Instagram : @peejburhan

isu telefon.

aku baca blog lilred.
yang entry maxis tu.

ok memula aku pakai BB memang aku amik BIS yang unlimited plan.
unlimited plan tu rm120.
untuk line pulak rm50.
so total adalah rm170 la.
selalu bil aku dalam rm180+
max pun rm220 macam tu la.
pakai la aku setahun lebih.
sampai la few months back bil aku almost rm300.
mahai weyh. mahai.
berpeluh membayar.

then masa aku bayar kat maxis jj wangsa maju.
budak cina tu suruh aku turunkan package aku.
dia kata amik yang 3gb cukup.
aku kata ok ke? aku taknak nanti aku guna over.
kang bil beratus.
sebab noy dulu pernah celcom salah.
dia amik unlimited plan. tapi dorang bagi yang 3gb je.
amik kau sebulan bil rm600.
bila dah salah bertekak-tekak baru dorang rebate.
dia takpa lah kayo.
aku kena rm600 mau tercungap kan.

tapi budak cina tu kata ok je.
sebab aku guna selalu tak lebih pun daripada 3gb.
so ok lah. kita down grade.
sambil-sambil tu dok la pokpek kat tweet.
then iz yahya cakap dia amik paling low.
500gb je.
sebab dia bukan guna sangat.
bil dia pun ok je.

aku tak berani nak low sangat.
sebab aku selalu gak guna internet kan.
dia kata boleh check kat bil if nak tau berapa kegunaan aku.
selalu gak aku telek bil aku.
tak nampak pulak celah mana nak check. T_T

so lantak la.
so far dah few months guna package baru ni.
bil aku dalam rm205.
hmmm. takda beza apa pun.

tu yang bila terbaca entry lilred.
yang dia kata nak tau usage boleh check kat phone je.
terus la check.
nak check tekan *136*9#

tau berapa kegunaan aku sepanjang 2 weeks ni?
0.21mb sahaja ok!!!
so maknanya memang kurang sangat la aku guna kan.
sebab ye la. if kat rumah usually aku guna unifi wifi.
laju sikit kan.
and bila keluar selalunya jarang la aku check hp memanjang.
kadang-kadang je la aku tweet.

internet pun if aku guna usually tweet, fb, n check komen blog.
baca email sikit-sikit.
segala baca blog, youtube ke apa memang aku tak bukak.
sebab aku tak puas la tengok kat hp.
mesti nak kena ada pc baru bukak or check.
so logik la kot tak banyak aku guna kan.

sekarang ni untuk 3gb adalah rm90.
so if tukar 500mb rm55 je.
banyak beza tu kan.

so rasanya perlu ke aku down grade lagi package aku?
aku bukan reti sangat benda-benda ni.
aku tau guna je.
btw, 0.21Mb tu maksudnya macam mana?
adakah bermakna aku guna tak sampai 1mb pun?
ke maksudnya aku dah guna 200+ Mb.
maaflah mak tak tau nok.

anyone?
mana tau sesiapa lebih arif ke apa.
kerja ngan company-company telefon ni.

oh satu lagi aku selalu dapat message dpd nombor something like 32335 macam tu. (x ingat the exact number. nak check malas) ;p
bila bukak error takleh retrieved la apa.
tapi bila sampai bil satu tu charge rm5 ok.
tak pasal sebulan makan duit aku rm30. babik.
so nak settlekan benda tu macam mana?
kena pergi maxis ke?
ke call aje.
aku pun tak tau apa benda tu.
aku tak pernah pun join apa2.
ye la. takdanya aku nak tetiba ON AWEK, ON CINTA ke apa benda semua tu kan.

somebody help me.
:)
*senyuman manis meminta bantuan*

20 Comments:

khairul najmi yusof said... [Reply to Comments]

0.21mb tu kalau tak silap cuma 210kilobytes. yg dapat messages pastu kena charge skali rm5 tu just call centre mintak diorg detect dari company mana pastu block terus number tu dari hantar sms. Saya pun pernah kena mcm tu jugak.

peej said... [Reply to Comments]

k.najmi - omg serious banyak tu je guna/ rugi betul. for sure kena downgrade ni. oh n thanks for the info.

Timun Laut said... [Reply to Comments]

Bab downgrade tu, better call centre diorang and mintak pendapat. Kalau tak faham bill, boleh suruh diorang terangkan secara detail. and fyi, maxis paling senang nak bagi customer dia rebate. so kalau tak puas hati ngan bill, mintak je rebate. cakap je pada bill bulan sekian saya kena cas rm5 utk no sekian sekian. saya tak penah pon ambik perkhidmatan sms ni. saya nak rebate. cakap elok2 diorang mesti kasi punya. setakat rm30 diorang tak berkira. kalau mintak rebate lebih dari rm60 tu payah sikit la. kena cakap ngan supervisor bagai.

farah : m0mma HD said... [Reply to Comments]

0.21mb tuh x sapai 1mb jer kan...?

penah kena yg sms makan duit nih...
kena sapai rm150++.. just call CS utk block sms tuh
so, next time jgn reply pd nombor 5 angka nih....

tp kalau nak undi ustazah pilihan... xpe... hehheheh

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

mahal gak kan package celcom / maxis.. so far ni pakai digi untuk unlimited internet 65 hinggit + BIS 10 hinggit.. so bil bebulan mmg bawah 100 lah.. walaupun amik unlimited.. stock mmg pakai gegila punya pun paling2 dalam 1GB je sebulan.. ni stok bantai tgk youtube tiap malam sblm tido , twitter on 24 jam.. selalu check fb pastuh on foursquare lagi.. whatsapp lagik.. untuk bb ada application Mobile Dara Alerter. dia mmg tunjuk penggunaan roaming,total internet kita pakai and wifi.. tunjuk today n monthly.. so macam bagus la boleh keep track dari bb kite je.. cube tgk kat BB App World and carik.. free je..

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

Hampeh.. Data* bukan Dara

F A R Y N said... [Reply to Comments]

bagi aku better ko downgrade kan la..lagipun umah kau mmg ada unifi kan...

M u s h y m u s h said... [Reply to Comments]

si GEDIKS ko pakai digi yeh? so, kira kau pakai mcm tu punya gila pun bill ko mcm tu je ek? berbaloi2 la kalau camtu.

love for life said... [Reply to Comments]

peej kadang2 ape yg diorang offer and ape yang kita terima xsama. semua telco macam tu. sembang let say usage kita yg dekat phone just sikit tapi bill still melambung jgak. bila tanye diorang kata phone punye statement xboleh percaya. dulu aku pakai maxis, sakit otak aku bila nak bayar bill smpai kene beratus-ratus padahal aku pakai sikit je. so aku pun tukar ke digi yg monthly internet rm38 and aku boleh pakai up to 300mb sbb aku pakai sikit je tp still bill aku beratus-ratus!!macam gampang. so sekarang aku rasa nak pakai nokia 3310.

nydia-mama akif said... [Reply to Comments]

salam peej....
akak pun pernah dpt msg dari 5 no tu....kira2 charge sampai 50 sebulan....hampeh tul...
tp skg dah xdpt, mintak tlg kwn akak stop kan....tp ingt2 lupe camne dia buat...
tak silap akak send sms ke no tu type STOP ALL....peej try la...kalo salah sorry..hehe

shuweet said... [Reply to Comments]

betul gak ko ckp tu kan..cam bazir je..cam aku ni takat cek fb je kat fon..brape sangat la guna mb or gb..cam rugi bayor je

Alwanez said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
souled_oUt said... [Reply to Comments]

for bb dia ckp 3GB data, kalau dah reach maximum dia charge ek for subsequent data usage ek(mcm u citer kes noy tu).. from what i understand, kalau unlimited tu means once dia reached the cap i.e.: 3GB, dia takkan charge tp dia akan slowkan the speed..

i tak guna bb tp guna iphone.. to be honest pakai smartphones ni mmg byk ongkosnya.. tp best.. hehe.. yela u have to pay for the price la kan. ooo satu lg tips, kalau gi overseas jgnla pakai smartphones (esp iphones) ok. better off and pakai henfon 3310 beli simcard kat sana.. sbb data dia akan charge lain and bil boleh jadi beribu2.. plus some apps ni walau u tak on tp dia akan still berjalan which resulted in data jatuh (ni org customer service celcom panjang lebar explain kat i)

balik msia terus kena heart attack tgk bil. hehe

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty pun selalu Ada kena charge rm5.oo untuk apa pun tahu, bukan Nya aunty Ada bukak apa apa pun kalau maxis hantar, dalam sebulan kadang2 kena bayar sampai 20 - 30 ringgit bagi maxis untung macam tu je, dah suruh uncle pergi check kat maxis, tapi biasalah asyik tak Ada masa je Nyampah rasa macam kena tipu hidup2 dengan telco ni.

linda said... [Reply to Comments]

so far unlimited usage internet + BIS Digi paling murah, tapi coverage kalo kene kat kampong dalam2 sikit tu payah la, tak wide mcm telco lain. Downgred je pija, dah kata gune sikit je, mcm aku semua aku guna BB aku, even aku buat BB jadi modem, so mmg aku guna kaw2 punye :D

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

aah betul.. digi coverage masuk kampung sikit memang hampeh.. tak macam maxis and celcom lah.. tapi plan internet and bis or smartphone dia memang murah gegila compare telco lain. tapi smorang kene berhati2 jangan reply sms spam nanti tolak RM5 la tolak RM10 seminggu yang tah dari mana. better call SC dia. memang ade yang kita tak tau dari mana datang bila check bil baru nampak. macam digi mmg selalu online chat je dgn CS dia.

pyanz said... [Reply to Comments]

1000kilobyte = 1 MB = 0.001GB

3GB = 3000MB = 3000000KB

idafatimah said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
green apple said... [Reply to Comments]

tu la...aku rasa dah kaya maxis tu aku buat. everymonth usage aku tak sampai 40MB, tapi aku ambik 3GB punya.

cepotet said... [Reply to Comments]

SMS daripada number 5 angka ni, ada kategorinya.

Kalau yang bermula dgn 2, cth: 22999, 28999 and etc, tu maksudnya SMS daripada telco tu sendiri. Maksudnya, dari Maxis, Celcom, DiGi, UMobile. SMS tu customer takkan kena charge. FOC.

Kalau yang bermula dgn 6, cth: 62355, 62999, tu maksudnya service broadcast SMS yang dibayar oleh company tertentu. Cth: Tesco, Jusco, Metrojaya and etc. Biasanya, company ni subscribe svc ni sbb nak broadcast sms tentang promo diaorang ke ape ke semua tu. Yang ni pun, kita takkan kena charge. Free.

Tapi, kalau dapat SMS yang bermula dgn 3, cth: 32355, 32333 yada yada, tu maksudnya SMS daripada 3rd party company. Yang buat servis ON KAWAN, ON GAME, ON TOTO bla bla bla tu. Yang ni, memang jahat. Kita akan kena charge everytime dpt SMS dari diaorang. So, kalau dpt SMS dari number mcm ni, type STOP ALL and send balik ke number tersebut. Kalau still dpt sms dari diaorang, call CS Telco yang berkenaan, mintak check kan utk u sebab setiap Telco boleh check dalam system diaorang.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...