Instagram : @peejburhan

cerita sweetheart.

ada yang tanya kenapa dah lama tak cerita pasal kucing.
aku rasa aku stop sebab mama kadang-kadang bebel.
dia kata aku asyik cerita pasal kucing je.
e eh. suka hati la kan uolls. ;p

tu salah satu sebab la.
tapi rasanya sebab utama adalah aku jarang amik pic dorang dah.
guna camera.
if ada pun pakai bb je la selalu.
camera kena amik daripada bag. tapi bb selalu ada sebelah kita kan. so senang sikit la.
tapi usually aku akan tweet tak pun mobile upload kat fb je.
by the time nak letak kat blog dah tak kuasa. ;p

so ni pic latest yang aku download dpd fb aku.
ada lulu n kasih je.
nanti aku amik pic latest hannan n yoki pulak.
dah tembam jugak ok dua ekor tu.
geram je tengok.
tapi yoki super nakal kau rasa nak cekik dia.


lulu yang super manja.
dia akan sentiasa menyibuk ngan kau time nak tidur.
mesti nak rapat-rapat.
kadang-kadang aku terkeluar daripada tilam sebab dia yang melebih-lebih conquer tilam.
pic atas ni sangat gedik.
dah la sibuk nak placing kat bantal.
lepas tu nak berpegangan tangan pulak. heheh.


kasih pun sangat la nakal.
mama kata dalam banyak-banyak kucing bela.
dia paling nakal.
dah la pecahkan frame banyak gila.
cakar wallpaper n sofa. jahanam leather sofa tu. :/
panjat fridge. hish. muka je innocent. tapi syaiton nirojim nakal tu.
pic atas tu dia duduk atas kotak noy tengah nak berkemas simpan handbag.

:: bff. if salah sekor takda. mesti sekor lagi tu meroyan mencari-cari. if jumpa berjilat sakan ::

:: kejap je. lepas tu wrestling ::


kucing-kucing ni suka tunggu depan pintu.
if orang nak keluar masuk.
mesti konon-konon dorang dengan harapan dapat keluar.
aku baru lepas jemur baju.
so aku telangkup lulu ngan bakul tu.
lulu relax je. takda menggelupur ke apa.
tapi tengok la si kasih tu.
tak tentu arah dia.
tu dia tengah percubaan menyelamatkan lulu.
kemain merintih mengiau semua.
dia panjat bakul tu, tolak, tangan masuk kedalam menghulur bantuan.
funny.


macam nak lempang kan muka ceceh ni. hahaha.
aku buat milo taboq. bila dinosour tu la.
aku masuk je bilik terus dia bangun daripada tidur tak tentu arah.
pastu ngiau2. datang dekat.
nak mintak sikit milo kitew lettew. hahahha.

dia ni selalu if aku n noy beli mc d.
air akan selalu tukar ke milo ais.
kena jaga ok cup tu.
sebab dia suka kot. entah.
pernah dia terbalikkan sampai tumpah. pastu gembira minum milo. T_T
lagi satu dia suka straw tu.
selalu if dah habis minum akan bagi dia straw.
dia akan jilat sampai bersih pastu main straw tu sampai tak rupa straw.
tapi time aku minum ni. sian dia tak dapat.
sebab takda straw. n sedap kot.
taknak share ngan dia. heheh.
matiklah ngan kucing pun kedekut kan. ;p

:: ni fav spot dia. mesti nak baring or tido in between me n noy ::

ok. itu je kisah kucing untuk hari ini.
ta-ta.

12 Comments:

AdiHana said... [Reply to Comments]

weh coklat @ koko adalah beracun utk kucing lah... boleh mbawa maut kot. tapi xsakit la pulak si kaseh tu ek?
kalau aku kucing aku main plastik coklat pun aku tak kasik huhu

arda said... [Reply to Comments]

peejjjj... bnda alah warna biru ni aku rasa nak kutip je letak tepi.ganggu konsentrasi nk baca. harharar. sowi keluar tajuk. grrrrr..

linda said... [Reply to Comments]

Pija,

Depa ni mmg tak bagi keluar langsung ye? Main dlm rumah je la? Habis kalo tetamu dtg? Kasi masuk dlm cage kah?


AdiHana,

Den xtau plk ceklat/koko bahaya utk furkids. Next time aku pun kene berhati hati la nmpknya, anak bulus aku selalu mengendeng eskrem ceklat.

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

nenek aku baaanyak kucing sampaikan kalau nak ajak bergelandangan lama2 kat rumah anak menantu sure dia akan kasik alasan nnt kusing xde sape jaga hahaha tapi family aku sorg pon x jaga kucing sebab geli. tapi kakak aku yg paling penggeli kucing ialah seorang doktor haiwan. yang tu aku tak paham! huhuhu

Shiela Rahim said... [Reply to Comments]

yg aku taw...benda yg bercoklat mmg racun bg kucing
dulu kucing aku lumpuh pastu mati sbb selalu bg dia milo
lagi 1 serangga..kucing aku baru je mati sabtu lepas...last week dia ada main dengan rama-rama T___T

Amni said... [Reply to Comments]

comel! Comel! gebu lak tu.. haihh... geram pulak! Akak memang tak bagi dorang keluar ker? agaknya nak bergurau tu telangkupkan air milo.. hahaha.. kesian tuannya la..=p

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

comel giler.....

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

geram ok..rasa nk gomol2...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kucing kucing peeja, semua cute cute geram aunty rasa nak gigit semua kucing tu.

nabebots said... [Reply to Comments]

geram laa tgk kucing tuh...aummm aummmm

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

milo ais satu! :P

Miss Aai said... [Reply to Comments]

Oh my,comels gilers kucing2 itu!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...