Instagram : @peejburhan

ish jiwa aku terseksa n terganggu ok.

ish serious isu petknode ni bagi aku terseksa jiwa dan raga.
asyik terfikir-fikir je.
macam mana orang boleh tergamak buat macam tu.
dan alasan-alasan tak logik yang owner-owner petknode ni bagi.

kes still banyak belum settle ok.
kalau korang bukak fb kucing terbiar & anjing jalanan tu dapat la korang mengikuti kisah-kisahnya.
setiap kali tengok gambar n video. aku jadi sebak n nangis jugak.

aku sekarang selalu jugak bukak fb page tu.
tau tak kucing-kucing yang lawa-lawa macam persian, maine coon ke apa semua tu takda ok.
sampai sekarang!
kesian owner-owner dok la mencari n tanya ada tak sesiapa nampak kucing dorang.
n mostly yang volunteer tolong hari tu kata kucing-kucing lawa ni semua takda.
yang ada mostly kucing yang biasa-biasa.
by now korang pun mesti dah tengok kan pics kucing tu semua.
persoalannya. mana pergi kucing2 tu? dorang jual ke apa ni?

then katanya dia ada keluarkan surat mohon maaf.
aku tak baca lagi.
tapi ada la noy bacakan sikit tadi. tapi katanya dengar sambil main game kan.
tak concentrate sangat.
tapi ni salah satu ayat dia la. aku amik dpd fb kakakdegil.

Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.


sangat wtf kan?
aku rasa maaf dia tak boleh diterima langsung.
sebab serious aku masih tak boleh terima yang dorang ni takda perikemanusiaan.
tu yang tadi berkomen2 kat status kakak degil tu.
i mean come on. ok la kau nak beraya sangat.
tapi kau taknak tutup kedai kau.
sebab kau nak duit-duit tu.
ok la fine. suka kau.
tapi boleh tak kau gajikan orang untuk jaga.
aku rasa ramai yang sanggup. orang yang sayang kucing tak kisah la buat kerja tu.
ok la kata orang malaysia demanding la.
hello...indon ramai kot. macam la dorang balik beraya.
ok la dorang beraya sesama dorang ke apa.
tapi tipu la kalau kau bayar gaji dorang taknak.
dorang kau bagi sehari rm50-100 untuk jaga pun dorang ambik ok.
siapa nak bagi duit extra kan.
kerja dorang jada premis tu je. bagi makan n minum 3 kali sehari.
then sekali bersihkan litter box.
akai ada?
ala berapa sangat la duit rm50/100 tu banding yang dorang kaut daripada pelanggan kan.
aku ada baca semalam. ada sorang ni hantar 2 kucing dia untuk seminggu. dia bayar rm560 ok.
yeeee! itu 1 pelanggan je. kau bayangkan kalau dah 300 kucing. berapa dia kaup?
dah la katanya dia taknak deposit yea.
kau kena bayar habis semua tu.
lepas tu sampai trauma, sakit, kebulur n mati kucing orang kau buat.

wtf sangat ok.
aku pun selalu hantar kucing kat boarding bila balik raya.
macam-macam ada la.
aku selalu hantar kat petcare melawati. situ mahal la. sharing cage rm60 semalam.
tapi kita orang tak balik lama. usually 3 days kena la rm180.
selesa la kucing semua. elok je. gembira ada. takda stress2.
pernah jugak petcare tu full. last minute baru kita orang decide nak hantar.
hantar la kat setiawangsa punya petshop.
tempat takda la lawa macam petcare ke apa.
tapi murah la. semalam rm15 je.
sangkar tak besar la. n no sharing.
tapi still selesa la untuk kucing stretch ke apa.
n paling best. kita boleh pilih sendiri sangkar mana nak letak.
atleast seronok la kita. walau tak lawa ke apa.
kita nampak dengan mata kita sendiri kat mana kucing2 kita akan tidur kan.

ni aku dengar petknode tu.
bila customer nak tengok 'bilik-bilik" yang dia janjikan tu.
dia kata tempat tu sempit n tak sesuai untuk nak lalu-lalu.
so dia tunjuk showroom je la. ada kat depan kedai tu.
kalau kau tengok showroom tu. amboih kemain.
aku tengok pun rasa teruja je. macam memang riang ria la kucing2 aku kalau lepak situ.
penipuuuuuuuuuuuuuu!
oh yang petshop kat setiawangsa tu pun stack2 kan cage.
tapi antara kucing-kucing lain dia akan letak cardboard kasi halang.
unless kucing kau berderet2. boleh la cabut cardboard tu.
tu cara orang meniaga sempoi n ikhlas.
bukan macam kau. nak letak best2. tapi hasil macam hape.
ingat lagi masa amik kucing tu. time tu akak tu jaga. siap ada 2 anak kecik under 3 years old kot.
pun sama duduk kat kedai tu. ok je.
:( eee sedih lagi.

kesian la aku baca komen2 kat fb KTAJ tu.
sebab bayangkan orang yang memang takda main facebook ke apa.
yang kat luar negara semua tu.
mesti dorang takda masa nak online ke apa.
tak tau apa jadi.
to some people mesti ni takda apa.
tapi orang yang ada kucing ni perasaan dia lain macam ok.
sayang ok.

yang pasti. aku memang salute la kat fosterer yang sanggup jaga kucing2 tu sebelum owner ambik.
siap mandikan. jaga. bawak vet semua.
n i tell u i ain't cheap ok.
tapi ada gak yang mintak lempang.
ada gak terbaca komen. dia nak foster cats. tapi dia nak persian n jantan.
sebab rumah dia banyak kucing betina. wtf?!

hoih cerita pasal ni sampai bila tak abis.
sorry panjang lebar dengar aku bebel pasal kucing.
atleast dah type ni rasa la lega sikit. :)

i wish owner petknode tu dapat balasan yang setimpal.
maybe la dorang terlepas ngan undang2 malaysia yang tak ketat ni.
tapi takpa. balasan dekat akhirat nanti mana nak lari.
dosa ngan manusia owner2 kucing n semua rakyat malaysia yang marah ni.
dah jugak dosa dia ngan kucing2 tu. dia lupa kot kucing pun makhluk Allah.
jawab nanti. wahai kucing2. nanti cakar muka dia yea.
oh n sila berak n kencing2 kat dia.

ok tu je. bye.

18 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Sama la aku pija, tekanan gile, ade pulak nk jadi kan baka si persian tu. Sungguh x ikhlas kamu wahai manusia. Thanks for blog about this so much. Ada 3 entry kan pija buat ade sentuh2 petknode. Aku hrp govt amik tindakan sewajarnya. Aku harap sgt :'(

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

kesian la..walaupun aku bukanlah pencinta kucing (sbb aku takut kucing..hehehe..sila gelak sekarang.. :P)tapi aku TAK SUKA sebarang penganiayaan binatang esp. kucing..aku dpt bygkan anak2 kucing kat rumah jiran aku kene aniaya mcm tu..kesian..waaaaaaaaaaaaaaa..
p/s: aku dah tgk muke owner petknode tuh..aku nak tau diaorg tu staf hospital selayang ke? sbb ade sticker bagai kt cermin kete..buat malu org KKM je la..huh

b3nz said... [Reply to Comments]

haa..aku baru bukak email, dpt baca thru google reader blog ko ni tadi. dah lah sekarang tak dpt online, opis pun block fb & twitter. aku dolu2 selalu baca kat petfinder, petknode ni glamer giler as tempat boarding kucing. kurang ajar sgt buat camgitu. sedey weh tenguk kucing mati camgitu.
takde peri kemanusiaan btol lah.sampai ati btol, mesti kucing tu mengeow2 mintak makan n minum. kucing aku dah lah baru mati before raye. huwaaaaa!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Tahun depan kita pula bukak tempat penjagaan kucing..boley? kita raya dgn kucing2..hehehe
Kalau kita bela, selepas seminggu gerenti kucing2 mereka gemuk2 belaka..serius sebab kita pencinta kucing..

Deanna Suka Warna said... [Reply to Comments]

memang mengalir airmata tengok kuceng2 tu..kurus kering..
memang tak paham macam mana lahanat2 tu sanggup buat macam tu.

memang dasar (^Y^$^*&(*^&$%@!

haihhhh..

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Geram kan ?
Aku pun geram sangat. Letter of apology tu ada dlm blog aku. Ni diorang bawak kuar statement baru. Minta jagakan kucen diorang yang direscue tu. Bengong laaa weh!

http://blog.kakakdegil.com/2011/09/06/minta-maaf-my-__/

AziniMZ said... [Reply to Comments]

sbb tu aku tk suka tgk video ke gambar ke kucing kena dera.. bikin sedih je.. ingt lg video pompuan pijak kucing dgn heel dia.. menitik gak air mata tgk..

kimmy said... [Reply to Comments]

Jahat gila kan. Saya pernah bela kucing jgk dulu,dan skrg wlupon dah tak bela,tp sedih tgk keadaan diorg and kesian owner2 tu.

Isk,apsal la aku alergik kucing..huhu :(

Ms. Wanniey said... [Reply to Comments]

sy pon emosi gak.. sbb sy pon ada kucing gak... so memahami perasaan owner kucing yg lain...

erm... Owner Petknode ni bukan cat lover ker??? smpi hati dia buat cm tu... sy rasa klu dia pet lover dia x kan smpi hati buat kucing/anjing macam tu....

huhu

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku rs mcm nk bkk pusat jagaan je bila dh pencen nnt. bukan nk duit sgt tp sbb nk jaga.

sabrinaabubakar said... [Reply to Comments]

Peej..last 3 years back ai pernah hantar my cat kat boarding...n bila dtg that clinic untuk amik balik my cat..ai nampak dia letih and lesu sesangat..pagi amik and ptg tu my cat mati atas peha ai..and when i ask the person in charge dia leh cakap yang my cat rindu,tak biasa duduk dlm cagelah and mmg tak nak makan makanan yang dia bagi..n my cat keep on scratching kayu cage yang dia baru varnish and makan varnish tu...WTH sangat lah kan..dah tau jgnlah ko pi varnish ..bongok sunguh!!!tapi i did not drag the issue..but masa dia mati and cara dia mati i will remember sampai bebila..imaginelah dah lah never ever call me bila my cat sakit..tau tau masa amik badan dia melidi and terbaring jek..pagi ai amik petang tu mati atas tangan ai..siap ada airmata lagi..very sad k.An experience in which i will never ever sent my cat kat any boarding dah..

WaniGhani said... [Reply to Comments]

peeja..aku ni penakut kucing..tak de la gemar tp tak la xsuka..tapi alangkan anjing yg gagah kena pukul pon aku dah amarah nak abugin..ni kan pula kucing yang comel2 ni..

banyak kekejaman diorg ni..zalim pada binatang,zalim pada owner, makan gaji buta sebab tak jalankan t/jwb kan..janji manis plak tu..mmg patut kalau kena berak dek kucing2 ni...bagi cirit punye..

Lulu Junior said... [Reply to Comments]

Aku dah banyak hari nangis pasal kucing ni. Babi betul Petknode. Baik tukar nama jadi Pigknode. Aku baca pasal client Pigknode ni, makcik ni dah kahwin dekat 25 tahun tapi takda anak. Suami dia meninggal last year & dia hanya ada kucing buat peneman dia kat rumah. Sekarang kucing tu takda! Hilang. Pastu ada pulak makhluk mana entah yang cakap, Pigknode tak bersalah, yang salah pemilik kucing. Bangang punya samdol!

shuweet said... [Reply to Comments]

sakittttttttttt ati aku baca alasan maaf die tu...puiihhhh

nqr said... [Reply to Comments]

aku memula dgr nama petknode ni.. aku dok ckp dalam hati.. macam mencarut je nama ni.. aku ignore je la.. pastu kat fb pun org bising psl tuh..aku pun klik laa.. berderau darah aku bila bnda mcm ni terjadik.. giler jahat okeh!

peej said... [Reply to Comments]

linda - kan. tp tak silap aku takda apa tindakan yang berat pun. sad.

ati - kan. aku ada nampak jugak sticker tu kat van dorang.

benz - omg ye ke. sorry to hear that. mesti emo kan. sedihnyaaa. :(

mama - kan. pija pun terfikir benda yang sama hari tu.

deanna - kan. sedih sangat. takda hati perut betul.

kakakdegil - bengang kan. thanks for the link. dah baca. nyampah.

azini - aku x tgk pun. tak sanggup. br tgk video lelaki cina belasah puppy dia tu pun aku dah jiwa kacau few days. ni pulak mati kena pijak. tak sanggup weyh. aaaaaaaaa. sedihnyaaaaaaaa.

kimmy - kan. kejam sangat.

peej said... [Reply to Comments]

waniey - kan macam tak munasabah je. pelik2 la manusia zaman sekarang ni.

buyui - kan. biar ikhlas la kan.

sabrina - omg. bodoh kan. dah la masa hantar kena hantar sign agreement dorang tak bertanggungjawab kan. benci ok. motif nak letak cage yang bervarnish apesal kan? eee bencik.

wani - kan. aku rasa orang yang ada hati perut takkan sanggup la tengok benda2 zalim macam ni. so aku tak tau la manusia apa dorang berdua tu. >_<

lulu - sedih kan. org2 macam tu x faham perasaan orang ada pet ni kot. sayang dia lain macam. esp mcm makcik tu. ala sedihnya. sebab tu aku malas baca KTAJ tu dah. sebab ada manusia2 yang cakap benda2 menyakitkan hati. nyampah.

shuweet - kan. sama.

nqr - kejam sangat kan.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Celaka punya orang, harus disumpah je orang2 macam mangkuk ayun ni. Dah tahu tak tak cukup orang buat apa kau sanggup jaga kucing2 tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...