Instagram : @peejburhan

anti klimaks.

siapa yang tengok tahajjud cinta boleh teruskan baca.
siapa tak tengok drama tu. tak perlu baca entry ni.
kang aku cerita apa bukan korang faham pun kan.

all this while aku tengok drama ni online je kan.
tapi memandangkan semalam episode akhir.
memang takda kemana pun.
so gigih aku tunggu depan tv.
nak tengok ending kan.

serious sangat-sangat kecewa ngan ending dia.
aku rasa macam tergantung sangat. wtf.
memang la erma kata. dia nak orang berfikir.
fikir apa?
last sekali dia letak hadis.
pasal manusia akhir zaman. ada yang guna agama untuk kepentingan diri sendiri la apa.
aku rasa beberapa episode sebelum ni dah berapa kali kot benda tu diulang-ulang.
dah dapat point kat situ pun.

serious aku tak tau motif cerita ni.
bagi orang berkobar-kobar, stress-stress. tetiba ending mencibaikan.
contoh pasal keluarga citra.
what happened ngan kes kakak dia emelda tu?
kan tengah nak masuk court nak cerai ngan tengku imran yang kaki pukul, kaki mabuk bla bla.
then konon dorang risau sebab mesti tengku imran upah lawyer bagus.
abis situ je.
pun suruh orang berfikir sendiri ke?
i mean kalau kau taknak habiskan cerita tu. baik tak payah letak pasal dorang kan.
aku rasa kewujudan keluarga citra tu macam nak perli golongan orang kaya melayu je.
ye la. party-party. dah datin or puan sri pun tak pakai tudung lagi.
tua kerepot terkinja-kinja lagi.

lepas tu kau fikir logik.
citra tu anak tan sri ye.
bukan tan sri kerajaan ke apa.
ni ada company yang projek billion-billion.
tapi aku rasa kalau tan sri kerajaan pun mesti kaya la.
some je la yang tak berapa kaya sebab JUJUR.
my point is, apesal citra ni naik kereta wira lama plate C (pahang) je sampai kesudah cerita.
tak nampak logik dia.
kereta siapa tu?
nak kata kereta dia beli second hand tak logik.
sebab abis belajar dia kerja ngan biro n gaji kecik la apa.
belum tentu terus boleh beli kereta kan.
then nak kata tu kereta dia dpd zaman sebelum belajar luar negara pun tak logik.
kata mak bapak mampu hantar belajar london bagai.
takkan la pakai wira. serious.
kan? kan? kan?
korang faham tak?

pastu citra kan sibuk nak memperjuangkan hak perempuan la apa.
kesian hak kawan baik sendiri tak perjuangkan pun.
paling-paling pun dia maki-maki ustaz shauki.
lepas tu nampak seri n solah tepi jalan berdarah-darah.
lepas tu bawak balik hotel bersihkan luka kena rejam.
wtf. kenapa tak bawak hospital.
kenapa tak pergi report polis ke apa.
ni dok sembang dalam bilik. pastu cakap, 'solah tu lelaki. dia tau la apa yang di perlu buat'
whattttttttttttt???!!! aku tak payah belajar luar negara memgamalkan konsep perjuagan ke apa pun reti buat keputusan macam tu.

banyak benda kelakar la aku rasa.
entah la. baik daripada awal watak citra tu takda.
sebab in the end solah yang betulkan keadaan.
kantoikan ustaz sauki ngan suraya berduaan dalam pondok cinta ustaz shauki tu.
kira orang kampung ramai-ramai kantoikan berkhalwat.
pffftttt.
citra daripad awal sibuk cakap, 'aku selamatkan kau seri. aku janji.'
eleh setakat nampak dorang tepi jalan bawak masuk kereta.
aku rasa if citra takda pun mesti ada orang akan selamatkan.

paling tak tahan tengok muka suraya stim.
tah apa-apa kena urut kaki pakai minyak gamat dengan ustaz sauki muka stim.
ustaz sauki pun stim. macam mana turn on tah ngan bau gamat bagai tu.
kot ye pun pakai la minyak aroma theraphy ke.
nak feeling massage sangat kan.

eee pelik-pelik la.
ngan umairah tetiba histeria nak bunuh ustaz tetiba.
pastu fungsi melissa saila pun takda apa sangat.
sebagai isteri yang jealous kat isteri muda je.
kesian dia. isteri pertama erma fatima n isteri ketiga umairah tu dah khianat ustaz.
dia je dpd awal jujur.
tetap la ustaz tu tak hingin nak 'mengauli' dia.

bagi aku cerita ni best.
satu kelainan la.
cuma bila ending dia macam ni.
rasa macam dibodoh-bodohkan je.
sebab tu aku menyampah ngan drama melayu ni.
paling geram bila erma kata.
dia mahu penonton berfikir sendiri. T______T
kalau nak fikir sendiri baik takyah tengok drama ni. aku fikir je apa suka kan.
mesti if orang yang "berfikir" akan cakap aku bangang sebab tak berfikir n mendapat manfaat.
unless u came up with an explaination. serious aku blur apa sebenarnya motif cerita ini.
aku rasa lelain tu aku faham la.
pasal segala masalah pondok al-taqwa n masalah orang kampung taksub semua tu.
yang aku tak faham fungsi family citra dalam tu kot.

eeeek menyampah la.
yang pasti aku harap cerita soffiya tak mengecewakan la ending.
sebab boleh tahan selalu jugak aku merempan kat twitter sebab sebab stress kan.
jangan ending anti klimaks jugak sudah.
sebab ada few episode yang aku rasa merepek-repek and tak perlu je.

so amacam korang?
apa rasa pasal tahajjud cinta?

21 Comments:

Azie Azua said... [Reply to Comments]

Babe..

i baru 1st time comment nie..ehehe..

yg i ingat kereta wira si citra tu is kereta biro bagi sebagai insentif die dpt naik pangkat jd aper ntah tu..ehehee..

tp sumpah sgt benci ustaz sauki tu.

tp biar lar citra ada. sebab die cantik. penyeri suasana. boleh? tiba2..ahahhaaa..

peej said... [Reply to Comments]

azie - ye ke. terlepas pandang kot part tu. tapi sedih kan. anak tan sri projek berbillion tapi naik wira je. dah la travel dpd kl ke terengganu.
memang la cantik. terpesona tengok. tapi end up mcm tak tau apa faedah dia ada dalam cerita tu.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

faedah dia ialah dia berkebolehan untuk maki ustaz

ustaz lebih busuk dari bangkai!


HAHAHAH! KAU MAMPU?

aku dah emo tahap cipan. bangsat! aku janji aku tak mau layan dah drama melayu!

DeLancrettLurpak said... [Reply to Comments]

cis kau peej! benda ni tak on masuk lagi malaymovies tu, tensi ok org oversea! isk!

farra8979 said... [Reply to Comments]

ala, lupa nak tengok semlam sebab dorang dok tengok bola.. huhuhu... btw, thanks peeja sebab update.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

kereta yg citra tuh pakai biro tuh yg bagi.
malam tadi punya flow cerita dah best.sebab tak sangka plak si umairah cuba nak bunuh ustaz tuh. and x sangka plak ada adegan nak merejam tuh.flow mmg best, tapi ending je bangkai
and pasal emelda pon macam tergantung. ntah hape2. maybe ada 2nd season kot
ramai yang merempan kat fb pasal ending tahajud cinta mlm td. mostly x puas hati.

cerita melayu selalu mcm tuh, flow cerita dah best. tapi ending merasa la gak nak meroyan. sama macam filem al-hijab.hari tuh saya tgk al-hijab, ending dia rasa nak ketuk kepala sendiri gak la sebab menyesali pergi tengok wayang,baik tunggu cd cetak rompsss je keluar.hahaha

Eisha said... [Reply to Comments]

masa aku bincang ngn geng-geng aku mggu lepas, kami semua buat skrip sendiri mcm mana nk end kan cte ni haha

skrip aku: suraya perangkap ustaz ngn goda dia..last2 die report kat polis sbb bwh umur ustaz dituduh merogol

lepas tu citra akan tlg isteri-isteri ustaz (termasuk seri) mintak fasakh kat court

aku rase elok lg skrip aku ni..at least nmpak jugak ape gune citra tu berlakon haha matikla perasan puji skrip sendiri kahkahkah

Amni said... [Reply to Comments]

adoyaiiii.... Sy pon tak puas ati ending dia cam gitu je kak.. Ingta si seri tu akan ke oversea dgn solah bagai.. Kan ada dlm iklan show macam gitu.. Bila ending cam tu, memang tak puas ati jugak.. Huh.. Mmg sy pon rasa banyak lg tak selesai.. Patut kes ustz tu citra bwk p mahkamah.. Kan kata nak tlg seri.. Dia peguam syariah.. Patut la buat tu semua, baru nampak kan.. Maksudnya tak kisah la org belajar agama ke tak belajar agama, still akan dpt tindakan sewajarnya... Huuu.. Gerammm! Cerita ni mmg dh best.. Tp serius ending memang kecewa.. Tu je? Hailaa...

.ieLah. said... [Reply to Comments]

peej,aah kete citra tu biro bagi kan.. kete wira lame, konsep nye bersederhana lah haha :D

tapi memang ending mensedehkan.. emo lak aku. kuciwa!

Wanniey said... [Reply to Comments]

saya pun dah lama giler tak layan drama melayu.. start drp kak di n peej blogkan pasal citer ni, terus gigih tgk online dr first episode.. semalam last episode, kene g umah akak plak.. sampai je sana, org sume mkn, saya ni menggigih la duk depan tv punya nak tgk ending kan.. n memang SEDEHHHH skali ending dia.. tergantung tahap takleh terima akal..

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

dear peeja,
ingatkan sy sorang je meroyan dgn ending TC.
hahah... patut ustaz tu kene masuk lokap baru best. tapi eman manan mmg superb la.. kalo pelakon lain rasa dah stim melelh adegan urut tu. nak2 neelofa kan.. :P keji aku..

pastu family citra tu, rasa tan sri tu langsung takde membantu.. ermm..
mungkin drama ni ada smbungan..

citra patut bantu bawa ustaz ke mahkamah.. tu aje la. kalo tak sia2 dia duk ckp kat seri bantu seri...

thenameisima said... [Reply to Comments]

betol2...the ending buat orang rase nak mencarut...bole je terime tp macam lawak plak kak erma kate suruh fikir sendiri...
yg si Citra tu lagila, macam2 nak perjuangan tapi mcm hampeh...
yg si mak bapak seri pon hailah, rase nak tendang masok longkang, tah pape...

Fariza said... [Reply to Comments]

Masa saya tgh tgk ostatsoki kena tangkat tiba2 kat tepi tulis tamat..aiyo..terkemut-kemut je ..hampeh betul.

Memang banyak tak logik..patutnya bila citra dah tau seri ngan anaktirinya kena rejam citra patut datang bawak poliskan?...nie serang sorang2..berani tak bertempat sangat.....

HadSha said... [Reply to Comments]

Lecture saye pernah ckp cerite yg diakhiri dgn kata2 contoh mcm "ustaz shauki telah dipenjarakan" blablabla semua tu, adalah satu cerita yg gagal.... Ending yg gagal..... Erma tutup dengan hadis, gagal la cite tu... Mmg jln cerita tak kemas langsung .... Gitula komen saye yg x seberape sen ni....

P/s: lecture ku itu adelah hassan muthalib itu.... :)

Mrs Zamzuri said... [Reply to Comments]

ko nih mmg punca aku bakal terjebak tgk drama2 nih. ari tuh psl ko tweet citer soffiya, dgn aku2 dok ketagih gigih tgu malaymovie upload spy aku ley tgk dr jkt nih.

demmm!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty terlalu menyampah kat ustaz shauki tu sampai langsung tak tengok cerita tu, kalau Ada pun satu dua episode je. Hanya tengok cerita soffiya je.

ezanoor said... [Reply to Comments]

lambat baca entri ni... tapi tetap nak komen, serius memang tak puas hati dengan ending dia yg merepek tu... TERKILAN!!!!

::cik asha:: said... [Reply to Comments]

setuju2..ending ntah ape2 ntah..tergantung camtu..
xde idea dah ke pengarah dye..hahaha

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

peej,

aku punya lah semangat nak tgk final episode ujong2 frust :(

Faerie_Princess said... [Reply to Comments]

hmm.. x follow siri ni sbb byk kali terkena cerita melayu ni.. ending hampeh, mcm dibuat hentam keromo jer. mcm cerita kasih alia ler.. episod last2 tu mcm kelam kabut je, nk bg cpt abis. even nur kasih dulu pun mcm sial jer ending dia sampai x ingat how the series end.. tp mmg mmg menghampkan ler sbb x ingat langsung the last episod tu :)

nughol said... [Reply to Comments]

Assalam,

Xberapa layan cite ni tp pnah tgk 2, 3 episod n tgok ending.. I malas btul cite melayu end up macam kurang pengajaran utk kita2 ni(adala few tp xterkesan). and then skrip....xberapa berkesan la, xmenusuk gituh. lain dgn khabir bhatia buat.

Ayah i ckp...cite ni buat Malaysia seolah2 xda undang2.

And part2 romance tu..pls lahh..benda tu senang org nak copy.. Susah ke nak tunjuk benda baik2..

itu je i punya comment..hehe..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...