Instagram : @peejburhan

hari raya makan-makan.

awal-awal noy dah kata kawan-kawan kerja dia nak datang beraya.
so dia kata datang on saturday.
sekali jumaat dia kerja la.
tapi dah dia cakap begitu.
so aku n mama masak la apa patut.

jumaat malam tu kita orang buat daging sambal, rendang ayam n nasi impit.
n siapkan bahan-bahan yang lain.
esok paginya pulak buah kuah lodeh n kuah kacang.
penat nye rasa nak pitam.
noy bukan ada pun kan.
aku yang muda ni pun penat.
mama tah macam mana kan.
tapi kuat semangat dia tu.
semoga Allah bagi dia kesihatan yang baik. Amin.

so sabtu tu konon nak bangun awal tolong mama masak lagi.
ye la tu. kul 11 baru terjaga. ;p
tengok kuah lodeh dah siap. mama tengah buat kuah kacang.
so aku just tolong keluarkan pinggan elok cuci-cuci n all.
noy lagi bagus. dia bangun tidur baru dia sibuk bbm n sms kawan dia suruh datang.
last minute.
yang aku malam before dah ajak kawan-kawan aku.
yang mana rapat la. tak ramai pun. sebab ni bukan open house pun kan.
just ada masak sikit tu. datang la makan kan.
huda pepagi dah bbm ok tanya boleh datang pukul berapa.
aku kata tak kisah. dia kata kul 2pm dia sampai.

kul 1.30pm aku masih kat bawah sebab penat mengemas.
papa bising-bising suruh mandi la apa sebab kawan aku nak datang kan.
tapi ku pikirkan janji melayu. mana ada datang pukul 2 kan.
no. no. no. pukul 1.58pm ice n huda dah terpacak depan gate. hahahahha.
aku terus lari naik atas. sebab menyeksi kan. so noy la sambut.
so naik atas siap. elok pakai panties n bra. rambut kasi gulung ngan tuala nak bagi kering.
dengar pintu kena ketuk kuat-kuat.
dalam hati. "bodoh a noy ni. ketuk biasa sudah. aku bukan pekak pun"
bukak pintu nampak huda n noy.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. dah la aku separa bogel. malu tak.
damn u huda.
kalau aku hot ala-ala kim kardashian takpa. ni karshian(kesian) ada. tsk.

oh rupanya dotdot pun dah sampai.
aik tak bagi tau pun.
so takpa siap je. then turun.
tengok dotdot n ice tengah makan.
bagus. pandai layan diri.

oh ni hidangan hari itu.
simple-simple je.

:: mix fruit pudding n rambutan dpd kampung. over kan mama siap nak hias-hias macam tu. heheh ::

:: masak lodeh/lontong ::

:: nasi impit ::

:: rendang ayam ::

:: sambal daging ::

:: kuah kacang ::

yang takda dalam pic adalah nasi lemak, timun bawang, telur rebus/mata kerbau.
kuih-kuih n cake. tu biasa la kan.
lepas makan bersantai je.
yang dotdot asyik la nak gerak awal.
segan la konon duduk lama-lama. gedik gila.

:: hari raya pun tengok bola. papa suka la ada geng ::

:: lulu yang over manja. paksa orang garuk dagu ::

lepas tu berjam la lepak.
dotdot ni kalau bersembang mana reti stop.
tergelak-gelak je huda n ice melayan.
aku n noy dah geleng kepala.
tapi it was fun la.
then petang nysya pulak sampai.
nysya sampai dotdot pun gerak. fine. whatever.




huda sakit mata sebab pakai lens kot.
gedik kan. ubat mata pun nak suruh suami letakkan.
letak je la sendiri kan. dia kata tak reti.
hahhaa. ok fine aku pun tak reti sebenarnya. boleh la letak. tapi usually lagi banyak menitis luar mata daripada dalam mata. kan? korang macam tu tak?
ke aku yang tak reti budget.

:: ice n huda makan second round kasi teman nysya. aku n mama pun join. ;p. sodappp. ::


kawan noy datang.
bff dia si ivy n bf dia wai meng.
noy kesian je kena gelak ngan kita orang.
sebab dia yang beria kata kawan dia nak datang raya.
tapi kawan aku je penuh kan. kawan dia takdak puinnnn.

sekali sorang-sorang kata tak dtg la apa.
which i think is so annoying.
sebab dorang yang beriya kata nak datang la apa. tapi tiba2 tak datang.
yang reply ok la. yang senyap seribu bahasa tu.
lepas ni sorry la weyh.
penat mak masak ok uolls.
tahun depan kita masak2 ajak ivy je.
ivy ni memang every year datang. dah la datang siap bawak buah tangan la apa.
sweet je.

lepas tu kawan-kawan sekolah dia datang.
terus dia macam, "saya ada kawan laaaaa".
tah pape tah. hahahah.



:: her bbgs friends ::

:: nysya - huda - me ::

:: ice sibuk convince papa untuk menggunakan barangan apple. hahha. muka papa yang stress dah tak kuasa layan. eh takda la. papa teruja je dengar. tp time candid jadi macam ni pulak ::

around 4am sebelum tu aku tweet kat fa, pedd n syima.
cakap dtg la beraya esok kat umah aku. ada makan2.
so dorang ingat sunday. silap la aku ni pun.
so aku kata la sabtu. bukan ahad.
ahad nak dtg pun boleh. tp xde apa la.
makan biskut je la.
dorang kata takpa la.
aku ok je la.

sekali petang fa bbm tanya makan2 sampai kul berapa?
aku kata nak dtg malam pun boleh.
sbb dorang br blk dpd kg.
pedd lak siang ada hal.
syima mmg takleh di tolong la sbb dia kat singapore. heheh.
kata on je terus muncul je dorang.
muncul terus kecoh. tak sopan tau.

dah la pedd jahat.

mama : pedd datang. pija kata pedd takda. sebab kat kampung.
pedd : takda la ma. datang. pija ni memang suka menipu ma.
mama : ye? a ah dia memang suka tipu.

semua gelak.
kong ajo ok.
eh. tapi memang aku suka tipu n sakat mama.

contoh papa kat dapur.
bila mama tanya mama papa. aku kata papa dah keluar.
mama dah merengek sebab dia kata papa pergi mana tak bagi tau mama pun.
sebab dorang ni kalau papa nak keluar ke apa mesti nak babai la, nak salam la, cium tangan la apa.
sekali tengah dia tanya2 pasal papa. papa muncul. bengang je mama.
hahahahha. gurau sunat namanya tu. ;p


:: fa - pedd - nysya ::

bagi yang tak tau. dorang adalah classmate masa kat bbgs.
nysya pun sama.
nysya sama mcm aku. form 1-3 kat mrsm terendak.
then form 4-5 kita orang kat bbgs.
so kenal la.

pedd ni gila.
datang rumah aku sampai depan gate bagi salam lepas tu nyanyi lagu raya.
tu takpa.
pastu tengok banyak kasut dia tanya la.

pedd : banyak nya kasut. siapa ada?
me : kawan2 noy. then ice n wife dua huda. then nysya.
pedd : nysya? euuuwwwww. aku balik la.

jahat gila kan.
pastu gelak2 la. main2 je.
seronok sembang gelak sakan sebab teringat zaman sekolah.
sebab pedd ni pembuli besar. mangsa buli selalu nysya la kan.

oh lagi satu.
tengah aku snap-snap gambar, aku nampak pedd tengah bau-bau kuah lodeh tu.

me : apa yang kau bau-bau tu pedd?
pedd : takkk. aku nak check mana tau ada durian ke.
fa : itu lontong la gila!!! *marah gila fa*

semua gelak sakan ok.
ok aku ingat pedd bau2 sebab nak check basi ke tak. sebab lodeh kan kena panas selalu kalau tak risau basi.
sekali dia kata sebab nak bau durian.
omg!!!! bimbonya kawan aku.
since when pulak ada durian.

pedd : hahah. mana la tau. warna kuning.
me : gila. memang takda la. eh ke ada?
nysya : kuah kuning memang la ada if masak tempoyak. tapi lodeh setahu aku memang tak pernah la jumpa ada durian.
fa : eeeeeeeeeeee. dia ni.
pedd : sorry. mana la tau.

kawan ku sewel. help!

:: yang sebelah aku adalah adik fa, famil ::




:: noy n her friends ::

ni pulak pics daripada iphone pedd.
lawaaa. me loike.
so share sini jugak.


aku tengah nak kemas meja.
sebab dorang sampai kan.
so nak top up apa perlu n angkat benda-benda yang perlu di basuh.
pedd sibuk nak snap pic.
pastu suruh aku pose kat hujung tu sambil depakan tangan.
konon macam nak menjamu orang.
dia kata pose ala-ala jaafar onn.
kejam. jaafar onn kau bagi aku.
bagi la yang best sikit kan.
aku kan pemalu. so taknak aku amik pic macam tu.

:: aku sibuk nak basuh mangkuk dessert tu. dorang sibuk nak amik pic ::

:: with adik-beradik ni pulak ::

:: over kan kengkawan aku ni ::

:: hahaha. fa dah tak kuasa nak layan ::



:: lulu yang super manja n over gedik kesukaan ramai ::

:: pedd pengkejam. ::



aku ada la ada few more.
tapi mostly tak dapat datang sebab still kat kampung la.
holiday la apa.
takpa. sikit-sikit pun dah meriah kan.
sebab ramai sangat pun kita tak terlayan nanti.
malam tu kawan-kawan papa n mama pulak datang.
kawan-kawan aku balik je aku naik atas.
konon nak kenc je. sekali golek2 kat tilam terus terbongkang ok.
hampeh.

it was great.
seronok.
bila la nak gather lagi macam ni.
kena tunggu majlis ni. miahahahhaa.
ok itu aje. ta-ta.



15 Comments:

nqr said... [Reply to Comments]

nak sambal daging!!!!!!!!!!!!!!!!

farrina jika said... [Reply to Comments]

Kau terlupa pasal kuah lontong durian. Hahaha!

peej said... [Reply to Comments]

nqr - kau macam ada sini. if ada boleh aku ajak.

farrina - a ah la lupa. hahahhaa. apesal la kita ada kawan macam tu kan. ok jap aku edit.

linda said... [Reply to Comments]

hi farrina, kenal aku tak? masa kita jadi vols kat petrosains :D

kimmy said... [Reply to Comments]

Hahaha..happening betul kawan2 kamu..rendang ayam dan sambal daging itu sungguh menggoda

peej said... [Reply to Comments]

linda - kenal ke? what a small world.

kimmy - dorang memang. kecoh kejap rumah. memang best pun. ni tgk pic rasa macam nak lagi je. ;p

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kenapa aku rs pedd ngn fa ni adik beradik?[mcm ko pnh ckp sebelum ni diaorg adik beradik] ke bukan?

WaniGhani said... [Reply to Comments]

beshnye kan dpt gather cm tu..pos sket sambal daging peeja..aku dihantui sambal daging

Hannah Haykhall said... [Reply to Comments]

Wahh, semua nampak happy2...
Good to see that..
Kelakar ahh kak pedd tu..
Suka tgk org yang happy go lucky...
Kak pija, thanks for dropping by at my blog...
Terharu gila since dah lama ikut blog akak, tapi kengkadang segan je nak komen..heeeeee...

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

=) manyaknyer makanannn! adeh lontongnyaaaa .. nyum3.. =) hehehe kak peeja tenkiuuu sudi raya n bg angpow kt blog picisan sy ehehehe =p

shuweet said... [Reply to Comments]

seronottttnyeeee..tengok kerapatan ko ngan kengkawan ko nih..cam aku takde dah kawan2 rapat..semua dah berkelorge bagai2.so wat haluan masing..hehehe...nak resepi sambal daging leh?? nyehh nyehh nyehh

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

peej, kwn kamu y nama fa tu sgt unik..sukalah her style.baju kurung with kain batik.mana ada org buat dowh. aku tgk berkali2 pic ko entry ni. kot2 silap pandang. biasa kt rumah je. bukan jalan beraya.

peej said... [Reply to Comments]

buyui - tak langsung. mimpi kot kau ni.

wani - dah habis pun. sambal daging rumah ni mana pernah lama. kejap je lesap.

hannah - dorang memang mcm tu. kalau lepak mmg akan terhibur je la. mcm2 gelagat. its ok. ala jangan la segan. x kisah punya. tp tu la. cuma kadang2 pemalas je reply komen. ;p

yuyu - eh jgn ckp mcm tu. xde picisan pun. glamourous je semalam jenguk. heheh.

shuweet - aku pun yang ni semua yang single lagi. yang kawin beranak pinak usually dah busy ngan family. tinggal la berapa kerat ni. sobs.

dshk - dia memang unik. suka pakai pelik2. tp lawa je. tgk dia pakai rasa aku nak start pakai je baju2 arwah maktok yg aku amik dulu. heheh. dia siap impian nak kawin pakai baju kebaya putih n batik la. heheheeh.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wow ramainya yang datang beraya, seronok tengok.

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

tshirt sama!!!!! hahahahhah tapi aku punye kaler grey :p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...