Instagram : @peejburhan

si comot yang pemalu.

eeek. malasnya nak mengupdate blog.
tahap melampau aku ni.
ni pun update sebab mama nampak je muka aku terus, "pija tak auto publish ke entry untuk hari rabu?"
*tak jawab sambil buat muka*
haiyoh mother.

tu pun tadi sebenarnya nak update pasal lain.
aku ni sejak dah tuo ni senang sangat annoyed.
so rasa nak merempan dalam blog je.
biaq pi la kan. kata blog aku.
sekali scroll-scroll blog tengok lately aku dah lama tak update letak-letak pics kan.
so ok la. tak jadi merempan dalam blog.
kita letak yang ada pic.
tu pun nak transfer daripada camera ke pc pun malas je. pffftt.

ok buat tu.
mari cerita campur-campur.

hari tu ke wangsa walk tukar trackball.
sebab kronik trackball aku.
nasib dia charge rm50 aje.
tu pun if fikir. rm50 tu besar nilai tu. untuk trackball kenonit tu je.
macam-macam boleh beli tau.
tapi takpa la.
sebab dah memang kronik. kang tak pasal salah2 tekan la.
tak pasal aku terlike status orang la. padahal tak niat pun.
tak pun nak bbm ngan orang lain. ter-bbm orang lain. hahha.


adik beradik buruk perangai.
keluar pemalas nak make up ke apa.
gila lebam muka. lantak la ye.
mama bising je. mama kata keluar je daripada rumah biar la presentable.
T_T
ala baru la natural beauty kan.
wah beauty ke? beast ada. teeeetttttt.

then lepas tu noy belikan buah tangan sikit untuk mak kawan dia.
sebab kawan dia buat open house ke apa.
then makan.
aku paksa dia teman aku.
walaupun dia nak ke open house later kan. ada aku kisah. ;p
tekak teringin nak makan assam laksa.
noy ajak ke sweet bowl.
dia kata not bad.

:: mango smooties. maniiis. ::

:: so nice. as usual aku makan siap-siap order kata taknak nenas, bawang n cili. :D laksa, timun n kuah je. sedapppp ::

:: noy yang marah-marah sebab aku suka nak snap-snap picture. *jeling* ::

so kalau korang suka assam laksa.
nak try kat kedai tu boleh.
not bad la. sedap jugak. menepati citarasa la.
dia kat wangsa walk.
hujung kat arah popeyes tu.
kena keluar. dia macam kopitiam gitu. :)

oh then ada hari lain kita orang ke  jj sebab nak beli apa ntah.
lupa pulak.
settle beli ke subway. beli makan.
then ke starbucks. 
tengah beli tiba-tiba ada orang tegur, "peej yea?"
*tergamam*

me : a ah.
her : hi. i reader u. farah. 
me : *nangis* oh hi. *cricket.cricket. sebab aku ni pemalu*

then ada la sembang-sembang.
tapi aku macam tergamam banyak. 
sebab aku ni baru jumpa orang memang tak reti nak mesra-mesra
dah la aku comot tahap melampau. like seriously.
dah la time tu farah (eh farah kan nama?) tu macam lawa sangat je.
siap baju kurung semua sebab baru balik beraya.
nice.
time aku vogeh kenapa takda pulak jumpa orang yea?

pastu aku bebel-bebel kat noy.
noy kata ala JJ je kot. 
dia faham la kot.
hahaha. motip tiba-tiba nak orang faham kan ;p
oh btw. if u're reading this. hi farah. mmg farah kan nama?
ke sesedap aku je bagi nama orang. ;p
harap maaf la ye. aku ni dah la comot. pekak lite-lite la pulak. ;p
oh n sorry hari tu tak cakap banyak. sebab saya memang pemalu orangnya. *senyum tersipu*



sedapnya kau subway melt.
hari tu makan half je sebab kenyang n perut ketat pakai corset.
so bungkus n bagi mama lagi half. takkan nak buang kan. gilo.
ish tengok pic ni rasa macam nak subway lagi.
psikosis gila. sendiri tepek pic makanan kat blog.
sendiri terliur.
ye la. sebab mostly entry aku dah ada yang masuk seminggu baru update.
so harus la terliur.
bukan semalam or tadi ke baru makan tiba-tiba nak terliur kan.
tu mintak lempang namanya.
bak kata noy, " kau ni memanjang mengidam n teringin. bersusun list. apa je yang kau tak mengidam".
-____-

ok la tu je.
kalau korang terjumpa aku kat mana-mana.
aku comot melampau.
jangan tegur yea.
buat-buat tak nampak je.
sebab possibilities untuk aku lari laju-laju langgar dinding adalah tinggi.
terima kasih. heheh.

13 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

aku terpikir.. klau terjmpa ko kan.. aku nak tegur ke tak.. atau aku bbm je ko? hahaha

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Memang kau comot memanjang..a very bad habit practice. Berkali2 mama kata never go out of the house like a bibik!

Dress well and thin layer of makeup will make you a confident lady to meet anybody, anywhere..Ishhhhh
Pemalas lipas habis..

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

hehehehe.. =) lucu la komen aunty Marina ni=)..

btw subway melt uuuuhhhh menggiurkan hahhaha

Hazey said... [Reply to Comments]

Alamak jangan la lari laju2 langgar dinding, nanti muka tak 'kacak' kan tak lama lagi nak naik pelamin, so bawak bertenang je. So next time nak kluar ikut kata mama tu, mesti presentable, jgn comot sangat okay.

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak peej..kita pun selalu mengidam nak makan macam2. Hehe. *buat list yang of course panjang*

Bitter Sweet said... [Reply to Comments]

alah peej, biar la comot pun..nmpk cun je kat atas tu..natural beauty kan..

Mak Izz said... [Reply to Comments]

hihih.. mama siap nasihat kt cni tuh ^__^

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pon ada masalah sll comot all the time sbb malas nk siap2..tp aku x la akan jumpa org tetb mcm ko, so ko kena sll presentable..

aku kalau nampak ko utk elak bunyi *cricket.cricket tu aku tweet ko dl lah...hahahah!

WaniGhani said... [Reply to Comments]

weeeiiii kau tanpa make up lagi terserlah...argghhh lupa lagiii sapa nama x-gf hattan tu?? egghh..muka kau lagi nampak macam dia...!

shuweet said... [Reply to Comments]

hahaha..bab makan ngidam itu ini tu sama cam aku le...sampai laki aku ckp signboard ngan tiang lampu tu kalau leh makan pun aku mesti ngidam nak makan..kehjiiiiiiiiiiiiiii....aku slalu gak nampak ko tau kat jj au tu..tapi ai pun pemalu uols..nak berkawan tapi malu camno tu kan kan..tapi takpe ku akan beranikan diri tegur ko nanti..kekekeke...kite sama serupa natural beauty gitew (auwww pitamsss)

AziniMZ said... [Reply to Comments]

ala2 artis dh ko peej.. pasni sila pakai spek itam supaya org tk cam.. hehe

afiq said... [Reply to Comments]

mcm jumpa mak aritu mak pon pemalu uhols. merasa la tergamam dua dua

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Pada aunty orang bukan nak tengok kita comot ke tidak, sebagai reader peeja aunty lebih teruja jumpa peeja berkenalan Dan berbual Dan pergi makan itu je.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...