk benda tu lelama rupa2nya benda tu LAMPU!!!! aiyoooo!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hehehe terbaek cerita expose mistik Kali ni, ye lah tak kan asyik cerita yang takut2 je kan sesekali nak juga cerita lucu sikit.

kakakdegil said... [Reply to Comments]

yeayyy
aku tau penulis best ni
siap blog dia sekali..

memang best!
geli geli seram jer bila baca.. :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...