Instagram : @peejburhan

merisik kerisik.

siapa yang follow kat twitter and kawan ngan aku kat fb awal-awal dah tau la kan.
so sekarang kita cerita details kat blog pulak.
ikutkan nanti-nanti nak cerita.
sebab aku walaupun lambat macam mana cerita pun, aku suka ikut turutan.
ada few blog entries yang masih pending.
tapi ramai pulak yang tweet n tulis macam-macam kat fb.
aku reply halfway dah tak larat.
so sambung sini la yea.

so di sini tanggal 17 September 2011 bersamaan dengan 19 Shawal 1432, nak cakap that i'm officially hitched. heheh.
bukan tunang yea. jangan salah faham pulak.
ni merisik je.
aku memang taknak buat tunang bagai ni.
sebab tahun depan pun dah nak nikah.
so nikah terus je.

ikut aku merisik pun tak kosser.
tapi mama kata kena la.
sebab nak berkenalan ngan family semua.
nak bincang mana patut.
so aku kata ok je.

bincang-bincang, mama kata hari raya suruh la fam dia datang.
hari raya pun busy sana sini kan. open house la, wedding la apa.
since sabtu malam memang takda program. mama kata suruh datang malam sabtu.
ok la. no prob.
janji datang 4 orang. parents dia. kakak n abang ipar dia.

aku memang takda bagi tau siapa pun.
kawan rapat pun mostly tak tau.
risik je pun uolls.
tapi si noy malam semalam dah excited lebih tweet sana sini.
so start sikit-sikit orang tau.

aku ok aje. takda rasa apa.
sebab setahu aku merisik ni.
fam datang berbincang.
then dorang bagi cincin risik.
dah la kan.

aku siap pergi open house semua siang tadi.
then balik tolong mama siapkan apa patut.

me : ma. nak pakai baju kurung ke?

time ni aku still pakai baju kurung dpd open house earlier.
dah la orang kata sila bersopan la apa.
korang ni kat twitter bikin aku cemas tahu.

mama : baju macam ni basah ke apa nampak. pakai yang bunga-bunga.
me : baju kurung ke?
mama : tak payah la. pakai seluar pun takpa.
me : okay :D

naik atas tukar baju semua.
noy paling biadap.
dia yang start tweet pasal merisik semua.
sampai semua start @mention aku sampai aku nervous melampau.
dia boleh bantai tidur ok.
bukan nak tenangkan aku ke apa.

so siap semua tunggu la.
yang aku gatai dok la terjenguk-jenguk.
dah sampai ke belum.

me : eh papa. pija yang sambut ke papa yang sambut.
papa : papa la. apa pulak kau.
me : oh ye ke. abis pija nak buat apa?
papa : kau duduk la kat dapur ke apa.

auwww.
macam orang dulu-dulu pulak kan.
menyorok belakang pintu.
orang tua bercakap kita feeling.
sambil gigit-gigit jari.
pastu bila tanya,

"tuan ni datang nak meminang kau. suka tak?"
*senyum pandang bawah lari balik ke dapur*
"tu tandanya suka tuuuuu"

wahhh. matiklah feeling kan.
sorry aku memang pengaruh cerita p.ramlee ni lebih. hahahha.

ok sambung cerita.
aku punya nervous tu toksah cakap la.
daripada lepas rambut. aku ikat tepi.
lepas tu buat siput terus.
sebabnya a/c bukak, kipas elok tala kat muka aku.
aku punya peluh. kuyup hoih kepala.

tau sebab apa?
sebab tiba-tiba kat tweet dorang kata nanti aku kena hidang air.
aku kata perlu ke. letak je la. tuang la sendiri kan.
pastu dorang kata nanti kena sarungkan cincin la apa.
pelik. tu tunang kan. risik mana ada.
haih. bikin kacau. dah la kejut2 noy pun dia taknak bangun T_T

tau-tau fam dia sampai.
tak sempat sambut aku naik atas.
bukan sebab pemalu ye.
sebab aku bawak si lulu n kasih kasi kurung kat bilik kita orang.
sibuk je orang nak masuk. dorang nak sambut.

dotdot call kata dah sampai.
dia suruh aku teman dia.
so turun salam-salam. hoh ramai.
kita orang duduk kat depan je.

ala-ala cerita bujang lapok, "sudin, eton, pergi bermain-main di luar. kami orang tua mahu berbincang".
hehehehe.
yang dotdot sibuk lapkan peluh aku. hahahahha.

lepak-lepak.
tengah bergurau senda.

mama : pija taknak hidangkan air ke?
me : oh kena yea?
mama : kena la. bawak dulang tu ke depan je. mama tak larat.

oh mannn.
dotdot dok gelak-gelak.
so aku angkat.
tengok meja penuh.
keliling pun ramai orang.
yang ada ruang pun depan bakal mak mertua.
siap if nak lalu aku kena *soryy ye, tumpang lalu* sopan habis ok.
oh mannnn. kali kedua.

mama : pija ni pemalu.

ewah mak aku.
over nampak.
perlu ke.
kot ya pun kannn.

mama : tu depan mak tu. letak situ.

thank u mother.
padahal time tu aku tengah tercegat ngan dulang.
aku nak placing depan papa ke apa. ok sikit kan.
so, aku pun dok la tumpang lalu sana sini.
placing baik punya depan bakal mak. wah mak? auwwww.

mama : tuangkan sekali.
me : hah? ok.

dok la aku tuang di depan bakal mak mertua n adik-beradik perempuan dotdot.
miahahahahahaa.
dah la kopi ni bancuh dalam teko termos. eh ke flask nama dia. entah.
cawan ada la 8 kot.
tkan-tekan. isi-isi. tuang-tuang.
sambil mak dotdot angkat n piringkan hidang.
tak multi-tasker betul aku ni.
takpa. harap-harap dorang percaya cakap mama yang aku ni 'pemalu'. hahaha.
padahal aku tengah cemas.
berpeluh toksah cakap la.
dah la sambil tuang adik-beradik dia tanya macam-macam.

sekali last cawan aku nak tuang tu kopi abis uolls.
dah la kopi bakal mak mertua. hahah fail.
mintak diri tambah air.
ecewah. sopan abis ni.
tengok mama tgh bancuh. so aku just tuang n sambung hidang.
hehehe. then mintak diri ke depan 'bermain-main dengan abang sudin dotdot sementara orang tua berbincang'
serious sopan ok. kalau mak korang tengok aku.
mak korang pun nak masuk meminang. hahahhahahahahaha.

tengah kat depan, lepas few minutes mama bukak pintu.

mama : pija. pija hidang kopi untuk semua. untuk adik(anak buah dotdot) tu pija tak bagi air oren.
me : erk.
mama : takpa. mama dah bagi dia dah.

mama ni kan tak dengar.
so suara sendiri pun tak terkawal.
boleh tahan kuat dia cakap.
thank u mother.

so tah apa la dorang bincang.
tau-tau papa panggil kata mak dotdot nak sarungkan cincin.
WHATTTT???!!!

me : hah? kena ke?
papa : mama suruh.
*masuk dalam*
mama : pergi nak. mak dia sarungkan. amik berkattt.
me : hehehehe. ish segan la.
mama : apa nak segan.

dah la aku horror ke main.
queen of peluh.
kalau tau i siap pakai baju kurung n berselendang n selit bunga di telinga ok.

pergi duduk sebelah bakal mak mertua
camera2 dah sedia. oh mannnnnnnnnnnnnnnnn.

mama : lepaskan rambut tu.
me : ish over la.
mama : oh tak payah ke. cantik sikit if lepas.
me : hahahhahahahaha.

terus duduk.
macam over kan tiba-tiba aku kata nak lepaskan rambut la.
check-check cermin ke apa.
agak-agak der.

then sarung-sarung.

mama : salam cium tangan mak tu.

oh. lupa pulak. hehehehhe.
so salam peluk cium bagai. auwwwww.
malu sana sini terus pecut keluar. hehehehehehhe.

yang si dotdot aku keluar je.
muka dia sengih macam kerang busuk.
sama-sama goyang kaki.
hahhaa bangang gila.

yang aku sibuk tweet.

him : apa yang u cerita kat internet tu.
me : mana ada.
him : u tak payah la. i tau u ada blog. *sambil kat hp dia nak check blog aku*
me : mana ada masuk blog la.
him : abis tu apa?
me : ni facebook n tweet.
him : oh ok. tak perlu la cerita kat blog. u semua nak cerita. kawan2 office i pun baca.
me : ye ke. tipu la.
him : betul la. ye. i tau. i potong pokok pun u nak cerita.
me : hehehe. tapi i tak letak pic u semua.
him : memang la. tapi tak perlu. sebagai suami. i taknak lagi u cerita-cerita.
me : eh belum suami la.
him : eh belum ye? ingat dah. hehehe. *goyang-goyang kaki*

over kan dia.
rupanya dia kata kawin nanti baru la cerita.
kalau tak dah basi.
tah apa-apa tah.

lepas tu takda apa.
just hidang n makan-makan.
settle bincang semua.
fam dia gerak around 11pm macam tu.

sorry tak banyak pics.
sebab aku bawak je camera turun.
tapi tak snap pun.
ada masa pulak nak snap kan.
kata 'pemalu'.
ni pun amik daripada camera papa n mama.
ada la few pics amik.
tu tuk simpanan peribadi la ye.
share mana perlu je. ;p


:: cincin risik. :D  ::

oh jangan salah sangka.
sebab tadi ada yang tweet tanya ni ke cincin yang aku idamkan sampai tak lena tidur tu.
ni tak ye.
ni cincin risik.
yang di idamkan tu cincin kawin. ;p
lambat lagi tu.


yeay i'm hitched.
some says, akhirnyaaaaaaaaa. hahaha.
Alhamdulillah.
simple je kan.
aku pakai blouse ni, ngan pants je.
rambut pun dah kuyup tu uolls.
hahahhaa.


:: jejari tombam ::

masa beli ni.
aku memula nak yang fancy.
tapi orang kata elok yang simple. sebab nanti nak pakai ngan cincin kawin senang. tak serabut.
ok tak fancy.
noy suruh pilih yang banyak2 diamond.
aku tak minat. sebab macam girly sangat.
noy kat aku gila. memang la kena girly.
me not loike. tetiba ada love2 ke. bunga ke. design gelombang2 ke.
macam bukan jiwa aku.
so aku amik yang simple design je.
ok i know mostly cincin merisik belah rotan je kan.
well aku tak tunang. so ok la kan kalau aku punya ada diamond.
ngeh ngeh.

oh n thanks for all the wishes.
baik yang kat twitter or kat facebook.
thanks jugak untuk semua doa anda. Amin.


Alhamdulillah.
selesai satu bab.
lepas ni fikir nikah la pulak kan.
la la la. *amboi riang ria kemain.*

p/s : entry ni macam meleret-leret. tapi kan blog ni ibarat journal aku. so ini jugak merupakan entry kenangan aku la untuk masa hadapan. <3

54 Comments:

cahya indah said... [Reply to Comments]

wahh..seronok baca kak peej punya majlis merisik. tak payah tunang2 kan..nak darah manis la, ape la..buat simple sudah. congrats kak peej ;)

Lyana said... [Reply to Comments]

isk congrats kak peej :") rasa diri ni dah tua plak kan follow blog kak peej dari kak peej single smpi nak kawen dah :) i am so happy for u!!!!! congrats agaaaain!!!!

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Selamat Perisik Baru...
Malam ni tidur mesti tangan di dada...
Hihih..

nqr said... [Reply to Comments]

awwwww...presiden dah dikerisikkan... pelok ketat ketat..

Nina Faressa said... [Reply to Comments]

hahah aunty nani so funny la i can imagine the scene. YAAY congrats peeja so happy for you!!

gwen velora said... [Reply to Comments]

happy for u sista! :) finally! step by step gituh

yan said... [Reply to Comments]

congrats!!

linda said... [Reply to Comments]

Congrats Pija! Ye la rase seperti sudah tua sbb dari ko membujang smpi dah nk kawen ko follow blog ko. Rasanya memfollow since 07/08 lagi blog ko nih. Aku x sabar nk tgk abg Sudin ko, tapi apekan daya hak eksklusif ko kannn. Congrats yeah! Mak jugek yg masih membujang :D

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Congrats lg peeja Sbb aku dh wish kt tweet, cincin mcm ko ni aku suka... Tantekkk

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

dh baca ur tweet mlm td tp ttp tunggu laporan lengkap kat blog hahaha. tahniah peej.

btw, i dulu pun merisik je xde bertungang2...then 5 bulan lps tu terus kawen.

semoga bhgia smp akhir hayat..Ameen :)

~cik tiram~ said... [Reply to Comments]

comel je tau. hehe congratz !

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

best nyee.. merisik ala2 santai
tak stress kann....:)

Hana Soffelia said... [Reply to Comments]

Congrat Peej.. dah dirisik rupanya. Tunggu2 gak entry bakal mendirikan masjid ni memandangkan Peej pernah buat entry pergi kursus kahwin. finally.... hehe

..tora aziz.. said... [Reply to Comments]

wowwiieeee...
congrates peej!!!
tak lama lagi, jadi isteri orgg...wowwwieee lagii..hihi..

izzi said... [Reply to Comments]

Congrats Peej! Suka tengok ur pic with the ring. Cantik dan berseri. Happy lah katakan :) Tahniah sekali lagi.

!! YaNa YassiN !! said... [Reply to Comments]

Tahniah,... cerita sudah menampak kan kebahagian,.. eceeeh, ayat,.. hihihii

Eisha said... [Reply to Comments]

Alhamdullilah tahniah :)

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

aaaaaaaa....tahniah!!!! ai like the cincin so simple and sweet..hehehhe...semoga bahagia dan berkekalan sampai ke syurga la..ececece..aku ucap in advance tau..heheheh..insyaAllah..amin..

si cantik sally said... [Reply to Comments]

wah..ni yg nak dengar ni dah kene risik..makne da kene tambat..huhu..tambat tang hati la..heheh..tahniah n moge bertambah ceria idop..awk..lame x singgah sini..

the hun said... [Reply to Comments]

Congrats Pija! Tumpang happy utk ko!

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

yey! tahniah kak peeja!..nanti kenduri jgn lupa jemput sy taw <3

lily aklili said... [Reply to Comments]

tahniah :)

cantik cincin.. sukah!!!!

Anna Banana said... [Reply to Comments]

awwwww comelnya! tahniah pija :) tapi baca entry ni teringat terus kenangan lama. terbayang nebesnyaa... !!!

33dda said... [Reply to Comments]

tahniah pija...

Renaissance Kaur said... [Reply to Comments]

owhhh alhamdolillah, mabroookkk!!! ;)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Tahniah Peeja, semuga bahagia dengan dot dot ye, amin.

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Congrats peej!! Mesti berdebar2 kn... Pasni berdebar time nikah plak.. Wink wink

arda said... [Reply to Comments]

tahniah peejaaaaaaaaaaaaa...
berseri2 muka.. auwwwwww... :)

deasa said... [Reply to Comments]

c.o.n.g.r.a.t.u.l.a.t.i.o.n.s peej :)

kimmy said... [Reply to Comments]

Tahniah peej.

Cincin tu cantik..terbekenan pula..haha :D

green apple said... [Reply to Comments]

tahniah peej.

tapi kau mmg rocker la, tengah gabra orang merisik pun kau sempat tweet lagi.

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

tahniah peej....

yana halim said... [Reply to Comments]

hoh! terlambat la pulak nak wish. Tahniah ye Peej. Pasnih mesti bz nak prepare kenduri. Moga terus bahagia... :)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

tahniah yerrrr... lawa cincin ko.. mak bekenan.. auwwww...

Mak Izz said... [Reply to Comments]

tahniah peej, nmpk berseri2 sgt :) mmg pglmn berdebau sampai lencun dgn peluh tu rasanye sume gadis akan lalui. 1st step dh selesai, next step big day nt. auwwwwww... malew u!

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

tahniah peej..

klaka la peej ni.time sarung cincin tuh tunduk malu2 le tewww...hehehe

si cokelattte said... [Reply to Comments]

congrtes peej!!! sape dotdot.. nk tau2...

zella y said... [Reply to Comments]

cantik cincin!!
congrats....

Ietams said... [Reply to Comments]

tahniah!
kelakar baca ceritanya..

Pu3 said... [Reply to Comments]

Peej! You're practically GLOWING in the pic above.
Congrats babe!

b3nz said... [Reply to Comments]

tahniah peej!
ni yang aku stress dah tak online sekarang. twitter pun dah lama x bukak, ketinggalan cerita la.
syoknye nak kawen dah. ahaaaa

Yours truly said... [Reply to Comments]

tahniah peeja.. sukanya tengok..tak sabar akak nak tengok time kenduri..

anuar said... [Reply to Comments]

hi peeja,

congrats ye..akhirnyaaaaaa, hehehe. bnyk betul yg doakan kamu termasuklah saya ;) xsabar nak tgk wedd peeja plak.

eh, nmpk cantik pulak peeja dlm gmbr kt atas..series!seri pengantin??auwww

ceera said... [Reply to Comments]

congrats peeja.
kawin kena ajak aku...
=)

WaniGhani said... [Reply to Comments]

BERKALUNG2 TAHNIAH....happy for you :) semoga dipermudahkan segalanya..amiin

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

Setinggi-tinggi TAHNIAH.
Wah wajah berseri-seri.
Jaga diri darah manis sekarang okey :)

sherrina said... [Reply to Comments]

Tahniah, Peeja!

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

tahniah peej...pasni ko sibuk la urus persiapan kawen lak....makin sibuk..

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Alhamdullilah, Congrats peej! Aku doakan semoga semua nya selamat. Amin. I'm sooooooooooo happy for both of you! *hugsssss*

ainnidzan said... [Reply to Comments]

Peej,
bile nak buat cite pasal face treatment tue?
memang nampak ur face yang flawless kot
tak sabar laa

Rinah said... [Reply to Comments]

Congrats Peej!

zie said... [Reply to Comments]

Congrats Peej!!!! I like ur ring...cantik and class gitu....

Tak sabar tunggu Peej kawen plak lepas nie...

Cook with love said... [Reply to Comments]

Congrats Peej..best wishes for your coming wedding..

Your cincin risik is my taste lah..simple yet sweet..like it very much...

Peej..I doakan u and dotdot yg terbaik k..

peej said... [Reply to Comments]

thanks all for the lovely warm wishes. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...