Instagram : @peejburhan

ketagihan datang lagi.

siapa dah follow blog aku lama mesti tau.
aku ada kalau dah start main game.
senang ketagihan dan melupakan benda-benda lain.

so siapa yang follow aku kat fb n twitter tau sangat aku tengah ketagihan apa.
yeeee. aku ketagih sims social ok.
dah few weeks main.
mula-mula rasa tak best la.
sebab game ni pakai energy.
nanti sedap kau main energy abis.
tak pun seronok nak shopping tiba-tiba duit habis.
nyampah.
tak feel macam main the sims 3 ke apa.

tapi dah asyik mengadap je.
terus ketagihan jugak.
sims ni agak payah la berbanding sims biasa.
sebab ada certain furniture kena ada bahan-bahan baru boleh siap.
bahan-bahan pulak sama ada mintak kat kawan-kawan or kena usaha sendiri dengan guna skill macam masak, guna pc, main music, painting ke macam tu la.
tapi skill tu semua pun kalau nak advance next level kena pakai bahan jugak.
bahan some memang kena mintak daripada kawan.

siapa yang tak main game ni. mesti menyampah punya la.
tak pasal profile aku memanjang tepek pasal sims social ni ok.
aku faham sebab before ni kalau aku check fb daripada hp, agak menyampah kena scroll feeds orang-orang yang main game ni. mihahahaha.
sekarang aku yang semakkan page. ;p
tapi bertambah seronok main sims social ni bila makin ramai main.
pastu semua pun ketagihan.
so tolong menolong la.
lawak-lawak pun ye. oh suka.


rumah ku syurga ku.
problem ngan aku ialah, daripada zaman aku main sims kat computer semua.
aku cepat bosan ngan rumah.
macam the sims selalu. aku main 3-4 hari aku pindah rumah sims aku.
siap design sendiri semua. aku suka design2 tu. mencabar minda aku rasa.
tapi sims social ni tak boleh. tanah dah la kecik. then kotak-kotak bilik tu dia dah siapkan.
pilih je kau nak beli yang mana. paling-paling pun boleh rotate n susun je. :|
aku rasa since aku main game ni. dah lebih daripada 10 kali kot aku rotate n ubah-ubah kedudukan bilik semua.
siap tukar lantai n wallpaper la.
menghabiskan duit je. padahal rupa tu jugak.
nothing much yang boleh buat.


ni garden. baru lepas bercucuk tanam. sumber duit jugak tu.
tapi game ni katanya sekarang ada 25 million main ok.
so memangjang under technical error la apa. bengang ok.
pastu tanaman aku mati. dah la aku miskin. cittt.
siapa yang follow twitter/fb boleh la nampak aku merempan pasal sims social ni. miahahah.

:: bilik tv/radio. yang belakang tu toilet :)  ::

:: bilik tidur. siap ada video cam mengadap katil ok. kinky. hahahaha ::

:: dapur ::

:: office. cea siap ada office. kemain poyo ::

:: ruang tamu ::

:: garden lagi. aku tak letak tingkap. sebab ganggu permandangan la nanti nak main ::

:: cea poyo gila sims aku. aku nak print screen dan-dan dia nak buat2 tengok telescope ::


seronok ok main.
macam-macam ada.
cuma aku agak jujur la.
sebab aku main ni. aku guna nama betul aku.
then kulit bagi tan sikit. feeling latina.
then rambut aku panjang. so aku ikut la semua kan.
tu pun sims social ni takda sims gemuk. kalau tak aku pilih sekali.
kalau the sims 3 yang aku main mmg sims aku gemuk ok. miahahah.
baru la sama kan.

sekali aku tengok makin lama, makin ramai orang main.
hoih. apesal lawa-lawa je sims dorang.
ada yang blonde la. fashionista la, nama tokyah cerita la. semua minah salleh je.

tu takpa. kawan aku yang syima tu paksa aku date ngan sims dia.
dah la lesbian situ. bengong ok.
ok la sims aku bercinta ngan sims dia.
then aku ngan few sims dah bff tau.
so kadang2 bila interactions. keluar pulak simbol2 untuk flirt la apa.
aku tak berani click ok. sebab nanti curang.
hahahah. bodoh kan. aku rasa macam tak jujur je nanti.
padahal. game je pun. ada siapa kisah kan. ;p
tapi kan. kalau main the sims kat game selalu tu.
if la kau curang.
tiba-tiba nanti gf/bini kau datang penampar muka kau.
ish takut la. so maybe sebab tu jugak kot, i tak berani curang uolls.

best weyh.
ketagihan.
tengok la. aku kalau cerita pasal game pun beria-ia.
if korang biasa main sims. main la game ni.
tak sebest sims la.
tapi agak mencabar la.
n yang bestnya sebab kau main ngan kawan2 semua.
so macam thrill lebih la.
dulu main sendiri2 je kan.

ok la.
sekian bebelan pasal sims social.
heheheheh.



18 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

hehehe...aku dah penah aa ketagih main sims...tp kt pc nyer..skang xdok masa dah...aku main relaity sims..muahahah...jadi balik kena breastfeed anak ye...haahah!!!

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Wei.. AKu pun baru start main tp takde geng lagi... memang best la.. rasa dah ketagihan itu..

peej said... [Reply to Comments]

wani - kan. takda masa sangat la kan. aku ni banyak sgt masa terluang.

shiera - eh kita fb friends ke? if belum sila add. nanti akan ku kenalkan geng2 sims ni. dorang tak kisah. janji memeriahkan sims. heheh.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

huahah aku tak main game nie.. tapi cara ko citer.. comel sgt lah peej oiiii.. first time aku jumpa orang main game jujur.. real life konpem jujur, sungguh bertuah future husband kau..hahahah

kak teh said... [Reply to Comments]

comelllllllllllll la cik pija ni. #smbil buat muka siyesss

yana halim said... [Reply to Comments]

dah pernah ketagih main fv. dah penuh sgt semua nak taruk, pc hang. nyampah terus nak main. segala game org invite semua tak moe accept dah...hehe

Mak Izz said... [Reply to Comments]

haha.. sy main the sims 10 tahun yg lampau. skrg takut nk start main, takut ketagih kang somi ke mana, anak ke mana. dulu2 pn sll kena perli dgn mak. dulu bujang xpela.. skrg?

apepun the sims mmg best! bila anak dh ramai mengagau2 adjust time kerja, tido, masak, jg anak & bersosial dgn jejiran. hehe..

peej said... [Reply to Comments]

filla - aku mmg macam ni la. ada bf je aku mcm takut nak layan2 lelaki lain. tah kenapa. even orang tu mcm berbaik2 kat fb/tweet pun aku takut. bengong. padahal bukan orang tu nak kat aku pun. ;p

teh - memang tiba-tiba. heheh.

yana h - ye ke. kita orang nasib ok. sebab masa noy beli pc ni memang mintak yang untuk main game takda masalah. nak spec yang untuk game. teruk betul kan. ;p

izz - tu la kan. ni tengah takda apa ni memang layan la ketagihan. sampai ke mana2 pun teringat sims ok. gone case betul.

Iz said... [Reply to Comments]

motip video cam mengadap katillllll??? hahahahahahahahahaha euwwwww

peej said... [Reply to Comments]

iz - hahaha. sims weyh. sims!! kalau bebetul idoknye aku buat.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty memang tak per ah main game sebab takut ketagih, Maklumlah Kita ni emak2 takut dapur tak berasap Dan rumah tak berkemas.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

saya baru start main sims ni tadi. uhhh tak fahammm. amik masa sket nak memahami nya kot

AziniMZ said... [Reply to Comments]

ok ko dh buat aku teringin nk main.. dang..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kite pun suka main the sims, tp yg social ni tak boleh main la, nnti addicted. kerja banyak. wakhhh

nqr said... [Reply to Comments]

so mengata la nama aku kimora lee? hahahhahahaha

Bulan Bintang said... [Reply to Comments]

kita pun dok ketagih gak ni.. tapi dpt main malam je.. gila cantik rumah ko peej.. ni mmg betul2x bersungguh ni.. :D

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

isk aku x leh mula main..kalau dh mula..ketagih melampau ape keje pn aku x buat..

Zalieya said... [Reply to Comments]

sama2..suke gila main sims..hubby siap hadiahkan lg masa sims 3 dulu.haha.skrg gila social sim plak...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...